Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 27, 2009

Tetiba...

Kau pergi dariku
Sendiri tanpamu
Mana janji-janjimu
Untuk setia denganku

Hatiku terluka
Dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu...
Cintamu... bukan untukku...
(dipetik dari lirik lagu Kau Pergi oleh Alif Satar)

~dee~ Ntah naper pagi ni tetiba je teringat kisah lama...
bak kata orang, cinta pertama memang sukar untuk dilupakan...

Thursday, February 26, 2009

Tak tau nak letak tajuk apa...

Semalam, lepas maghrib baru sampai ke rumah. Lapar pulak tu sebab aku tak amik lunch. Bila dah biasa makan malam sebelum pukul 8, apa lagi makanan yang cepat dimasak sedap dimakan? Sudah semestinya la maggi kan? Apa lagi, dalam masa 15 minit je maggi goreng + kobis + telur sudah siap. Like usual, nama je maggi tapi aku jarang menggunakan perencahnya. Selalunya aku akan masak macam mana aku masak mee/meehoon goreng. Maka inilah hasilnya...


~dee~ Happy birthday yang ke-60 untuk abah tersayang, moga panjang umur & murah rezeki. InsyaAllah!

Wednesday, February 25, 2009

Apa nak citer ye?

Tadi download gambar-gambar yang diambil masa gi umah Jimy last weekend, so letak la kat sini sementelahan dah ada. Gambar 'Si Cokelat' yang dah makin cerah tu bersama abang Ajiq dia... Kali ni Kak Long Deena asyik nyorok je bila aku nak snap gambar dia... dah pandai malu.





~dee~ hati ini sentiasa berubah-ubah...

Tuesday, February 24, 2009

Cerita dah basi...

Tak kira, aku nak gak post entry ni kat sini... sebab ini 1st time aku amik gambar bila jumpa geng UB *tu dia, aku pun ada geng gaks... hehehe!*. Tapi aku ni amik gambar yang ntah apa-apa je. Agaknya kerana aku tak suka berposing makanya, secara tak lansung aku juga tak berapa suka lak nak amik gambar orang. tak kisahlah, janji aku nak abadikan gathering ngan geng UB bersama Iejay dan 'Lagu Cinta'nya... pada 15 Feb yang lalu di KL Sentral, itu pun aku pergi secara 'curi-curi'... hehehe!


Lagu Cinta dari Iejay... lom baca lagi...


amik set A, tq iejay


abok-abok spesel, kalo tak silap k.notie buat... ntah ek, tol ke?


~dee~ patutlah moody semalam...

Monday, February 23, 2009

Kerja oh kerja...


Semua orang perlu kerja. Kerja untuk apa? Tak kisahlah apa pun, masing-masing punya jawapan yang tersendiri yang menjurus kepada maksud yang hampir sama. Sebenarnya, tak tahu dah apa yang nak disoksekkan lagi... aku rasa malas sungguh nak mulakan kerja pagi ni. Biasalahkah? Pagi Isnin... Tapi tengoklah nanti, once dah mula... mahunya tak sedar waktu makan tengahari dan sedar-sedar dah tiba waktu untuk pulang. Apa-apa pun aku nak ucapkan pada diri sendiri... selamat berkerja! Hehehe!

~dee~ Moody semacam je... ???

Sunday, February 22, 2009

Apa nak buat ye?


Tak tahu nak buat apa selain kerja-kerja rutin di hujung minggu. Kalo dah tinggal bujang... camni la. Tak ada kisah nak buat sarapan... tak kisah nak fikir apa pula juadah untuk lunch. Bila perut lapar barulah terhegeh-hegeh ke dapur, cari apa yang patut untuk dimakan. Now baru perut ni rasa lapar... tu yang dok fikir nak masak apa la tengahari ni. Cimot pun sure dah lapar tu... dari tadi tak henti ngadap buku... esok start exam katanya. Good luck Cimot!

