Tarikh yang hanya muncul setiap 4 tahun sekali. Hari yang istimewa dan aku tidak akan pernah lupa untuk mengucapkan Happy Birthday buat PS. Moga panjang umur, murah rezeki dan sejahtera selalu dalam menjalani hari-hari yang mendatang. Jangan risau kawan, engkau masih muda lagi... malah jauh lebih muda dari aku kan? Bukannya apa, hari ini kan kau menyambutnya untuk kali yg ke-9? Hahaha... Jangan marah ek? Gurau-gurau je.
p/s: PS - jangan susah hati ek? Semua tu hanya angka saja... yang pentingnya hati kita kan? Bila hati kita bersih dan sentiasa ceria... ianya akan me'muda'kan diri kita. InsyaAllah, sampai masanya... 'dia' yang kau tunggu akan muncul juga.
Am always like this. Whenever my mind 'sick', I will do something that can bring me into another 'world' where at least I can forget for a while about what bordering me at that moment.
So, just now I went through all the pictures kept in my archive folder. As time goes by, I realised that there was a lot of changed in my life... not only status but also my size & appearance. From XL became M and last few weeks changed to S. See the pictures above... those pictures were taken between 2003 - 2007. Ha ha ha... feeling funny when I saw the picture one by one. Tried to recall back what was the story behind each one of it.
p/s: Here I wanna take the opportunity to say thank you to a 'fren' who really care... lending me your ears & shoulder to cry on. I know, I am not alone... thanx a lot. May God rewards you happiness & successful in your life.
This morning, I felt like my life is empty... I'm alone facing all this. I wish there's someone to accompany me to shares the tears and happiness but again the world is full of freaking people that sometimes you can't even put your trust on them. Even worst, there is people who like to take advantage on you and it's even more worst when your good friend started to question the sincerity of your friendship. So, to whom should I put the trust on?
p/s: I feel so sad... I can't trust anybody anymore... why all this happened to me?
Dulu-dulu bila pertama kali aku dengar Opah aku menyebut perkataan 'Senin', aku keliru. Mana taknya... aku ingatkan Opah aku tu menyebut nama seseorang kerana pada masa itu aku punya kawan yang sekelas yang ber'binti'kan Senin. Tapi bila didengar semula percakapan Opah aku itu, aku rasa 'Senin' yang disebutnya itu tiada kena mengena lansung dengan sesiapa pun. Lepas tu bila aku bertanya, lalu Opah aku pun menjawab, "kalau dah hari ini hari minggu, esok hari 'Senin' la... lusanya hari Selasa." Aku pun cuba membetulkan sebutan orang tua tu dari 'Senin' kepada Isnin... tahu apa jawabnya? "Hisshh kamu ni, dari dulu lagi aku nyebutnya macam tu apa pula lainnya, sama je bunyinya... kira sama je le tu."
p/s: Sebenarnya aku ni dalam mood monday blues, itu yang bercerita mere-pere tu... kepenatan, walaupun tak ada mood tapi kerja yang banyak tu tetap perlu dibuat. Oh ye, hari ini sekali lagi aku dipilih untuk menjadi Setiausaha Kelab Staf untuk penggal 2008/2010.
Aku mengikut uncle aku ke Kuantan untuk memenuhi jemputan al-walimah. Kami pergi dua kereta. Parents aku naik sekereta bersama uncle - boleh digelar geng veteran. Kereta aku pula ada Dino a.k.a co-driver *masa balik aku lak jadi co-driver*, Julie & Haziq, Shima dan Ayee - kiranya geng orang muda la. Memang tak ada plan pun nak mengikut pada mulanya tapi emak aku kata, bila lagi nak pergi untuk tengok tempat orang. Bukannya aku tak pernah ke Kuantan, atas urusan kerja, aku selalu juga ke sana sebelum ini. Tujuan aku pergi, hanya kerana nak kenal saudara-mara sebelah bapa aku je... Jadi, sedikit sebanyak tu tahulah juga selok belok tentang daerah tu, cuma aku tak bertanya pun pada uncle aku di mana lokasi tempat dituju... kami cuma mengikut saja dari belakang di sepanjang perjalanan tanpa merungut kerana ingin menghormati orang yang lebih mengetahui. Bukan apa, katanya uncle aku tu pernah ke sana sebelum ini. Nak dipendekkan cerita, ikut punya ikut, selepas pusing punya ke sana dan ke mari... hanya selepas 5 jam perjalanan baru kami tiba di rumah yang dituju itu. Apa kata uncle aku masa tu... dia ingat-ingat lupa sebenarnya, pasal tu kita orang terpaksa 'berjalan jauh' sikit. Mak aiii... masa tu tak tahulah nak kata apa yang sedang bermain di minda kita orang - marah, geram, penat, lapar dan macam-macam lagi.
