Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 28, 2018

Insan berdosa


Kejahatan itu bukan kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan tahap demi tahap. Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Rasa ketagih dengan maksiah, gian dengan kemungkaran akan mencengkam hati dan diri.

Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada pertama kali kau berdosa, ketahuilah itu adalah peringatan yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu tanda hatimu masih hidup.

Wahai diri... ingatlah... sekalipun kau terhijab dari mengecapi nikmat ketaatan tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis lebik baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


p/s:
Jangan berhenti berdoa dan terus berdoa, moga Allah memaafkan atas segala kesalahan dan kekhilafan kita semua... dunia sudah makin hampir ke penghujungnya.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 12, 2018

Hidup makin susah bila berhijrah...


Bila kita berubah dan mula berbuat kebaikan, kita rasa kehidupan kita semakin susah dari yang sebelumnya. Mengapa?

Jangan sesekali kita mengharapkan ganjaran di dunia bila seseorang mula berubah ke arah yang lebih baik. Ini kerana dunia adalah syurga bagi mereka yang tidak beriman dan penjara kepada orang yang beriman. Ikhlaskan hati untuk mendapat keredaan Allah dan sabar dengans setiap dugaan yang datang dalam proses penghijrahan kita.

Setiap kali penghijrahan... pastinya ada ujian dan dugaan. Syurga itu bukan percuma. Allah memberikan dugaan kepada orang yang sabar dalam membuat kebaikan.

Jangan sesekali kita bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Jangan ukur amalan kita dengan ganjaran dunia, sebaliknya amalan kita untuk mendapatkan ganjaran yang lebih berharga di syurga Allah. Syaratnya, ikhlas dalam melakukan setiap kebaikan.

Semoga bermanafaat.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 15, 2018







- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 15, 2018

Indeed!







- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 20, 2018

Tuesday, January 30, 2018

Ujian dan Dugaan


Kita semua akan diuji. Bukti Allah sayangkan kita, Dia akan bagi kita ujian supaya kita akan sentiasa ingat padaNya.
  1. Setiap kali kita diuji, pastinya kita akan rasa down... nak give up... penat dengan kehidupan. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Tips, bayangkan ujian orang yang lagi berat. Contohnya sahabat kita yang kematioan ibu ayah; sahabat kita yang tak cukup anggota badan; saudara kita di Palestin yang hebat ujiannya. Bila kita bayangkan, insyaAllah kita akan ucap Alhamdulillah!
  2. Ujian yang Allah berikan pada kita itu bukanlah bermaksud Allah bencikan kita atau saja-saja Allah nak uji kita tapi Allah nak kita sentiasa ingatkan Dia kerana bila kita gembira... perlahan-lahan kita akan lupa akan Allah. Namun, bila ujian datang... kita akan ingat dan sebut nama Allah. Buktinya bila kita tersepak batu, kita akan sebut, "Allah... sakitnya!". Masa ini baru kita nak sebut nama Allah, takkanlah setiap hari kena tersepak batu baru nak ingat Allah? So... improve yourself!
  3. Ujian adalah satu jalan untuk kuatkan diri kita. Kuat untuk meneruskan hidup, kuat untuk menghadapi hidup baru, kuat untuk berubah ke arah kebaikan kerana bila kita selalu diuji, kita akan menjadi kental dan lali dengan dugaan dan kesusahan. Ujian itu satu latihan sebenarnya. Sebab apa? Kerana syurga itu bukan percuma....
Semoga kita semua mendapat ibrah dari perkongsian ini....


- Posted using BlogPress from my iPhone