Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 31, 2011

ramadhan datang lagi...

Selamat Datang Ramadhan...

Sabtu, lepas subuh aku terus pecut balik CB. Rindu pada semua... especially sadek, dia ada blik jg.. Tapi lewat gak sampai... gara-gara accident kat PLUS Hiway...


Then tengahari tu, projek masak laksa pulak... hi hi hi!

Hari ni kul 11 dah gerak balik KL... banyak urusan nak diselesaikan hari ni. Sok dah nak start puasa. Dalam pada tu, sempat gak mencuri masa gi terawikh kat surau bawah tu... sok lusa tak tahu la camner... harap-harap aku tak miss sampai ke penghujung ramadhan. Ni, nak makan apa tuk bersahur pun tak tahu lagi. Kalo dah sorang-sorang, memang tak kuasa nak masak beria. Kesempatan dalam ramadhan ni, bersemangat juga tuk menurunkan berat badan so tak perlu la nak fikir sangat pasal juadah berbuka dan bersahur... memadai kalo ada kurma... InsyaAllah!



"cinta kepadaNya adalah yang abadi"

Friday, July 29, 2011

kalau hendak seribu daya...

kalo stakat nak harapkan gaji memang la tak mencukupi
especially duk kat kl ni... gerak ke mana jer semuanya nak $
so kena pandai-pandai la cari jalan tuk jana xtra income
jangan kata, tak tahu macam mana la... susah la... nak buat apa laa...
banyak cara sebenarnya... cuma antara hendak dengan tidak saja
aku juga tak terkecuali... gaji yang seciput tu sememangnya tak cukup
tanggungan besar... sorang-sorang lagi... memang la perit
tapi alhamdulillah... peluang ada di mana-mana
bersama kebolehan yang sedia ada... rezeki itu sentiasa ada
semua tu terletak pada usaha... lebih usaha, lebih la dapatnya...
dan dengan keadaan aku sekang ini
aku memang perlu berusaha lebih dari biasa...
dan projek seperti gambar di atas adalah antara usaha aku itu...
moga aku diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik hendaknya...
amiiiinnn!




cuma ada ketika, perkara sebegini
buat aku pening dan serba salah... dugaaaaan!

Thursday, July 28, 2011

semangat harimau... auummm!

kecoh depa kat opis ni...
masing-masing mencari tiket
katanya dah sold-out
semangat masing-masing
aku tengok kat tv je dah ler..

copy from mummycute.com... thnx!



bleh la melepas rindu malam ni...

Wednesday, July 27, 2011

kata orang la...

mereka kata... aku ni jenis yang:

- baik dan berlembut sangat sampai orang senang2 je nak pijak kepala
- terlalu bagi muka, pasal tu orang selalu amik kesempatan
- terlalu menjaga hati orang sampai sanggup biarkan hati sendiri terluka
- tak berani nak revenge walaupun orang dah buat macam2
- tak reti untuk berkata tidak... sebab tu orang senang nak buli
- pandai simpan rahsia... sebab tu orang payah nak tahu latarbelakang aku

tu semuanya orang kata tau... bukan aku....

tapi bila diimbas balik dengan beberapa kejadian yang maha berat berlaku dalam hidup aku, mostly terjadi kerana sikap-sikap di atas yang tidak pernah aku sedari sewaktu itu... nak buat camner, dah aku memang camtu... even sekarang pun masih macam tu... asalkan semuanya akan menjadi baik, aku ikutkan saja walaupun kadang-kadang hati ini begitu sedih dan terhiris... aku lebih suka berdiam saja... lagi pun perasaanku itu selalunya tak lama tapi jangan sekali-kali buat aku benci dan berdendam... memang parah akibatnya...


~dee~


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan 5,Batu Caves,Malaysia

Tuesday, July 26, 2011

love cats

alamak! jenuh dah aku pusing2kan gambor ni... nak camtu gak... degil tul laaa

cimot... bestkan kalo dapat kucing camni... kan kan kan?
eee... bestnyer...



teringat lak kat 'koko' yang dah lama tak balik tuh...

