Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 29, 2008

Tak tau nak celoteh apa...

Memandangkan tajuk pun dah camtu... aku pun nak bok-bek la apa yang berlaku sekejap tadi. Cuti sekolah... maka aku boleh keluar lewat sedikit dari biasa untuk ke ofis. Bos sms, kata akan berada di AR dulu pagi ni. So aku pun akan ke sana dulu dan nanti petang baru ke Main Campus pula. Tak sabar nak tunggu tarikh perpindahan ke Main Campus yang tak tahu bila lagi tarikhnya... dengar cerita bulan Julai ni. Tak larat dah nak berulang-alik begini. Huhuhu... masa-masa gini baru sedar diri yang usia dah meningkat tapi tak le tua sangat lagi kan? Hehehe... camner tu?

~dee~ Tak tahu samada aku boleh bertahan sampai ke petang atau tidak... sakit kepala aku ni dah sampai tahap gaban

Wednesday, May 28, 2008

Kecilnya dunia...

Siapa sangka orang yang pernah aku jumpa dalam geng UB itu rupanya punya cerita dengan adik aku? Itu pun setelah hampir 3 tahun kami kenal, hanya semalam barulah terbongkar segala rahsia. Mungkin kerana aku dan adik aku tidak ada iras lansung... Tak sangka kan Adhan? Macam jejak kasih la pulak? Huhuhu... Semuanya kerana minat kami yang sama... iaitu kaki novel.

Sebenarnya, adik-adik perempuan aku semuanya memang gila membaca novel, cuma sejak kawin pembabitan si Julie ni dia agak slow sikit... begitu gak dengan Shima dan Seha sebab mereka ni masih belajar lagi. Aku pun sejak 'bersendirian' ni je yang mula aktif sikit, tu pun kalau aku tak sibuk ngan kerja.


Ni le muka adik-adik pompuan aku... ada iras ke?

~dee~ Gitulah... sesungguhnya DIA maha berkuasa!
Ketidaksihatan *ada ke perkataan ni?*
tidak bermakna aku tak boleh berasa seronok kan?
Ye... hari ini aku seronok sekali
Dalam sakit-sakit tu ada gak orang yang perihatin
Tu tandanya apa, sayang ke apa?
Tak tahulah aku nak kata... yang pasti aku seronok.
Hilang la sekejap rasa sakit aku ni...
Walaupun sekejap.... jadilah.


~dee~ Sok dah nak kerja semula...

Tuesday, May 27, 2008

Kenapa... tak percaya?

Tadi, sambil mengemas almari... terjumpalah album gambar lama. Hampir sejam aku layan melihat gambar-gambar tu. Bila dilihat kembali gambar aku tu, ketawa sendiri aku dibuatnya. Gambar sebelah kiri tu diambil sekitar tahun 2003, masa tu berat badan aku lebih kurang 60kg dan aku macam tak kisah je dengan badan aku yang agak besar itu. Gambar di sebelah kanan tu pula diambil pada hujung 2007 yang mana berat badan aku ketika itu lebih kurang 50kg dan masih lagi maintain sampai sekarang... cuma ada kala ianya turun ke 48kg. Macam tak percaya je...



~dee~ Kawan-kawan yang perasan dengan perubahanku ada juga yang bertanya macam mana aku boleh kurus seperti sekarang ini... aku sendiri tiada jawapannya.

Ketidakcukupan tidur dan juga keserabutan fikiran buat kepala aku sakit. Mula-mula hanya sekali sekala dan aku masih lagi menjalani hariku seperti biasa. Lewat malam tadi, keadaan menjadi semakin teruk. Sakitnya tak terperi hinggakan kedua biji mata aku rasa macam nak tersembul keluar dan aku tak mampu untuk memandu ke klinik. Aku hanya makan panadol dan ianya buat aku terlelap seketika. Hilang kuasa ubat, aku mengerang menahan kesakitan hinggalah azan subuh kedengaran. Pukul 8 pg aku sudah berada di klinik. Aku mahu jadi pesakit pertama berjumpa dengan Dr. Rassi pagi ini dan aku ingin cepat pulang ke rumah untuk rehat & tidur sepuasnya. Se'das' suntikan pain killer yang diberi oleh puan doktor buat aku mengantuk dan dapat tidur dengan begitu lena walaupun hanya 3 jam saja... baru sat tadi aku bangun. Dah rasa lega sedikit. Harap-harap aku beransur baik... banyak kerja yang menanti di esok hari.

