Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 31, 2007

N3 terakhir

I am in a mess... Memang aku dah agak, aku tidak dapat nak menumpukan perhatian terhadap kerja siang tadi, lalu aku mengambil cuti separuh hari. Aku tidak terus pulang ke rumah... aku keluar 'bersantai' untuk menghilangkan rasa 'stress'. Pukul 6 baru aku sampai di rumah, tak sedar yang telefon aku sudah kehabisan bateri. Patutlah senyap saja. Apa lagi, sebaik saja aku 'on' telefon aku tu... ada beberapa sms dan 'missed calls notification' tertera di skrin. Sebaik saja aku habis membalas semua sms yang masuk, aku terus menelefon K'**ro*. Aku nak minta dia tolong aku untuk menjadi orang tengah untuk bersemuka dengan &%$#. Nasib baik dia setuju dan berharap agar semuanya akan selesai dengan baik agar aku boleh melangkah masuk ke 2008 dengan hati yang lebih kuat dan tabah. InsyaALLAH... DIA akan selalu bersama orang yang benar.

Inilah n3 yang terakhir untuk tahun ini. Sebelum menutup tirai, aku ingin mengucapkan kepada semua, Selamat Tahun Baru. Semoga semuanya beroleh kesejahteraan dan juga dilindungi serta dirahmati oleh Nya. Amin...

Selamat Tahun Baru 2008

Secalit Bahagia


If you love someone, just let him go
If he comes back, he will be yours
If he is not, he will never be yours

p/s
Semasa aku putus cinta dulu, aku sering gunakan kata-kata ini untuk memujuk hati yang sedang bersedih. Aku gembira bila dia telah 'kembali' ke dalam hidup aku, biar pun dia tidak aku 'miliki' tapi terima kasih kerana memberiku secalit bahagia dan juga sudi berada di 'sisi' untuk 'menemani'ku menjalani hari-hari depan yang berliku itu. Terima kasih sekali lagi...

Sunday, December 30, 2007

@#$%!

'Bercinta tak semestinya bersatu...'


Pernah dengar tak ayat ni? Bermaksud bila kita mencintai dan mengasihi seseorang, tak bermakna matlamatnya perkahwinan bukan? Masih banyak lagi cara yang boleh dijadikan landasan agar 'hubungan' itu akan kekal berpanjangan sampai ke akhir hayat. Menjadi sahabat baik mungkin lebih baik dan bermakna? Maaf, aku tak dapat nak mengulas lebih akan hal ini kerana fikiran aku masih lagi kusut dan tertekan...

Saturday, December 29, 2007

Ketulusan Hati

Dah beberapa pagi aku dengan lagu Anuar Zain ni kat radio. Sedap gak... Hari ini, aku nak berehat sepuasnya sebelum memulakan tugas semula di tahun 2008. Di samping membuat kerja-kerja rutin di rumah, aku nak menyiapkan beberapa kerja yang telah tergendala sekian lama sebelum aku 'menutup akaun' untuk tahun 2007 ini. Mungkin dengan kesibukan itu, ia akan membuat aku lupa seketika dengan 'hal-hal' yang sedang membelenggungi fikiran sekarang ini.

Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal erti ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Friday, December 28, 2007

Year End Closing

Sibuk-sibuk pun sempat juga nak menceceh kat sini. Paling tidak aku boleh release stress. Kekadang kita perlu luangkan masa untuk diri sendiri kan? Kalau nak tunggu kerja habis, memang takkan habis. Aku memang tengah tertekan sekarang ni. Macam-macam yang aku perlu fikir dan buat... Mana dengan hal kerja, hal peribadi, hal 'buah hati', hal keluarga dan lain-lain hal yang aku kira tak berapa penting tapi masih perlu diambil kira. Terutamanya di hujung tahun ini. Kalau akaun kewangan pun ada penutupan bila tiba hujung tahun, begitu juga dengan 'akaun' yang lain-lain tu. Kalau boleh tidak mahu lagi dilihat warna merah mewarnai 'penyata tahunan' tersebut dan bila 'akaun' baru dibuka, seharusnya warna-warna merah tersebut perlu aku buang satu persatu terutamanya di dalam hal keluarga dan kerjaya. Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menjejak ke tahun 2008. Bermakna sudah 3 tahun aku 'berjuang' dan setakat ini, pencapaiannya memang di luar jangkaan. Bila nak masuk tahun baru, mulalah memikirkan azam untuk tahun baru tapi azam tahun ini dah tercapai ke? Aku punya azam... hmmm setakat ini 80% dah tercapai dan baki 20% itu nampaknya terpaksalah aku bawa ia ke tahun yang berikutnya. 2007 banyak menyimpan kenangan dan peristiwa, baik yang manis dan biar pun yang pahit malah 2007 ini juga adalah tahun yang begitu banyak menduga kesabaran dan ketabahan hati aku. Apakah aku masih lagi mampu bertahan untuk menghadapi 2008 nanti?

Wednesday, December 26, 2007

Terbelenggu


Aku jadi buntu
Persoalan demi persoalan datang menerpa
Minda terhenti seketika
Fikiran terbelenggu
Tiada jua jawapan penyelesaian

Apa salah aku?
Hingga aku diperlakukan begini?
Apakah aku ini bernasib malang?
Atau aku memang anak malang?
Damai bagai ingin menjauhiku
Ceria pula takut untuk kekal lama bersamaku
Bahagia juga seolah takut mendekatiku

Sampai bila harus terbelenggu begini?
Aku hanya insan biasa
Ikut rasa hati
Lebih rela lenyap dari alam fana ini

Oh Tuhan...
Mampukah aku bertahan?
Sampai bila aku harus pasrah pada keadaan?
Ya Tuhan...
Berilah aku peluang untuk meniti pelangi
Biar pun hanya sepicing

Tuesday, December 25, 2007

Cuti sekolah akan berakhir

Tinggal seminggu saja lagi dan bermakna hanya beberapa hari saja yang tinggal untuk aku menikmati suasana jalan raya yang tidak sesak di pagi hari untuk pergi dan pulang dari pejabat. Begitu juga bagi yang telah berkeluarga dan punya anak yang telah bersekolah, dalam seminggu ini jugalah untuk ibu bapa menyediakan segala kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Aku juga tergolong dalam kelompok ini. Alhamdulillah... segalanya telah pun dibeli. Hanya urusan yuran dan buku-buku sekolah saja yang belum lagi selesai. Ayee akan melangkah ke Tahun 3 pada tahun depan. Tanpa disedari, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Dah besar rupanya buah hati aku itu. Aku bersyukur kerana setakat ini aku masih mampu lagi melaksanakan apa yang sepatutnya untuk Ayee. Aku akan lakukan yang terbaik untuk dia. InsyaAllah!

