Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 8, 2015

#apasayadapat



Saya masuk universiti saya bayar
Saya dapat ijazah

Bila saya sakit saya bayar
Saya dapat sihat (dengan pertolongan ALLAH)

Anak saya sekolah, saya bayar
Anak saya pandai
Bil air saya bayar
Saya dapat air untuk mandi dan minum..
Bil letrik saya bayar
Rumah saya terang, taklah saya meraba
lepas makan saya bayar..
Perut saya kenyang
Isi minyak kereta saya bayar
Saya boleh jalan, jalan
Masuk tandas awam saya bayar
Lega perut saya..
Bila dapat surat untuk bayar cukai, saya bayar apa saya dapat?
(garu kepala..zero, sifar..hapa pun tak dapat)
Jadi kenapa perlu saya bayar?
Hidup inikan perlu memberi dan menerimakan?

copy paste from FB Kak Yati


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, December 3, 2015

Itulah yang sebenarnya...



Aku ni bukanlah baik sangat pun... 
Bak kata mak aku, mana ada orang tak pernah buat jahat? 
Dan mana ada orang tak pernah buat salah?
Tapi sampai satu ketikanya, ditambah pula dengan faktor umur... pastikan ada terdetik di hati...
"Sampai bila aku harus hidup begini?"
Takkan nak sama je begitu hingga hujung nyawa?
Tentu hati tu ada rasa untuk berubah kan?
Untuk menjadi lebih baik... terutamanya bila sesuatu tragedi yang menimpa diri yang membuatkan kita tersedar...
Betapa Allah itu amat sayang pada kita, maka Dia memberi peluang kedua untuk kita menyedari akan kekhilafan diri. 
"When Allah swt loves a servant, He tests him."
Ayat inilah yang dapat memujuk aku tiap kali hati ini terdetik untuk mempersoalkan percaturan Allah kepadaku. 
Moga aku akan terus tabah... Aamiin!!


Tuesday, November 24, 2015

#randomrambling



cilok dr cik google
hari tu citer pasal driving pegi ofis...
hari ni pun nak citer pasal driving juga la... tapi bukan pasal aku...
nak citer pasal driver lain yang di atas jalan nun ha...
hampir 3 minggu memandu sendiri... experienced macam-macam la
mana taknya...
journey aku la ni agak jauh juga la kan compare masa aku kat selayang dulu
then lalu tudm sg besi - seremban hiway plak tu... memang la mencabar
tak pernahnya tak jam... dan tak pernahnya jalan tu clear dan lancar
memanjang je sesak... maksud aku pada waktu puncak la
kalo hari cuti tu lain la kan?
and almost everyday ada kemalangan... tu yang buat jalan bertambah sesak
sampai pernah aku ambil masa hampir 3 jam tuk sampai ke rumah
drive balik CB pun amik masa 2 jam je (tanpa henti tau)
kesimpulan yang aku nampak la kan...
  • tak reti nak kasi signal bila nak ubah haluan... kena bayar lebih kot kalo tekan signal tu? tak pun takut habis bateri bila signal tu berkelip nanti... aiigoo
  • dah tahu ko tu bawa 40 km/j... but still nak duduk di lorong kanan... bila kita rapat belakang dia pun, masih buat bodoh je... stress aku bila follow orang camni
  • tak tetap pendirian... dia bleh drive in the middle of 2 lanes... agaknya tak reti nak stay dalam lane mana satu...memang kena horn dengan mat motor la kan?
  • susah sangat nak pasang lampu waktu hujan lebat... dia tak tahu, bukan semua orang matanya terang ketika memandu di dalam hujan... *aku le tu* 
  • ada juga yang terlebih berhati-hati... pasang hazard light pulak masa dalam hujan... tu pun boleh distract pemandang orang yang matanya kurang baik... alahaiii *aku juga la tu hik hik*
  • mat motor yang suka duk kat lorong kanan tu... lagak macam eddie lawson *kenal ke kome?*... kapcai je pun, tak la laju mana... kan dah susahkan aku nak over take?
  • yang suka potong que masa kat lorong smart tag... orang lain elok je ikut turn, tup tup dia datang terus cut the que... macam la dia sorang je nak cepat... selfish!!
  • dah tahu ko nak masuk simpang kiri, boleh je dia relaks duduk kat lorong kanan... tetiba je ko ubah haluan dan sekali gus kasi signal nak masuk kiri... memang la mengundang kemarahan aku... mana taknya, nyaris-nyaris muncung depan si perak cedera... 
  • itu yang nak masuk simpang kiri... ada juga yang tak reti nak kasi signal... tau-tau je dia stop kat tengah jalan... ingatkan kete dia rosak, bila dah berjanggut menunggu... rupanya nak masuk ke simpang kanan... adoii... tolong la rapat sikit ke kanan, at least kita yang kat belakang ni bleh la juga potong kiri tuk teruskan perjalanan...
  • yang suka buang sampah atau meludah masa di lorong kanan... tak ke kereta belakang yang jadi mangsa? especially bila saliva tu kena kat windscreen... eeeuuu... yarkkk!!!
itulah antara senario yang dapat aku ingat sepanjang pemanduan aku beberapa minggu ni... pasal tu la kadar kemalangan kat malaysia ni tinggi... adakalanya, walaupun kita ni amatlah berhati-hati ketika memandu tapi kerana sikap seperti pemandu-pemandu di atas, kita juga yang menjadi mangsa... aku berkata dari pengalaman aku sendiri... 7 times accidents dan semuanya kerana kecuaian orang lain lalu aku menjadi mangsa... yang lebih tragis was the last one, lama juga aku fobia nak drive kembali...