~dee~ Melalui situasi begini baru buat aku sedar betapa sukarnya hidup ber'sendirian'.... nak buat camner, bukan semua boleh kita dapat dalam hidup ini...

Monday, May 26, 2008

Tak boleh tidur...


Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata, biarpun seminit. Mengapa? Aku sendiri buntu memikirkannya. Lepas satu, satu lagi hal yang mendatang. Dugaan sungguh... Moga aku diberikan kekuatan untuk menghadapinya. InsyaAllah...

~dee~ Kalau boleh aku ingin bersendirian sekarang ini, di dalam suasana sunyi dan sepi tanpa gangguan... terutamanya di rumah.

Sunday, May 25, 2008

Apa nak buat hari ni?

Stay kat rumah sorang-sorang pun bosan gak. Reen tak ada, dia gi berkursus di Taman Negara. Kalau tak silap aku petang nanti baru balik. Nak gi menjenguk dan main-main ngan Deena atau Haziq, kete lak tak ada. Petang nanti baru siap... dahnya memerap le kat umah ni. Tengah fikir nak buat apa ek?
  • iron baju & 'organise' wardrobe
  • cuci akuarium
  • 'gardening'
  • tido *ni aktiviti yang paling utama*
  • reading, etc.
Tu je la yang ada dalam fikiran buat masa ni. Nanti aku update... itu pun kalau aku rajin. Hehehe!

matahariku

MATAHARIKU - Agnes Monica

tertutup sudah pintu pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu
hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu meski ku tak mau

chorus:
berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh terhening menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak
aku terdiam sepi

**
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

~dee~ pertama kali dengar lagu ni tadi, terus tersuka pulak...
Kegusaran hati yang melanda sekarang tidaklah sehebat kegusaran memikirkan tentang 'kete' aku yang berada di workshop tu... Tak tahu nak mengadu kepada siapa. Lastly, aku ceritakan pada mak. Rasanya dialah orang yang terbaik untuk aku kongsi bersama. Tau mak kata apa?

"Tak usahlah Dee... mak tak rasa dengan menerimanya kau akan lebih bahagia dari kehidupan sekarang ini. Memang dia punya segala tapi bukan itu yang kau kejar bukan? Fikirkanlah... mak tak melarang dan mak tak juga menyuruh. Hati kau, hanya kau sendiri yang tahu."

~dee~ Terima kasih mak...

Saturday, May 24, 2008

Kete aku masuk workshop lagi...

Kali ni apa citer pulak? Tu la... beberapa hari yang lalu aku dengar bunyi bising, macam besi bergesel di bahagian tayar tapi hanya sekali sekala je. Apa lagi, aku pun rasa macam tak sedap hati je nak drive. Tadi aku minta tolong Nick tengok-tengokkan kete aku... rupa-rupanya ada part yang berkaitan dengan brake, aku pun tak tau apa dia... kalau tak silap pendengaran aku, brake plate kot... kalo tak pun brake disc perlu ganti (tulah susahnya kalo tak tahu menahu pasal kete ni). Pasal tu agaknya setiap kali aku tekan brake, pasti ada bunyi yang agak nyaring akan didengari. Nasib baik gaji bulan ni dah masuk... kalo tak, masak gak aku dibuatnya. Tak kisahlah... janji 'buah hati' no.2 aku ni ok dan selamat untuk dipandu. Lagi pun minggu depan dah nak jalan jauh...

Friday, May 23, 2008

Gundah-gulana

Tak tahu apa yang sedang melanda pada aku ini
Macam-macam sedang bermain di minda
Marah, sedih, geram, sayang, rindu dan entah apa-apa lagi
Kenapa aku begini?
Peristiwa semalam buat aku semakin teruk
Perlukah aku beritahunya tentang apa yang telah terjadi
padaku ekoran dari peristiwa semalam?
Salah diakah?
Atau salah aku?
Ya... salah aku sebenarnya
Aku memang begitu...
Bila fikiran kacau, terutamanya yang berkaitan dengannya,
aku jadi tak menentu
dan pasti sesuatu yang tak dijangka akan berlaku padaku
Bukan sekali ianya terjadi, berkali-kali sudah...
Tapi perlukan aku ceritakan padanya?
Entah, aku sendiri tiada jawapannya...

p/s: Kenapa aku jadi takut untuk berkongsi segala tentang apa yang telah terjadi padaku? Mungkin kerana aku takut kau bosan dengan perangai aku yang tak pernah habis 'menyusahkan' dirimu...

