Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 20, 2007

Betulkah hantu dan iblis dirantai?

Orang kata, di bulan puasa ini... hantu dan iblis dirantai. Tapi mengapa masih ada juga manusia yang seperti dirasuk syaitan datang 'menyerang'ku di dalam bulan yang mulia ini? Tuduhan demi tuduhan yang kesat di'ludah'kan kepadaku... dan tiada satu pun dari tuduhan-tuduhan itu yang mengena pada sasarannya. Apa salah aku? Mengapa dia tidak boleh nak biarkan aku hidup dengan aman? Aku tidak pernah sekali pun kacau hidup dia... dan aku tak ingin pun untuk punya apa-apa urusan dengan dia... apa lagi yang dia nak?

Kalau ikutkan logik... aku yang sepatutnya berkelakuan begitu kerana setiap tuduhan itu patutnya aku tujukan kepada dia. Tulah agaknya... Aku pernah mendengar orang berkata, kalau kita buat tidak baik kepada seseorang... kalau kita tidak panjang umur untuk menerima balasan atas perbuatan kita itu maka, anak cucu kita yang akan terima balasannya nanti. Mungkin dia ni adalah salah seorang darinya. Hmm... dalam hati ini berkata, 'Apa, selama ini kau ingat roda itu tidak berpusing? Sekarang ini kau rasailah seperti mana yang pernah aku rasa suatu ketika dulu. Semuanya kerana angkara #$%&! kau... baru kau tahu tinggi rendahnya langit yang dijunjung'. Alhamdulillah... setakat ini, DIA mengkabulkan doa-doa orang teraniaya.

Risau...


Kerisauan mula bertandang... tabiat tak lalu makan tu datang semula. Tambahan pula di bulan puasa ni... Tiap waktu bersahur aku bangun tapi aku hanya boleh minum dan makan kurma barang sebiji dua. Tiada apa makanan pun yang boleh melepasi tekakku. Walaupun tidak makan seharian, perut aku ni lansung tidak merasa lapar. Jadi aku tidak terlalu kisah sangat pasal juadah apa yang aku nak makan di waktu berbuka. Ada satu hari tu... murtabak sekeping pun susah nak habis.... Risau juga, manalah tahu... takut penyakit lain pula yang datang nanti. Bila aku ceritakan hal ini pada mak aku lalu dia pun berkata, "Tak perlu nak risau, Nabi Muhammad s.a.w. dulu pun bersahur dengan meminum air dan makan 3 biji kurma saja... berbuka pula dengan ala kadar sahaja. Baginda tak sakit pun..." Betul juga ek?

Thursday, September 13, 2007

Ramadan datang lagi...

Aku baru saja mula bekerja hari ini setelah bercuti selama 6 hari semenjak Jumaat yang lepas. Masih lagi dalam mood bercuti... Hari ini pula, hari pertama semua umat Islam mula berpuasa dan aku boleh pulang ke rumah pada 4.45 petang. Tapi dapat ke? Walaupun begitu, kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Moga kita semua akan mendapat keberkatan darinya.... InsyaAllah!

Tuesday, September 11, 2007

Advanced Celebration...

Ahad lepas aku pergi ke perlancaran novel Air Mata Cinta.... anjuran Kaki Novel. Ramai yang hadir, geng UB yang hadir tak ramai... tu yang macam x meriah je, tak cukup korum la katakan... Selesai majlis, bila masing-masing sudah nak beransur pulang... aku pun ingin berbuat demikian. Maklum je la, malam tu aku tidur lewat. Hajat di hati nak balik ke rumah, tidur. Masa nak bersalam-salam tu Kak Anim ajak aku join sekali dengan yang lain pergi makan laksa. Aku okey je sebab aku rasa lebih aku makan dulu sebelum balik ke rumah, lagi pun aku bukannya ada apa-apa rancangan lain. Rupa-rupanya dalam ajakan tu ada agenda lain di sebaliknya... apalah aku ni, lambat pick-up. Tapi manalah sangka... terlalu awal untuk memikirkan hal tersebut. Lagi pun dah bertahun-tahun aku tak celebrate... Maknanya mimpi aku sebelum ini adalah satu petanda, cuma jalan ceritanya je tak sama... huhuhu. Patutlah hari itu ada dua kali Kak Anim YM aku, tanya sama ada aku pergi ke tak, ke majlis tersebut... Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang bersusah payah untuk meraikannya bersama pada hari itu - Kak Anim, Kak Su, Kak Yah, Wan, Syud, Kak Notie, Iejay dan Nacha. Kak Notie... sedaplah kek tu, boleh buat lagi ek? Begitu juga kepada yang tidak dapat turut sama - Kak nOOr, Wabbit, Lia dan Nawwir.... Terharu sungguh rasanya... I luv u all! Mmmuaaahhh...!!!