ingatlah orang yang tersayang bila memandu...




- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, November 19, 2015

#throwback



musim hujan... memang kena drive la pegi keje
setelah sekian lama tak drive sendiri, memang la hati ni rasa macam-macam
seperti orang baru pegang stereng masa nak ujian memandu
dup dap, dup dap... nerbes akak dibuatnya... 
dah la mata ni pun tak boleh melihat dengan baik dalam hujan lebat... sabar je la
ngadap pula dengan karenah pemandu Malaysia yang sangat 'berhemah'
lagi stress akak tau?
kalo dulu lain la... ofis umah dekat je... sekarang ni, memang masak la duduk atas jalan 
dalam duk layan jam kat hiway sg besi... sambil dengar lagu kat lite.fm
tetiba hati ni rasa berdebar-debar sangat...
tak tahu kenapa... rasa tak keruan dan ntah apa lagi rasa yang aku tak boleh describe
so aku pun cuba la calm down... cuba drive sambil relaks
ikut nyanyi lagu yang berkumandang... nak cool down hati yang dup dap ni
haisshhh... apasal ek? mula la aku fikir macam-macam
 aku pun pandang la depan kiri kanan... konon nak layan view kat luar la kan?
then suddenly, pandangan aku terus terhenti... 
oppps... macam aku kenal pulak driver dalam kete sebelah kanan aku ni
aku tepuk pipi aku few times... nak pastikan aku ni bermimpi ke apa?
no... no... I am not dreaming... ianya kenyataan
nasib baik dia tak perasankan aku yang asyik duk tertoleh ke arahnya... 
ye lah... mana nak perasan, aku memandu si emas hari ini... 
dengan muka yang dah cengkung lagi kurus kan? ...sighhh
untuk pastikan adakah benar itu orangnya? aku pun saja je pandu perlahan
biarkan kete tu laju ke depan... aku tengok no. kete dia...
sah!! aku tak pernah lupa akan no. 5848 itu...
oh Tuhan... kecil sungguh KL ni kan?
Allah... aku sungguh tak suka akan perasaan ini 
saat aku sudah hampir melupakannya... ia menjelma kembali
apa yang harus aku buat? sepanjang jalan fikiran aku melayang jauh...
aku dah tak hiraukan lagi dengan keadaan di sekeliling aku...
apa yang pasti... syukur, aku sampai SK dengan selamat... 
sepanjang malam hati aku tak keruan... serba tak kena semuanya
fikiran aku mula menjalar ke masa lalu... 
mengutip dan cantum kembali kenangan bersamanya
kenangan yang telah aku sisihkan dari memori ini
walaupun aku berusaha untuk tidak mahu memikirkannya 
satu persatu ianya bermain di fikiran...
ya Allah... aku perlukan bantuan... aku perlukan kekuatan dariMu
aku tak mahu lagi mengingatinya... aku tak mahu lagi mengenang masa lalu
aku hanya mahu tumpukan kepada kehidupan aku sekarang 
dan terus melangkah ke hadapan tanpa mengingati kisah silam
kerana kisah silam... hanya kisah silam yang tidak membawa aku ke mana-mana
cukuplah ianya sekadar warna-warna yang mewarnai kehidupan
juga sebagai panduan untuk menjadi lebih baik lagi selagi nyawa dikandung badan