Thursday, May 22, 2008

Aku dilamar?


Betul ke? Huhuhu...
Macam tak percaya je...
Tapi mengapa orang tu?
Mengapa tidak dari si 'dia'?
Salah aku juga.
Mengapa diharap orang yang entah di mana?
Dia pun tak tahu yang aku menuggunya di sini.


Aduhh... serba salah aku dibuatnya
Bukan aku tidak sudi
Jauh sekali memilih
Aku tahu kau punya segala
Ringgit, harta dan pangkat
Cuma satu saja yang kurang
Hatimu tidak berjaya menambat hatiku
Lagi pun tiada 'chemistry' di antara kita
Kerana hati dan perasaan bukan boleh dipaksa
Pada aku, kau hanya kawan biasa...
Ribuan maaf ku pinta...

p/s: Yang sebenar-benarnya... pengalaman lalu buat aku masih tidak punya hati untuk menerima sesiapa pun sebagai peneman hidupku. Maafkan aku...

Tuesday, May 20, 2008

Mengapa?

Kesedihan sedang menyelubungi diri
Sesuatu yang tak dijangka akan berlaku hari ini
Perlukah aku tunjukkan diri,
kalau hati berkata tidak?
Bersalahkah aku kiranya cuba melarikan diri?
Aku buntu...
Aku sedih... teramat sedih
Mengapa... mengapa ini harus terjadi?

p/s: Sesibuk mana pun aku hari ini, sepicing pun ia tidak dapat memesongkan hati aku yang sedang berduka ini....

Monday, May 19, 2008

Urut & Demam

Setelah sekian lama aku mencari orang untuk berurut. Tiap kali aku balik kg, aku nyatakan hasrat aku pada mak dan minta tolong mak carikan orangnya tapi mak cakap sekarang ini susah untuk cari orang yang pandai mengurut seperti dulu terutamanya sejak bidan yang mengurut aku dulu sudah meninggal dunia. Orang sekarang mengurut bukan kerana pandai mengurut tapi kebanyakkannya untuk tujuan komersial. Bila mak selalu pesan supaya jangan senang-senang je suruh orang urut badan sendiri kalau kita tak tahu latar belakang situkang urut itu, itu yang buat sampai ke hari ini aku tak dapat mencari situkang urut yang benar-benar aku percayai untuk 'menyentuh' badan aku. Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku berjumpa dengan Kak Leha, dia ni sebenarnya baby sitter Ayee dulu. Tup tup ntah macam mana terlepas kata, rupa-rupanya Kak Leha ini boleh mengurut. Tapi dia mengurut bukan untuk komersial. Aku pun buat temujanji dengan dia. Maka pada Sabtu pagi aku pergi ke rumah Kak Leha. 4 jam baru selesai satu badan. Apa taknya, hampir 9 tahun tak berurut... semua urat-urat kat badan aku dah kejang masuk angin. Jadi Kak Leha perlu ambil masa untuk memecah dan mengurut membuang angin tersebut. Tapi aku puas hati, rasa ringan badan selepas itu. Rupa-rupanya, Kak Leha ni memang punya keturunan yang pandai mengurut cuma dia tak nak komersialkan saja. Petang tu memang tak rasa apa lagi tapi bila malam, badan aku dah rasa sakit-sakit macam nak demam. Memang Kak Leha dah pesan awal-awal, kalau pertama kali diurut (kes aku ni kira macam kali pertama la kan? hehehe...) memang akan merasa sakit-sakit badan dan kalau orang yang tak tahan boleh demam lepas tu. Confirm aku merupakan salah seorang daripadanya. Malam tadi aku demam. Huhuhu... hari ini dah kurang sikit. Nasib baik hari ini cuti. Tu la kan... tak sakit cari penyakit!


p/s: Betul ke kata orang, kalau sekali sudah dimulakan mengurut badan... nanti kita ketagih nak lagi? Tapi aku tak rasa pun? Rasa macam tak nak adalah... sebab takut nanti sakit-sakit badan dan demam lagi. Hehehe!

Sunday, May 18, 2008

Lama tak jumpa...

