Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 29, 2006

Musim Cuti Sekolah

Ayee ada di KL sekarang tapi hanya untuk seminggu dua sahaja. Kerja aku masih macam biasa, sibuk. Tak dapat lagi nak bawa dia ke mana-mana melainkan ke rumah adik-adik aku yang ada di KL ini. Hanya esok saja aku boleh mengambil cuti. Tak tahu lagi nak bawa Ayee dan adik-adik pergi mana. Nantilah aku tanya mereka... apa yang bermain dalam fikiran aku pada masa ini, hanya Aquaria dan Petrosains di KLCC. Best juga kalau dapat pergi sana?

Wednesday, November 22, 2006

So busy!

I am very busy since after Raya. Every day going home late. Especially this month & next month as my boss will be away for one and half months. Everything has to be settled before he goes. At the same time, I am involve in handling 30 international participants from Sri Lanka. They are here for 3-week training programme. Luckily, they are not like the Arabian who came over last August & September. Quite easy to handle. Otherwise, I will get headache.

Last week, my boss just got back from 4-day conference in Hungary and his 5 days vacation in Russia (visit his daughter over there). Next week, he will be away for 5-day conference in Japan and two weeks after, he will be going for his Haj. Only in February 2007 he will resume his duty. Actually, this is the good time for me to take a long break as I am not utilise my 2006 annual leave yet. However, due to many programmes are running during December, I have to postpone my leave to January 2007.

I am stressed, so I did something to my hair... hehehe...

Uhuk! Uhuk! Uhuk! I feel so sad.... Pitty Ayee... Sorry my dear, mama can't take leave during this school holiday... Anyway, he will be staying with me during that period. May be he has to follow me to the office once or twice a week (if situation permit). Otherwise, he has to stay with my neighbour while I am working. At least... he won't feel so frustrated... isn't it? Don't worry... we will go for 'jalan-jalan' in the weekend and go to Deena' house also. Mama knows, Ayee missed her so much...

See, how Ayee & Deena enjoy playing in the rain...

p/s Tiba-tiba hari ini aku macam nak berceloteh guna bahasa 'orang putih' pulak. Kenapa ek?

Friday, November 17, 2006

larut

LARUT - Dewa 19

Mungkin aku pernah juga... merasakan cinta
Tapi tak pernah... seindah ini...

Mungkin aku juga pernah... merasakan rindu
Tapi tak pernah... sedalam ini...

Mungkin kamu takkan pernah... percaya
Bahwa sesungguhnya... aku tlah terjatuh

Ku akui... aku... telah larut... larut ke dalam...
Kamu... yang ku cintai

Lagu & Lirik: Ahmad Dhani

Tuesday, November 7, 2006

Rumah Terbuka Hari Raya

Bila tibanya di bulan Syawal maka ramailah sahabat handai dan sanak saudara mengadakan rumah terbuka. Bertimpa-timpa jemputan diterima, terutamanya di hujung minggu. Nak tak nak, terpaksa jugalah aku memenuhi undangan tersebut agar tidak menghampakan hati-hati mereka yang menjemput itu. Bukannya apa, kadang-kadang tu bila dah banyak jemputan yang diterima sampai tak tahu yang mana satu aku nak pergi... pening juga dibuatnya. Minggu lepas pada hari Sabtu saja, ada lima jemputan dan Ahad ada enam jemputan. Penatnya tak terkata tapi berbaloi tau... dapatlah aku berjumpa dengan ramai kenalan baru dan tak kurang juga, merasa makan pelbagai jenis makanan. Seronoknya.... Namun begitu, ada juga yang tak baiknya... balik rumah, perut aku pun mula meragam. Maklum sajalah, bila dah makan macam-macam. Faham-faham ajelah.... hehehe!

kawan-kawan maya & juga penulis-penulis di rumah terbuka Kak Puteri

Bersama CT di rumah terbuka Meteor Group

Bergambar dengan Samsiah Mohd Nor

Friday, October 27, 2006

juadah hari raya

Tahun ini agak beruntung sedikit kerana ada beberapa hari cuti sebelum Raya menjelang. Paling tidak, sedikit sebanyak aku boleh membantu ibuku apa-apa yang patut. Maklum sajalah sebagai anak sulung... semuanya diserahkan pada aku. Yang seronoknya pada tahun ini, aku berpeluang membantu bapaku untuk membuat lemang... dari mula hinggalah lemang sebanyak 18 batang siap dibakar.


Lebih kurang macam ni cara membakar lemang...
Laksa utara... memang sedap!
Selain lemang, aku membantu ibuku memasak laksa bersama kuah kacang dan lontong bersama sambal ikan bilis. Hari raya ke-2, agak ramai saudara mara yang datang beraya hingga tak menang tangan untuk melayan mereka. Nasib baiklah banyak juga juada disediakan disamping kuih raya.... Seperti biasa, kanak-kanaklah yang paling gembira pada masa ini... berjumpa sesama rakan dan saudara sambil itu dapat juga duit raya... Akulah yang menjadi mangsa untuk menyediakan duit raya untuk mereka.... hehehe...


Lontong... bersama nasi himpit



Wednesday, October 18, 2006

anak buah baru

Muhammad Haziq nama diberi, telah selamat dilahirkan pada 23 September, pukul 8.17 pagi di HUKM iaitu sehari selepas harijadiku. Aku gembira sesangat.... *macamlah aku yang melahirkannya....* Semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak menanti kelahirannya.... ahli baru ini merupakan cucu ke-3 kepada datuk dan nenek di sebelah ibu dan abahnya dan juga merupakan anak buah aku yang ke-2. Ayee antara yang teramat gembira bila mendapat 'adik' baru, hinggakan dia tidak mahu berjauhan lansung dengan 'adik'nya itu....

Ada satu ketika itu, Ayee bertanya kepada ibuku, "Opah, bila anak Ch** lahir nanti, boleh tak dia tinggal di sini dengan kita?"