~dee~ 11 tahun dulu, hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidupku yang hanya tinggal kenangan...

Saturday, February 21, 2009

Buat apa hari ini?

Cimot ada... at least tak le boring sangat. Kul 11 aku, Cimot ngan housemate aku gi tengok Geng. Best! Rasa cam nak tengok lagi... Bleh la dikatakan setanding dengan cartoon movie owang putih tu. Lepas abis movie, terus la gi lunch, then baru balik umah. Petang Haziq and family came with their new car... WSG5036. Sesapa jumpa kete ni atas jalan... honk aje kuat-kuat! Hahaha... Lepas minum petang, kami bergerak ke umah Jimy la... saja nak jumpa ngan budak botak Iean tu. Kul 9 kami bergerak balik ke umah masing-masing. Badan penat dan otak pun dah blank, apa lagi sebelum tidur... layan citer Upin & Ipin... mau sampai habis 18 episod aku tengok... tengoklah, nanti siapa tengok siapa! Hehehe...

Kalau sudah itu takdirnya...


Segalanya telah diusahakan
Setakat yang terdaya olehku
Tiada apa yang dapat aku lakukan lagi
Aku redha dengan keputusanNya
Kerana aku tak daya untuk menghalang
Aku juga tak daya untuk melawan
Biarkanlah...
Biarkan masa yang menentukan segala...

Tuesday, February 17, 2009

Lebih 3 minggu...

Lebih 3 minggu aku senyap...
Tak mahu peduli apa yang berlaku
Tak mahu memikirkan mengapa ia berlaku
Tak mahu terluka bila mengenangkannya
Kerana aku sudah cukup sedih
Kerana aku sudah cukup kecewa
Kerana aku sudah tidak mampu lagi
Untuk menanggung perasaan ini...

Monday, February 16, 2009

Oh Tuhan!

Buntu, runsing dan ....
Entah apa-apa lagi perasaan yang menghurungiku...
Yang tak dapat aku zahirkan dengan perkataan
Oh Tuhan... berilah aku petunjuk
Hanya padaMu tempat ku mengadu
Hanya padaMu tempat ku memohon pertolongan
Kerna Kau mengetahui segala...

Sunday, February 15, 2009

Hujung minggu yang bosan

Tak ada apa yang extra dari biasa aku buat pada hari Sabtu. Lepas berkemas dan basuh baju, baru terasa lapar. Makanya 'brunch' aku hanya mee goreng basah bersama ikan bilis+lobak merah *mee kering yang macam maggi tu*. Kul 2 lebih gi JJ yang baru buka kat AU2 tu dengan housemate. Tu pun pasal nak beli karpet untuk Opah... nasib baik aku tak terlupa dengan kiriman orang tua tu. Kalo pendek umur dia, naya je aku. Malam tu aku tak sedar terlelap kul berapa tapi aku tido lena sungguh... ye la bayar balik tidur yang tak cukup dalam seminggu tu.



Ahad lagi boring. Pagi tadi, sepatutnya aku kena pergi ke Bukit Kiara bersama-sama warga ofis yang lain untuk perlancaran apa tah... program hutan kot, alaa yang berkenaan hijau dan hutan ni tapi kesihatan tak mengizinkan aku untuk turut serta. Opis aku sponsor untuk 500 pokok=RM30,000. Memandangkan 1st Lady jadi penaung, program ni makanya PM la yang melancarkan majlis tu. Aku terus sms kat Datin T bagi tau yang aku tak dapat pergi. Rehat je la kat umah... Petang, rasa lapar... malas nak masak makanan yang heavy... *remind diri sendiri yang tengah berdiet tu*. So, aku masak la jemput-jemput tepung+udang+daun bawang+cili... makanan yang senang & cepat dimasakkan? Sampai ke dinner pun, aku dan housemate makan jemput-jemput ni sampai habis...