Sesampai saja di rumah yang dituju hampir pukul 2.30 ptg. Ingatkan kita orang ni antara yang terlewat, rupa-rupanya rombongan pengantin pun tak sampai lagi. Tetamu yang hadir pun masih ramai lagi... sebaik saja berjumpa dengan tuan rumah, kami pun dijemput untuk menjamu selera. Kita orang yang sememangnya tengah lapar, berbondon-bondon la pergi ke 'buffet centre'. Nampak lauk pauk masih banyak, dah tak kisah dah lauk apa yang terhidang... yang penting sekarang, nak mentedarah je. Sebaik saja pinggan dipegang di tangan, aku terdengar seseorang bersuara, 'mana nasi nya?' Laaa... rupa-rupanya nasi dah habis. Apa lagi... syahdu je aku tengok muka masing-masing. Duduklah sekejap barang sepuluh minit. Tetiba je bapa aku menyuruh kita orang pergi ambil nasi at another buffet centre. Selesailah bab nasi. Tapi cerita tak habis kat situ, sebaik saja ambil makanan kami semua duduk menghadap pinggan masing-masing yang sudah berisi nasi dan lauk-pauk. Tengah menyuap tu... tetiba aku rasa nak termuntah. Lauk pula buat hal... rasa macam 'tak sedap'. Ingatkan aku seorang je yang merasa begitu, bila aku tengok depan, kiri dan kanan aku... raut muka masing-masing seolah-olah telah memberikan jawapan yang sama seperti yang aku rasa. Tapi kita orang diam je... takut nanti terdengar dek tuan rumah atau pun kaum kerabat dia. Malu lak mereka nanti... Sekali lagi hati ini menjadi 'panas'. Selera makan sudah hilang, cuma makan apa yang boleh je untuk cover perut. Masa tu geram je tengok lauk untuk pengantin yang sudah terhidang di meja sebelah... nasib baik pengantin tak sampai lagi. Sudahnya, kita orang semua pergi ke masjid yang berdekatan untuk 'break' seketika kerana aku dan yang lain dah rasa cam pening-pening lalat je. Bila semuanya dah kelihatan agak segar sikit, sebelum pulang kami singgah semula untuk mengucapkan 'selamat' kepada tuan rumah. Lebih kurang pukul 4 kami bergerak pulang ke KL.
Walaupun masing-masing dah kepenatan tapi 'penumpang' dalam kereta aku tak membiarkan driver keseorangan memandu... karenah Haziq dan Ayee paling tidak, hilang gak rasa boring dan mengantuk membontoti kereta uncle aku di hadapan *bayangkan uncle aku bawa antara 70-80 km/j di lebuhraya*. Namun begitu kami hanya bertahan untuk beberapa seketika je. Secara tak lansung timbul idea jahat kita orang... aku dengan pantasnya menghantar sms kepada auntie mengatakan yang kami terpaksa pecut laju dan akan berjumpa semula di R&R Temerloh kerana ada salah seorang dari kami ni dah sakit kaki dan tak leh nak duduk lama-lama *sebenarnya - kita orang semua dah tak larat nak duduk lama-lama dalam kereta - ada yang sakit pinggang, perut lapar, tekak haus, perut yang meragamlah dan macam-macam lagi*. Hmmm... tak sampai setengah jam kami dah sampai dan tanpa membuang waktu, kami pun pergi mencari apa-apa yang menyelerakan untuk cover balik selera yang hilang tadi. Sambil menjamu selera, tanpa disangka... nampak kereta uncle sampai. Kami pun berpandangan dan tersenyum sesama sendiri... *berjaya gak trick kita orang phsyco uncle untuk kejar kita orang, dengan kata lain - drive laju skit* Selesai makan dan berehat, kami menyambung perjalanan pulang. Alhamdulillah... kami semua selamat sampai pada pukul 8. Inilah perjalanan yang aku kira banyak perkara yang tak disangka berlaku. Aku tahu, masing-masing pastinya rasa serik untuk pergi ke mana-mana destinasi kalau perlu bersaing dengan uncle aku tu. Nama pun 'uncle' - camner nak sama rhythm dengan generasi muda ye tak? Tapi kan, kenapa pula my parents yang sama satu kereta ngan uncle aku pun 'merungut-rungut' sama semasa makan malam semalam?
