Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 31, 2007

Selesai sudah satu perkara...

Akhirnya satu tugas berat telah pun selesai semalam... legalah sedikit. Tinggal nak jaga program 'Pak Arab' saja lagi. Selepas tu masuklah bulan Ramadhan. Masa inilah aku nak pulun rehat puas-puas... *dapat ke pun kalau masa ni aku nak ambil cuti panjang untuk menghabiskan 6 hari lagi cuti tahun 2006 aku tu?* Tunggu dan lihat sajalah. Biasalah aku ni... cakap je, nak laksanakan memang susah, selagi bos ada... payahlah nak pergi bercuti panjang.

Tapi hari ini aku kena juga bekerja. Di ofis hari ini sunyi sepi, kebanyakkan staf terus mengambil cuti ganti mulai hari ini *2 hari tu... campur dengan 6, jadinya 8 hari untuk dihabiskan... banyak tu*. Ye lah... penat tau! Aku saja yang tak boleh cuti sebab bos ada hari ini dan banyak kerja-kerja tergantung di sepanjang minggu sebelum konvo bermula. Entah bilalah agaknya aku boleh gunakan cuti ganti aku tu ek? *may be boleh amik masa raya nanti kot?*

Friday, July 27, 2007

Rindu Ayee...

Kesibukan yang membuatkan aku tidak dapat menjenguk Ayee . Hampir 3 minggu kami tidak berjumpa. Hujung minggu ini pun aku tidak dapat pulang kerana aku perlu bertugas di Majlis Konvokesyen yang ke-4 di PWTC. Rindunya tak terkira... minggu depan kita jumpa ya sayang...

Wednesday, July 25, 2007

"Eating Disorder"

Kesinambungan dari kisah permasalahan pemakanan aku tempohari. Sebagaimana yang aku katakan dalam coretanku yang lepas, aku pun pergilah berjumpa dengan doktor pada petang Sabtu lalu. Ku ceritakan semua masalah yang aku alami. Dia kata, aku ni mengalami 'eating disorder' tapi dia tak tahu nak klasifikasikan aku dalam kategori apa, samada 'anorexia' atau pun 'bulimia nervosa'. Ini bukan apa, tanda-tanda yang aku alami tu ada dalam kedua-dua kategori tu. Senang cerita, dia diagnos aku 'eating disorder'. Maka doktor pun bagilah aku beberapa jenis ubat untuk aku makan... tapi sampai ke hari ini keadaanku masih macam tu juga. Tak ada perubahan lansung. Agaknya masalah aku ni hanya akan balik ke situasi normal bila kesemua program untuk peserta-peserta antarabangsa ni selesai pada penghujung Ogos nanti. Harap-harap begitulah...

Sesiapa yang nak tahu apa itu 'anorexia' dan 'bulimia nervosa' boleh la layari laman web ni...

Saturday, July 21, 2007

Apa dah jadi?

Kerja memang tak pernah habis tapi nak tak nak aku kena bekerja juga hari ini. Nota-nota untuk peserta-peserta program kena disiapkan secepat mungkin kerana program akan bermula pada hari Isnin ini. Kebiasaannya, walaupun sibuk dan penat... regim makan aku tak pernah terganggu malah aku akan makan lebih dari biasa. Tapi sejak beberapa minggu kebelakangan ini, tabiat makan aku sudah berubah. Macam ada yang tak kena, tak tahulah mengapa.... aku tidak punya selera untuk makan dan yang pelik tu, aku tidak merasa lapar lansung. Aku makan pun kerana dipaksa, takut nanti aku dapat penyakit lain pula kalau dibiarkan perut kosong terlalu lama. Kalau rasa lapar pun, perut aku hanya boleh menerima makanan sedikit saja.

Pagi tadi, aku hanya bersarapan dengan air milo tanpa makan apa-apa pun. Bila dah tengah hari, perut ni pun terasa macam perlu diisi... aku pun pergilah memberli makanan di seberang jalan (KLCC). Selera memang tak ada tapi pasal malas nak susahkan otak memikir, aku pun pergilah ke KFC. Cepat dan jimat masa sikit *fikiran ni asyik memikirkan kerja-kerja yang tak siap lagi*. Tanpa melihat menu, aku ni main order saja... ayam goreng, cheesy wedges dan jus oren. Bawa balik ke ofis, mula-mula tu makanlah wedges, lepas tu bila aku nak makan ayam... alih-alih perut aku dah tak boleh terima, terasa macam sudah kenyang sangat. Apa dah jadi ni? Kenapa ek? Nampak gayanya terpaksalah aku bawa balik ayam-ayam goreng ni....