Ibuku pun menjawab, "Mana boleh... mestilah dia tinggal dengan ibu dan abah dia."

"Alaa... kita nak baby tu tinggal dekat sini.... boleh la jadi kawan kita? Kita sunyi la opah...!"
jawab Ayee.

Aku jadi speechless bila ibuku menceritakan 'suara hati' anak aku itu... Aku sedar yang Ayee memang kesunyian. Walaupun dia dikelilingi oleh semua ahli keluarga ku tapi bagi kanak-kanak yang seumur dengannya, memang mereka memerlukan teman yang lebih kurang sebaya di rumah. Masa bersama rakan-rakan di sekolah tidak mencukupi. Tambahan pula, di persekitaran rumah aku itu tidak ada kanak-kanak yang sebaya dengan Ayee. Jadi, boleh dikatakan setiap waktu yang terluang Ayee perlu bermain sendirian.

Sayu hatiku bila mengenangkannya, tapi apa yang boleh aku lakukan? Adakah memadai dengan hanya pulang menjenguknya setiap hujung minggu? Hanya itu saja yang terdaya untuk aku lakukan buat masa ini.... Mama harap Ayee boleh memahami keadaan yang telah ditentukan olehNya untuk kita.... Apa pun jua, Mama akan cuba buat yang terbaik untuk Ayee... You mean so much to me!

Thursday, October 12, 2006

kad raya


Dulu semasa masa zaman kanak-kanak, akulah yang paling gembira apabila menerima kad ucapan Hari Raya. Aku pasti perasaan yang sama juga pasti dirasai oleh setiap orang yang menyambut apa jua perayaan. Tapi perasaan itu semakin berkurangan sealiran dengan peningkatan umurku. Atas dasar tanggungjawab dan tanda ingatanlah, tiap-tiap tahun aku pasti menghantar berpuluh-puluh kad raya kepada keluarga dan kenalan...

Sekarang ini, kita boleh menghantar ucapan dengan menggunakan kad ucapan yang bebentuk fizikal dan juga e-kad. Malah ucapan-ucapan tersebut boleh juga dihantar melalui e-mail dan juga bebentuk hamper.... semuanya terpulang kepada setiap individu. Tapi pernah juga berlaku, bulan raya sudah hampir habis, barulah aku menerima kad raya yang dikirimkan melalui pos dari seorang teman... kalau mengikut tarikh yang tertera di sampul, ianya dikirim dalam pertengahan bulan puasa. Maka, di manakah silapnya? Hehehe....

Friday, September 29, 2006

ramadhan mubarak


Hari ini adalah hari ke-6 kita berpuasa.... namun aku cuma dapat berpuasa 3 hari saja. Sehari kerana demam, batuk dan selsema... yang selebihnya, biasalah... penyakit orang perempuan. Memang sudah jadi kebiasaan pada permulaan berpuasa, aku akan tidak sihat... terkejut badan aku ni kerana kekurangan air kerana aku memang kuat minum... paling kurang pun 2 liter air kosong sehari. Aku tak kisah sangat untuk makan banyak ketika berbuka dan bersahur... tapi aku perlu minum banyak air. Namun begitu, ada juga kebaikannya pada aku kerana pada masa inilah aku tidak perlu sangat menjaga pemakanan aku. Bolehlah nak 'maintain body'. Lagi pun dua hari sebelum berpuasa, aku banyak makan makanan yang sedap-sedap belaka kerana ada beberapa orang kawan belanja aku makan sempena hari jadi aku...
Ketika inilah juga kita berpeluang untuk melebihkan amal ibadah dari hari-hari biasa seperti sembahyang tarawikh, bertadarus dan juga bersedekah kepada yang memerlukan. Jangan lupa juga untuk membayar fitrah... seperti tahun-tahun yang lalu aku akan beri abah wang untuk membayar fitrah untuk kesemua ahli keluarga aku yang berada di bawah tanggungannya termasuklah aku dan Ayee. Tahun ini pula, aku hanya mengambil cuti beraya sehari saja dan akan bekerja semula pada Hari Raya ke-3. Aku saja nak beri peluang kepada kawan-kawan yang sudah berkeluarga dan mempunyai kampung yang jauh dari KL untuk mengambil cuti panjang... lagi pun nanti takut tak ada pula orang nak jaga ofis... hehehe... (80% staf di ofis aku ni beragama Islam) Ok lah... aku tak dapat nak merapu dengan lebih panjang lagi.... Masih tidak terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua!

Tuesday, September 19, 2006

H.E.A.R.T.

MY HEART - Irwansyah & Acha Septriasa

Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu


Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini syurga kita


Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah

Sayangku akan hilang

If you love somebody
Could he be this strong
I will fight to it
Our love will conquer all

Wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart....


p/s
Aku hanya menyukai lagu-lagu dalam cerita Heart ni...

Thursday, September 14, 2006

3G

Baru 2 hari lepas, Maxis 3G aku diaktifkan walaupun telah 1 minggu aku mendapat kad SIM 3G aku itu. Maka dapatlah berhubung dengan kengkawan yang mempunyai talian 3G termasuklah dengan A***g. Seronok juga, terutamanya dengan keadaan aku yang sibuk sekarang ni. Bukan apa, walaupun tidak dapat berjumpa tetapi kami masih lagi dapat menatap wajah masing-masing. Sempatlah juga nak bergossip... hehehe.
Itulah ye, zaman serba canggih sekarang ni. Tiada alasan untuk tidak dapat berhubung di antara satu sama lain. Pokok pangkalnya, perlu ada kemahuan di hati. Lagi satu... duit mesti ada. Ye laa... untuk menggunakan perkhidmatan 3G, maka perlulah juga kita bertukar kepada telefon bimbit yang bersesuaian. Dalam masa 20 tahun akan datang, bagaimanalah pula agaknya cara sistem perhubungan yang akan dicipta? Tak dapat nak aku bayangkan buat masa ini....