Aku jarang melepaskan peluang untuk berjumpa ngan Geng Ulat Buku, last sekali semasa perlancaran novel JN & Manjlara di Bangi dulu. Then selepas tu ada lagi satu gathering last weekend di mana aku tak dapat join kerana atas sebab yang tak dapat dielakkan, aku perlu pulang ke CB pada minggu itu. Memandangkan hari ini aku tiada plan lain di waktu pagi maka aku punya peluang untuk turut serta menyibukkan diri di majlis perlancaran novel terbaru dari KN di BK, Avenue K. Seronok jumpa ngan kengkawan. As usual, topik perbualan pastinya berkisarkan hal novel dan juga penulis novel.

Petang hari aku ke rumah Jimy, Julie juga turut serta. Sementelahan dah berkumpul beramai-ramai, terus saja kami meraikan Hari Jadi Jimy yang ke-32. Huhuhu... dah tua adik aku yang sorang ni. Tapi member masih lagi boleh maintain perut walaupun anak sudah nak masuk dua... Sekejap tadi baru aku teringat yang aku ni tak boleh nak bermalas-malasan kerana ada sepasang baju pengantin nak disiapkan jahitan maniknya. Nak dipakai pada minggu depan katanya. Entahlah... aku macam tak yakin aku boleh buat kerana waktunya begitu singkat sekali. Last minute baru K. Zah kasi kat aku... adooiiii!

p/s: Happy Birthday Jimy! Semoga menjadi bapa dan isteri yang baik serta bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.

Saturday, May 17, 2008

Ketentuan - Ramlah Ram

Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
Ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu

Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Chorus
Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapaPendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini

Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

Bridge
Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa

Friday, May 16, 2008

Sopan Santun di Jalanraya

Cerita aku hari ini ekoran dari kejadian yang berlaku pagi tadi. Macam-macam cerita aku dengar pasal penunggang motorsikal di atas jalanraya ni. Malah mereka juga penyumbang angka yang terbanyak dalam bilangan kemalangan jalanraya yang berlaku di negara kita ini terutamanya di musim perayaan. Tapi kerana belum ada apa-apa kejadian yang berlaku di antara aku dengan mereka-mereka ini maka aku pun taklah kisah sangat walaupun kadang-kadang ada juga rasa geram tu timbul sekali-sekala bila melihat gelagat mereka di atas jalanraya tu. Berbalik kepada cerita aku tadi, aku ni adalah pengguna regular Jalan Kuching. Pagi-pagi seawal 6.30 aku sudah berada di sana dan pada waktu itu memang suasananya agak lengang dan sudah semestinya sebahagian dari penggunanya membawa kenderaan masing-masing dengan relaks tanpa terburu-buru kerana waktu bekerja lambat lagi dan ada setengah orang masih sedap berlengkar atas katil lagi. Namun begitu, aku ni yang jenis tak reti nak 'bersiar-siar' di jalanraya jadi hanya akulah yang selalu menjadi penghuni di lorong kanan sekali. Nak dijadikan cerita, adalah satu mamat ni yang boleh 'bersiar-siar' dengan motor cup dia yang tak berlampu kat lorong kanan tu tanpa mempedulikan aku yang ada begitu hampir di belakangnya. Kelajuan kete aku masa tu 70km/j je dan aku mengekorinya adalah lebih kurang 2-3 minit. Memandangkan aku tidak mahu mengganggu dia yang sedang menikmati kedinginan angin di subuh hari itu... maka dengan segera aku memberi signal untuk ke lorong di sebelah kiri dan sekali gus ingin memotong mamat ni... Tiba-tiba dengan tidak semena-mena tanpa signal dia pun melencongkan motor dia untuk pergi ke lorong yang sama dan dengan tindakan refleks aku yang pantas tu, maka aku pun hon dia dengan sekuat hati... ye lah mana tau kot-kot nanti dia menggesel lak bahagian hadapan kete aku (maklum je la, kete aku ni kan masih 'baru' lagi). Tanpa disangka dengan hon aku tadi, mamat ni macam tergezut lalu dia dan motornya pun melilau-lilau ke kiri ke kanan. Sekali lagi dengan tindakan pantas, aku tekan brek dengan mengejut kerana takut telanggar lak mamat sorang ni... Bila aku lihat dia dah stabil lalu aku pun memandu semula seperti biasa dan memotong mamat ni di lorong sebelah kanan sambil menjeling ke arahnya. Tup tup dia angkat tangan kanannya dengan menunjukkan jari hantunya saja (simbol f**k) pada aku dengan mulut yang terkomat-kamit. Ehhh... apa hal mamat ni nak maki hamun aku lak? Biar betul... Aku bersalah ke? Kalau ikut rasionalnya, dialah yang bersalah. Dahlah motor dia tak ada lampu, membawa kenderaan perlahan di lorong laju dan bertukar lorong tanpa memberi signal... tak salah ke? Lepas tu di atas kesalahan sendiri, nak marah orang lain pula... ishk... ada juga manusia yang sebegini ek?