Semalam, aku beli nasi ayam dan aku hanya lalu makan seperempat saja nasi tersebut... selebihnya terpaksalah disimpan di dalam peti ais. Dulu semalam, aku beli Double Cheese Burger dan aku hanya boleh habiskan separuh saja... lebihannya masih ada lagi di dalam peti ais... Penyakit apa sebenarnya ni? Susah hati aku dibuatnya dan patutlah dari hari ke hari berat badan aku semakin menurun. Nanti sebelum sampai rumah, aku nak jumpa Dr. Rassi Sharmini dulu... nak tanya pendapat dia. Mungkin dia boleh beri aku apa ubat yang patut untuk masalah aku ni.

Thursday, July 19, 2007

Gambar kandid

Baru semalam aku berkesempatan melayari galeri gambar kat portal... maka secara tak lansung aku jumpalah gambar ni. Siapa lagi kalau tak Zizan yang ambil gambar tu semasa perhimpunan bulan lalu. Rasa malulah pulak bila muka aku terpampang macam ni kat portal tu...


Lepas tu jumpa pula gambar-gambar kandid yang diambil semasa Hari Keluarga di Port Dickson pada bulan lalu juga. Masa ni aku kat bilik.... migrane sebab cuaca panas sangat. Dari kanan: adik aku-Shima, sebelah dia tu adik aku juga, Julie dan suami serta anaknya, Haziq, depan sekali tu Ayee.

Ini pula gambar aku tengah baby sit Muhammad Haziq yang sudah mengamuk sebab terlalu mengantuk. Ibu dia tengah sibuk dengan urusan 'check-in' di kaunter reception. Abah dia entah di mana... yang pakai baju biru berdiri di sebelah Shima tu, adik aku yang bongsu... Seha.

Saturday, July 14, 2007

Kerja di hari Sabtu


Kerja tetap kerja... tapi aku tetap nak curi masa seketika untuk membebel di sini. Bukan apa, saja nak relaks sebentar.... hehehe! Coffee Break!

Kenapa aku bekerja hari ini? Ini kerana pada hari bekerja yang 5 hari itu dipenuhi dengan bermacam-macam tugas yang tidak henti-henti dan ianya telah membuatkan kerja-kerja rutin aku terhenti seketika. Kebetulan pula pada minggu ini aku tidak pulang menjenguk Ayee maka, inilah waktu yang terbaik untuk aku melangsaikan segala kerja yang tertangguh selama beberapa minggu ini.

Hahaha... aku nak sambung kerja aku semula. Aku nak cepat balik ke rumah... nak berehat. Esok sudah ada agenda yang menanti...

Friday, July 13, 2007

Huhuhu...

Wallpaper yang aku baru pasang tu dah hilang.... Tu la... adalah seorang hamba Allah ni, nak tolong 'cantikkan' rumah aku kononnya, hmmm.... alih-alih dah jadi camni.... huhuhu! Nak tak nak, terpaksa le pakai wallpaper yang sedia ada tu... nanti-nanti bila ada kelapangan barulah aku buat ubah suai kat rumah aku ni...


Tuesday, July 10, 2007

Aduhai...

Hari tu aku ke Seberang Jaya, biasalah... kerja. Entah apa yang sedang berlaku di sana, maka kebanyakan bilik-bilik hotel di sana telah penuh ditempah. Hendak tak nak, aku dan kawan tinggal di Sunway Hotel Seberang Jaya. Dapat bilik kat Executive Club on the top floor... nasib baik dapat corporate rate maka harganya taklah semahal published rate. Tapi sebenarnya aku tak perlu peningkan kepala pasal itu semua sebab makan dan tempat tinggal ditanggung sepenuhnya... biasalah tu... hehehe!

Mengikut pengalaman tinggal di situ sebelum ini... susun atur bilik kat Executive Club ni sama saja dengan bilik-bilik standard yang lain cuma ekstranya dapatlah merasa evening coctail dan juga sarapan di Club Lounge serta penggunaan internet percuma sepanjang penginapan di sana. Rugi sungguh rasanya kerana kali ini aku tak bawa laptop pula. Bukan apa, rasa hati tu macam tiada kesempatan je nak berlayar di internet dan memang betul pun firasatku itu... aku macam mengejar masa saja selama aku berada di sana.

