Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 1, 2020

Sekejapan sahaja...


Tup... tup... dah masuk Februari. Cukup pantas masa berlalu sekarang ini. Rasa macam tiada apa pun yang tercapai dalam tempoh sebulan ni selain dari rutin biasa iaitu kerja rumah dan kerja pejabat. Kalau ada pun, pergi kedai/mall beli barang keperluan. Tak pun terbang ke Tanah Borneo seperti hari ini... akak berada di Labuan bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai pengerusi kumpulan isteri-isteri di skuadron encik suami.





Begitulah rutinnya. Hadiri majlis perjumpaan awal tahun dan perpisahan untuk ahli yang pindah keluar... serta sesi suaikenal bersama ahli yang baru pindah masuk.




- Posted using BlogTouch from my iPhone

Friday, January 31, 2020

Ke mana menghilang?


Ada aje...
It's just Allah kasi 'rehat' yang panjang
Syukur kerana masih disayangNya dan masih memberi aku peluang yang tidak akan kusia-siakan lagi

Sesungguhnya, setiap kesakitan dan kesukaran yang dikurniakan itu pasti ada kemanisan yang menanti di penghujungnya. Namun sebagai insan biasa, memang sukar untuk aku menerimanya di permulaan waktu. Malah sampai ke satu tahap, tanpa disedari aku telah menyalahkan Tuhan atas ketidakadilanNya terhadapku. Berdosanya aku pada waktu itu...

Berkat sokongan dan dorongan dari mereka yang tersayang yang sentiasa ada tanpa mengira masa dan keadaan buat aku sedar bahawa hidup ini tak selalunya indah dan mudah. Tak semua yang disukai itu yang terbaik kerana adakalanya, tanpa disedari bahawa yang dibenci itulah sebenarnya yang terbaik buat diri ini. Allahuakbar!


- Posted using BlogTouch from my iPhone

Tuesday, January 28, 2020

2020


Sungguh??? Hampir sebulan dah ia membuka tirainya.

Dulu-dulu masa Tun M lancarkan Wawasan 2020... rasa macam jauh sangat. Sempat ke aku 'menemui' 2020 ni?

Nah kau! Panjang pun umur... Alhamdulillah! Tua dah aku ni rupanya. Apa-apa pun, mari kita sama-sama bermuhasabah diri. Tinggalkan mana-mana sikap yang tidak baik dan ubah diri kepada yang lebih baik.

Azam?
Dah tua-tua ni, tak rajin dah buat azam. Semuanya secara adhoc. Apa yang terdetik, terus usahakan hingga jadi terutamanya kalau perkara yang baik-baik kerana masa tak menunggu kita, bila-bila saja Allah boleh ambil nyawa kita. Pasal tu la aku teringat akan blog yang dah lama ditinggalkan ni. Rasanya, aku perlu mula balik aktif kat sini... nak buat aktiviti yang aku minat sejak kecil iaitu 'menulis' dan membaca sementara masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ni. InsyaAllah...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 10, 2019

Hati Seorang Ibu





Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang bercinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Tambahan dengan anak-anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.

Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkang nyamuk gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamuk, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia-sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.

Sepenuh jiwa raga ibu abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa-dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana merasa kecik hati. Kasihan anak. Ibu kena usaha ubat hati sendiri supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak-anak. Anak-anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh Allah agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu-ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga. Terus-terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau-gurau dengan anak. Ketepikan segala bisikan syaitan sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup menangis di dunia dari dia menangis di akhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih akan berdoa setiap malam, meredhakan anak-anak, mengampunkan dosa anak-anak, walau anak takde minta ampun kepadanya. Doakan yang baik-baik untuk anaknya supaya apabila mati, dosa anak-anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia-sia.

Jadi wahai suri-suri, jaga iman jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan-bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk. Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

#CATATANMENJELANGKEMATIAN
#tazkirahsentap

Kredit : Majlis Ilmu



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 21, 2019

Kebinasaan Manusia




Tambahan lagi 6 perkara antaranya:

1. Lemahnya cita-cita untuk akhirat.
2. Tubuhnya tergadai kerana syahwatnya.
3. Merasa hidupnya masih panjang.
4. Mengutamakan keredhaan dan kesenangan manusia.
5. Kurang memperhatikan contoh suri tauladan dari kehidupan orang terdahulu.
6. Mengikuti hawa nafsunya dan meninggalkan sunnah Nabi.