Thursday, May 15, 2008

Kerja vs Kurus


Agak-agak kalau asyik kerja, kerja dan kerja, mungkin aku boleh jadi macam dalam gambar ni. Cuma satu je - aku tak le merokok macam creature tu... Hahaha! Sebenarnya aku tengah risau tentang berat badan sendiri yang semakin susut dari hari ke hari. Bila berjumpa kengkawan yang agak lama tak jumpa, rata-rata mengatakan yang aku makin 'mengecil' dan bertanyakan 'rahsia' yang aku amalkan. Bila aku kata tiada apa-apa amalan, mereka kata pula aku sedang berdiet. Sebenarnya perkataan diet tak pernah lansung ada dalam otak aku. Semua makanan aku makan tanpa mengira masa. Cuma apa yang aku perasan, aku tidak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Perut aku cuma boleh terima makanan berat hanya sekali dalam sehari. Misalnya pada waktu pagi aku makan nasi lemak, kenyangnya lasting sampai ke petang atau malam... in between I just eat light foods like biscuits or fruits. Kerja yang banyak juga buat aku kurang makan. Bukan apa... selalunya bila terlalu 'berkobar-kobar' untuk menyiapkan kerja yang banyak itu, aku selalu lupa untuk makan. Kadang-kadang tu bila waktu sudah menginjak ke pukul 3 ptg barulah sedar yang aku belum lagi makan tengahari, aku sedar pun kerana masa tu la baru perut sendiri sudah merasa pedih dan mula 'memainkan' lagu keroncong... Waktu kerja yang selalunya habis lewat selalunya buat aku tidak makan malam. Ini kerana selalunya bila aku tiba di rumah, terlebih dulu aku akan membersihkan diri dan sebaik saja siap 'berdandan', hati selalu berkata dan mendorong diri untuk berbaring seketika untuk melepaskan lelah. Hmmm.... tapi bukan seketika, tertidur terus sampai ke subuh esok. Bila masa nak makan malam? Itulah aku... huhuhu!

p/s: Mak cakap, aku ni nampak tak elok kalau kurus... dia lebih suka tengok masa aku agak berisi sikit dulu... betuk ke? Pasal tu la bila aku balik kampung, aku kena banyak makan... tapi masakan emak, memang tak akan aku lepaskan dan selalunya akan buat aku makan lebih dari biasa.

Wednesday, May 14, 2008

Pagi yang bening...


Lama sudah aku tak bangun awal pagi sebegini. Mungkin kerana aku agak relax semalam. Bukan apa, sejak kebelakangan ni kepenatan dengan aktiviti seharian buat aku tidur lena sehinggalah alarm berbunyi mengejutkan aku di waktu subuh. Berbeza dengan beberapa tahun dulu, waktu tidur aku memang singkat - hanya 3-4 jam sehari. Cukup sekadar menghilangkan rasa mengantuk. Banyak sebab buat aku jadi begitu... antaranya ialah konfliks keluarga yang melanda dalam kehidupan aku. Itu dulu... dan kerana itu juga sekarang ini aku akan menyibukkan diri ini agar di penghujung hari aku akan menjadi letih dan bila tiba di rumah, aku lebih teruja untuk segera merehatkan diri dan terus tidur. Maka, tiada banyak masa untuk berfikir untuk hal-hal yang lain.

Tuesday, May 13, 2008

Hari ini aku 'bebas'

Ketiadaan bos buat aku 'bebas' berbuat apa saja. Maksud aku... aku boleh menyiapkan segala kerja yang tertangguh tanpa gangguan. Maka aku ada la masa untuk 'mengacau' rakan-rakan yang lain dan ada la juga masa untuk berchatting dengan kengkawan untuk update story. Kalo tak, asyik terkejar ke sana dan ke mari... Entah bila la agaknya aku ni akan stay tetap di satu ofis je? Penat sudah rasanya. Tapi untuk hari ini saja, petang nanti bos aku sudah kembali semula ke tanahair dan bermakna mulai esok sudah tiada lagi istilah 'bebas' untuk aku. Huhuhu... itulah dinamakan kehidupan kan?

p/s: tak ada bos pun boring juga rupanya... hehehe!