p/s: 
aku memang tidak mahu berjumpa dia lagi
andai dikau membaca coretan ini... aku ingin mohon maaf atas segala kekhilafan
halalkan makan minum aku selama ini... aku juga telah memaafkan atas segalanya
marilah sama-sama mendoakan semoga semuanya baik-baik saja


- Posted using BlogPress from my iPad









Sunday, November 1, 2015

november rain...


homemade butter cake
sekejap je dah masuk bulan november kan?
cam kena je dengan tajuk tu?
musim 'sejuk' dan lencun buat rakyat malaysia
mana aku tak kata lencun?
selalu je lencun kena hujan di belah petang 
sekali gus kesejukkan...
lepas tu buat aku jadi tak sihat... demam & selsema...
nak buat macam mana? dah lumrah alam... 
masa sejuk-sejuk ni juga seronok golek-golek bermalasan di katil
layan novel, tak pun layan online movie
yang syok lagi dapat makan homemade kek panas-panas
wallah... indahnya hidup



#missinguverymuch
#bilarinduberajadihati



- Posted using BlogPress from my iPad



Tuesday, October 20, 2015

A-bangla panggil 'jerubu'


A day before...

Today...

Stay indoor
Drink a lot of plain water
Wear mask when go out


Thursday, September 24, 2015

Eidul Adha

Tahun ni raya kat KL jer. Mak, Abah dan yang lain semua turun sini. Seronok bila semua ahli keluarga dapat berkumpul. Memang meriah... sekali sekala. Makan, minum, bercerita dan gelak ketawa buat suasana jadi havoc seketika. Bukan senang nak dapat peluang begini... 





#eiduladha
#rudinsfamily
#shaffamily
#familygathering



Tuesday, September 22, 2015

I am 43




syukur alhamdulillah...
masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas hingga ke hari ini
walau apa pun yang mendatang, hidup mesti diteruskan
moga diberikan kesihatan yang lebih baik
serta dikurniakan kesejahteraan dan dipermudahkan dalam segala urusan
agar dapat memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik lagi...
serta berkesempatan untuk menyambutnya di tahun hadapan
insyaAllah... aamiin!!


#myspecialday
#selamatharilahirdee
#terimakasihchentahati
#terimakasihsemua

- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, September 18, 2015

Quote of the day


Live life to fullest!!



#mentalandphysicallytired
#needabreak


Wednesday, September 16, 2015

ww






#selamatharimalaysia
#16sep

- Posted using BlogPress from my iPhone




Monday, September 14, 2015

jerebu... oh jerebu...

kalau ikutkan badan memang nak rehat je kat rumah
body exhausted... 10 days non-stop working
tambahan pula dengan cuaca jerebu sekarang ni
*macam dah jadi acara tahunan pula kan?*
duduk dalam kereta/rumah pun rasa cam lemas, pedih mata dan pening
esok last day konvo, nasib baik rabu cuti Msia Day...
at least ada la peluang nak rehat... 


bacaan IPU 169 di Putrajaya @ 9pm



Friday, September 11, 2015

Oh my... Oh my...