Wednesday, September 13, 2006

Aisehhh....

Program-program antarabangsa di ofis aku ni sudah pun selesai pada Jumaat lalu. Ingatkan aku bolehlah nak rehatkan diri.... hmm, masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. Sudah dinamakan kerja, begitulah keadaannya... nak buat macam manakan?

Apa-apa pun sempat juga aku turut serta dalam perjumpaan dengan kawan-kawan maya (kak nOOr, wabbit, kak anim, ija, klena, wan, ct dan kawan) pada 09.09.06 yang lalu. Novelis, Rozita Abd Wahab pun ada sama, terima kasih Ita kerana sudi luangkan masa untuk kami... begitu juga dengan ole-ole yang diberi, harap ada lagi pertemuan di masa akan datang. Tak lupa juga untuk Kak nOOr, terima kasih kerana sudi belikan novel Setelah Kau Pergi... untuk saya. Gembiranya rasa di hati... Apa taknya, masa perjumpaan ngan Kak Su, aku tak dapat turut serta kerana aku ada urusan kerja di luar daerah. Rasa macam tak puas pula untuk kami semua ber'gosip' tentang novel, novelis dan cerita-cerita semasa pada petang itu. Sempat juga kami berposing tapi tak dapatlah aku nak post kat sini.... Lagi pun gambar tu aku belum sempat lagi nak download ke laptop sebab hanya esok hari aku akan ke hq untuk mengambil kabel handphone aku yang tertinggal di sana... Maaflah kengkawan, lewat sikit untuk menghantar gambar tersebut kepada anda semua....



aku dah kurus atau macam orang sakit... ?
p/s:
Tak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-44 kepada A***g pada 09.09.06 yang lalu. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Aminnn!! Serta tak lupa juga buat FA yang menyambut ulangtahunnya pada 10.09.06.

Wednesday, August 30, 2006

Coretan....

Sekarang ini, di samping kerja yang rutin seharian, aku perlu juga membantu unit lain yang memerlukan. Adalah sekali itu, aku diminta untuk membawa sekumpulan peserta kursus yang datang dari Timur Tengah untuk melawat Menara Berkembar KLCC dan sekali gus merasalah aku untuk naik ke Skybridge. Maka, aku pun mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bangunan di mana aku bekerja. Sudah 2 bulan lebih aku bekerja di situ. Terletak di kawasan segitiga emas lagi... tapi tentu ada yang tidak percaya kalau aku katakan bahawa aku berpeluang untuk pergi ke Suria KLCC hanya sebanyak 2 kali saja dalam tempoh tersebut. Sibuk dengan kerja... lagi pun aku bukannya sentiasa berada di situ.... kalau pagi aku di situ, petang aku berada di HQ pula dan begitu juga sebaliknya....


Dalam sibuk-sibuk pun, aku sempat juga membeli dua buah novel lagi - Biarkan Aku Menangis (NB) dan Kau Laksana Bulan (Aina Emir). Bertambah lagi koleksi novel yang belum aku baca di rak buku aku di rumah. Entah bila agaknya aku dapat habis membaca novel-novel tersebut.

Tuesday, August 29, 2006

Inilah Aku....


Lamanya rumah aku ini ditinggalkan. Nasib baik juga ada kawan-kawan datang menjenguk.... Banyaknya cerita yang nak aku kongsi tapi nak buat macam mana, masa betul-betul mencemburui aku... Tak apa, aku paparkan dulu apa yang sempat untuk hari ini. Seperti yang telah dirancang, pada minggu ke-3 aku ke utara tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinan di rumah saudara sebelah ayah. Aku mengambil cuti tambahan pada hari Isnin dan Selasa dengan hajat untuk membawa Ayee dan keluarga berjalan-jalan di Pulau Pinang atau singgah saja di Bukit Merah. Namun kita hanya boleh merancang.... nak dijadikan cerita, pada hari Isnin malam aku perlu pulang ke KL semula kerana ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan pada hari Selasa itu. Nak tak nak, aku terpaksa membatalkan cuti aku pada hari tersebut. Ayee macam merajuk aje masa itu.... maafkan mama sayang! Untuk memujuknya, aku berjanji untuk pulang pada cuti hujung minggu ke-4. Paling tidak, ceria juga la dia semasa aku meninggalkan dia malam tu dan aku telah pun melaksanakannya. Aku bawa dia berjalan-jalan di bandar Teluk Intan dan beli barang-barang keperluan untuknya. Aku cuba untuk menggembirakan hatinya.

****************************

Beginilah aku, hari-hari dipenuhi dengan kerja-kerja pejabat, pulang ke rumah sudah kepenatan. Ada ketikanya aku boleh tertidur hingga ke subuh tanpa mandi dan bersalin baju. Apalah nak jadi dengan aku ni? InsyaAllah pada bulan Ramadhan ini aku boleh berehat seketika. Kebanyakan kerja-kerja yang ada itu beransur kurang pada awal September ini.

*****************************

Aku merindui kawan-kawan maya aku.... Lama sungguh aku tidak berkomunikasi dengan mereka. Pada Ahad lepas, sepatutnya aku turut serta bersama mereka untuk berjumpa dengan K** S*. Nak buat macam mana, aku perlu menjaga peperiksaan di Teluk Intan pada hari tersebut. Walau macam mana sibuknya aku, satu perkara yang tak pernah terjejas dalam aktiviti seharian aku.... iaitu pembacaan novel. Macam dah menjadi satu kemestian untuk aku membaca barang satu atau dua muka surat sebelum tidur.... Dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga aku mencari lirik lagu di bawah di internet... bukannya apa, saja nak rehatkan otak seketika dengan melayan lagu yang tengah hangat di radio sekarang ini....

KENANGAN TERINDAH

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati..
Wooo( Begitu engkaulah; cinta sejati )

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


Setakat ini dulu untuk hari ini. Akan aku ceriakan lagi rumah aku ini bila aku ada kelapangan nanti.