Monday, December 24, 2007

Lima hari menyepi...

Ke mana ye? Apa yang aku buat?

Rabu malam aku sudah bergerak keluar dari KL menuju ke CB. Aku sangkut di dalam kesesakan, 4 jam diambil untuk sampai ke destinasi - perjalanan pergi balik tu. Jalan masih dalam proses pembinaan - entah bila nak siapnya aku pun tak tahu. Aku rasa, siap je jalan ni nanti... tolnya pula yang akan naik tapi senario yang sama juga berlaku bila musim perayaan tiba, di mana silapnya... aku sendiri tak tahu nak komen apa.

Beraya di pagi Khamis dengan ala kadar saja, kemeriahan tetap terasa kerana kali ini semuanya dapat berkumpul menghadap juadah nasi lemak saja pada pagi itu. Hanya selepas itu baru adik-adik hidangkan laksa yang mereka sediakan. Hmmm... seronok juga sekali sekala sampai lewat dan hanya jadi tukang makan saja.

Selesai solat Jumaat, mulakan perjalanan ke 'destinasi' yang telah dirancang. Bukan senang nak kumpulkan semua yang ada untuk turut serta dalam 'komplot' ini. Memandangkan masing-masing dah 'excited', persiapannya memang cukup lengkap sekali, tak sia-sia 'kak long' jadi tukang 'sponsor'. Hahaha... aku tahu semuanya enjoy walaupun adalah sedikit sebanyak yang terganggu. Biasalah tu... Alhamdulillah, kami selamat sampai semula ke CB pada petang Sabtu.

Ahad, adik-adik dah mula meninggalkan CB kerana panggilan tanggungjawab. Aku juga tak ketinggalan, cuma kelebihannya aku boleh bergerak di subuh Isnin. Itulah, kalau dah itu periuk nasi kita... nak tak nak kenalah bersabar banyak-banyak. Cuba menghabiskan kerja secepat mungkin supaya aku dapat menyambung semula cuti yang berbaki itu dengan aman damai. Cuti punya pasal juga buat aku lupa akan kepenatan berulang-alik tu. Janji aku dapat memanafaatkan cuti yang ada sebaik mungkin.

Wednesday, December 19, 2007

Eid-Al-Adha Mubarak!


Ucapan ini khas buat semua yang mengenali diri. Maaf zahir dan batin.

Tuesday, December 18, 2007

Terrible Day

There are so many things happened just in one day. Eventhough I am not involved directly with all those incidents but it taught me a lot... So next time, I must be careful. This is a really serious reminder to myself.

Monday, December 17, 2007

Kenapa?

Tetiba je masa bangun tadi, perasaan rindu melanda pada diriku. Rindu pada apa @ siapa? Apa sajalah aku ni? Pagi-pagi buta dah macam-macam. Takkan baru beberapa hari dah tak masuk ofis, dah rasa rindu? Hah, kejap lagi dah nak pergi kerja pun. Rindu pada Ayee memang la. Tak pe... lagi dua hari boleh jumpa. Seminggu aku boleh 'berkepit' dengan buah hati aku ni. Sebenarnya ada satu perkara lagi yang aku rindukan dan yang pastinya tak tahu bila ia akan terubat... hanya masa dan keadaan saja yang bisa memberikan jawapannya. Aku hanya perlu bersabar untuk menanti waktunya tiba...


Lagu Rindu

Bintang malam katakan (sampaikan) padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi katakan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan

Sunday, December 16, 2007

Terasa macam...

...nak makan Nasi Ayam. Tapi kalau setakat nak masak untuk aku seorang je yang nak makan, baik aku beli saja sebungkus kat kedai kan? Namun, memandangkan perut aku yang 'manja' ni... aku jadi fobia untuk makan makanan yang dibeli. Itulah, bila masa-masa begini alangkah bagusnya kalau kita tinggal beramai-ramai dalam satu rumah. Ada juga yang jadi tukang makan, taklah membazir makanan yang dimasak tu. Tapi kalau lama-lama tak best juga kerana bukan semuanya rajin nak memasak. Akhirnya, seorang je yang jadi tukang masak untuk semua orang. Akhirnya, nak jadikan cerita maka aku masak nasi dan taruk setengah kiub pati ayam Kn***, hirisan bawang & garam sedikit. Lepas tu aku goreng 2 ketul Ayamas Drummets. Hmm... aku makanlah bersama hirisan tomato dan sos cili. Jadilah... namanya pun lebih kurang juga - nasi + ayam. Hahaha...

Selesai cerita makan. Lagi 3 hari nak balik CB. Raya Haji dan Krismas itu hanya sebagai batu loncatan untuk aku pergi bercuti seminggu kerana aku cuma perlu mengambil cuti pada hari Jumaat dan Isnin saja. Lagi pun bos aku juga bercuti pasa itu, jadi senanglah sikit hati aku untuk meninggalkan pejabat. Aku tidak mahu apa yang pernah berlaku pada tahun lepas, berlaku lagi pada tahun ini. Lagi pun kali ini aku nak tunaikan janji untuk bawa Ayee, adik-adik dan keluarga pergi bercuti ke tepian pantai. Segalanya telah diatur. InsyaAllah, kalau diizinkan kami akan pergi pada hari kedua selepas raya.

Saturday, December 15, 2007

Sudah mula dah...


Rasa badan dah beransur sihat. Kat otak ni dah mula fikir macam-macam perancangan untuk hari ini dan esok.

* beli groceries
* siapkan jahitan
* kemas rumah/kain baju, dll
* beli novel Harry Potter utk Ayee
* beli 'barang' yang mak pesan
* hantar baju untuk ditempah
* bayar bill Maxis through Maybank2u
* bank-in cheque

Uiihh... pantang sihat sikit, ada saja yang aku nak buat. Hehehe!

Friday, December 14, 2007

Tinggal 2 hari lagi...