p/s: Panjangnya cerita aku hari ini. Apa-apa pun, semua plan hari ini terpaksa dibatalkan kerana Ayee dan parents aku baru je bertolak pulang ke CB setelah menerima berita kematian kakak sepupu emak di Sitiawan. Sekejap benar dapat bersama dengan Ayee.
Masih terkebil-kebil lagi mata aku ni, tidak boleh tidur. Ni semua gara-gara tertidur awal, penat dan migrane tadi. Apa nak buat ek? Aku pun tak tahu... mati kutu dibuatnya. Mana taknya, semuanya serba tak kena. Nak membaca, huruf-huruf tu aku dah nampak macam menari-nari je. Nak menjahit, nak cucuk benang ke lubang jarum pun terkial-kial... macam mana la pulak bila mencucuk manik nanti. Nak chatting, kengkawan semuanya tengah sedap dibuai mimpi. Apa lagi nak buat? Sudahnya aku membebel je la kat sini sambil mendengar lagu-lagu yang berirama perlahan. *agar mata ni layu dan boleh lelap sekejap lagi* Paling tidak aku tak mengacau sesiapa pun.
p/s: aku balik kerja lewat semalam, maka tak dapat nak jumpa Ayee lagi... nanti lepas subuh baru pegi jumpa dia
Ayee is coming. He may reach KL around 5 or 6pm today, together with my brother and my parents. They will stay at my uncle's house as they have to leave for Kuantan with my uncle early morning tomorrow. So later after work, I will join them over there.
Kebelakangan ini, tak tahu kenapa aku tiada mood nak berbuat apa-apa pun. Terutamanya nak pergi ke pejabat... kalau dulu, sekali alarm dah berbunyi aku dah bangun tapi sekarang ni selepas 3 kali snooze baru la aku terkial-kial nak bangun. Itu pun kerana aku takut terlewat. Kalau dah terlewat sedikit nanti, alamat aku akan sangkut dalam kesesakan jalan raya yang memang aku paling tak suka nak mengharunginya. Hari ini aku kerja separuh hari. Nasib baik pagi ada perhimpunan, tak adalah aku risau sangat nak tinggalkan 'kucing' aku tu terkontang-kanting sorang-sorang kat ofis tu. Hmm... sat lagi aku nak siap-siap gi kerja. Petang ni ada macam-macam yang perlu aku bereskan.
p/s: Bila aku tak tengok, Liverpool menang la pulak... 2-0 lagi. Eeee, nyampahnya aku...
Dua hari yang lepas memang memenatkan. Isnin, walaupun kerja separuh hari tapi aku tak dapat nak berehat pun kerana stomach upset sepanjang petang tu. Semalam pula, walau tak banyak sangat kerja tapi banyak menggunakan otak telah buat aku benar-benar penat sampaikan aku tertidur dalam pakaian kerja sehingga kul 10 malam. Itu pun nasib baik terdengar hp aku berbunyi - sms dari HL. Kalau tak, mahunya sampai ke pagi aku pengsan. Itu buat aku dah tak boleh nak lelap sekarang ni. Nasib baik HL tak tidur lagi nak layan aku borak kat YM. Lepas tu streamyx HL lak buat hal so kita orang bersms je la...
Tengah organised aku nyer internal hard disk tadi, terjumpa la gambar ni... gambar kenangan masa gi Pulau Perhentian beberapa tahun lepas. Masa ni kita orang dalam bot nak gi snorkeling kat one of the teluk... lupa lak aku namanya. Seronoknya, macam nak pergi lagi la pulak...
p/s kul 3 lebih nanti ada match kat Astro... rasanya tak perlu aku sebutlah team apa. Nak tengok ke tak? asyik kalah je... nyampah aku dibuatnya.
