Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 17, 2016

jagalah... hargailah...



perempuan apabila dia nekad untuk melangkah keluar dari hati seseorang...
percayalah...
dia tidak akan menoleh lagi ke belakang walaupun sekali...
oleh itu jagalah... hargailah... selagi masih ada.




- Posted using BlogPress from my iPhone


Friday, August 12, 2016

Zaman sekarang...


Copy & Paste

Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya.
"Bermulanya kerosakkan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya..."

Kesian cikgu hari ni. Kena berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tak menjaga langsung adab dengan cikgu. Sampai guru rasa tertekan. Ada guru yang cerita dengan saya lepas ceramah menangis. Anak muridnya panggil dengan panggilan binatang. Anak murid buat muka dengan cikgu. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah. Mak ayah mula serang cikgu. Viralkan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak-anak. Terlalu percaya anak sehingga anak-anak berani menipu. Berani kurang ajar dengan cikgu. YaAllah ampunilah anak-anak pelajar saya...

Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap tidak selidik sebelum bertindak. Saya takut kita bukan sayangkan anak sebenarnya. Malah kita hancurkan masa depan anak-anak. Saya selalu beritahu pelajar-pelajar dalam ceramah. "Kalau kita mengumpat cikkgu... maki cikgu... kurang ajar dengan cikgu, jangan harap dapat keberkatan daripada guru. Padahal keberkatan guru adalah asbab kita berjaya di masa hadapan. Hidup tenang dan bahagia. Tapi malangnya anak-anak dapat "lesen besar" daripada mak ayah. Seolah-olah sikit pun tak boleh sentuh anaknya. Lama kelamaan tak ada lagi orang yang akan hormat pada guru. 

Saya kerap dipanggil oleh sekolah-sekolah terbaik di Malaysia. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab, "Sekolah ni Ustaz basuh bab hormat guru. Mereka anak orang kaya, orang elite. Tapi kesian ustaz, bila kami tegur, marah, denda mereka... mak ayah mereka selalu salahkan cikgu. Kami dah tak tahu nak buat apa." Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh. Mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia tak nak bangun subuh. Allahu... kalau saya, cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia tak solat.

Wahai ibu bapa... Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tampar? Sehingga hari ni kita berjaya... sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita. Ingat tak? 

Kesian... Betul la kata ustaz saya tadi. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu. Bermulanya kerosakkan adab.

Wahai guru-guru. Allah sayang cikgu semua mungkin asbab ujian begini Allah nak ampunkan dosa-dosa kita dulu. Tabahlah... Allah bagi ganjaran setiap kesabaran ini. Teruslah istiqomah. Selalu saya cakap dengan guru-guru masa program ladap. Guru bukan ibarat seperti lilin. Lilin walaupun dia bakar dirinya tapi lama kelamaan dia akan padam habis. Sebenarnya guru ibarat seperti matahari, sentiasa membakar diri untuk beri manfaat pada orang lain. Walaupun di maki. "Panasnyaaa hari ni... Aduiiii!!" Tapi matahari tetap menyinari dan beri manfaat sampai bila-bila. YaAllah sayangilah guru-guru yangg ikhlas mendidik.

Ya Allah ampunilah kami. Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan  seorang guru. Kita serah bulat-bulat pada guru untuk didik anak kita. Padahal tanggungjawab itu tanggungjawab kita sebenarnya. Ya Allah jadikanlah kami mak ayah yang sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru. Ya Allah ampunilah kami. Kami berdosa dengan guru-guru anak-anak kami. Amiin !!

Nota kaki :
Sebenarnya begitu juga ibu bapa dengan anak. Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya.

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak

Share pada suami isteri kita, guru-guru kita dan anak-anak kita. Semoga bermanfaat dan kita berubah.

#storyustaztido

Thursday, August 11, 2016

Officially 17






Selamat Hari Jadi!
Moga menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..
 InsyaAllah... Aamiin!!!
Luv you forever.



- Posted using BlogPress from my iPhone



Wednesday, August 10, 2016

hati dan jiwa


Because of you, I am a better person!

Menangis, datang bila hati terlalu terluka, terlaku kecewa, terlalu sedih, terlalu pilu dan ada ketika juga bila terlalu gembira, rasa bersyukur, terlalu sayang... Aku perasan, sejak umur menginjak ke 40an ni, jiwa ini semakin lembut dan sensitif. Begitu mudah air mata ini mengalir... kadang-kadang tu dengan hanya mendengar cerita kesusahan orang je pun, tanpa disedari air jernih mengalir di pipi.

Bila dalam situasi sedih, sayu dan pilu selalunya kita perlukan seseorang yang boleh comfort kita tapi tak semua orang di sekeliling kita memahami apa yang sedang kita rasa... jadi, itu kadang-kadang membuatkan hati ini makin luluh... terasa diri tak dipedulikan. Apakan daya... tak semua orang punya pemikiran  yang sama dengan kita... 


- Posted using BlogPress from my iPhone


Tuesday, August 9, 2016

what goes around, comes around....


Dalam hidup ini jiwa kena kental
Tak boleh sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak marah
Zaman sekarang, perkara yang paling tajam adalah lidah
Maka jadikanlah kesabaran itu sebagai kekuatan kita
Biarlah apa orang nak buat
Perlu sentiasa ingat, hidup ini berpusing seperti roda...




- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, August 8, 2016

Tanda Dia sayangkan kita...



Ada ketikanya mata kita perlu dicuci dengan air mata
Agar kita boleh nampak jelas semua dosa-dosa kita....

Ya Allah... Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku!
Aamiin!!




- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, August 1, 2016

Raya sebulan kan?



Sepantas masa berlalu, sepantas itu juga kerja-kerja perlu disiapkan.
Lansung tiada rasa kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini...
Memang terasa hambar sangat. Tiada baju baru, tiada membuat kuih raya...
Huru-hara rutin hidup aku.... Sedih kan??? Nasib baik semuanya memahami...
Hari ini, berakhir sudah kerja-kerja yang menghantui hidup aku beberapa bulan yang lalu
Syawal pun tinggal 2 hari saja lagi...
Masih tak terlambat lagi kan tuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir dan Batin



- Posted using BlogPress from my iPhone