Huhuhu... rasa macam terkurung, tak pun macam duduk dalam penjara tapi lagi teruk rasanya sebab paling tidak pun kat sana tu, ada juga kawan untuk diajak bercakap. Nak ke mana-mana pun tak boleh, tiada siapa yang boleh temankan dan juga merangkap sebagai driver peribadi aku. Itu pun semalam, baru je aku sebut nak pergi window shopping, awal-awal lagi sudah ada orang warning suruh aku duduk diam-diam saja di rumah. Ubat-ubat telah buat aku menghabiskan masa yang ada dengan tidur. Laptop dan internet pula dah jadi teman setia aku di kala aku berjaga. Jadi tidaklah terasa sangat masa berlalu. Kalau tak, entah apa nak jadi dengan aku agaknya.

Thursday, December 13, 2007

Apa nak buat ek?

Memerap kat rumah memang membosankan. Tambahan pula duduk seorang-seorang. Dahlah aku ni jenis yang tak pandai nak duduk diam. Tak tahu nak buat apa? Bukan tak ada benda nak buat tapi kalau aku dah mula buat sesuatu nanti... aku akan jadi lalai dan mulalah lupa yang diri itu masih lagi tak sihat. Nanti silap haribulan ada pula yang 'marah' kat aku sebab tak jaga diri sediri... *iyelah, siapa pula yang nak jaga aku kan kalau tak diri sendiri?* Nak keluar berjalan-jalan; window shopping ke? Tak boleh juga, badan ni masih tak kuat lagi dan seorang pulak tu - kalau terjadi apa-apa, siapa yang susah? *Apalah... dalam tak larat tu, ada hati lagi nak pergi merayau-rayau? - teruk betul aku ni... duduk diam-diam je lah kat rumah! Hehehe!*

Nak lupakan pasal kerja? Tak boleh juga... Biarlah aku duduk kat dalam gua mana sekali pun tapi selagi handphone aku tu berkelip-kelip menandakan liputan Maxis masih ada, memang aku tak boleh nak lari ke mana. Nak buat macam mana kan? Aku ni bukanlah orang penting tapi kerana aku bekerja dengan 'orang penting', itu yang tempiasnya mengena kat aku juga.

Boring juga ek? Macam mana ni? *ada 3 hari lagi sebelum Isnin menjelma*

Wednesday, December 12, 2007

Tak pernah aku begini...


Memang seksa bila terbaring, tak boleh nak buat apa melainkan menahannya saja. Pulak tu segala macam sakit datang sekali harung dalam satu masa. Mana nak terlawan antibodi kat badan aku ni. Pasal tu aku 'flat'... dan ini paling teruk yang pernah aku rasa dalam beberapa tahun ini. Aku tak dapat nak bercerita panjang kali ini. Otak aku ni tengah 'slow'... Doakan aku cepat sembuh ek?

Tuesday, December 11, 2007

Terkenang sewaktu dulu...

Dulu masa kecil, kalau tak sihat... itulah masa yang paling seronok. Bukan seronok kerana dapat sakit tapi seronok kerana dapat layanan yang istimewa dari mak - layanan kelas A gitu. Mana taknya, masa itu dah tentunya tak ada selera makan, jadi mak mulalah risau tengok anaknya yang tak lalu makan ini. Maka, dia akan bertanya pada aku kalau aku ada rasa nak makan apa-apa dan pada masa inilah... sebut saja apa yang kita nak makan, pasti dapat punya. Tapi kalau dah selera tu tak ada, walau sedap mana pun makanan yang dihidang di depan mata, memang tak lalu juga tekak aku untuk menelannya. Sungguh rugi... sudahnya orang yang sihat juga kenyang menghabiskan makanan yang sedap-sedap tu - *siapa lagi, kalau tak adik-adik aku*. Itu baru bab makan, belum yang lain-lain lagi. Kalau aku tidur, mak tak kasi adik-adik bising... lepas tu boleh 'cuti' mengaji Quran dan macam-macam keistimewaan diperolehi masa itu. Sekarang ini, kalau tak sihat... pandai-pandailah jaga diri sendiri. Kalau rasa nak cepat baik, pergilah ke klinik cari ubat. Layanan 'kelas A', jangan mimpilah... diri sendirilah layan. Apa nak kata kan? Redha je la...

Monday, December 10, 2007

Huhuhu...


Sudahlah malam tadi masa aku update blog ni, laptop buat hal... 'everything gone'. Pagi ni badan rasa macam nak demam, tekak kering dan gatal pulak tu. Sat lagi aku kena pergi ke klinik ambil ubat. Kerap benar aku tak sihat kebelakangan ini. Barulah terasa yang umur sudah meningkat, ketahanan badan sudah tidak macam dulu lagi. Tapi hati ini saja yang ingat diri itu masih muda lagi... macam mana tak teruk badan kena lenjan. Pasal itulah agaknya selalu tak sihat. Bukannya aku tak makan supplement dan juga menjaga pemakanan seharian tapi kalau Dia nak beri kita sakit nak buat macam mana kan? Redha sajalah...

Sunday, December 9, 2007

Selesai sudah...

Segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun 'sumbangan' yang diberi tidaklah sebesar mana tapi rasa berbaloi juga kepenatan yang dirasa apabila mendapat 'compliment' dari pelbagai pihak. Bukan mudah mengendalikan majlis yang dihadiri oleh para VVIP ini sebenarnya. Terutamanya bila melibatkan pemimpin tertinggi negara.

Dalam kesibukan semalam, sempat juga aku berjumpa dengan Wan Amalyn dan buah hati dia yang comel tu di The Mall. Dah sampai agaknya dia ke destinasi yang dituju. Terima kasih Wan. Kesian awak, terpaksa bersusah payah kerana KSSB. Jangan lupa ye sms aku info yang diminta tu? Aku doakan moga bapa Wan beroleh kesihatan yang baik hendaknya setelah mendapat rawatan yang sepatutnya dari doktor. Amin...

Hari ini, aku berehat saja di rumah. Dari tadi aku banyak memerap di dalam bilik, kalau dah dalam bilik tu apa lagi... di atas katillah. Banyak juga 'kerja-kerja' aku yang tertangguh. Hisshh... bila agaknya boleh aku menyiapkannya? Eee... malasnya! Apa ye ubatnya untuk penyakit malas ni hah?