Selebihnya... seharian aku layan baca novel Hlovate yang baru tu... oppss lupa nak bagi tau K.Su@K.Em yang aku dah terima novel ni dengan selamat. Jap lagi sms... sorry ek kakak berdua? Namun gitu, rasa sedih dan gundah-gulana tu tetap tak mahu hilang... masih menghantui fikiran. Nak dari dari memikirkannya... aku hantar sms kepada kengkawan yang ada dalam phonebook aku... saja nak bertanya khabar. At least hati ni terisi skit dengan cerita-cerita lain selain dari yang sedang membeban otak aku ni. Huhuhu! Just now received sms mentioning that B is in town. Yeaa... later we will meet and I wanna share everything with you and please advise me...



~dee~ tak semua yang diimpikan itu akan menjadi kenyataan...

Saturday, February 14, 2009

Alamak!


Masa bangun tido tadi, baru terperasan yang road tax kete aku dah nak mampos minggu depan. Huhuhu... aku terlupa dan sememangnya terlupa lansung untuk allocate duit untuk itu. Camner ni? Gaji lambat lagi... mana nak korek duit nih? Haiyaa... kadawale... *sambil bling bling mata ke arah siling putih dalam bilik nih* Fikir... fikirkan... cari solutionnya?

~dee~ Sesapa... ada yang sudi ke to lend me some? I will pay back when I get my pay or when I get the petrol subsidy reimbursement... huhuhu... tak malunya aku.

Friday, February 13, 2009

Suka Ikan

Suka tengok ikan, bela ikan, suka tangkap ikan, suka beli ikan *tak kisahlah samada untuk dibela atau untuk dimakan*, suka makan ikan dan apa-apa je yang berkenaan dengan ikan lah... cuma satu je yang aku tak suka, siang ikan.

Kecik-kecik suka gi ikut abah gi memancing. Dapatlah ikan keli, haruan ataupun puyu. Ada pernah sekali tu tengah dok syok menjerit sebab kail dah mengena, rupa-rupanya aku dapat ular guni *rupa bentuk ular yang pendek dan gemuk berwarna coklat seperti guni padi*. Macam hawau je... Kekadang tu gi ikut abah tangkap/tangguk ikan kat sawah yang baru saja lepas dibajak, tak pun lopak-lopak air yang hampir kering di sawah padi pada musim menuai. Bila masa tak ada buat apa-apa di tengahari lepas balik sekolah, pegi la kat tepi-tepi sawah kat belakang umah opah, bawak tangguk... tangkap anak ikan untuk simpan dalam botol. Selalunya aku dapat anak-anak ikan laga... Masa duduk kat kuarters askar di Sarawak dulu aku selalu ikut kengkawan gi tangkap anak ikan kat longkang besar dan yang best sekali bila tak mendapat, anak berudu yang ada kat dalam lopak pun jadi je disauk dan letak dalam botol dan bawak balik. Apa lagi, mak aku pun mula la bising...


Ni la ikan-ikan favourite aku... si ocean blue dan princess. Tapi biasa la jangka hayat mereka tak panjang... ikan laga tu bertahan 3 tahun dan ikan kacukan kap/emas tu bertahan 2 tahun lebih

Sekarang ni lak, walau minat terhadap ikan tu tetap ada tapi aku hanya boleh bela ikan kat dalam akuarium je. Tapi aku cuma suka bela ikan yang kecil dan berwarna-warni. Akuarium yang ada pun comel je, mana leh nak letak ikan yang besar. Ari tu, aku boleh habis masa separuh hari meronda kat dalam Aquaria KLCC kerana ralit melihat ikan yang bermacam-macam jenis tu... Pernah la juga sekali sekala ikut kengkawan lelaki gi memancing kat Port Klang, tak pun kat kolam berbayar tu je... tak kisahlah mancing ikan atau udang, paling tidak dapatlah lepaskan gian. Tapi dah lama dulu la... sekarang ni mana ada masa lagi nak buat tu semua?