Bila tengok gambar Haziq ngan Ayee ni... macam adik beradik je. Itu baru raut wajah... Lepas tu, setiap kali aku jumpa dengan Haziq... aku merasakan seolah-olah aku melihat Ayee semasa kecil. Perangai mereka berdua sama saja. Nak kata apakan? Nama pun sepupu, biar pun lain bapa tapi emak adik beradik.
"The most precious possession that ever comes to a man in this world is a woman's heart." Josiah G. Holland
Mengapa aku gembira? Hmm... kenapa ye? Mungkin kerana ianya hujung minggu yang lain dari biasa. Selalunya aku menghabiskannya dengan aktiviti-aktivit rutin selain dari balik ke CB tapi kali ini aku dapat 'bersama' dengan orang yang jarang dapat peluang 'bersantai' di waktu-waktu begini. This is the most happiest weekend I ever had. Hari ini ada kelas, sebaik habis, terus je balik rumah. Buatlah kerja-kerja rumah ala kadar... then tertidur seketika tadi dan sekarang ni mata ni dah terbuntang segar, terkebil-kebil tak tahu nak buat apa selain dari on the net. Payahnya nak 'pujuk' agar lelap semula. Sok dah nak kerja...
p/s: terima kasih... paling tidak hilanglah sikit rasa stress bila sekali-sekala rasa happy begini
N3 aku pada 8 Feb yang lalu telah buat aku bertikam lidah dengan kawan rapatku pada hari Rabu lepas, kerananya juga beberapa orang kawan-kawan menelefon aku untuk mendapatkan pengesahan dari mulutku sendiri dan N3 ini juga telah membuat beberapa orang membuat salah faham akan situasai yang aku alami. Yang kelakar tu, ada di antara mereka bertanya padaku sejak bila pula aku punya bf, bukan satu malah dua dan kerana tak tahu nak pilih mana satu... itu yang buat aku jadi serba-salah. Hahaha... gelinya hati aku. Apalah mereka ni. Bila masa pula aku ada bf? Kau orang semua telah salah faham... Tapi salah aku juga, aku tak sepatutnya buat tajuk yang sedemikian. Maafkan aku. Tapi itulah kenyataan yang sebenarnya, ia bukannya perumpamaan lagi. Apa-apa pun itu adalah masalah peribadiku, masalah famili dan aku tak rasa nak ceritakan di sini, biarlah aku selesaikannya sendiri. Apa yang nyata, aku memang benar-benar stress semasa N3 itu ditulis... kat mana lagi aku nak luahkan perasaan, kalau tak kat sini? Itu la kau orang ni, kalau aku ni ada bf... tak adalah aku menulis di sini. Pasti semuanya telah aku kongsi bersama bf aku tu... huhuhu! Terima kasih semua kerana bertanya.
p/s: kalau tak puas hati tentang sesuatu, adalah lebih baik kita bertanya dari berdiam diri dengan membuat tanggapan sendiri kerana tidak semua orang punyai pemahaman yang sama dengan pemahaman orang lain.
Am so happy coz this week went by so s..l..o..w! It was so annoying, I finally go it over with. I feel so tired now, all this frustration takes a lot of energy. Actually, I am suppose to go to Malacca on Saturday but I have to cancel it because I have class on Sunday, a whole day. What to do... I am sorry Ay*n*. I can't go. May be next time ok! So, I have to fully utilise my Saturday doing my laundry, ironing cloth, beading works & rest. I planned to take 5 days leave during my boss' trip to Iran & Riyadh in the 4th week of this month and my application been approved on Wednesday. Suddenly, yesterday my boss told me that they had postponed the trip to a later date, may be after the election. Hai yaa... I have to reschedule 'everything'! Huhuhu...
p/s Election Day is on 8 March 2008 and Happy Birthday to AAB, may all your wishes come true!
"Whenever you give your time, you are making a sacrifice, and sacrifice is the essence of love."