Owh... Really love this colour! 
My birthday is coming soon... 
Ada ke sesiapa yang bermurah hati nak hadiahkan aku this fone? 


#stressmode

Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Jadi Malaysia!


Selamat Hari Jadi yang ke-58 Malaysia! Like usual, hari ini mestilah seluruh rakyat Malaysia sedang bercuti. Aku tak terkecuali. Lama sudah tidak melihat acara perarakan kemerdekaan di kaca tv. Kebetulan pagi ni aku punya waktu untuk menontonnya setelah sekian lama tidak ambil peduli. Bukan aku ni tak ada perasaan patriotik, cuma pada hari cuti lah kita punya macam-macam agenda yang nak dibuat so memang tak ada masa la nak ngadap tv kann??? Kebetulan tahun ni cutinya jatuh berkembar dengan cuti hujung minggu, maka ada la peluang nak tengok. Tu la, masa tengok perarakan lalu pentas utama tu, secara tak lansung terkenanglah yang diri ni pernah jugalah mengambil bahagian... 

Berbalik kepada tahun 1991, sebagai seorang Komander Rendah Kanan Kesatria mewakili ITM Melaka... kami diamanahkan untuk membawa Bendera Malaysia semasa Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang dibuat di Melaka pada tahun tersebut. Oleh yang demikian, kontinjen kami adalah yang paling hadapan mendahului yang lain...


yang mana satu aku?

aku di barisan di sebelah kiri

sebelah kiri, no.5 dari hadapan... itulah aku
Jenuh sebenarnya nak kasi bendera tu maintain tegang sentiasa. Bukan macam sekarang, bendera dah siap dilekatkan kat pemidang kayu. Pembawa hanya perlu pegang di bahagian pemegang yang telah disediakan. At the same time, kena kawad lagi. Dalam kawad tu kena plak menten sama langkah dan lurus lak tu. Cer bayangkan brapa banyak kena buat dalam satu masa? Bila difikirkan balik, macam tak percaya je aku pernah melalui semua ni. Kalau sekarang la kena buat, memang awal-awal lagi dah tolak.Apa-apa pun, at least aku ada juga kenangan nak diceritakan tentang penglibatan semasa Sambutan Hari Kemerdekaan. 


p/s:
tapikan, aku masih tertanya...
sekarang ni uols rasa kita ni tinggal di dalam negara yang dah merdeka ke?



- Posted using BlogPress from my iPhone


Wednesday, August 19, 2015

kembali kepada rutin



Senin lalu dah start keje semula selepas sebulan bercuti sakit (hospitalisation)
nasib baik DMF cuti hari tu... at least can slowly catch up balik tanpa gangguan
yang lebih seriau lagi, aku perlu memandu untuk pergi dan balik kerja
namun, alhamdulillah... trafik agak baik dalam beberapa hari ini
lepas tu nak naik turun tangga kat ofis ni...
memang masa datang naik sekali dan balik turun pun sekali tu juga la... ha ha ha
cuma agak keletihan at the end of the day...
apakan daya, sudah suratan takdirNya - 'tua sebelum waktu'
dan aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menjadi lebih baik




- Posted using BlogPress from my iPhone



Tuesday, August 11, 2015

lamanya berehat...



Last Saturday was the last procedure... then continue with another week of MC. I don't care what my boss gonna say... most important, kena sihat dulu. 1 month away from work... Lama kan?

hari ini, hari ulang tahun kelahiran Ayee yang ke-16... tua dah aku kan? moga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat... I love you soooooo much!!


