Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 12, 2018

Hidup makin susah bila berhijrah...


Bila kita berubah dan mula berbuat kebaikan, kita rasa kehidupan kita semakin susah dari yang sebelumnya. Mengapa?

Jangan sesekali kita mengharapkan ganjaran di dunia bila seseorang mula berubah ke arah yang lebih baik. Ini kerana dunia adalah syurga bagi mereka yang tidak beriman dan penjara kepada orang yang beriman. Ikhlaskan hati untuk mendapat keredaan Allah dan sabar dengans setiap dugaan yang datang dalam proses penghijrahan kita.

Setiap kali penghijrahan... pastinya ada ujian dan dugaan. Syurga itu bukan percuma. Allah memberikan dugaan kepada orang yang sabar dalam membuat kebaikan.

Jangan sesekali kita bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Jangan ukur amalan kita dengan ganjaran dunia, sebaliknya amalan kita untuk mendapatkan ganjaran yang lebih berharga di syurga Allah. Syaratnya, ikhlas dalam melakukan setiap kebaikan.

Semoga bermanafaat.


- Posted using BlogPress from my iPhone