Uihh... sunyi sepi rumahku ini sejak ia ditinggalkan lebih sebulan yang lalu. Bukannya aku tak ingat jalan pulang.... aku ni je yang tak ada masa nak balik.
Walaupun hati ini meronta-ronta untuk pulang tapi masa sentiasa merantai aku untuk berbuat berbuat demikian. Hari ini aku berjaya untuk melepaskan diri untuk seketika... alangkah seronoknya rasa hati.
Namun begitu aku tetap bersedih.... kebelakangan ini aku jarang dapat meluangkan masa untuk aktiviti-aktiviti luar selain dari kerja. Beberapa majlis santai bersama rakan-rakan tidak dapat aku hadiri... terutamanya rakan-rakan 'ulat buku', rindu teramat sangat untuk berjumpa dengan mereka. Maaf banyak-banyak, kalian masih tetap di ingatanku. InsyaAllah kita akan berjumpa di suatu masa nanti.
Walaupun hati ini meronta-ronta untuk pulang tapi masa sentiasa merantai aku untuk berbuat berbuat demikian. Hari ini aku berjaya untuk melepaskan diri untuk seketika... alangkah seronoknya rasa hati.Namun begitu aku tetap bersedih.... kebelakangan ini aku jarang dapat meluangkan masa untuk aktiviti-aktiviti luar selain dari kerja. Beberapa majlis santai bersama rakan-rakan tidak dapat aku hadiri... terutamanya rakan-rakan 'ulat buku', rindu teramat sangat untuk berjumpa dengan mereka. Maaf banyak-banyak, kalian masih tetap di ingatanku. InsyaAllah kita akan berjumpa di suatu masa nanti.
Pesta buku akan kembali lagi. Harap-harap aku punya kesempatan untuk turut serta memeriahkannya pada tahun ini.... Sudah beberapa bulan aku tidak membeli buku/novel. Bajet bulanan aku, telah aku kumpul semata-mata untuk pesta buku nanti... hehehe! Cukup dulu untuk kali ini, aku terpaksa pergi... tak tahu bila pula akan kembali... kepada tetamu yang tidak serik berkunjung aku ucapkan ribuan terima kasih. Jangan jerih untuk datang kembali menjengukku di sini. Tinggal saja pesanan kiranya salam kalian tidak bersambut.... akan ku usahakan untuk membuat lawatan balas ke teratak kalian sebaik saja aku membaca pesanan yang kalian tinggalkan. InsyaAllah....