- Posted using BlogPress from my iPhone


Thursday, July 23, 2015

after almost 3 years...


bukan kereta je nak kena servis tau, kaki aku ni pun sama juga cam kereta... kena top-up gel kat lutut tu supaya boleh jalan dan naik tangga tanpa menanggung kesakitan yang teramat... 

patutnya buat sebelum raya, tapi aku minta postponed so raya ke-6 masuk wad tuk beberapa pemeriksaan sebelum prosedur dilakukan...

insyaAllah... esok dah boleh keluar dan akan berehat panjang di rumah sementara menunggu untuk prosedur ke-2



- Posted using BlogPress from my iPhone


Friday, July 10, 2015

dee dan kucing - part 3


uteh benar-benar menceriakan suasana... ke mana saja pergi, dia pasti akan ikut sama...
mana dia tak sampai? CB... melaka... port dickson...  seronok je dia jenjalan

dashboard... his favourite place

 
walau dia ni tak berapa suka didukung, dibelai dan dipeluk 
tapi dia manja dengan caranya yang tersendiri 
tidur nak berpangku... or di mana dia rasa selesa... itu pun bila dia nak...
malam nak tidur sama... asalkan dapat menempel dekat badan pun jadi la 


sebelum tido, mulut tu mesti nak nyonyot botol dulu
 

botol susu tak pernah lekang... macam budak tak leh lekang ngan puting kosong je
pandai je pegang botol susu tu...

tak kira di mana & ngan siapa pun... mesti nak tumpang manja




n3 sebelum, boleh click sini
dee dan kucing - part 1
dee dan kucing - part 2



- Posted using BlogPress from my iPad


Thursday, July 9, 2015

dee dan kucing - part 2



hari-hari aku terisi sejak adanya budak-budak bulus ni... rutin harian juga telah berubah
hati aku gembira sangat... tak ada anak sendiri nak dibela, anak kucing pun jadilah

uteh
etam



  mula-mula aku tempatkan depa ni kat dalam bakul pegi pasar je... yang kaler pink tu
cute je kan? lagi pun depa  masih kecik lagi, just nice je kat dalam tu

umur baru 2 minggu, pandai main dah
blah kanan tu la letaknya balang kaca yang diisi air panas, ditutup ngan tuala... to keep them warm



pejam celik, pejam celik... sebulan dah umur bebudak tu
dah besar sikit... so sebagai hadiah, depa dapat 'umah' baru... 

geram je tengok depa ni... naughty sangat, tak diam bila masuk dalam 'umah' baru!!

cukup 1 bulan 13 hari, pada tanggal 25 Mei 2014... 
pagi tu seperti rutin biasa, masa aku nak tukarkan air dalam balang kaca
tengok-tengok etam dah keras... whoaaa meraung aku dibuatnya... 
etam pergi mengikut adik beradiknya yang lain, sedih sangat 

RIP etam

...bersambung


nak baca n3 sebelum, click sini >>> dee dan kucing - part 1


22 Ramadan 1436



- Posted using BlogPress from my iPhone



Tuesday, July 7, 2015

dee dan kucing - part 1


aku dan keluarga memang suka kucing dan sudah lama aku berhajat untuk membela kucing 
tapi banyak faktor yang membuatkan niat tu tertangguh dari hari ke hari
namun, sampai satu masa Allah telah menunaikan hajat aku itu
actually, ibu kucing yang dipanggil nama Mak Unting ni (kerana dia tengah bunting masa tu) 
adalah kucing gelandangan yang selalu datang ke rumah
dan setiap kali dia datang, dia akan bising tuk meminta makan... 
tak sampai hati, beli la kibbles untuk dia... sejak tu, hari-hari dia datang singgah makan dan pergi

1st delivery, 4 ekor anaknya
4 beradik yang comey & gebusss
entah kenapa masa dia nak beranak, dia bleh cari-cari tempat kat depan rumah
so sediakan la je kotak kat situ dan dia pun beranak la untuk pertama kalinya
cuma jodoh dengan anak-anaknya tak panjang, tak tahu apa yang terjadi
tahu-tahu je dah hilang begitu saja...