Monday, July 25, 2011

kaer is back...




From his new album - A New Chapter 2011...

KAMU
Lama ku pendam rasa ini kepadamu
Begitu dalam tersimpan rapi
Satu sisi hati dan tak pernah aku temui woo ooh...

Kamu... yang melemahkan hatiku
Kamu... buatku bahagia
Kamu... lah satu-satunya cinta
Hatimu lah tujuan hatiku

Aku yang hanya bisa menunggu dan menunggu
Entah sampai kapan kan terwujud
Haruskah aku menempah badai cinta ini woo ooh...


Info about this cute guy...

Wan Mohammad Khair bin Wan Azami Hamzah, lahir 30 August 1985), popular dengan nama Kaer Azami, yang lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ke-2 tahun 2004 dengan mendapat tempat ke-6. Sudah menghasilkan sendiri album 'Menjelma' di bawah label 'Sphinx Flame' dan dengan lagu hit 'Izinkan Ku Pergi' pada tahun 2007. Sekarang ini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di Indonesia, tak pasti dalam bidang apa, senibina mungkin. Di samping itu beliau juga telah punya produk/pakaian berjenama sendiri ~ Kazami Homme...


i. suka dengar lagu dia ni...
pertama kali dengar, cam lagu2 dari indonesia jer

ii. pada tahun 2006, aku pernah terserempak dengan dia ni...
(masa tu aku tengah merayau-rayau kat Mangga 2, Jakarta... shopping)
in person ~ cheerful & friendly, siap diajak amik gambar sama lagi
tapi aku ni biasa la... tak minat sangat ngan benda2 camni
just say hi hi bye bye je laa...

iii. Ayee suka sangat ngan dia masa dia ni mula-mula masuk AF dulu,
katanya muka dia ni sebijik cam muka pak chor... (adik aku le tu)
siap lekat gambar kat kad tuk kirim/tunjuk pada pak chor... budak2 kan?

Sunday, July 24, 2011

suka suka

apa-apa je yang berkaitan ngan berry berry ni, sure suka nyer
H belikan strawberry ni masa dia ke Cameron ari tu...
just nice, jam yang aku buat ari tu pun baru je habis





dapat banyak ni... puas makan ngan pancake, ice cream, etc





ada balance skit kat dalam periuk tu aku buat jelly... yummy!








~dee~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 22, 2011

jumaat yang sepi

hari ni ofis lengang... staf2 bersama 'orang besar' mostly pegi ke BP
aku pun sepatutnya pergi ke sana juga
tapi aku tarik diri... tak mahu merisikokan diri
dengan kesihatan yang masih belum stabil lagi ni
kang tak pasal-pasal lak jadi cerita lain lak... huhuhu!
happen Mr.B pun tak pegi... ada hal kematian katanya



thank you H...

Thursday, July 21, 2011

kisah hati

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


~ by Alyah



*munkin kita bersama nanti di atas sana...
biar ku setia menjaga cintamu...*



Wednesday, July 20, 2011

Du Du Rindu



p/s new song from Letto

ya... miz u very much!

Tuesday, July 19, 2011

terasa kosong

itulah perasaanku saat ini...
tak dapat diungkapkan kenapa
seperti ada ruang yang tak terisi
tapi....
apa dia?
di mana?
apakah ia?
tiada jawapan....





~dee~

- Posted using BlogPress from my iPhone

terkezut juga...

ntah la... naper la BP aku ni cam tak nak turun jer
tu yang semalam aku cuti sakit
so doc suruh aku rehat jer
pagi ni aku paksa diri bangun
tuk bersiap tuk ke ofis
hope for the better 
*kena kontrol semuanya kalau nak cepat baik
~ makan, emosi, dll*




really need a hug!