[Syeikh Zun Nun Al-Mishri رضى الله عنه ]




- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 12, 2019

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
- Ali'Imran: 185

Dalam sahihnya, Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudzri, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa bersabar dengan segala musibah dan ujian yang menimpa, maka Allah akan menolong dan membantunya. Dan tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih luas bagi seseorang melebihi kesabaran."
- At-Targhib, 4/276

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 1, 2019

Hijrah




Jangan kau hakimi aku
Jangan kau hina perubahanku
Jangan kau patahkan semangatku
Jangan kau perlekehkan hijrahku

Kau tak pernah tahu bagaimana aku meminta agar aku cepat dipermudahkan mendapat hidayahNya
Kau tak pernah tahu bagaimana aku mengemis padaNya
Kau tak pernah tahu bagaimana aku memohon kepadaNya agar hijrah ini diredhaiNya
Kau tak pernah tahu bagaimana perjuanganku melawan ujian ini
Kau tak pernah tahu seperti apa aku menangis dalam penyesalan
Dan kau tak pernah tahu, bahwa aku tetap mendo'akan agar Allah segera membuka hati dan mempermudah agar kita semua segera mendapat hidayahNya. Bantu aku, rangkul aku, agar hijrah ini tidak berhenti walau seribu ujian dan cobaan datang menghampiri.

Aku tak peduli, bagaimana pandangan mereka terhadap hijrahku ini. 
Aku tak peduli, bagaimana penilaian mereka terhadap hijrahku ini.
Aku tak peduli apa kata mereka, semuanya aku serahkan kepada Allah.
Aku hanya perlu risau akan pandangan Allah terhadap diriku ini.
Dan aku juga tidak ingin pujian sana sini yang membuat diri ku menjadi bangga atas hijrah ini.

Ya Allah!
Jauhkan aku dari sifat ujub
Semoga aku tetap bersemangat dan istiqomah dalam memperbaiki diri




- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 28, 2018

Insan berdosa


Kejahatan itu bukan kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan tahap demi tahap. Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Rasa ketagih dengan maksiah, gian dengan kemungkaran akan mencengkam hati dan diri.

Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada pertama kali kau berdosa, ketahuilah itu adalah peringatan yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu tanda hatimu masih hidup.

Wahai diri... ingatlah... sekalipun kau terhijab dari mengecapi nikmat ketaatan tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis lebik baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


p/s:
Jangan berhenti berdoa dan terus berdoa, moga Allah memaafkan atas segala kesalahan dan kekhilafan kita semua... dunia sudah makin hampir ke penghujungnya.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 12, 2018

Hidup makin susah bila berhijrah...


Bila kita berubah dan mula berbuat kebaikan, kita rasa kehidupan kita semakin susah dari yang sebelumnya. Mengapa?

Jangan sesekali kita mengharapkan ganjaran di dunia bila seseorang mula berubah ke arah yang lebih baik. Ini kerana dunia adalah syurga bagi mereka yang tidak beriman dan penjara kepada orang yang beriman. Ikhlaskan hati untuk mendapat keredaan Allah dan sabar dengans setiap dugaan yang datang dalam proses penghijrahan kita.

Setiap kali penghijrahan... pastinya ada ujian dan dugaan. Syurga itu bukan percuma. Allah memberikan dugaan kepada orang yang sabar dalam membuat kebaikan.

Jangan sesekali kita bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Jangan ukur amalan kita dengan ganjaran dunia, sebaliknya amalan kita untuk mendapatkan ganjaran yang lebih berharga di syurga Allah. Syaratnya, ikhlas dalam melakukan setiap kebaikan.

Semoga bermanafaat.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 15, 2018







- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 15, 2018

Indeed!







- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 20, 2018

Tuesday, January 30, 2018

Ujian dan Dugaan


Kita semua akan diuji. Bukti Allah sayangkan kita, Dia akan bagi kita ujian supaya kita akan sentiasa ingat padaNya.
  1. Setiap kali kita diuji, pastinya kita akan rasa down... nak give up... penat dengan kehidupan. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Tips, bayangkan ujian orang yang lagi berat. Contohnya sahabat kita yang kematioan ibu ayah; sahabat kita yang tak cukup anggota badan; saudara kita di Palestin yang hebat ujiannya. Bila kita bayangkan, insyaAllah kita akan ucap Alhamdulillah!
  2. Ujian yang Allah berikan pada kita itu bukanlah bermaksud Allah bencikan kita atau saja-saja Allah nak uji kita tapi Allah nak kita sentiasa ingatkan Dia kerana bila kita gembira... perlahan-lahan kita akan lupa akan Allah. Namun, bila ujian datang... kita akan ingat dan sebut nama Allah. Buktinya bila kita tersepak batu, kita akan sebut, "Allah... sakitnya!". Masa ini baru kita nak sebut nama Allah, takkanlah setiap hari kena tersepak batu baru nak ingat Allah? So... improve yourself!
  3. Ujian adalah satu jalan untuk kuatkan diri kita. Kuat untuk meneruskan hidup, kuat untuk menghadapi hidup baru, kuat untuk berubah ke arah kebaikan kerana bila kita selalu diuji, kita akan menjadi kental dan lali dengan dugaan dan kesusahan. Ujian itu satu latihan sebenarnya. Sebab apa? Kerana syurga itu bukan percuma....
Semoga kita semua mendapat ibrah dari perkongsian ini....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, December 5, 2017