Monday, May 12, 2008

Lepas sudah rindu aku pada'nya'...

Cuti lagi hari ini... nak cover balik kepenatan bekerja di 'luar' beberapa hari yang lepas. Walaupun penat, aku tetap balik ke CB. Apa taknya, untuk mengubat rasa rindu pada Ayee. Satu lagi yang buat aku seronok tak terkira kerana tahun ini aku berkesempatan menyambut Hari Ibu bersama ibu tersayang. Aku rasa sudah lebih dari 3 tahun aku hanya mengucapkannya melalui telefon saja. Ada ole-ole aku beli khas semasa aku ke luar negara untuk ibu tersayang. Julie pun ada kirimkan barang untuknya. Aku harap dia gembira... Cuma satu perkara yang agak payah untuk aku lakukan, aku ni memang jenis yang sukar untuk mempamerkan kasih sayang aku pada orang yang aku sayang walaupun pada Ayee. Aku jarang menzahirkannya dalam bentuk kata-kata... begitu juga dengan tingkah laku. Kadang-kadang aku kasihan melihat Ayee, kala dia ingin bermanja dengan aku... aku buat tak de' je. Bukan aku tak peduli tapi kadang tu masa tak bersesuaian dan bila masa aku ingin membelainya, dia pula sibuk bermain. Agaknya aku ni terikut cara abah aku agaknya... Entahlah, apa yang pasti aku memang sayang dengan mereka semua. Hanya cara setiap individu itu yang berbeza...

p/s: Tanpa diduga kawan-kawan abah telah memasukkan namanya dalam senarai pencalonan sebagai Ketua Kampung dan telah pun terpilih. Tahniah abah! Laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaik-baiknya. Kami semua menyokong dari belakang.

Wednesday, May 7, 2008

Haiyaaa...

Entah kenapa lately ni penyakit M aku makin menjadi-jadi. Bukan saja dalam bab kerja di ofis tapi segala-galanya sehinggalah ke bab makan. Sehinggakan nak update blog pun malas juga. Tak tahulah apa dah jadi dengan aku ni? Ni yang nak cari tonik cap R pulak... bukannya apa, kerja opis teramatlah banyak tapi bila dah berada dalam keadaan begini, susah pulak jadinya. Risau la pulak aku dibuatnya.

anak-anak kesayangan

p/s: tak sabar nak balik jumpa Ayee pada hujung minggu ni...

Sunday, May 4, 2008

Tak jadi balik CB

Deena d'great!

Plan asal aku memang nak balik tapi memandangkan ada beberapa agenda yang tak boleh dielakkan, aku terpaksa batalkan. Dalam pada tu, sempat juga menjengah 'anak-anak' kesayangan. Dah tak dapat jumpa Ayee... paling tidak, hilang skit rasa rindu di hati. Seronok gak melayan karenah mereka, keletah budak-budak memang menceriakan hati aku. Hilang seketika rasa penat dan juga segala macam perasaan pada masa tu. Yang geram tu bukannya boleh sekejap masa bermain dengan mereka, ada-ada je nanti yang buat aku tak sampai hati nak meninggalkan mereka. Aduhhh....

Haziq... superboy!

p/s: Rindu padanya!

Saturday, May 3, 2008

May datang lagi...


Sekejapan saja, May sudah tiba lagi. Terlalu cepat masa berlalu. Aku terlalu sibuk lately. 1 May, nama je cuti tapi macam tak cuti je. Banyak perkara perlu difikir dan dibuat. Aku jadi lelah... itu tak termasuk dengan perkara-perkara yang tak dijangka.

Pagi tadi, tak semena-mena je orang yang aku sayang tiba-tiba macam merajuk dengan aku. Jenuh aku memikirkan apa yang telah lakukan yang buat dia jadi begitu tapi aku lansung tak punya clue. Akhirnya, dia sendiri yang memberitahu. Perghh... susah juga nak faham perasaan orang ek walaupun sudah lama kita bersama dengannya? Dan tak semua orang punya penerimaan yang sama dengan diri kita. Rupa-rupanya dengan cara aku yang suka berterus terang itu boleh buat dia terasa hati. Maafkan aku, tak terniat lansung di hati... jangan marah ek? Saya sayang sangat akan kamu!

p/s: Congrats Shima! Tercapai sudah impian di hati...