Friday, August 11, 2006

Happy Birthday Ayee!

Pejam celik, pejam celik... hari ini, Ayee menyambut hari lahirnya yang ke-7. Cukup pantas masa berlalu... aku masih lagi ternampak-nampak Ayee yang comel, berjalan dengan terkedek-kedek untuk mendapatkan aku sambil mulutnya yang terkumat-kamit, berkata-kata dengan bahasa kanak-kanak yang agak sukar aku fahami.... Tersenyum sendirian aku mengenangkan saat-saat itu.

Kini, Ayee sudah besar dan telah pun memasuki ke alam persekolahan. Cuma aku agak terkilan kerana aku tidak dapat meraikannya hari ini. Maafkan mama Ayee... Don't worry, mama will celebrate it with you during the holidays. Moga kasih sayang kita berkekalan dan mama doakan Ayee panjang umur dan murah rezeki.


Monday, August 7, 2006

Seroja

Semalam, aku menonton Konsert Fantasia Mawi kat Astro Ria. Maka masa Jamal Abdillah nyanyi lagu Seroja... terkenanglah pula masa zaman persekolahan aku dulu. Pada masa itu aku merupakan salah seorang ahli kumpulan koir sekolah.... Lagu seroja ini merupakan salah satu lagu wajib yang perlu dinyanyikan apabila kami perlu membuat persembahan.... Aku ingat lagi semasa sesi latihan, cikgu selalu meminta kami menyanyi lagu ini dengan penuh semangat agar ianya dapat memberi kepuasan kepada penonton apabila mendengarnya.... katanya, lagu ini mempunyai maksud yang amat mendalam.... (itupun kalau mereka faham, cikgu aku ni memang mempunyai semangat patriotik yang kuat)


SEROJA

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Lupakan saja asmara
Pada asmara...

(ulang rangkap 1, 2 & 2)

Thursday, August 3, 2006

Letih...

Hari yang sibuk. Bukan hari ni saja, malah tiap-tiap hari sibuk. Biasalah tu.... seperti mana bos aku yang ada 2 ofis, begitulah juga aku. Kebiasaannya, di mana dia berada maka di situlah aku berada. Walaupun agak memenatkan kerana aku perlu bergerak ke sana dan ke mari tapi aku bahagia dengan kerja aku ini jika nak dibandingkan dengan yang sebelum ini.

No one can go back and make a brand new start.
Anyone can start from now and make a brand new ending.
God didn't promise days without pain, laughter without sorrow,
sun without rain but He did promise strength for the day,
comfort for the tears and light for the way.
When you feel down because you didnt get what you want,
just sit tight and be happy,
because God is thinking of something better too.

Wednesday, August 2, 2006

Teman Baru



Perjalanan hidup kita tidak akan berhenti melainkan bila ajal tiba. Begitu juga dengan aku. Hari berganti hari, namun hidup aku masih lagi begini. Tidak banyak yang berubah.

Kerja, merupakan agenda yang utama dalam rutin seharian hidup aku dan ianya tak pernah berhenti. Tanpa kerja, bagaimana pula dapat aku untuk meneruskan hidup aku dan juga Ayee. Kadangkala aku dapat merasakan yang aku perlu punya hidup yang lain selain dari kerjaya. Kerana aku ni agak pemalu sikit, jadi aku mulakan dengan berkenalan dengan teman-teman baru di alam maya... dan diikuti dengan sesi perjumpaan 'face to face'.

Mula-mula tu rasa macam tak nak pergi, lepas tu rasa nak pergi pulak... takut rasa rugi pula. Tapi bila janji telah dibuat, maka perlulah untuk ditunaikan. Akhirnya jadi juga aku bertemu dengan kawan-kawan baru. Mula-mula tu rasa kekok juga tapi lama-lama dah ok sikit... Terima kasih semua kerana sudi menerimaku sebagai teman baru kalian.

Keseronokan menerima kenalan baru masih lagi terasa. Tak rugi sebenarnya kalau kita puna ramai kenalan terutamanya dengan mereka yang punya minat yang sama denganku. Dalam masa yang singkat itu, kami dapat bertukar-tukar cerita dan pendapat. Barulah aku menyedari bahawa aku perlu meluangkan masa untuk diri aku sendiri agar tidak terkongkong dengan satu perkara saja di dalam kehidupanku iaitu kerja. Terima kasih juga kepada a****a dan c**r** kerana memperkenalkan dunia blog ini kepadaku...

Rombongan CKIII
PS - Semasa bersama rombongan CKIII hari itu, sempat juga aku membeli 2 buah novel iaitu Gerimis Kasih - Athirah Natasha dan Lafazkan Cintamu - Aida Adriani dan semalam aku membeli sebuah lagi novel iaitu Sejernih Lazuardi - Samsiah Mohd Nor. Bertambahlah lagi koleksi buku-buku yang belum aku baca... hehehe...

Thursday, July 27, 2006

Mengejar masa

Sejak aku bekerja di ofis baru ni, aku perlu keluar dari rumah seawal 6.30pg untuk mengelakkan diri dari menempuh jalan yang sesak. Aku malas nak berlama-lamaan di jalan raya. Jadi, sebelum pukul 7 aku sudah berada di ofis. Ingatkan bila awal sampai, boleh lah duduk bersenang lenang untuk buat hal diri sendiri dulu.... ehmm, payah juga. Itulah kalau dah dinamakan ofis.... biar seawal mana pun kita sampai.... kerja tetap dah menunggu.

Namun begitu, pagi ni aku agak kelapangan untuk mencoretkan sesuatu di umah aku yang telah lama sepi ini. Semalam, selepas waktu kerja aku pun berjalan-jalan di KLCC (ofis baru aku cuma berdepan ngan KLCC je...) kerana malas nak meredah jalan sesak untuk balik ke rumah. Lagipun aku ada urusan yang perlu diselesaikan di bank... (BCB kat KLCC ni tutup kul 6ptg). Lepas je selesai, seperti biasa aku tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke Kinokuniya. Sambil belek-membelek buku.... dalam tak sedar tu jam sudah menunjukkan pukul 8.30 mlm. Patutlah perut aku dah mula berkeroncong....