Dalam banyak-banyak lauk, aku memang suka ikan... terutamanya ikan bilis dan sardin. Tapi kalau dapat makan lauk gulai lemak cili api ikan keli bakar yang mak aku masak... perghh... sedap tuh! Paling tidak pun, makan nasi panas dengan sambal ikan bilis dan kicap aje pun dah cukup menyelerakan. Kalo nak upgrade sikit... masak lauk sardin dalam tin je pun dah ok dan kalo nak ada class punya... ikan siakap masak 3 rasa. Hishh... apa la aku ni, citer pasal makan pulak. Sebenarnya aku ni dah lama tak makan nasi bersama lauk-lauk kegemaran. Macam aku pernah cerita sebelum ni, aku sedang dalam program diet bersama Dr Rassi untuk menurunkan berat badan aku yang dah hampir memasuki ke kategori obes. Dalam 3 minggu dah berjaya turunkan 2 kg... 7kg more to go! Tumit aku dah tak sakit lagi dan aku dah boleh banyak berjalan serta turun naik tangga sekarang ni... Alhamdulillah! Bila dah sampai target nanti, aku memang kena control cara pemakanan aku. Tak larat lagi dah nak terseksa macam tu lagi...

~dee~ Bila fikiran serabut... aku suka ngadap akuarium aku, cakap ngan ikan-ikan tu sambil tengok gelagat mereka... a kind of mind theraphy untuk aku. Tak tahulah pula pada orang lain... may be ada di antara mereka melayan binatang peliharaan lain seperti kucing, hamster, iguana, arnab, dll. Bila fikiran serabut juga, boleh buat aku kuat makan... mana nak sedar yang badan dah mula nak jadi ikan buntal?

Thursday, February 12, 2009

Sempat lagi...



Alahaiii...
Sempat lagi nak menceceh sebelum start keje kul 8.30.
Teruk tul aku ni kan?
Dari tadi still tak leh nak tido...
Tak rasa ngantuk lak tu...
Tapi muka dah cam zombie...
Huhuhu...

~dee~ Since dah bangun awal, makanya aku pun makan sahur dan bercadang nak puasa la hari ni... InsyaAllah...

Penyakit lama

Dah sebulan lebih aku macam ni. Tidur tak nyenyak... setiap jam aku terjaga, hinggalah alarm kul 5.30pg berbunyi. Masuk tidur dah la lewat. Selalunya aku tak sedar bila aku terlelap tapi yang pasti selepas tengah malam. Buat masa ni aku takut nak makan ubat tidur yang Dr Rassi kasi sebab aku ni under medication... dan juga badan ni dah terlalu banyak makan ubat lately. Nanti darah aku tepu dengan ubat je, so bila dah tua nanti aku takut ianya terus immune with any medicine. Tak ke susah nanti?

~dee~ Hari ni aku hanya dapat tidor 2 jam je...

What I want?


~dee~ Ada ke?

Wednesday, February 11, 2009

Curik tulang lagik!


Lady Bug Note at BlingPixie.com

Curik tulang sat!

Kejap... I need a break. Pening nih...
Nak jalan-jalan ke 'umah' kengkawan jap lah
Sat lagi sambung balik keje...

~dee~ memang meraban tul ari nih...

Sedih rasa hati...

Siapa dia?
Mengapa aku?
Kejamnya...
Aku hanya insan biasa
Yang mendambakan bahagia
Seperti insan-insan lain...
Apa yang boleh kupersembahkan sebagai tukar ganti?

~dee~ Kalau boleh aku ingin lenyap dari muka bumi ini...

Tuesday, February 10, 2009

...

"Kalau kita tidak boleh bernikah,
kenapa kita tidak boleh bercinta?
Bercinta sehingga ke akhirnya...
tanpa ada sesiapa yang mengkhianati sesiapa...
dan aku tidak akan takut untuk menangis lagi
kerana jiwa ini tidak pernah aku perjudikan
untuk dimiliki oleh insan lain!"