Sunday, July 17, 2011

sehari yang padat

baru je jap tadi rombongan orang CB berangkat pulang
now is the time to rest... setelah tak diam2 sejak malam tadi...
bawa dia orang gi uptown kat danau kota...
kul 3 pg baru sampai umah... then borak2 sampai ke subuh
siang, penuh ngan macam2 aktiviti... fuhh memang flat dibuat ya
so hal2 mengemas umah ni... esok esok je laa...
am really have to force myself to lie down & rest...
sebab aku perlu gi follow-up appoinment ngan doc sok
since tak rehat during weekend ni, takut gak BP aku tak turun
ye laa... hari ke-3 semalam pun bacaannya masih camtu juga...
hari ni dah la makan macam2, ntah2 naik lagi kot...
aduhai...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, July 16, 2011

Ayee is in town!

'rombongan' dari CB sampai lewat petang tadi...
gara-gara nak me jemput Cimot le tu...
Cimot lak, tak nampak batang hidung lagi...
neway, friendly match ari ni... Liverpool-6 Malaysia-3
banyak sangat hal ari ni, kalo tak sure aku dah pegi tengok live
tapi bagus gak tak pegi... takut gak kot2 jadi apa2
ye laa... aku kan tak sihat lagi... nanti tak pasal2 lak...








p/s when will I see u again?

~dee~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Ipoh,Batu Caves,Malaysia

Friday, July 15, 2011

fun time

nak divert rasa risau...
so lets have fun...
lagi pun esok cuti...






p/s tq Mr.B...


~dee~

- Posted using BlogPress from my iPhone

pagi ni...

BP aku takat tu juga walaupun sudah cukup rehat & tidur semalaman
risau jug rasa hati... Prof.M kata jangan risau, may be kerana work pressure
tapi aku tak rasa begitu... ada yg lebih teruk pressure aku alami sebelum ni
namun semuanya masih normal... age factor may be?
no comment!


i need a hug...
missing u...

Thursday, July 14, 2011

semakin teruk

sebelum ini... 1 Jan 2011
cuaca petang tadi 14 Julai 2011 - tak nampak klcc lansung
 petang ni keadaan semakin teruk... baik cuaca, begitu juga dengan diri sendiri
sudahnya aku amik half day petang... tak tahan dah rasanya 
terus jumpa dr rassi... doktor kesayangan...
terkejut... bukan doktor je, aku pun turut terkejut
selalunya bila aku tak sihat, BP aku drop
but this time... ianya melambung tinggi... perghh tak pernah macam ni
banyak sebab katanya... cuaca terutamanya... 
tapi she still wanna know if any other things bothering me
sebab selalunya bila BP naik ni, tengah fikir macam2... dengan kata lain, susah hati...
ntahlah... no comment!
ok la... kena rehat & tidur cukup *kalau boleh laa...* esok keje...


ya Allah... berilah aku kekuatan..!

tak sihat

beberapa hari ni, tahap kesihatan aku makin down
pagi tadi, serasa tak mampu nak turun dari katil
tapi aku kuatkan diri dan gagahkan juga tuk bersiap
kerana aku tak mahu perkara yang sama berulang
now dah terasa semacam jer... 
tapi bila tengok Mr.B pun cam tak sihat juga...
so patutkah aku amik cuti sedangkan Mr.B boleh lagi bekerja? 
hu hu hu...



tengok dulu dalam sejam dua ni,
jika masih lagi boleh bertahan...

Tuesday, July 12, 2011

jerebu ke apa?

sehari dua ni cuaca nampak tak cantik
macam berasap dan berbau semacam... *ada cam bau asap campur minyak*
tu buat kesihatan aku menurun semula sejak semalam petang
nak kena pakai mask balik kot... hu hu hu!





take care & get well soon B...
may u have a safe journey!

Monday, July 11, 2011

yang penting, hati senang...


ramai yang kata aku dah nampak chubby la... bam bam la... & bla bla...
tapi aku tak kisah sangat pun... malah tak risau apa pun
bukannya tak amik berat, cuma malas skit nak fikir...
mak kata... yang penting badan sihat dan hati senang
memang betul... kesihatan aku bertambah baik
hati pun ceria jer... sebab tu makan pun berselera....
pasal tu badan pun dah mula berisi... tapi masih terkawal
kenapa aku cakap camtu? sebab semua baju masih lagi boleh dipakai...
tak perlu nak fikir tuk beli baju baru or whatever...
akan tiba masa nanti dengan sendirinya ianya akan kembali normal
ramadhan yang bakal tiba Ogos ni pun sedikit sebanyak akan membantu
so apa yang nak dirisaukan ye tak? he he he!


senang naik & senang turun...