Itulah aku, bila dah berada di tempat yang sedemikian.... macam tak reti nak balik... kalau boleh nak bawak bantal dan tilam, tidur kat sana... hehehe... Lagi satu hal tentang perangai aku yang tak dapat nak aku buang... bila saja aku berkunjung ke mana-mana kedai buku/majalah, tak sahlah kalau aku tak membeli barang sebuah buku/majalah untuk dibawa pulang. Biarpun pada masa itu poket tengah kering.... Pada hal, di rumah masih bersusun buku-buku yang masih lagi belum dibaca. Antaranya:
  • My Best Friend's Girl - Dorothy Koomson
  • Hatiku di Harujuku - Ramlee Awang Murshid
  • If Could See Me Now - Cecilia Ahern
  • The Secret Dreamworld of a Shopaholic - Sophie Kinsella
  • A Woman of Substance - Barbara Taylor Bradford
  • Metro Girl - Janet Evanovich
  • Lightning - Danielle Steel
  • Lelaki Terakhir - Sabariah Arauh
  • To Love Again - Danielle Steel (tengah baca)

Itulah aku...

Wednesday, July 26, 2006

Uhukkk...

Pada pertengahan Julai yang lalau aku ke JB dan selepas 2 malam di sana, aku pulang semula KL. Dalam perjalanan pulang, semasa di Lebuhraya PLUS antara Seremban dan KL aku telah meredah satu'objek' yang tidak aku ketahui apa dia dan ianya telah menyebabkan bahagian bawah kereta aku 'luka' parah dan perlu 'dirawat' di bengkel selama beberapa hari.

Sebelum itu, aku telah pun nampak 'objek' berkenaan di lorong tengah lebuhraya itu dari jauh lagi dan aku tidak dapat mengelaknya kerana terdapat lori/treler di lorong sebelah kiri dan juga kereta yang agak laju dari arah belakang di lorong sebelah kanan. (Pada telahan aku, 'objek' itu adalah merupakan cebisan tayar lori yang pecah yang biasa kita lihat bertaburan di atas jalan/lebuhraya). Nak tak nak, aku perlu redah juga dengan menganggarkan yang 'objek' tersebut akan melepasi bahagian bawah kereta aku. Namun begitu, jangkaan aku meleset sekali dan ianya telah menyagat dan sekali gus merosakkan beberapa komponen di bahagian bawah kereta aku.


Memandangkan kerja aku yang perlu 'mobile', maka agak payah juga bila tiada kenderaan sendiri untuk bergerak ke sana ke mari. Hari Jumaat lalu baru kereta aku 'pulih'. Namun apa yang menyedihka, insiden itu telah men'cacat'kan kereta aku serta meninggalkan 'parut' yang begitu ketara tapi nasib baik ianya tidak dapat dilihat kerana kecacatannya itu di bahagian bawah kereta. Ralat sungguh rasa hati ini... nak buat macam mana, perkara dah nak jadi. Redha aje la....

Monday, July 10, 2006

Keje... Oh, keje....

Sedar tak sedar, sudah lebih seminggu aku menyepi. Bukannya apa, semenjak bekerja di tempat baru ini.... masa aku amatlah terhad. Nak buat macam mana... adat orang makan gaji, begitulah. Nanti bila ada kelapangan aku sambung okey....

Comel tak kucing ni?

Friday, June 30, 2006

Satu Kejutan....

Setibanya aku di pejabat pagi tadi, ***** memberitahu aku bahawa aku akan ditukarkan ke 'parent company' untuk menggantikan tempat PA kepada COO di sana dan berita tersebut telah pun diumumkan petang semalam. Cuma hingga ke saat ini, aku tidak menerima apa-apa dokumen untuk mengesahkan berita yang ku dengar ini.

Aku tak tahu nak kata apa sebenarnya perasaan aku bila mendengar perkhabaran itu. Gembira? Tak juga... Sedih? Tak juga... Tapi cuma berdebar-debar, rasa macam nak mula kerja di tempat baru. Ye lah.... segalanya baru - kawan-kawan, persekitaran dan lain-lain. Hanya bos saja yang tidak baru. Bukan apa, sebelum ini aku pernah menjadi PA dia selama 2 tahun, cuma bila dia dinaikkan pangkat dan berpindah ke 'parent company' maka aku tidak ikut pergi sama kerana aku memilih untuk bertukar ke jabatan lain di sini. Aku suka bekerja dengan dia... dia merupakan seorang bos yang paling senang untuk dikendalikan dan tak banyak kerenah... Apa yang best tentang dia ini, he is always cool dalam apa pun jua keadaan.

Alhamdulillah... ku panjatkan syukur kepadaMu ya Allah. Walaupun ada kebaikan dan keburukan dengan perkhabaran ini, insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Semoga masa depan kerjayaku akan bertambah baik di sana.

Tuesday, June 27, 2006

Kenapa orang baik selalu jadi mangsa?

Macam-macam peristiwa berlaku setelah hampir 34 tahun aku hidup di bumi Allah ini. Namun begitu, lebih banyak yang pahit berlaku dari yang manisnya. Rata-rata mengatakan yang aku ini terlalu baik dan berlembut dengan semua orang sehinggakan mereka senang saja untuk mempergunakan aku untuk kepentingan mereka.

Apa boleh aku katakan? Sudah semulajadi sikap aku sedemikian. Aku memang payah untuk marah... kalau marah sekali pun, aku akan simpan dan aku akan pujuk diriku sendiri kerana aku tidak mahu sesuatu yang menyedihkan itu berpanjangan. Pada aku... kalau aku tak suka orang buat sesuatu yang tidak aku suka pada diriku, maka aku juga akan sedaya upaya untuk tidak melakukan yang serupa pada sesiapa pun....