Inilah gambar-gambar yang Wan ambil.... itu pasallah muka Wan tak ada... cian dia. Huhuhu... Nanti bila tiba masanya... kita ambil lak gambar Wan banyak-banyak ek?






p/s Happy birthday to FA too!

Wednesday, September 5, 2007

Semalam ku bermimpi...

Entah mengapalah semalam.... aku tiba-tiba je bermimpi yang aku berada tengah-tengah sebuah ballroom dengan suasana yang begitu ceria sekali seperti satu keramaian sedang berlansung. Semuanya berpakaian ala Inggeris kurun ke-19 seperti dalam cerita Pride & Prejudice. Ketika itu, semua yang hadir menumpukan perhatian terhadapku. Mula-mula tu aku tertanya-tanya juga. 'Majlis apakah ini?' Aku lihat diriku yang berpakaian begitu cantik, lagak gaya Keira Knightley sambil memaut lengan seseorang lelaki tampan, setampan Matthew MacFayden, jalan beriringan menuju ke bahagian hadapan ballroom tersebut. 'Siapa pula dia ni?' Setibanya di sebuah meja yang dipenuhi dengan makanan yang cukup banyak dan lazat-lazat sekali... sekali lagi hatiku tertanya. Tetamu yang hadir hanya tersenyum memandangku... namun tiada seorang pun bersuara, keadaan di situ sunyi sekali. Malah, mulut aku sendiri seperti telah diplaster membuatkan aku tidak boleh berkata-kata.

Tiba-tiba semua orang beralih pandangan ke belakang... kulihat seorang hamba Allah berpakaian seperti waiter masuk ke ruang dewan sambil menolak sebuah troli bersama kek yang tinggi bertingkat-tingkat (aku sendiri tak perasan berapa tingkat, nama pun mimpi kan?). Maka, dengan sekali gus semua yang hadir menyanyikan lagu happy birthday, hati ini masih tertanya-tanya lagi, 'Harijadi siapa pulak ni? Boleh pula bersuara mereka-mereka ni? Ingatkan ini majlis orang bisu...' Sebaik saja lagu habis dinyanyikan, dewan menjadi senyap sesenyapnya... seolah-olah semuanya dah kena sumpah menjadi bisu semula. Waiter tersebut meletakkan troli di hadapanku, lalu menghulurkan sebilah pedang panjang kepadaku... aku kaget seketika lalu bertanya, "Untuk apa pula pedang ni?". Namun dia diam membisu, dengan lirikan matanya aku sudah faham yang dia meminta memotong kek tersebut. 'Aku ni kena hukuman apa agaknya... kesalahan apa yang telah aku buat?', hati aku masih tidak berpuas hati. Ketika aku memotong kek tersebut... barulah aku sedar yang mereka ini semua sedang meraikan ulang tahunku kerana aku lihat namaku tertera di atas kek itu....

'Tapi siapa pula mereka-mereka ini? Tiada seorang pun yang aku kenal...'
ketidakpuasan di hati ini masih berbaki. Aku sedaya upaya mencari kekuatan untuk bersuara... tapi mulut aku seolah-olah terkunci dan tiba-tiba aku dikejutkan oleh suatu bunyi yang cukup nyaring. Alamak... alarm clock aku rupanya yang menjerit. Muahahhaa... mimpi aku habis camtu je... paling tidak, naklah juga tau siapa jejaka yang kat sebelah aku tu. Itulah 'Mr. Right' aku agaknya? Hahaha... Walaumacamana pun aku masih ingat lagi raut wajah... tapi dapatkah aku berjumpa dengannya di alam nyata? Hehehe... mula la nak berangan. Apalah aku nikan? Tapi... bila difikirkan semula, memang aku akan menyambut ulang tahun ku pada bulan ni... bulan puasa lak tu. Macam mana nak celebrate kan? Alaa... selama ni pun aku bukannya pernah celebrate... perasan je lebih. Sabar ajelah... huhuhu!

VIRGO
Modest and shy, Meticulous and reliable, Practical and diligent, Intelligent and analytical, Fussy and a worrier, Overcritical and harsh, Perfectionist and conservative.