Awal-awal lagi aku telah beritahu 'kangaroo' akan pemergianku ke sana dan seperti dirancang dia datang mengjenguk kami di hotel dan pergi 'happening' malam tu, nak lepaskan 'dendam yang tak kesempaian' semasa kedatangan aku ke sana sebelum ini. Pada hari terakhir aku di sana, sempat juga aku singgah di rumah dia untuk menjenguk 'anak-anak angkat' dan lepas itu pergi makan di kedai mak dia... Seperti biasa, bila dah kenyang... barulah aku bergerak pulang ke KL. Pukul 8 malam baru aku sampai di rumah.


Penat memandu belum hilang lagi, aku balik kampung lepas itu. Rindu kat Ayee... Subuh semalam, dari sana aku terus pergi kerja. Faham-faham sajalah bila beberapa hari tidak berada di ofis, kerja menimbun. Tepat pula masa ni tengah sibuk dengan peserta program dari Kingdom of Saudi Arabia... terkejar sini, terkejar sana membantu 'bos kecik' menguruskan mereka-mereka ini. Keperluan 'bos besar' tetap menjadi keutamaan... mana tak penat dibuatnya, kerana itulah aku balik rumah pada pukul 8 malam semalam dan perlu aku ingatkan diri sendiri yang penat sebegini akan berpanjangan sehingga akhir Ogos. Perghhhh.... terpaksalah aku persiapkan diri ini dengan macam-macam vitamin supaya aku boleh 'maintain' sampai semua program tamat. InsyaAllah dengan izinNya... Amin!

Monday, July 9, 2007

Meme for a Charity...

OD telah tag aku atas nama charity. Hasrat yang murni ini diilhamkan oleh Idham sempena ulangtahun beliau pada 26 Ogos nanti. Rangkap yang seterusnya aku 'copy and paste' je.

Next 26th August would be his (Idham's) birthday, and on that day, he would like to compile and bind the 100 bloggers’ memes, for which every meme, he will contribute RM127 to Darul Izzah Orphanage. Anyone who wishes to support his effort can do so. No need to wait to be tagged. Remember, we need 100 memes by 26th August. Once this tag is done, please leave a comment in his blog to inform him that you have done the tag.

This is the rule:If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage". Then please copy and paste this rule somewhere in your entry. The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences........

*These can be copied and pasted to your entry*
1. A person is only as good... as he/she tends to be good
2. Friendship is always... forever
3. To love is to... forgive and show you care
4. Money makes me... feel thankful to Allah.
5. I miss... being a wife and a mother-to-be again
6. My way of saying I care is by... smiling and say hello to him/her
7. I try to spread love and happiness by... sharing my love with the one I love
8.Pick the flowers when... it is belongs to you
9.To love someone is to... be ready to get hurt
10.Beauty is... dangerous to me
11.When I was thirteen, what I remember the most was... when I have stay apart from my family
12.When I was twenty one, I remember... that I am struggle for my final semester exam
13.I am most happy when... other people happy
14.Nothing makes me happier than... going back to hometown seeing Ayee every week
15.If I can change one thing, I will change... war to peace
16.If smiles were... medicine can cure sickness then I... can make world free from sick people
17.Wouldn't it be nice if we could... live happily ever after
18.If you want to... be loved then you have to... give your love
19.Money is not everything but... money makes you survive
20.The most touching moments I have experienced is... when Ayee said, "Mama, whatever happened between u and dad, I still love you and will always by your side".
21.I smile when... I am thinking of my happiest time with my 'family'.
22.When I am happy, I... will feel free n praised to God
23.If only I don't have to... worrry of who is taking care of Ayee when I am not around, then... I feel free to go anywhere 'they' send me...
24.The best thing I did yesterday was... kissed and hugged my mum
25.If I ever write a book, I will give it this title,"This is My Life"
26.One thing I must do before I die is... I will do my Haj and also make sure Ayee has proper education (Islamic/academic) for his future
27. Doing this meme, I feel like... I am making other people happy also

p/s untuk membantu Idham merealisasikan impiannya, maka aku ingin tag semua 'Inilah Kengkawanku' yang belum kena tag lagi

Monday, July 2, 2007

Aku kena tag...


OD tag aku... tapi minta maaf banyak2 tak dapat nak laksanakan. Dalam minggu ni aku sibuk sesangat dan aku tak akan berada di ofis untuk beberapa hari ini. Mungkin minggu depan kot baru boleh buat...