Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 22, 2010

SERONOK BILA ADA YANG MELAYAN

Tetiba ada yang volunteer nak masakkan makanan untuk kita... tentu seronok kan? Bukan senang tau... selalunya aku je la yang kena masak. Rasa cam dimanjakan pulak... wallaahh, memang sedap! Anyway, thanks daun keladi la ek! Sempat snap yang left over je... terlupa lansung nak snap yang dah ready sebelum dimakan... huhuhu! Jadilah...

Ni lak, nasi goreng yang aku masak semalam... konon nak tinggalkan tuk bersahur, hmm... sikit sangat, habis dah pun sekali hadap.


p/s Harap-harap hari ni badan bleh bertahan sampai ke waktu berbuka... 26 days to go!

Sunday, February 21, 2010

3D2N - HAPPY!

Kenapa aku letak tajuk macam tu? Nostalgia... Aku saja yang faham... dan memang tiada kena mengena ngan cerita hari ini. 3 hari cuti extra buat aku punya cukup rehat dan sepatutnya bersemangat untuk memulakan kerja esok hari. Tapi sebenarnya cuti seminggu ni buat aku menjadi lebih malas lagi untuk gi keje sok. Apa nak jadi la dengan aku ni? Anyway, beberapa perkara yang tak dijangka juga berlaku dalam tempoh cuti yang panjang ni. Anyhow, permulaan dan penutup cuti yang menceriakan. Dee, lupakan seketika apa-apa jua yang sedang kau fikir dan risaukan untuk hari-hari esok... kereta... rumah... anak... mak & abah... hutang... juga diri sendiri... Ehh banyak nyer... boleh ke? Hopefully can...


p/s Aku merindui seseorang... Harap-harap dia juga begitu!

Thursday, February 18, 2010

SIAPA SANGKA?

Aku memang tak ada plan nak balik masa cuti CNY yang panjang ni... *kes 'merajuk' yang sebenar-benarnya*. So aku cuma nak stay kat rumah dan siapkan kerja menjahit yang agak lama terkandas tu... kesian Julie. Anyhow, hopefully adik aku tu faham akan situasi akak ni la ye? InsyaAllah ko bleh gayakan masa raya tahun ni... Tapi siapa sangka, dalam pada tak ada plan tu aku berpeluang berjumpa dengan seseorang yang memang aku nak jumpa sebelum ni... ye la, perkara yang tak dirancang ni selalunya jadi kan? Itulah dinamakan rezeki... Thanx for the lovely time and also the dinner... and seronok dapat kenal your brother too! Buat aku tak kering gusi... really sporting!


p/s I like this phrase, ia mengajar hati serta mengingatkan aku tentang apa yang telah aku lalui selama ini. 
...dalam hadis Qudsi Tuhan berfirman kepada para malaikatNya, "pergilah kamu kepada hambaKu si polan dan timpakan ke atasnya bala ujian kerana aku suka mendengar suaranya, maksudnya doanya."  - petikan dari Sigaraning by Imaen

Thursday, February 11, 2010

LAMA TAK BERCERITA

Lama kan tak bercerita kat sini? Banyak perkara yang telah berlaku kebelakangan ni tapi  kerana kesibukan dan kesuntukkan masa memang tidak mengizinkan untuk berkongsi sama di sini. Kalau nak cerita pun, semuanya cerita yang dah basi... tak best lah. Tapi yang ini cerita yang baru berlaku malam tadi, makan malam bersama peserta-peserta program dari Sri Lanka dan Jepun. Seronok dapat peluang bersama mereka... walaupun agak sukar untuk berkomunikasi kerana tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka agak lemah terutamanya peserta dari Jepun tetapi mereka tidak segan dan tetap berusaha untuk mencari perkataan yang sesuai untuk menyampaikan apa yang ingin mereka sampaikan (siap buka kamus lagi masa tu!). Tu yang buat aku rasa terhibur sangat ngan karenah-karenah mereka ni. Ada saja ayat-ayat yang mencuit rasa gelihati... yang buat kami semua ketawa. Apa-apa pun mereka ni sporting, bila kami minta mereka buat persembahan... dengan selamba je mereka terus berkumpul dan menyanyi bersama-sama. Really respect on their 'team spirit'...
Peserta dari SOKA University

Peserta dari Sri Lanka

Sunday, February 7, 2010

THE WORST WEEK EVER!

Hari ni baru dapat berpeluang meng'update' blog aku ni...now keadaan slowy pulih seperti sediakala walaupun tak 100%. Worst week? Yaa... memang pun. Never been like that before in my life. Segalanya datang sekali gus... bz keje + kepenatan + demam + selsema + sakit tekak + tak leh tido + etc + etc... yang telah buat diri aku tak macam rupa orang lagi dah... *ehh apa aku cakap ni? kalo tak macam rupa orang, rupa apa lak ek? kambing? lembu? mere pere je aku nih... kui kui kui!*  Tengok... apa la aku ni kan?... nak bercerita pun dah tak reti! Anyway... am getting better now! Jadikan apa yang berlaku tu sebagai ingatan... yang baik dikenang dan yang tidak itu sebagai peringatan. Isshkk... apa aje la yang  nak sampaikan ni? Ok la... sebelum merapu lebih teruk lagi better I stop for now... see u'ols again.


p/s kaknOOr... maaf, terlupa lansung nak inform pasal 'ketidakhadiran' dee smlm... knocked-out sejak malamnya lagi... nanti2 saya call ek! BB @ KB... please 'dont' leave me' again!