Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 30, 2011

rehat badan, rehat minda

@ Curve
yessszer...Mr.B start cuti hari ni dan dah terbang jauh pun malam tadi
makanya hari ini aku pun dengan senangnya dapat bercuti
tapi bukan cuti suka-suka jer...cuti tuk selesaikan urusan seri paduka
harap semuanya dipermudahkan dan tunggu 'hasil'nya aje nanti
at noon kidnapped H ~ had our lunch @ curve
tercapai sudah hajat nak makan cendol sedap tu...
since tak jadi nak balik CB so rest of the day... 
lepak kat umah jer...macam2 nak dibuat...disamping berehat



thanx B...sib baik u ingat... 
i dah hampir nak merajuk tau!

Thursday, September 29, 2011

terkilan...

walaupun hati sudah agak tenang 
dan redha menerima ketentuanNya
tapi masih teringat-ingat juga
hmm... rasa terkilan tu pun masih ada...
hisshhh...kalo dikenang, jenuh jugak weii!



baru perasan 
n3 bulan ni paling sikit kan?
naper ek?

Monday, September 26, 2011

cooking... another way to release tension


sungguh tension ngan insiden yang terjadi pada sabtu lalu...
tak lalu makan, tak lena tido aku dibuatnya
nak buat camner, dah jadi...redha saja la dengan kehendakNya
dalam pada itu, ianya telah membuat aku berfikir dan sedar
bahawa aku ini masih lagi 'kurang hampir' denganNya
on Sunday ada gathering/potluck/open house raya ngan geng UB
tak tahu nak masak apa, so aku buat apam mekar jer...
since tak familiar kat area PJ tu, aku pergi naik lrt then tumpang wabbit & fren
so leceh la nak bawa makanan berat yg selalunya ada macam2 tu
sehari suntuk aku menyibukkan diri semalam...
saja nak menghindari dari teringat insiden tersebut...huhuhu!



kalo Dia dah kata itu bukan rezeki ku
maka aku harus meredhakannya 
walaupun peritnya rasa memikirkan
consequences yang bakal aku hadapi
ekoran dari kejadian tersebut
dugaaaannnn!!!

Thursday, September 22, 2011

apa ada pada nombor?

yang pentingnya... hati happy sentiasa
juga sihat tubuh badan... betul tak?
ada orang berkata... itu juga jadi pemangkin awet muda
betul ke? mungkin juga... 
sebab tadi ada yg guest... paling tua umur aku 32
huhuhu... jauh tu nak mencecah 40
cuma tahun ini terasa agak sedih sikit... 
seperti kebiasaan...aku pasti bercuti pada hari tua aku ni
dan meraikannya dengan cara aku yang tersendiri
bersama mereka-mereka yang tersayang
tapi hari ini aku bekerja... kenapa?
kerana tahun ini aku meraikannya sendirian
tiada seorang pun yang tersayang ada bersama... sob sob sob
sib baik keje...ada la juga rakan2 kerja tuk raikan bersama
kalo tak lagi syahdu rasanya...
apa la ko ni dee... ko bukan budak2 lagi nak syahdu2 ni
suka hati aku la kan? perasaan aku sendiri...hu hu hu...!
anyway, walaupun tiada apa yang istimewa
but at least, ada juga la yang telah menceriakan hari ini...
pe dia... jeng jeng jeng...
at least...ketibaan kertas kecil ni telah menggembirakan aku....
bleh la dianggap sebagai besdey present kan?
ni juga... got it in advance... tp bleh ke dianggap sbg present?


p/s:
tqvm B for the 'shopping voucher'...
now thinking of what is the 'agenda' for my shopping theraphy... ngeeee...



tiada apa yang diinginkan lagi
cukuplah sekadar perhatian dan kasih sayang
dari insan-insan istimewa yang berada di tahta hati
dan ianya amat bermakna sekali bagi diri ini
untuk meniti hari-hari yang mendatang...

testing...testing...


Alhamdulillah.... Terima kasih ya Allah!
Aku masih lagi diberikan peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaanMu ini
Ku mohon agar diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang
Juga tak lupa pada orang yang tersayang yang tak henti memberi sokongan dan juga kasih sayang
Menceriakan hari-hariku... di saat-saat aku memerlukannya
Tak lupa juga buat mak & abah yang sentiasa ada bersama tak kira apa pun jua keadaan
Dan juga buat Ayee yang menjadi pembakar semangat untuk aku teruskan perjuangan... aminn!


~dee~

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, September 18, 2011

cuaca vs kesihatan

ni cuaca masa awal tahun ari tu...

yang ni lak masa penghujung bulan puasa ari tu...jerebu ...

ni ketika hujan yang teramat lebat tengahari tadi...

ni petang tadi... selepas hujan...bersih sikit...

kesihatan aku dengan cuaca... 
memang secara tak lansung berkaitan 

Saturday, September 17, 2011

akhirnya...

lepas dah teringin...

mulanya nak beli paket dua ulas jer @ RM5 (yg sblah kiri tu...)
alih2 mamat tu sibuk suh aku amik 2 paket @ RM15 satu  pd rege RM20
aku berkeras nak yg 2 ulas tu aje, lastly dia bungkus semuanya dgn RM20
dah rezeki aku... dpt jimat RM15 di situ...saper nak kasi kan? he he he...
*rasa cam nak masak bubur kacang durian la nanti...*


makan...makan...
camner la tak bam bam kan?

Friday, September 16, 2011

gettin' better

mama knew u have done ur best...selebihnya kita tawakkal sahaja...
now prepare for ur UPSRA laks
walaupun tak sepenuhnya...am getting better
dah kerja semula after cuti panjang tapi keje sekejap dah cuti semula...
just nak bersama Ayee sepanjang exam UPSR dia
semalam terpaksa juga balik KL walaupun ada 3 hari lagi cuti
apa nak buat, ada 'urusan seri paduka' yang perlu dilaksanakan
yang best lagi, selepas sebulan lebih...dapat juga berjumpa B sudahnya
sian dia kepenatan...jet lag lagi...pe2 pun, ingat aku & happy selalu
aku pun happy juga hari ni, satu deal telah termeterai...syukur!
moga dipermudahkan dalam perlaksanaannya...amiiin!



happy belated birthday buat FAee...
moga sentiasa di dalam lingkungan kasihNya 
tak lupa, cuma keadaan telah melalaikan nak wish awak...

Thursday, September 8, 2011

hibernasi

lama kan tak update? pergi mana?
ada... tak ke mana2 pun, cuma....
kesihatan aku agak merudum sejak penghujung puasa
even masa raya pun aku just pretend yang aku tak apa-apa
semuanya demi yang tersayang
kerana aku tak mahu mereka susah hati
nasib baik cuti raya agak panjang
so aku dapat la merehatkan badan seketika
walaupun tak seberapa sebenarnya
tapi jadi la kan? 
sekurang-kurangnya hati ni terhibur juga
bila bersama mereka yang sentiasa di hati
neway, masih tak lewat lagikan tuk mengucapkan
SALAM LEBARAN buat semua yang menyambutnya



when can we meet? 
missing you very much....

ku mohon


Setiap hari ku mohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti, punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab s'gala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah... ku perlu rahmat dari Mu

Chorus:
Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang
Dalam bimbingan Mu, selalu

Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu, oh
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku

Repeat Chorus

Curahkanlah nikmat Mu
Pada hidupku

Repeat Chorus



feeling lost...