Geng UB dah ada blog dan juga ruang forum sendiri. Tahniah! Terima kasih kepada yang bersusah payah menjalankan usaha murni ini. Maaflah, aku ini hanya tau 'menyibuk' je... maklum sajalah, nak jumpa secara life tu agak sukar maka jumpa/bersembang di alam maya pun jadilah.... huhuhu! Apa-apa pun, aku berbangga dengan kalian semua. Moga 'keluarga' kita juga akan bertambah besar... eee seronoknya!
Beberapa hari ni aku memang sibuk. Tengah buat kerja, tau-tau je dah melepasi waktu kerja. Nak buat macam mana, kerja perlu disiapkan. Itu aku tak kisahlah sangat... dah makan gaji, macam itulah. Dalam sibuk-sibuk tu, aku menerima satu sms dari seorang amat rapat denganku tengahari tadi. Bila baca kandungan sms tu, aku terkejut juga dan menyangka mungkin dia tersalah hantar tapi bila aku bertanya kepadanya, sms itu memang untuk aku. Tanpa berdolak-dalik aku pun membalas dengan menyatakan apa yang sebenarnya tanpa ragu. Namun, di sebaliknya dia masih tidak boleh menerima kenyataan aku itu... Mula-mula tu aku malas nak ambil hal tapi beberapa minit selepas itu, entah apa yang telah menghasut... hati kecil aku tiba-tiba je merasa sedih. Mana taknya, dia yang begitu rapat denganku boleh berkata sedemikian... apakah kita baru saja semalam berjumpa sehinggakan dia memberikan respon yang sebegitu? Sepetang aku rasa tidak keruan, berkali aku cuba memujuk hati untuk tidak mengindahkannya... tak berjaya. Malah sampai ke saat ini, perkara itu tetap bermain di minda aku ini. Mungkin kerana hati aku yang sedang walang sekarang ini yang buat aku berperasaan begitu agaknya, tambah pula dengan tekanan dan kepenatan bekerja dalam dua tiga hari ini. Sedih la... terkilan pun ada. Sampainya hatimu.... huhuhu!
"It's better to have loved and lost, than to have never loved at all."
- Alfred Lord Tennyson
Dah lama rasanya aku hantar e-mail kepada 'adik' aku yang seorang ni tapi hanya Isnin lalu aku terima balasannya. Ingatkan dah lupa ngan kita kat sini. Tak pun e-mail address yang aku guna tu sudah tidak di guna pakai lagi. Seronok bila dapat 'bertemu' semula. Semalam pula, aku terima panggilan darinya. Hmm... dalam diam tak diam, dah hampir setahun awak 'hilang', rindunya nak jumpa dengan awak, Sis! Lepas ni jangan nak senyap je ye?
Nama saja cuti panjang tapi pada aku, ianya memang memenatkan. Bila dah balik semula ke KL, barulah terasa macam nak demam je. Mana taknya, dalam 4 hari tu macam-macam aktiviti yang aku kena buat. Begitulah keadaannya bila balik ke CB... sama macam tak cuti je. Bukan senang jadi Kak Long ni tau! Semuanya kena ambil tahu...
p/s: semalaman aku tidak boleh tidur... apa yang aku fikir, aku sendiri pun tak tahu. Macam mana nak kerja hari ini?
Sukarnya untuk membuat keputusan apabila ia memerlukan kita memilih salah satu di antara dua pilihan, yang mana kalau boleh kedua-duanya tidak mahu dilepaskan terutamanya apabila ia melibatkan hati dan perasaan dua orang insan yang disayangi. Aku jadi serba salah. Kalau boleh aku tidak mahu menyakiti dan mengecewakan mereka. Mereka telah banyak 'membantu' aku di kala aku 'susah' dulu... Apa harus aku lakukan?
Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina ni tidak aku persiakan. Peluang inilah aku ambil untuk lepaskan rindu pada buah hati aku yang seorang tu. Aku mula cuti seawal hari Rabu untuk balik ke CB. Macam biasa, bila dah berada di kampung bukannya senang nak dapat masa terluang untuk melayari alam maya ni... terutamanya bila 'anak-anak' berada di sekeliling. Baru je nak ngadap laptop, dah ada yang duduk menempel di tepi @ atas riba. Lagi pun internet connection kat sini agak slow... nak baca email pun amik masa, inikan nak melawat 'rumah' kengkawan yang lain... Nanti bila free, aku sambung lagi ek? Sebelum tu, rasanya tidak terlewat lagi untuk aku ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada LSB, J.Chong, CJ, May Yeong, Joey Leong, See Ming, Ms Leong, William, David, Ms Tan & Ya Ling. Wishing you all Joy, Harmony & Good Fortune!
