Kata orang, mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati. Bagi yang pernah mengalaminya pasti akan setuju dengan kenyataan tersebut. Tapi perlu juga diingat... walau bagus mana pun kita menjaga kesihatan kita, kalau DIA dah nak kasi sakit... akan sakit jugalah kita. Ini beberapa tips yang doktor aku kasi dan aku ingin kongsikan ngan korang semua...
Banyak minum air
Bila badan kita menerima air yang banyak, ianya akan mencairkan kuantiti sodium di dalam badan kita sehingga memboleh kuantiti air yang keluar juga meningkat. Dalam masa yang sama ia juga akan menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif semasa proses perkumuhan. Jumlah air yang perlu kita minum dalam sehari, setiap 25kg berat badan kita memerlukan kita minum sekurangnya 1 liter dan jika lebih, lagilah bagus. Kalau begitu, aku perlu minum 2 liter atau lebih sehari.
Makan perlahan-lahan
Kalau kita makan dengan laju, maka udara akan terkepung dalam usus dan seterusnya akan membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak hadam juga tidak dapat dicerna dengan baik oleh perut kita. Pasal tu agaknya aku mudah dapat sembelit, aku memang makan cepat... hik hik
Kurangkan gula dan garam dalam makanan
Kebelakangan ini, banyak kita dengar orang mengidap diabetes dan darah tinggi pada usia muda. Ini kerana mereka tidak mengawal pengambilan gula dan garam dalam makanan seharian mereka. Aku berterima kasih pada mak kerana telah mengajar kami makan makanan yang kurang manis dan masin.
Ambil makan berserat
Serat adalah salah satu elemen dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam badan, pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan juga penting dalam membantu proses penjagaan kesihatan badan kita. Feberet aku nih...
Hindari sembelit
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Akibatnya, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan meransang isi perut mengumpul lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Aku memang punya masalah dalam bab ni dulu terutamanya bila selalu travel dan berubah tempat. Alhamdulillah sekarang semuanya dah ok. Semua tu kerana amalan pemakanan yang teratur dan air yang cukup.
Rajin bersenam/beriadah/bersukan
Bersenam/beriadah/bersukan sebanyak tiga kali seminggu paling minima adalah digalakkan agar dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Dalam pada itu membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dalam bentuk peluh. Tang ni aku memang kena mengalah. Kesihatan memang tidak mengizinkan. Ada pun hanya boleh berjalan perlahan di taman berhampiran rumah. Tak pun buat pilates je di rumah. Jadilah kan? Yang penting kemahuan diri.
p/s moga aku akan terus kuat dan tabah... amin!
- Posted using BlogPress from my iPad