Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 29, 2009

Keboringan...

Ni citer masa kat kampung. Dah boring... tak de pe nak buat melainkan melayan tetamu yang datang beraya... dalam pada tu, sempat je aku snap gambar kucing-kucing kesayangan family aku... Ada 3 ekor jer!

Itulah kasih ibu, siStokin kepada anak-anaknya... siLabu & siKoko. Labu yang tak malu, sedang nenen la tu.

Stokin yang menjadi kegilaan kucing-kucing jantan di CB... hua3X!

Si Koko gebu yang disangka kucing betina membuatkan kucing-kucing jantan teruja untuk mengoratnya... hahaha!

Si Labu dengan muka 'stone' dia... penakut ya amat... huhuhu!

Monday, September 28, 2009

Saja nak cerita...



Last week, 22092009 is my birthday... bertambah lagi setahun umur aku. Dah tua... opps... tak sedap dengar lak, dah senior... hehehe! Walaupun aku tak berhasrat untuk meraikannya tetapi memandangkan ianya jatuh pada hari raya ke-3, semua family members ada lagi maka secara tak lansung 'ter'celebrate gak lerr... satu kek, share ngan 'anak-anak' tersayang (birthday boy/girl di Ogos, September & Oktober). At least...


Inilah hadiah yang paling istimewa yang aku terima dari mereka yang tersayang... tak sangka juga. Tqvm!


Ni pun tak kurang juga istimewanya bagi aku... dah convert jadi 'something' untuk dijadikan kenangan


This one from my goodfriend... Iza

Tu la, terasa cam budak-budak lak bila dapat hadiah-hadiah ni... seronok juga, actually sebab dah lama tak rasa camni! Anyway, thanks to everybody... I love you all!

p/s Am waiting for something from you, B!


Thursday, September 24, 2009

Raya ke-5

Hari ni masuk kerja semula dan hari ini juga baru ada masa nak update. Curi-curi sikit masa kerja untuk hilangkan rasa boring yang teramat... kerana hari ni ofis masih lagi lengang. Aku pun hanya pada kul 8.30 pg tadi tiba dari CB dan terus saja masuk ofis. Ingatkan nak amik half day je tapi ada hal plak petang nanti so lebih baik aku tunggu je sampai habis waktu kerja...so tak perlu la aku nak ulang-alik nanti. Suasana sunyi dan juga sejuk air-cond buat mata aku ni jadi mengantuk sebab malam tadi aku tak boleh tido lansung... Dalam dok layan surfing cam biasa, dak chempiang dan juga anak pak adham pun ada online... so layan borak lak ngan depa tu. Since lama sungguh tak online ngan dia orang... maka banyak la cerita yang nak diupdate, tu yang tak sedar sampai ke subuh... ngalahkan orang yang dok lepak kat kedai kopi lak ye? Hehehe!


Saturday, September 19, 2009

Salam Eidul Fitr

Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Sama-sama kita memeriahkannya. Maaf dipohon kiranya ada kesilapan, samada sedar atau tanpa disedari. Dalam masa yang sama, jangan sampai lupa untuk menjaga kesihatan, maklum sajalah... setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, dihidangkan pula dengan juadah-juadah dan kuih-muih yang sedap-sedap belaka makanya kita tidak menyedari yang kita telah makan melebihi dari kebiasaan. Cantik-cantik badan dah kurus kerana sebulan berpuasa, alih-alih dalam 2-3 hari je, dah naik semula... camner tu? (nak mengingatkan diri sendiri juga tu!) Tak lupa juga bagi yang memandu pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.

Salam sayang,

Saturday, September 12, 2009

Semalam nyer citer

Apa ye? Hmmm... Tak ada apa yang menarik pun. Saja nak menyemakkan blog ni je... Pagi aku pergi ke umah Jimy, settle kan hal kete... maklum la nak raya, perjalanan jauh nanti kan? Then, selebihnya just bersantai di rumah je...

Thursday, September 10, 2009

Tak ada tajuk...

Tak tahu nak letak tajuk apa... cerita ada, macam-macam lagi tapi pagi ni macam tak ada rasa nak bercerita pulak. Otak aku masih bercelaru dengan kemelut yang berlaku dalam dua tiga hari ni dan tak mampu nak mengolah ayat-ayat untuk membebel kat sini. Badan lemah pun mungkin salah satu puncanya... kerana baru dua hari aku dapat berpuasa sejak tempoh pengambilan ubat hospital aku tamat beberapa hari yang lalu. Hari pertama tu teruk sangat... awal-awal pagi nak gi kerja pun dah rasa cam tak larat tapi aku gagahkan juga, bukan boleh ikutkan sangat. Terasa lak seperti Ayee mula-mula belajar berpuasa dulu... seksanya badan nak dapatkan satu hari penuh. Nak tergelak pun ada bila mengenangkannya...

p/s Happy Birthday FA! All the best in all your doing and may God bless you.

Wednesday, September 9, 2009

09-09-09

Nice date but doesn't mean a nice day. For some people, today only comes once in their life especially for those who are celebrate their birthday or anniversary. At this point of time, only 3 persons I know who celebrate their birthday today and one of them is a very special person in my life - Happy Birthday My Love!. The sad part is, we can't celebrate it together today but... it can be belated right? Raya nanti ok!

Friday, September 4, 2009

Redha aje la...

Kesihatan aku agak teruk kebelakangan ni. Lepas satu penyakit, ke satu penyakit. Dari Jumaat hingga Isnin minggu yang lalu, tetiba je aku dilanda penyakit tidak boleh tido. Lebih 72 jam aku tidak dapat melelapkan mata walaupun sepicing. Selasa baru aku dapat berjumpa doktor. Katanya, mungkin kerana ubat yang sedang aku ambil sekarang ini. Aku terpaksa berhenti seketika, dia memberi aku ubat tidur untuk 2 malam dan akan sambung semula selepas 3 hari. Harap-harap semuanya akan pulih semula.

Itu baru bab kesihatan, belum lagi cerita tentang bab-bab yang lain. Tak tahulah nak kata apa... kalau iman di dada tak cukup, dah lama aku 'mengalah'. Tapi bila teringatkan kata-kata Mak, tiba-tiba je aku dapat kekuatan...

"DIA hanya ingin memastikan samada kau lulus atau tidak dengan ujian yang diberiNYA sebelum DIA mengurniakan sesuatu yang lebih baik yang tidak kau ketahui selepas ini. Kau ingat sesuatu 'perkara' yang kita minta dari DIA tu boleh dapat free je ke?"

Aku ni je yang lalai sebenarnya... bukan sekali aku mendengar kata-kata yang sedemikian, berpuluh orang telah memberitahu tentang perkara yang sama pada aku. Harap-harap aku tidak akan lupa lagi lepas ini... InsyaAllah!