'Don't struggle so much, best things happen when not expected.'

Pasal apa aku melalut hari ni? Bukan apa... ada seorang hamba Allah ini telah membuat aku naik marah hari ini. Aku tak tahu kenapa dia suka sangat nak ganggu hidup aku? Aku tak pernah pun kacau hidup dia.... Apa yang aku ada sehinggakan dia berperasaan sedemikian terhadapku?

'No person desrves your tears and who deserves them won't make you cry.'

Friday, June 23, 2006

Lagu lama...


p/s Lagu ini sering aku dengar apabila aku pergi berkaraoke dengan kawan aku. Tak tahulah kenapa dia suka menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Eddy Silitonga ini. Pada aku liriknya agak menyentuh perasaan.

Monday, June 19, 2006

Buah Hati Pengarang Jantung


Inilah buah hatiku. Aku hanya mempunyai seorang hero yang agak bijak tetapi nakal. Biasalah... nama pun budak-budak dan aku mempunyai seorang anak buah yang sudah aku anggap macam anak aku sendiri... maklumlah, aku ni tiada anak perempuan. Kira sepasanglah.... Kedua-duanya amat comel dan keletah.... pantang berjumpa, sampai lupa makan dan tidur dibuatnya. Walaupun perbezaan umur mereka agak jauh.... tapi mereka boleh berkomunikasi di antara satu sama lain. Ada saja perbuatan dan percakapan mereka yang membuatkan aku dan keluarga tak kering gusi... Begitulah kanak-kanak, tiada apa yang perlu mereka fikirkan tentang hal orang lain melainkan diri mereka saja..... Alangkah bahagianya kalau diberikan peluang untuk pergi ke zaman kanak-kanak semula.... mana mungkin boleh ye tak?

Thursday, June 15, 2006

I Still Believe

You look in my eyes and I get emotional inside
I know it's crazy but u still can touch my heart
And after all this time you'd think that I wouldn't feel the same
But time melts into nothing and nothing's changed

I still believe, someday you and me
Will fine ourselves in love again
I had a dream, someday you and me
Will find ourselves in love again

Each day of my life I'm filled with all the joy I could find
You know that I, I'm not the desperate type
If there's one spark of hope left in my grasp
I'll hold it with both hands
It's worth the risk of burning to have a second chance

No, no, no, no, no, no..... I need you baby
I still believe that we cab be together.... no, no, no
If we believe that true love never has to end
Then we must know that we will love again

Oooh, I still believe, someday you and me
Will find ourselves in love again
Oh baby, I had a dream, you and me
Will find ourselves in love again

I still believe (oh baby, I do), someday you and me
Just give me one more try, in love again
I had a dream (I miss your love), someday you and me
Will find ourselves in love again

Wednesday, June 14, 2006

Demam, batuk & selsema


Perghh... tiga penyakit sekali harung membuatkan aku betul-betul flat dalam beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.... dengan ubat yang diberi oleh doktor untuk kali kedua pada Isnin lalu agak berkesan. Demam dah kebah, cuma batuk dan selsema yang ada lagi tapi taklah teruk sangat.... yang tak syoknya, suara aku serak-serak gitu. Ala-ala suara Ella... hehehe...
Kengkawan kat ofis aku asyik gelakkan aku apabila mereka mendengar aku bercakap... jadi hari ini aku agak kurang bercakap dengan harapan agar tekak aku cepat pulih. **yang sebenarnya, aku malu dengan ejekan kengkawan tadi**

Monday, June 12, 2006

Arghhh.....!

Demam, batuk dan selsema yang aku hidapi semenjak Jumaat lalu masih tidak kebah lagi walaupun ubat yang doktor beri minggu lepas sudah pun habis aku makan pagi tadi. Apakah ini satu petanda kepada sesuatu yang tidak baik? Aku akan ke klinik sekejap lagi.... nak minta ubat, biar cepat sihat. Tak larat badan ni asyik nak terperap je... baring tak kena, duduk tak kena.... memang semuanya serba tak kena dibuatnya....

Friday, June 9, 2006

Sok sek... sok sek....


Kejap je dah hari Jumaat. Cepatnya masa berlalu.... Hari ni aku demam dan selsema... Dekat nak habis tisu sekotak aku kerjakan... asyik sok sek, sok sek saja... Agaknya pasal aku meredah hujan lebat semalam... Alang-alang rasanya nak pergi jumpa doktor sebab esok dah cuti.

Bila cakap pasal hujan, terkenanglah pula ketika zaman kanak-kanak dulu. Aku cukup suka nak main dalam hujan. Macam-macam alasan aku kasi kat emak agar aku boleh berhujan... sampaikan mak aku dah tak dapat nak kata apa lagi. Tapi yang heran tu, aku tak pernah pun demam dan selsema bila bermain dalam hujan. Agaknya daya ketahanan badan pada masa tu masih kuat kalau nak dibandingkan dengan sekarang ini... pantang sikit terkena hujan, dah bersin dan ada kemungkinan dapat demam dan selsema... Itulah tandanya peningkatan usia...

Mata aku dah rasa berat... tak larat nak tengok skrin ni lagi walaupun banyak benda yang aku nak coretkan.... Sambung balik bila aku dah ok nanti. Selamat berhujung minggu kepada kengkawan semua....

blog Layouts


Thursday, June 8, 2006

Dulu dan Kini...



Dulu-dulu... selalunya bila aku ada sesuatu berita yang ingin dikongsi bersama, aku pasti menceritakannya kepada seseorang yang rapat dengan ku.... di sekolah lain, di kawasan rumah pula lain, dalam keluarga pun lain.... semuanya bergantung kepada cerita akan dikongsi itu. Selepas bercerita kepada mereka, hati aku puas dan lega. Tapi tak semua mereka ini boleh dipercayai... kadang tu, depan kita je dia baik tapi bila di belakang kita, dialah mulut tempayan. Itu sebabnya sekarang ini aku tak ada kawan rapat. Kalau ada sesuatu, aku akan berdiam diri dan kalau rajin aku akan catatkannya dalam diari...