Saturday, December 8, 2007

Susah bila...

masing-masing nak jadi ketua. Satu kerja tapi ada ramai 'pengarah'nya. Kita yang tukang terima arahan ni, naik pening jadinya. Tak tahu mana satu yang nak diikut. Ikut cakap yang di sini, nanti yang di sana pula bising... bila ikut cakap yang di sana, yang di sini juga bising. Penghabisnya, aku ikut kepala otak aku je. Mana yang aku rasa betul dan berpatutan serta tidak mencacatkan majlis... aku buat je, janji semuanya berjalan dengan lancar. Itu baru satu bab. Ada lagi satu bab yang buat aku pening. Kekadang tu aku rasa lagi senang nak mengawal budak kecil dari orang yang dah dewasa dan berakal ni. Budak kecil, kalau tak dengar arahan... boleh gak kita tegur tapi kalau orang dewasa ni, dah cakap terang-terang pun... masih boleh buat bodoh je. Eeeeiii... geramnya aku. *Dalam hati aku sajalah tapi muka masih mempamirkan senyuman lagi dengan mereka-mereka ni. Sabar ajela... hehehe!* Nak buat macam mana kan? Dah tugas... kang tak pasal-pasal pula kena 'sound'.

Malam ini, lagi satu suasana yang lebih kurang sama perlu aku lalui dan aku rasa, mungkin lebih 'pening'nya kerana ramai VVIP yang hadir termasuklah PM dan ahli keluarganya. Huhuhu...

Friday, December 7, 2007

Apa aku buat sekarang ini?

Sudah lebih 2 minggu aku ketepikan novel yang baru aku baca separuh jalan itu. Bukan kerana sudah jemu tapi kerana aku punya kerja lain yang perlu didahulukan. Hari Raya Aidil Adha bakal menjelma. Walaupun sambutannya tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri, ianya tetap akan disambut oleh semua umat Islam di dunia ini. Begitu juga dengan tempahan jahitan manik yang aku terima, masing-masing memberi alasan untuk dipakai pada hari besar tersebut. Jadi nak tak nak, ianya perlulah disiapkan sebelum itu. Tak kurang juga yang ingin memakainya untuk majlis-majlis perkahwinan yang dilansungkan di sepanjang cuti sekolah ini. Sebelum aku bersetuju untuk memenuhi mana-mana permintaan, aku kena fikirkan masa yang aku ada. Kesibukan kerja yang adalah perkara paling utama yang perlu diambil kira. Dengan itu, kemaafan aku pohon daripada mereka-mereka yang pernah aku tolak permintaannya. Lain kali, bila masa mengizinkan aku akan penuhi permintaan kalian semua. Itu baru bab jahitan, belum lagi dengan kerja-kerja sambilan aku yang lain, boleh tahan juga banyaknya. Syukur tak terhingga kepadaNYA dengan limpahan rezeki yang DIA beri padaku. Apa yang penting sekarang ialah Time Management aku dan aku perlu sangat-sangat mengingatkan diriku untuk luangkan masa untuk diri sendiri dan juga orang-orang tersayang di sekelilingku supaya mereka tidak akan merasa diketepikan. Alhamdulillah... setakat ini semuanya masih terkawal lagi.

Thursday, December 6, 2007

Kena bekerja

Hujung minggu ini, pada hari Sabtu aku akan bertugas di Majlis Permansyuran Canselor dan juga Majlis Konvokesyen ke-5. Nasib baik ada satu sidang saja, taklah penat sangat jika dibandingkan dengan MK yang sebelum ini. Wanita Pertama Malaysia akan menjadi Canselor ke-2 selepas Allahyarhamah Datin Seri Hendon. Sebenarnya aku ini baru saja berura-ura nak balik ke CB hujung minggu ini. Terlupa pula akan tugas yang sudah sedia menunggu itu. Memang sedari mula aku ingin menarik diri dari majlis tersebut namun hajat aku itu perlu aku kuburkan saja apa bila ianya awal-awal lagi telah ditolak. Ye la, sedari MK1 lagi aku tak pernah terkecuali. Maka, untuk diri aku sendiri... selamat bertugas. Hehehe....

Wednesday, December 5, 2007

Lega...

Segala perkara yang perlu aku selesaikan hari telah pun selamat disiapkan. Leganya rasa hati ini dan aku boleh rehat dan tidur sepuasnya malam ini. Petang tadi, hujan turun dengan lebatnya dan semasa pulang ke rumah tadi... Hujan masih lagi turun renyai-renyai dan tidak berhenti lagi sampai sekarang ni. Sedapnya tidur dalam cuaca sejuk-sejuk ni, tambahan pula semalam aku tidur hanya sececah saja.

Oh ye, cakap pasal hujan ni, baru sekejap tadi aku mendengar makluman di radio meminta penduduk di selatan Pahang, NS, Melaka dan Johor supaya berhati-hati dan sentiasa mendengar laporan terkini di media massa kerana Jabatan Kajicuaca telah meramalkan yang hujan akan turun tanpa henti hingga hari Jumaat ini. Musim tengkujuh sudah mula datang menjenguk. Aku masih lagi ingat akan kisah banjir teruk yang melanda Johor tahun lepas. Sekarang ini, semuanya tidak dijangka. Jangan kata tempat kita tak pernah mengalami banjir, maka musibah ini tak akan datang melanda... Kalau Allah nak perkara tersebut jadi, di mana-mana pun boleh jadi. Oleh itu berhati-hatilah sentiasa. Terutamanya pada mereka yang punya kanak-kanak kecil.

Tuesday, December 4, 2007

Bila dah gila kerja...

Minggu lepas, bos kecik aku pengsan kat ofis dia. Semuanya gara-gara gila kerja, sampai lalai untuk makan dan juga lalai untuk merehatkan badan serta minda. Walaupun aku agak sibuk juga dengan kerja, harap-harap aku tidak lagi sampai ke tahap itu. Bukan apa, bila perkara begini terjadi, kan sudah terganggu dengan kerja-kerja yang sedia ada? Ekoran darinya, secara tidak lansung kita terpaksa melibatkan orang lain dalam permasalahan yang timbul. Mulai dari hari ini, aku kena lebih beringat...

