
Kerja oh kerja! Rutin seharian yang tidak pernah habis. Namun, itulah kitaran hidup yang perlu dilalui... Bila aku kenang-kenangkan semula, boleh dikatakan lebih dari 12 jam sehari masa aku habiskan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja. Apa tidaknya, seawal pukul 7 pagi aku sudah berada di pejabat dan seawal pukul 7 malam baru aku bergerak pulang ke rumah... itu pun tak tentu juga. Itulah rutin seharian aku di hari bekerja. Nasib baiklah kerja 5 hari seminggu. Paling tidak, pada hujung minggu aku berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain, terutamanya balik kampung untuk bersama dengan Ayee.