Sunday, July 10, 2011

projek ari ni

sepagi bz nyiapkan tempahan kawan ~ apam pisang + peanuts & choc rice
so sepetang juga aku mengqhada tido... huhuhu!


~dee~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, July 9, 2011

bila memerap di rumah




selain buat keje rumah, lain tidak keje aku adalah memasak & makan
sejak Cimot dah abih exam, semuanya back to normal
dok la sorang2, buat keje sorang2, makan sorang2 cakap pun sorang2... hu hu hu!
one thing bad about me... whenever feel boring, tekak pun mula la...
craving for food... mula la fikir macam-macam...
nak kuar malas, makanya masak la apa yang diinginkan...
fuhh... ntah naper, aku cukup rajin masak la ni... macaam2 resepi nak cuba...
kalo ada rezeki, nak beli oven pulak... gian nak buat cupcake, kek & roti sendiri
InsyaAllah... moga-moga bertambah lagi 'job' aku di masa akan datang! Amin...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 8, 2011

Thursday, July 7, 2011

kebulur nyer pasal



awal aku pengsan semalam...
sebaik je selesai  berbuka & masak bingka keledek, terus tak sedar apa dah
tup tup kul 2 pagi terjaga, perut rasa pedih
cuba bertahan pada mulanya tapi kul 3 aku terus je masak maggi asam laksa
tak tahan dah porut den ni haaa...
sekali gus terus makan bingka yang dah sejuk tu...
one thing, I like that yellowish colour... natural tanpa pewarna...



~dee~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 5, 2011

bila dah mula bekerja semula

hampir sepuluh hari tak kisah nak bangun awal tuk bersiap ke ofis
so semalam, rutin tu bermula balik... liat sungguh rasanya nak turun dari katil
tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab dan juga periuk nasi...
so bila tinggalkan ofis selama itu... faham-faham je la kan?
then semalam juga menyambung semula puasa setelah ABC
mana tak flat jadinya malam tadi... lepas berbuka jer terus 'lebuh'... hehehe!
tapi sebelum tu sempat lagi masak tuk berbuka...


berbekalkan juadah berbuka semalam jer dan air coklat masa bersahur
makanya hari ni... badan semakin lemah... tu yang tak masak apa2 petang tadi
lagi pun tadi lepas keje terus gi SG uruskan urusan yang tertangguh... lewat la sampai umah
so just sempat makan benda ni jer tuk berbuka... huhuhu!


tadi lepas berbuka gi hantar barang tuk cimot lak...
then terus singgah drive-thru McD... ni gara-gara teringat iklan GCB kat tv petang tadi...
teringin lak rasanya... mana tahu, takut sok teringat-ingat la pulak kan?...
in between waktu ngantuk dah terlepas... pasal tu yang mata duk terkebil-kebil sampai la ni...
hopefully sok tak susah la nak bangun wahai mata....


adakah kehidupan ini adil? 
aku sedang mencari jawapannya...

Sunday, July 3, 2011

on the way...

boring actually jadi passenger ni... sib baik waktu siang tapi kat hiway, apa sangatlah view dia...
dok tengah fikir apa je yang dah aku buat sepanjang cuti seminggu
ada gak ler yang dalam agenda dah terlaksana but only 30% jer huhuhu!
agaknya kalo amik cuti sebulan, baru bleh achieve 100% kot hahaha!





penah makan tak menda kat atas ni? yang belah kanan tu biasa je tapi yang belah kiri tu, 1st time...




ni rupanya bila dah disiang... orang kata namanya udang ketaq atau pun ketam lipan
pada aku ianya sesuai dipanggil ketam lipan sebab rasanya cam ketam...
entah la... terpulang pada tekak masing-masing
yang pasti tekak aku kata rasanya sedap... adoiii!


~dee~

- Posted using BlogPress from my iPhone