Monday, December 3, 2007

Hari yang teruk untuk aku

Apa yang berlaku semalam buat aku benar-benar serik. Aku kena lebih berhati-hati selepas ini. Seharian aku merana. Hishh... memang tak pernah aku rasa sebegini teruk. Dalam rasa terkilan tidak dapat menghadiri majlis yang sepatutnya aku hadiri, aku dapat pula berjumpa dengan adik-adik serta anak-anak buahku. Paling tidak, aku rasa terhibur sedikit. Alhamdulillah, hari ini semuanya sudah beransur baik. Pengajaran yang cukup berharga aku perolehi semalam.

Sunday, December 2, 2007

BOYZ II MEN

Semalam, sambil borak-borak dengan kawan lama... ada la terbuka cerita pasal kumpulan ni dalam perbualan kami. Lama gak tak dengar lagu-lagu dia orang... ye la dia orang ni hot masa zaman-zaman aku baru nak memasuki ke alam kedewasaan. Aku ada membeli album mereka tapi entah di mana aku simpan, aku pun tak ingat. Tapi rasanya kalau ada sekali pun, pasti sudah rosak sebab ianya dalam bentuk kaset... faham-faham sajalah. Tapi aku suka dengan lagu End of the Road ni dulu. Ada juga lagu-lagu yang lain yang aku suka, di antaranya; On Bended Knee, One Sweet Day, I Do & I'll Make Love to You. Seronok juga sebenarnya mendengar semula lagu-lagu lama ni.

END OF THE ROAD

[spoken]
Girl you know we belong together
I have no time for you to be playing
With my heart like this
You'll be mine forever baby, you just see

[verse]
We belong together
And you know that I'm right
Why do you play with my heart,
why do you play with my mind?

Said we'd be forever
Said it'd never die
How could you love me and leave me
And never say good-bye?

When I can't sleep at night without holding you tight
Girl, each time I try I just break down and cry
Pain in my head oh I'd rather be dead
Spinnin' around and around

[Chorus]
Although we've come to the End of The Road
Still I can't let you go
It's unnatural you belong to me, I belong to you
Come to the End of The Road Still
I can't let you go
It's unnatural, you belong to me, I belong to you

Girl, I know you really love me,
You just don't realize
You've never been there before
It's only your first time

Maybe I'll forgive you, hmm
Maybe you'll try
We should be happy together
Forever, you and I

Can you love me again like you loved me before
This time I want you to love me much more
This time instead just come to my bed
And baby just don't let me, don't let me down

[Chorus]

[spoken]
Girl I'm here for you
All those times of night whe you just hurt me
And just run out with that other fella
Baby I knew about it, I just didn't care
You just don't understand how much I love you do you?
I'm here for you

I'm not out to go out and cheat on you all night
Just like you did baby but that's all right
Hey, I love you anyway
Am I'm still gonna be here for you 'till my dying day baby
Right now, I'm just in so much pain baby
Coz you just won't come back to me
Will you? Just come back to me

(Lonely)
Yes baby my heart is lonely
(Lonely)
My heart hurts baby
(Lonely)
Yes I feel pain too
Baby please

This time instead just come to my bed
And baby just don't let me go

Friday, November 30, 2007

Sayang dia...

kehadiranmu bagai permata
amat bernilai
juga memberi sinar
serta pedoman untukku
dalam meneroka ranjau duri

dengan keizinanNya
aku ingin berjanji
takkan persiakan
peluang yang diberi
aku juga ingin berjanji
akan jadi yang terbaik
untuk kebaikan semua

padaNya kupohon
limpahkan nikmatNya
agar kita tega
meladeni rencah kehidupan
supaya bersama-sama dapat
meniti jalur pelangi
yang terbentang luas
di hadapan kita

p/s tetiba... hari ini aku macam nak bermadah pulak... hehehe!

Thursday, November 29, 2007

I need a shoulder to cry on


'Sesuatu' berlaku pada aku hari ini. Tergamam. Hancur luluh diri ini. Apa lagi yang tinggal pada diri ini untuk terus menapak menjalani hari-hari yang mendatang? Apakah masih tidak cukup lagi dengan apa yang telah aku lalui selama ini? Aku dah tak mampu lagi... aku benar-benar perlukan seseorang yang boleh belai, peluk dan 'comfort' aku, berikan aku semangat agar aku jadi 'kuat' semula. Alangkah bahagianya kalau aku boleh menjadi baby semula. Si ibu pasti melindunginya sepanjang masa dengan belaian kasih dan sayang. Tiada siapa yang dibenarkan untuk menyakitinya dia. Ahh... masa tidak akan dapat diputar semula.

Tuesday, November 27, 2007

Bermula dari hati

Kalau hati gembira, maka akan cerialah hari-hari yang kita lalui. Namun, bukannya senang untuk mengekalkannya. Banyak faktor yang boleh merobek keceriaan yang sedang kita kecapi itu. Aku juga tidak ketinggalan. Setelah dua hari berada di CB, aku pulang ke KL dengan hati berbungan ceria. Bersemangat untuk bekerja semula. Tapi keceriaan itu tidak berpanjangan... seolah-olah mencemburui aku. Walaubagaimana pun, aku cuba sedaya upaya untuk mengelak agar ia tidak menggugat keceriaan hati aku ini... tapi mampukah aku menahannya?



Monday, November 26, 2007

Mengapa harus begini?