Kini... dalam dunia milenia ini, aku rasa amat beruntung. Walaupun aku tiada teman rapat tetapi aku ada ramai teman 'maya' yang sudi untuk berkongsi segala cerita-ceritaku. Malah, aku rasa segala pandangan dan nasihat dari mereka-mereka ini adalah lebih tulus dan ikhlas... Aku boleh meluahkan apa saja yang aku rasa kepada mereka dan yang penting sekali, hidup aku telah kembali ceria dengan adanya 'MamaErra'. Terima kasih semua....





p/s - agaknya sebab itulah aku sentiasa berkepit dengan laptopku walau ke mana jua aku pergi.



Tuesday, June 6, 2006

Terkilan

Terkilan rasa hati bila masih ada lagi insan yang tidak memahami apa yang telah aku perkatakan. Walaupun telah berkali-kali aku terangkan tetapi mereka masih lagi ingin mengungkit perkara yang sama. Tak bolehkah mereka beri aku kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan arah tujuan hidup aku? Tak cukupkah selama ini aku hidup dalam bayangan telunjuk mereka?
Seperti mana insan lain yang punya cita-cita dalam hidup mereka, aku juga tak terkecuali. Walaupun cita-cita aku tak sehebat mana tapi aku tidak mahu ianya diwar-warkan. Bukan kerana takut ianya tak kesampaian tapi biarlah ianya tersimpan di hati ini.... Hanya aku saja yang tau. Andai ianya tercapai, pasti ada perubahan yang jelas terlihat pada diriku. InsyaAllah... aku juga inginkan perubahan dalam hidup ini tapi biarlah dengan cara aku sendiri... tanpa dipengaruhi oleh apa jua pun.


Cinta dan Cita-cita
Cinta boleh seiring dengan cita-cita
Tapi kadangkala tidak mungkin bersatu
Adakala...
Pengorbanan tersepit antara cinta dan cita-cita
Walaupun pedih
Demi yang tersayang...




Permandangan dilihat dari Fauna Beach Resort Pulau Perhentian

Monday, June 5, 2006

Kawan Baik

Semalam aku terbaca artikel ni kat buku 'adik'... dan ianya menarik untuk dikongsi bersama.

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita semua menjadi kawan baik yang baik...!!!!!


Sunday, June 4, 2006

Waktu berlalu begitu pantas....


Dalam tak sedar, sudah hampir setengah tahun 2006 aku lalui. Tapi apa yang aku lihat, tiada apa yang dapat aku banggakan dalam pencapaian hidup aku untuk tahun ini... Ini semua demi menjaga hati dan perasaan orang lain sehinggakan diri sendiri terabai. Aku perlu fikir dan lakukan sesuatu untuk diriku... tapi mampukah aku untuk melakukannya?

Namun tak semua orang tahu dan faham akan kemelut yang sedang aku lalui sekarang ini. Aku masih ragu-ragu, dengan siapa patut aku mengadu dan minta tolong? Aku masih tidak punya keyakinan untuk melakukannya sendirian... aku perlukan sokongan. Kawan ketawa memang ramai tapi kawan menangis... ada ke?

Wednesday, May 31, 2006

Mengapa?


Buah hati aku ada di sini bersama dengan emak dan adik-adik. Kasihan dengan mereka kerana asyik terperap saja di rumah... aku hanya boleh bercuti mulai esok. Aku bercadang untuk membawa mereka pergi ke Aquaria, KLCC sebab buah hati aku tu suka dengan ikan-ikan...

Sepanjang mereka di sini, aku didatangi dengan panggilan yang bertalu-talu dari ex aku. Namun satu pun tidak aku jawab. Aku rasa dia tahu yang Ayee berada di KL dan semestinya dia mahu bersama dengan anaknya semasa cuti sekolah ini. Memang dia ada memaklumkan padaku sebulan yang lalu tentang hal tersebut. Pada masa itu, aku masih boleh bertolak ansur dan bagi aku, dia sebagai ayah masih lagi berhak ke atas Ayee. Lalu aku pun bersetuju untuk membenarkan Ayee tinggal bersama dengannya untuk 2-3 hari. Namun begitu kerana perselisihan yang berlaku dengannya minggu lepas, aku telah mengubah keputusan yang telah aku buat. Biar dia tahu bagaimana rasanya bila hati disakiti.
Hanya kerana aku bertanya tentang persoalan nafkah anak, maka bermacam-macam kata kesat telah ditaburkannya padaku waktu itu... tidak cukup dengan itu, dia juga telah menuduh aku dengan tuduhan-tuduhan yang tidak lansung terlintas di fikiran aku untuk melakukannya... Apakah dia masih tidak kenal siapa aku sebenarnya? Apakah dia telah lupa dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan selama 7 tahun hidup bersama dulu? Aku rasa teramat sedih, kecewa, marah dan benci. Niat dihati untuk menjadikan dia sebagai kawan telah bertukar menjadi sebaliknya. Seronok hendak tapi.... tanggungjawab??? Mengapa ada manusia sebegini wujud di muka bumimu ya Allah?

"Sometimes when you cry... no one sees your tears, sometimes when you are sad... no one understands your pain dan sometimes when you are happy... no one sees your smile..."

Tuesday, May 30, 2006

Thoughts...

Macam-macam perkara bermain di minda tetapi tidak dapat nak diluahkan. Terlalu sibuk dengan keje.... Namun begitu, sempat juga aku sumbangkan sesuatu untuk dijadikan sebagai ingatan untuk diriku dan juga yang lain...

"There will always be people who'll hurt you so need to continue trusting, just be careful."
"Never stop smiling, not even when you are sad, someone might fall in love with your smile."