December Datang Lagi

Are you ready?
Akak dah mula cari winter coat... nak gi mana?
Tak tahu...sebab cuti pun tak approve lagi
Saja cari mood tuk bercuti
Badan terlalu letih nak keje...
Tapi cuti lambat lagi... ha ha ha!
 

Friday, November 3, 2017

Friday, September 22, 2017

Happy Birthday to me

Aku dah 45 tahun! 
Lagi 5 tahun dah boleh withdraw duit kwsp... ha ha ha!
Tua dah kan???

Apa-apa pun moga diberikan kesihatan yang baik
Agar dapat terus istiqomah untuk perbaiki diri
Untuk menjadi lebih baik lagi dari dulu...







p/s Thanx Cimot for the lovely cake! Sedap sangat... 😘

Tuesday, September 12, 2017

Things to Q.U.I.T




5 Things to Q.U.I.T Right Now

1. Trying to please everyone
2. Fearing change
3. Living in the past
4. Putting yourself down
5. Overthinking





- Posted using BlogPress from my iPhone


Tuesday, August 22, 2017

daily rambling



Dalam dunia ini semuanya bergerak dalam zon masing-masing...

Ada yang masih single
Ada yang kahwing dengan 20 ribu belanja, selepas sebulan dah berpisah
Ada yang sudah kahwin 10 tapi masih belum dikurniakan anak
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah disahkan mengandung...

Ada yang umur 23 dah grad tapi selepas 5 tahun menunggu baru dapat kerja
Ada yang grad pada umur 29 tapi belum konvo dah dapat tawaran kerja tetap
Ada yang muda berumur 25 dah jadi CEO tapi belum capai umur 50 dah meninggal dunia
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan terus hidup sampai 90 tahun

Oleh itu, ingatlah... 
Zon masa kita semua tak sama
Bermakna rezeki kita tak sama dengan orang lain...
Dengan itu, jangan kita merasa 'tertinggal' bila nampak orang lain lebih 'kehadapan' dari kita
Masa kita belum sampai...

Seperti Obama retired pada umur 55 tahun tapi Trump 'bermula' pada umur 70 tahun
Zon masa mereka saja yang berbeza tapi sama-sama dapat jadi Presiden US

Ada yang 'laju' kehadapan dari kita dan ada juga yang 'perlahan' tinggal di belakang kita
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan...

Allah adalah perancang yang terhebat
Semuanya telah diatur sebaiknya untuk umatNya
Jangan kita dengki, sakit hati atau bersedih...
Sebaliknya kita patut bersyukur dengan apa yang ada

Tidak ada istilah terlambat atau juga terawal....
You are just on time...

Percayalah.... perancangan Allah adalah jauh lebih baik....
Rezeki kita telah tercatat olehNya
Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan olehNya

So kalau kau tak dapat apa yang kita mahukan itu, reda saja la....
Jangan pula kita menggunakan cara yang tidak baik untuk mendapatkan apa yang dimahukan
Kerana itu akan membawa kepada keburukan di kemudian hari...
Terutamanya dalam mencari rezeki... biar dengan ikhlas lillahi ta'ala...
Rezeki yang halal membawa berkat di dunia dan akhirat...



p/s
exercise hari-hari... tapi tak turun-turun pun... jangan give up k...
belajarlah terima kenyataan...
lemak yang kau ternak dah bertahun tau... takkan boleh hilang dalam 5 hari kan?



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 18, 2017

What goes around comes around...



Itulah lumrah alam...
Dengan kata lain... kalau kita buat orang, satu hari nanti orang akan buat kita pula dan perlu ingat, tak semesti orang yang kita buat itu yang akan balas balik perbuatan kita tu tau?



- Posted from my iPhone