Semua orang impikan sebuah kehidupan yang lengkap - punya insan yang disayangi, anak penyambung zuriat, sebuah keluarga yang bahagia serta pendapatan/harta yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan yang diimpikan itu. Tetapi perlu juga kita ingat, walaupun kita berjaya merealisasikan impian kita itu tapi tak semuanya akan dapat dikecapi sehingga ke akhir hayat. Kadangkala, ianya terganggu di pertengahan dan semua yang berlaku itu bukanlah kehendak kita sepenuhnya. Namun, bila sudah tiada pilihan... kita terpaksa akur dan menerima ketetapan yang telah ditakdirkan untuk kita. Apa yang menyedihkan, bila terjadinya situasi begini... selalunya bab-bab tuduh menuduh serta salah menyalahkan antara satu sama lain akan timbul. Terutamanya pada mereka yang tidak dapat menerima hakikat dari ketentuan Tuhan ini. Maka akan timbullah perasaan marah dan selalunya diakhiri dengan perasaan dendam terhadap pihak yang lagi satu. Ke mana hilangnya kewarasan berfikir pada waktu itu? Mengapa harus dibiarkan perasaan marah dan dendam itu mengguasai minda sehinggakan kita tidak mampu lagi untuk membezakan mana yang baik dan tidak baik di mata sendiri? Senario ini selalunya terjadi apabila salah satu pihak tidak dapat menerima akan kesilapan diri sendiri dan yang menjadi mangsa adalah pihak yang satu lagi. Akhirnya akan terjadilah peristiwa-peristiwa yang tidak kita jangkakan dan bila sudah sampai ke tahap yang ekstrim, ianya boleh melibatkan kejadian yang tidak kita ingini serta membabitkan insan-insan yang tidak berkenaan di dalam konflik tersebut. Aku pernah melaluinya dan memang menyedihkan bila perkara seperti ini berlaku, lebih-lebih lagi kepada insan-insan kecil yang belum tahu apa-apa lagi tentang kehidupan. Terkilan sungguh rasa hati... Memang kita tidak dapat mengelak, kalau dua-dua boleh bekerjasama... takkan jadi perkara-perkara begini kan? Tapi kalau boleh janganlah kita tunjukkannya di hadapan insan-insan kecil ini. Mengapa mesti kita kacau minda mereka dengan pertelingkahan yang kita sendiri buat? Kasihanilah mereka...

Sunday, November 25, 2007

Tidur yang sempurna

Pada sesetengah orang, tidur yang mencukupi pada dirinya jika dia dapat tidur sekurang-kurang 6 jam sehari dan sebaik-baiknya 8 jam sehari. Kalau tidak dapat tidur yang cukup maka akan terganggulah segala aktivitinya di esok hari. Namun ianya berbeza pada diri aku, kuantiti jam yang aku dapat tidur dalam sehari bukanlah pengukur kepada tidur yang yang mencukupi tapi lebih menjurus kepada kualiti tidur itu sendiri. Kalau aku dapat tidur yang benar-benar lena dan puas, 2 jam paling minima... sudah memadai untuk aku dan aku sudah boleh melakukan aktiviti seharian ku seperti biasa keesokkan harinya. Pulak tu, perkara ni memang telah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kala orang lain masih lagi sedang lena diulit dengan mimpi-mimpi indah, aku sudah pun terjaga dan terus berjaga hingga ke siang hari. Ada kalanya... aku bosan juga kerana apa sangatlah yang boleh dibuat di waktu-waktu demikian? Nanti tak pasal-pasal kena marah, apa taknya mengganggu mereka tidur pula. Nasib baik ada internet - macam-macam yang boleh aku lakukan i.e. surfing, chatting, etc. Paling tidak, aktiviti aku ini tidaklah mengganggu orang-orang di sekeliling. Terima kasih diucapkan kepada insan-insan yang sudi melayan aku pada masa-masa begini (FA, Niera & Ms J). Perbezaan zon waktu membuatkan kita berkesempatan untuk berbual-bual di atas talian, dapatlah juga kita berkongsi macam-macam cerita.

Saturday, November 24, 2007

Pulang ke CB

Sudah 5 minggu tidak berjumpa dengan 'buah hati pengarang jantung' yang seorang ini dan masing-masing sedang memendam rasa rindu. Aku memang sudah merancang untuk pulang menjenguknya pada hujung minggu ini. Selalunya aku hanya akan memulakan perjalanan sebaik saja aku rasa semuanya sudah 'bersedia'. Namun kali ini keadaannya agak berlainan sedikit. Perasaan sedih dan sayu yang terbit sebaik saja aku selesai bercakap dengan si DIA semalam telah membuat aku secara automatik bersedia untuk terus memandu pulang ke CB pada pukul 10 malam tadi. Maka terlerailah sudah segala perasaan rindu dan dendam di hati pada 12.15 pagi tadi. Terlintas di fikiran bilalah pula agaknya aku akan dapat berjumpa dengan 'buah hati' yang seorang lagi tu?

p/s kekalutan telah membuat aku lupa untuk membuat beberapa perkara dan kerananya aku perlu berjaga sampai ke subuh... Alhamdulillah, aku dapat menyelesaikannya dan bermakna aku akan dapat menjalani hujung minggu ini dengan aman dan damai di sini.

Thursday, November 22, 2007

Lama juga ek?

Hmm... lima hari aku menyepi. Kenapa ye? Entahlah... aku sendiri tak tahu apa yang dah jadi dengan aku ni. Apa yang aku tahu, sejak 'insiden' yang berlaku pada hujung minggu lalu, fikiran aku agak terganggu sedikit. Pasal itulah aku macam tiada mood saja nak update blog aku ini tetapi aku bernasib baik kerana aku punya kawan yang perihatin dan begitu mengambil berat tentang diri aku. Tak terbalas rasanya akan budi baik dia itu padaku. Dari dia juga aku belajar untuk menjadi seorang yang harus berfikiran positif supaya perkara-perkara begini tidak akan mengganggu fikiran aku lagi di masa akan datang. Terima kasih kawan! Kau akan sentiasa di ingatan. Lagi pun hari ini dan esok aku kena pergi berkursus di PJ. Harap-harap dalam dua hari ini, aku akan dapat melupakan seketika akan hal-hal yang mengganggu fikiran.

Saturday, November 17, 2007

Setiap yang berlaku itu...

pasti ada hikmahnya. Memang pada mulanya ianya bagai terkena panahan petir yang akan membakar diri ini sehinggakan aku ter'babas' semasa menerima berita itu. Namun pengalaman telah mengajar aku untuk menjadi insan yang rasional - berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan kerana setiap insiden yang berlaku pasti ada penyebabnya. Cuma pada masa itu, aku tidak dapat mencari apa kesilapan pada diriku. Alhamdulillah, kata-kata nasihat dari'nya' telah meredakan gejolak di hati ini... Tapi pastikah ianya hanya akan sampai setakat itu saja? Apakah aku tega untuk menghadapinya lagi?

Betul seperti 'katanya', setiap kejadian... pasti ada hikmah di sebaliknya. Tanpa dijangka, sesuatu yang 'miracle' berlaku di awal pagi tadi yang telah membuatkan aku 'speechless'. Sesungguhnya, jarak dan waktu bukanlah penghalang... dan sampai ke saat ini aku masih lagi tidak dapat 'mempercayai' apa yang telah aku alami itu. Besar sungguh kekuasaanMu ya Allah...