"May be God wants you to meet many wrong people before you meet the right one, so when this happens, you'll be thankfull."


"You may be a person in this world but for someone, you're the world."

"Don't spend time with someone who doesn't care spending it with you"

Wednesday, May 24, 2006

Dalam Dilemma...

Aku menerima surat pertambahan tugas semalam dan akan berkuatkuasa esok. Aku rasa agak tertekan dengan perkara ini kerana aku belum cukup bersedia walaupun desas-desus akan hal ini telah aku tahu beberapa hari yang lalu. Tapi tidaklah secepat ini.
Pada mulanya aku bersetuju. Ye la, siapa yang tak nak bila tengok jumlah elaun yang akan diterima setiap bulan itu lumayan? Tapi bila aku sudah diberitahu akan gambaran kerja yang perlu aku lakukan nanti, aku rasa aku tak sanggup walaupun aku bakal menerima double pay. Lagipun, aku tak berapa yakin yang aku boleh laksanakan tugas-tugas tersebut dalam tempoh yang amat singkat ini. Entahlah.... apa dah kena dengan aku ni?
Selalunya aku tak kisah untuk menerima apa jua tugas untuk dilaksanakan tapi kali ini aku menolak pula.... Yang pasti aku belajar dari pengalaman lalu. Cukuplah untuk sekali perkara-perkara sedemikian berlaku pada aku. Apa guna duit banyak kalau hati tak bahagia?

Wednesday, May 17, 2006

Things God won't ask on that day....

God won’t ask you what kind of car you drove.
He will ask how many people you drove who didn’t have transportation.

God won’t ask the square footage of your house.
He will ask how many people you welcome into your home.

God won’t ask about the clothes you had in your closet.
He will ask how many you helped to clothe.

God won’t ask what your highest salary was.
He will ask if you compromised your character to obtain it.


God won’t ask what your job title was.
He will ask if you performed your job to the best of your ability.

God won’t ask how many friends you had.
He will ask how many people to whom you were a friend.

God won’t ask in what neighbourhood you lived.
He will ask how you treated your neighbours.

God won’t ask about the colour of your skin.
He will ask about the content of you character.

God won’t ask why it took you so long to seek Salvation.
He will lovingly take you to your mansion in heaven, and not to the gates of Hell.

Wednesday, May 10, 2006

Selamat Hari Ibu...


Mother

Spring is here, flowers are in full bloom
The azaleas are vibrant in red and white
Pine trees are bursting to release their yellow plume
The earth is sprouting with new life, it is plain to see
It is time again to thank you mother
For giving life to me
Thank you Mother for always being there
I knew
I could always depend on you
I always knew you cared

Happy Mother's Day !

Tuesday, May 9, 2006

Surah Yassin

Hari ini aku menerima e-mail dari *****, aku tertarik dengan petikan di bawah:

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAMUUN QAULAM MIN RABBIR RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam

YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.

Marilah sama-sama kita mengamalkannya. InsyaAllah hidup kita akan diberkatiNya.

Thursday, May 4, 2006

Lamanya aku menyepi....

Sejak aku kembali dari bercuti, sememangnya aku agak sibuk dengan tugas rutinku sehingga aku tidak sedar yang sekarang kita telah pun berada di dalam bulan May. Tanpa disedari, masa berlalu begitu cepat sekali... Memang payah untuk mendapat kelapangan untuk singgah sebentar untuk mencoret sesuatu di sini. Hari ini aku tak peduli, aku cari gak masa untuk itu.....

Ye lah... macam-macam cerita yang nak aku coretkan, terutamanya berkenaan dengan percutianku.


Sebenarnya, aku pergi bercuti ke sebuah pulau yang terletak di perairan Laut China Selatan. Pada mulanya, aku berasa gusar untuk pergi ke sana aku ni alergi salt water, tapi memandangkan ia merupakan sebuah pulau yang aku rasa jauh dari pencemaran alam, maka aku rasakan yang air lautnya adalah bersih dan berharap airnya tidak akan memudaratkan aku.

Memang benar apa yang disangka, dari dalam bot lagi aku sudah melihat kejernihan airnya bak kristal dan kelihatan pantainya yang putih mulus... membuat aku rasa sungguh terpesona. Rasa tak sabar untuk aku menjejakkan kaki ke dalam air laut itu... hanya sedikit saja tindak balas air itu terhadap kulitku. Mungkin kerana airnya yang cukup bersih.... namun begitu, aku tetap berhati-hati. Lagi pun tujuan aku untuk ke sana hanya untuk berehat dan yang sebenar-benarnya, aku ingin mencari ilham untuk menyambung semula penulisanku yang sudah terhenti sekian lama.

Banyak yang aku perolehi sepanjang 4 hari 3 malam di sana. Keramahan penduduk setempat dan juga keindahan panoramanya, membuatkan aku lupa seketika akan permasalahan yang melanda dalam hidupku. Malah, aku rasa seperti mahu tinggal di sana buat selama-lamanya. Oh Tuhan, betapa indahnya alam ciptaanMu ini...

Masa berlalu cukup pantas. Walaupun berat, aku perlu pulang ke KL... Tetapi hati ini puas. Segala kekusutan terlerai dan fikiranku menjadi tenang serta bersemangat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Masa di sana, aku teringat akan lagu Dayang Nurfaizah - Erti Hidup yang aku kira amat sesuai didengar semasa di pantai bersama deruan ombak... Kebetulan pula, lagu tersebut ada tersimpan di dalam laptop yang aku bawa bersama ke sana.

ERTI HIDUP
Angin.... kau membawa bahteraku
Ke mana mahumu...
Di kamar kadu sering bertanya
Mana tempat ku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
Inginku (kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-liku kan ku harungi
Tiada lagikan ku di situ
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri
Angin kau membawa bahteraku
Ke mana mahuku...
Kini ku berani mengemudi
Ke mana ku pergi
Bagai guruh menggegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati..