Sepatutnya esok aku dah boleh mula menghabiskan cuti tahun 2006 yang berbaki sebanyak 8 hari lagi. Terpaksalah dibatalkan hasratku itu. Boss aku tak jadi pula pergi ke Riyadh. Hishhh... punah segala rancangan. Hajat di hati boleh la juga nak pergi jalan-jalan dengan Ayee dan kerana tak jadi bercuti, maka Ayee hanya akan datang ke KL pada 6 Jun ini bersama mak dan adik-adik. 9 Jun nanti nak bawa mereka pergi ke Port Dickson, ofis aku buat hari keluarga di Glory Beach Resort... Aku dan Julie dapat tinggal di satu apartment dan mungkin aku perlu tempah satu bilik lain untuk mereka yang lain. Tengoklah nanti... sebab mak kata, dia tak mahu pergi. Oh ye, hujung minggu ni aku akan ke Kuantan bersama Z*** dan R*****.
Aku nak balik ke rumah tepat pada 5.30 hari ni..... maklum je lah, bos tak ada... hehehe.... lagi pun aku ada kerja menjahit manik yang belum selesai. Tuan punya baju nak pakai pada hujung minggu ini, bermakna aku kena siapkan pada malam ini juga. Nanti bila ada masa kita sambung lagi ek?