Thursday, November 15, 2007

Di Mana Silapnya?

Semalam... aku terima panggilan dari pihak bank tempat aku membuat pinjaman dan memberitahu aku yang sudah 4 bulan aku tidak membuat pembayaran. Apa lagi, aku pun terkejut bagai nak rak lah. Macam mana pula boleh jadi begini? Tiap-tiap bulan gaji aku dipotong untuk pembayaran ke Biro Angkasa dan sepatutnya pihak bank merujuk ke badan tersebut... tak pun dengan majikan aku, bukannya aku. Tapi bila aku suarakan pendapat aku itu, tiba-tiba hamba Allah ini menjawab dengan agak kasar pula, dia mengatakan bahawa tugas dia hanya untuk memberitahu aku akan hal tersebut... pertanyaan selanjutnya dia suruh aku telefon pegawai bahagian kredit bank yang berkenaan. Macam ni ke yang dipanggil call center personnel? Aku rasa dia orang ni kena pergi intensif training la...

Bila aku telefon pula pegawai kredit... satu lagi kejutan yang aku terima. Perkara ini rupa-rupanya telah berlarutan sejak awal tahun lagi dan aku telah pun dikenakan denda & interest hampir suku dari jumlah pembayaran bulanan aku... Aik? Salah aku kah itu... kesilapan orang lain kenapa aku pula yang kena tanggung? Tapi nasib baik aku ni cepat sikit berfikir dengan rasional... lalu aku minta pegawai tersebut memberi aku penyata tahunan supaya aku dapat bandingkan dengan penyata yang bakal aku minta dari pihak Biro Angkasa dan juga majikan aku... dari situ aku akan dapat tahu kesilapan itu di pihak yang mana satu... Namun begitu sekiranya kesilapan itu berlaku di salah satu antara dua badan tersebut, adakah mereka ingin membayar balik denda & interest yang telah dikenakan kepada aku oleh pihak bank tersebut? Banyak tu... Untuk mengelakkan dari dikenakan denda & interest lagi sementara perkara ini disiasat dan sebelum tindakan selanjutnya diambil, pegawai kredit tersebut telah menasihatkan aku agar mendahulukan pembayaran sebanyak dua bulan ke dalam akaun aku secara manual di kaunter bank... Nak tak nak, aku sudah laksanakannya semalam.

Ingatkan bila aku memilih untuk membuat pembayaran secara potongan gaji ni boleh menyenangkan. Hmm... rupa-rupanya begini pula jadinya. Sekarang ini kalau hendak membuat pembayaran bukannya susah lagi... penggunaan internet banking lagi cepat dan mudah. Masalahnya sekarang, pembayaran pinjaman ini aku tidak boleh ditukarkan mode kepada pembayaran secara manual... kalau nak juga, aku akan dikenakan interest yang berlainan yang mana lebih tinggi lagi. Ini kerana semasa permohonannya dibuat pada tahun 2005 dulu aku mendapat pengurangan interest sekiranya aku pilih cara pembayaran secara potongan gaji melalui Biro Angkasa... Macam-macamlah.

Wednesday, November 14, 2007

Hidung Blocked...


Sebelah hidung aku blocked semenjak hari Jumaat lagi. Bila cuaca sejuk, kedua-duanya sekali. Semua kerja jadi serba tak kena... 'sok-sek' memanjang. Badan pun rasa sengal-sengal. Mula-mula tu ingatkan biasa-biasa je, jadi aku malas nak pergi ke klinik tapi semakin hari semakin teruk... dan semalam baru aku memutuskan untuk berjumpa Dr. Rassi. Sebelum itu, 'rakan' aku yang jauh nun di hujung dunia tu dah beritahu aku apa yang sedang aku alami... tapi dalam bahasa medik lah pula, manalah aku faham sangat...

Diagnose: inflammatory or possibly allergic nasal polyp

Treatment: oral corticosteroid or nasal corticosteroid spray or leukotriene inhibitors

Dr. Rassi pun diagnose yang serupa. Maka aku pun diberi sejenis ubat titis dan 5 jenis ubat tablet. Mak aii... banyaknya ubat! Dah dua kali makan tapi sehingga ke saat ini, masih tidak nampak kesannya lagi... cuma running nose tu berkuranganlah. Hidung aku masih lagi blocked. Huhuhu...

Dalam keadaan begini, alangkah bestnya kalau ada orang nak tolong urutkan badan...

Tuesday, November 13, 2007

Perasaan tak menentu...


Aku terjaga awal pagi ini... aku ingatkan mungkin kerana aku tidur awal malam tadi. Itu pun setelah beria aku memaksa mata ini untuk lelap. Tapi bukan rupa-rupanya. Pasal apa aku cakap macam tu? Ini kerana sebaik saja aku membuka mata... tiba-tiba hatiku rasa berdebar-debar semacam. Ianya seperti ada sesuatu yang kurang enak sedang berlaku... Peliknya, aku tak pernah merasainya sebelum ini...

Sudahnya aku tahu juga apa yang sedang terjadi... Aku mula tertanya, mengapa boleh jadi begini? Apa yang sebenarnya aku alami itu? Apakah kita boleh tahu/rasa apa yang orang lain sedang rasa? Aku termanggu seketika... Hah! Aku tiada jawapan untuk itu.

p/s aku kena berhenti di sini dulu... nak bersiap-siap untuk pergi kerja la....

Monday, November 12, 2007

Kerja Oh Kerja

Ingatkan bila 'kucing' tak ada... aku boleh la lega sedikit dan ber'maharajalela' buat apa yang saja yang aku suka... Iyelah... paling tidak pun, aku boleh juga menyiapkan kerja-kerja yang sememangnya tidak dapat dibuat semasa 'kucing' ada... macam 'mencuri keju di dapur' seperti cerita kartun Tom & Jerry di tv tu... hahaha!

Aku ingat nak ambil cuti esok, tetiba bos kecil lak dah call petang tadi untuk memberitahu aku yang dia nak jumpa aku esok pagi... Alamak, terpaksalah aku batalkan plan aku. Susah juga bila ada 2 bos ni... apa nak buat, dah nasib badan. Apa-apa pun aku agak lapang sedikit dalam 10 sepuluh hari ketiadaan kucing di sini...