~dee~ extracted from one of the novel I had read...

A bit tiring...



Keje during the weekend buat aku rasa macam malas je nak keje pagi ni tapi apakan daya... dah ini periuk nasi aku. Gagahkan juga la... Harap-harap terjadilah seseuatu yang boleh menceriakan hari aku hari ini seperti cerianya kaler bunga kertas kat atas tu haa... Just wait n see... hehehe!

~dee~ 'kenangan mengusik jiwa'

Monday, February 9, 2009

Berduka lara...

Dunia ini
Penuh kepalsuan
Mungkinkah tiada
Keikhlasan

Hati membeku mengingatkan

Kata janji manismu...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya...



~dee~ akukah yang bersalah?

Sunday, February 8, 2009

Sempat lagi tu...

Dalam sibuk ke hulu ke hilir di hujung minggu ni, sempat juga tu curi-curi masa jap untuk gi bawa famili aku gi kenduri kahwin kat Sg Way tengahari tadi kerana mereka tak tahu jalan untuk ke sana.


'puyu', 'kentang' & 'coklat'


p'cho & cimot

Sempat gak la snap beberapa gambar. Gambar aku sure tak de kan? Mestilah... sebab aku yang tukang amik gambar... hehehe...

Ada beberapa minggu yang lalu, famili aku ada turun KL nak gi kenduri kahwin gak... kat Kelana Jaya. Ada la beberapa gambar sempat diambil dan baru je download ke laptop sesama ngan gambar-gambar kat atas tu... as usual, gambor aku memang tak ada punya... huhuhu!


cimot & sadek


'coklat' dan 'njangs'

~dee~ siapa & kenapa?

Saturday, February 7, 2009

Tak ku sangka...

Tadi aku agak tergezut bila mendengar perkhabaran dari seseorang.
Memang tak ku duga sama sekali.
Perlukah aku percaya?
Tapi kenapa aku?
Pada Si A, kalau engkau boleh... kenapa pula aku tidak? Apa masalah kau?
Pada Si B, apa salah kami pada engkau?
Pada Si C pula, itukan rezeki masing-masing... kenapa cemburukan aku? Usahalah sendiri kalau nak merasa sama seperti yang aku dapat...



Ntahlah...
Manusia zaman sekarang ni sudah berbalik ke zaman dulu-dulu...
Sudah tidak ingat pada qada' dan qadar serta kuasa Allah...
Itukah petanda zaman sudah hampir ke penghujungnya?

Penatlah melayan karenah manusia-manusia yang tak tau nak bersyukur ni...
Kalau ikutkan hati, mahu aje aku buat balik seperti apa yang kalian telah lakukan pada aku... baru korang tau tinggi rendahnya langit tu kan?
Tapi...
Kalau aku buat, bermakna aku pun sama je macam kalian kan?
Aku tahu... aku masih punya pegangan yang teguh terhadap kebesaranNYA...



~dee~ Aku hanya mampu berdoa dan berserah padaNYA kerana setiap kebaikan dan kejahatan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan bahagian masing-masing... insyaALLAH! DIA maha mengetahui!

Friday, February 6, 2009

Kejapnyer....

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Februari pun. Kejap je kan? Baru lagi rasanya aku membuat ucapan tahun baru pada kengkawan. Aku pun, lama tak lama... baru sekarang dapat update citer kat sini selepas lama 'menghilang'. Nak wat camner kan, dah takdirnya begitu.

Rabu ari tu baru start keje... tahu-tahu je lah bila dah cuti panjang, keje pun menimbun la... Nasib baik semangat nak keje tu masih ada walaupun badan dan otak ni belum lagi 100% ok. GTG... ada perkara yang nak diselesaikan. Mungkin weekend ni bleh curi masa sikit untuk sambung balik menceceh sebab aku tak balik CB, kena keje laa...

~dee~ bagaimana harus ku mula?