Mula-mula tu memang nak pergi kerja tapi sedang aku bersiap, Ay*n* called. Ngok ngek sekejap dan entah racun apa dia dah kasi, aku pun amik cuti hari ini. Aku pun sebenarnya malas nak pegi kerja, 'kucing' tak ada la katakan... tak la kisah sangat kalau aku tak ada pun. Selesai je urusan kami, aku hantar dia balik ke Menara dan lepas tu aku lepak je la kat umah. Ntah jadi ke tidak nak jumpa LSB nanti. Esok aku cuti lagi...
p/s: tengah dok fikir barang apa nak dibawa balik ke CB
Kalau aku tak jumpa doktor pagi tadi, sure aku masih kat atas katil lagi. Kerana dah tak tahan sangat sakit kepala aku ni, aku diberi se'jap' painkiller. Dalam masa borak-borak ngan puan doktor tu, aku dah rasa agak ok sikit *kita orang sebernarnya borak pasal Ayee, doktor ni memang close ngan Ayee masa Ayee kecil-kecil dulu, tu yang dia sibuk tanya itu ini pasal buah hati aku tu... maklum je la sebab dah lama tak berjumpa*. Then, pergi ke ofis sekejap, selesaikan apa yang 'kucing' suruh aku buat last Thursday. Lepas tu 'tikus' pun 'berkeliaran' la... Apa lagi, perut pun dah lapar... sebelum balik, sempat juga aku gi lunch ngan Ay*n*. Hahaha!
p/s esok LSB nak turun KL... kalau tak ada halangan, dapat la kita berjumpa kan?
I spent a whole day on bed yesterday. Now cannot sleep. What I am gonna do? My mind frozen... I can't think but I still want to write something here. Pleeasssee help mee!
Today is Monday. Am I going to work later? Don't know... see how is my condition in the next 5 hours.
Supossed to meet my 'ulat buku' frenz @ Lake Garden today but millions sorry... last minute cannot go, got migrane since last nite... and still lying on bed till now. Ate panadol, seems not working then synflex... still the same. Wanna go to clinic but... huhuhu... forget it! Missed you all... sorry again. There will be another day right?
Will continue writing... *when I feel better ok!*
p/s: speaking lak dia... huh, sah otak dia tengah bengong!
"That words flattened me. Speechless... What mum said was right but I tried not to believe it. Yes, you did it again! I don't care what people said about you... you are still the one and only in my heart. Anyway, thank you so much for loving me even a second and thanks for everything. I love you and always love you!Te quiero mucho!"
p/s: sedihlah pulak baca babak cerita ni... *macam pernah terkena kat batang hidung sendiri je* Eeeee.... tak sabar la nak tahu ending ceritanya... huhuhu!
Aku pulun tidur hari ini... ngalahkan beruang yang sedang kekenyangan. Penatnya badan ni tahap langit ke-7. Semalam, Hari Wilayah Persekutuan... aku turut serta dalam majlis yang dilancarkan oleh PM kita tu. Selesai saja acara 'berjalan itik gembo-gembo' tu aku sempatlah juga menyaksikan fire crackers dan persembahan flying fox sebelum 'chief' announced yang bas untuk membawa Geng Kon pulang telah pun berada di hadapan stadium. Aku tidur kat rumah Julie malam tadi. Entah virus apa yang melanda, penyakit malas aku hari ini sudah sampai tahap gaban. Sampai ke petang aku dok 'melepek' kat atas katil. Tetiba je terdengar sms masuk, orang Ipoh rupanya. Lepas berbalas sms, barulah terkial-kial nak bangun. Malasnya... apa nak jadilah dengan anak Tn Hj Kamarudin ni. Kepala ni lak rasa berat semacam je, nak dapat migrane ke? Hmm... jap lagi makan ubat oklah tu. Tak sabarnya nak tunggu esok... rindunya ngan kengkawan...