Aku rindu pada Ayee... minggu periksa bagi dia sekarang. Tadi dapatlah bersembang dengan dia, aku pun bertanya pasal paper dia hari ini... dia boleh jawab, "Susahlah... tapi boleh jawab." Hari ini juga hari pertama peperiksaan SPM untuk Shima... harap dia dapat menghadapinya dengan baik. InsyaAllah!

Sunday, November 11, 2007

Thanks


p/s aku rasa cukup bertuah dikelilingi oleh insan-insan yang baik budi dan perihatin... serta begitu mengambil berat tentang diri ini... TERIMA KASIH semua! Hanya DIA saja yang dapat membalasnya...

Saturday, November 10, 2007

Teringin...

???

p/s Aku masih tertanya-tanya, bilakah semua ini akan berakhir? Tidakkah aku juga berhak untuk rasa bahagia seperti orang lain?

Friday, November 9, 2007

3.30 pagi...

Patutnya di waktu begini aku sedang lena diulit mimpi... tambahan pula hujan lebat di luar sana, memang suasana yang cukup selesa untuk berlingkar di atas katil dengan berselimut tebal tapi apakan daya, mata ni sudah tidak boleh nak menyambung tidur lagi. Sebenarnya, perut aku meragam pagi-pagi buta ni... Arghhh..... tensionnya aku! Apa nak buat... tanggung sajalah.... Nampak gayanya, memang aku tak berpeluang untuk melelapkan mata lagi... sekejap lagi sudah nak bersiap-siap untuk ke pejabat... sehari lagi hari berkerja untuk minggu ini. Rasanya ramai yang bercuti hari ini ekoran dari cuti umum semalam dan menyambung terus ke cuti hujung minggu... sekolah pun kebanyakkannya sudah mula bercuti.... pasti jalan tidak sesak pagi ini. Harap-harapnya begitulah...

Thursday, November 8, 2007

Keabadian Cinta...

Tetibo lak den suko dongan mamat nih... ehhhh, bukan... den suko dongar lagu mamat ni haaa... Hahaha!



Happy Deepavali...


Aku ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada Prof. Maheswari, Dato' Dennis, Datin Sh..., Dr. Selva, Hari, Ramesh, Krishnan, Ms Ananthy, Sasi, Parames, Prema, Shamila, Loveleen dan juga rakan-rakan yang menyambutnya yang tidak aku sebut di sini. Minggu depan, jangan lupa bawa marukku untuk aku... hehehe!

Wednesday, November 7, 2007

Menjawab pertanyaan mereka

Alamak, aku ni ada peminat? Sebenarnya begini, aku ada terima beberapa e-mail yang bertanyakan bila aku nak update blog ulasan novel aku itu... Apa aku nak jawab ye? Hmm... memang sejak bulan puasa yang lalu aku agak kurang membaca novel. Aku tak pernah berhenti membaca, cuma sekarang ini masa membaca itu agak terhad... hendak menghabiskan satu novel pun agak sukar bagiku. Maklum sajalah, selama ini aku membaca hanya untuk mengisi waktu-waktu yang terluang... Kenapa jadual harian aku cukup padat sekarang sampaikan aku sudah tiada banyak masa untuk itu? Kesibukan adalah topik yang utama. Kesibukan kerja di pejabat dan juga kerja-kerja luar yang aku terima yang secara tidak lansung dapat menyumbang pendapatan sampingan untukku... rezeki datang mencurah-curah pada ketika ini dan aku tidak mampu untuk mengecewakan mereka... Syukur Alhamdulillah ku ucapkan padaMu ya ALLAH... dan ku pohon kepadaMu agar aku dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk mengharungi semua ini... Ada beberapa novel telah habis aku baca, InsyaALLAH... dalam jangka masa terdekat ini aku akan meng'update'nya.

Tuesday, November 6, 2007

Gerammnya aku....

Ada seorang hamba Allah ni, dia baru saja beberapa hari memulakan tugas barunya sebagai PA kepada salah seorang ahli pengurusan tertinggi. Kiranya dia ni seangkatanlah dengan aku & juga PA-PA yang lain. Namun begitu, hari ini panas telinga aku bila mendengar 'statement' dari mulut dia mengatakan kerja-kerja kami ni macam 'kuli batak'. Kalau betul begitu, at the beginning why she wants to join the group? Haaa... tengok, aku dah speaking tuh! Eeee... geram sungguh hati ini. Apa maksud dia berkata sedemikian? Aku pun tak faham.... Aku rasa kalau PA yang lain mendengarnya, pasti mereka juga rasa seperti apa yang aku rasa. Yelah... kami yang dah bertahun-tahun berkecimpung dalam tugas ni tak kata apa-apa pun, alih-alih dia yang baru 'join' beberapa hari dah boleh berkata sedemikian... Habis, selama ini dia ingat kerja PA tu macam mana? Teruk sangat ke?

Monday, November 5, 2007

Mata tidak mahu lelap?

Aku sendiri tidak tahu mengapa... Nak kata kerana aku tidur seharian di siang hari, bukan. Aku bukannya jenis yang suka tidur di waktu siang... Ada sesuatu yang merunsingkan fikiran? Tidak juga... Badan tak sihat? Tidak juga... Cuaca? Hari sejuk dan dingin selepas hujan memang selesa untuk tidur tapi mata aku tetap tak mahu lelap... Mengapa? Mengapa? Mengingati seseorang? Entahlah... Sudahnya untuk melalaikan fikiranku, bermacam-macam perkara aku buat hingga aku berjaya melelapkan mata ini.... tapi hanya 2 jam saja. Namun, itu sudah memadai... dan sekejap lagi aku perlu bersiap-siap untuk ke pejabat. Hari yang sibuk sudah menanti... huhuhu!

Sunday, November 4, 2007

Dua tiga kucing berlari...


Boleh dikatakan semua orang pernah dengar pantun ini kan? Pastinya kalian juga tahu apakah baris-baris penyudahannya...

Seseorang yang kita sukai, tidak semestinya dapat kita miliki. Adakalanya yang ada bersama kita pun terpaksa dilepaskan pergi, demi kebaikan bersama dan selalunya, walau baik mana pun penggantinya pasti sukar untuk menandingi si dia....