tengoklah aksi depa ni, camner la tak jatuh hati dibuatnya?

then on 12 April 2014, dia beranak kali ke-2, perkara yang sama juga kami buat
namun, pada hari kedua, bila pulang dari ofis... dengar anak-anaknya bising kelaparan
tunggu punya tunggu, Mak Unting tak juga balik... seekor anaknya dah lemah dan mati malam tu
maka tinggal la 3 ekor saja... comel-comel belaka dan timbul rasa belas pula pada mereka
2nd delivery, 4 ekor juga
4 beradik
tinggal 3 beradik, masih tak bernama
so kelam kabut la petang tu, memikirkan cara macam mana nak rescue bebudak ni
call kengkawan, pegi pet shop... asking what and how to do with these kittens
ye la... mana tak panik, kalo baby orang tau juga la nak sumbat apa kalo dia nangis
ni anak kucing, kecik sangat pulak tu... terima kasih Kak Lin & Uncle kerana banyak membantu


tapi tanpa dakapan serta belaian kasih dari ibu, seekor lagi telah mati keesokkan harinya
sedihnya rasa... tinggal la etam & uteh (nama diberi kerana seekor putih dan seekor lagi hitam)

comey kan etam & uteh?
sejak tu, bermula la episod menjaga anak-anak bulus yang cinoni tu...
adventure sangat... mana taknya? renyahnya lebih kurang macam jaga baby kecik juga
pepagi kena bangun awal masak air panas tuk diisi dalam balang kaca 
balang kaca tu dibalut dengan tuala dan diletak di dalam bakul
tujuannya untuk memberi haba kepada etam & uteh
dan selalunya mereka akan tidur rapat dengan balang kaca tu
seolah-olah macam mereka tidur berdakapan dengan ibunya
then beri mereka minum susu sebelum pergi kerja
begitulah juga rutinnya pada waktu tengahari, petang dan malam
walaupun ianya menambah lagi keje harian... dan agak memenatkan juga
tapi hari-hari aku mesti tak sabar nak balik umah
bila tengok kecomelan budak bulus ni... hilang segala rasa letih...

 ....bersambung


~dee~
20 Ramadan 1436


- Posted using BlogPress from my iPhone


Wednesday, July 1, 2015

welcome July



separuh tahun sudah berlalu... 
hari ini, harga minyak naik lagi
aduhai... makin hari makin tinggi kos sara hidup
syukur masih lagi punya pekerjaan
bagaimana agaknya dengan mereka yang tidak punya pendapatan tetap?
punya keluarga yang ramai... how to survive?
makanya, belajarlah berjimat cermat
jangan berbelanja kepada yang tidak perlu
beringat-ingatlah untuk hari depan yang kita tidak tahu apa nasib kita
jangan berhenti untuk berbuat kebaikan 
biar pun sekadar mendoakan segala kebaikan untuk alam sejagat



14 Ramadan 1436


- Posted using BlogPress from my iPhone


Wednesday, June 24, 2015

randomly blabbering part 2


Rentetan dari n3 sebelum ini... boleh baca di SINI

Kisah Ms W dan Mr Z. Pendapat aku la kan? *wadduh... rasa macam retis la pula*

Kalau dilihat dari perspektif agama, terang-terangan dah perbuatan Mr Z itu salah dan berdosa. Kalau ikut common sense pun, tetap juga salah. Baik MrZ mahu pun Ms X, sudah tahu status dan tanggungjawab masing-masing. Betul kata Ms W, agak kurang manis dipandang. Isteri mana boleh tengok suaminya bergambar intim dengan perempuan lain walaupun perempuan itu dia kenal. Ye, mungkin si suami tak punya apa-apa perasaan tapi kita tidak tahu apa pula yang sebenarnya ada di dalam hati perempuan tersebut semasa itu. Kalau aku la di tempat Ms X, secara logiknya... sudah tahu diri tu sebagai isteri orang, makanya dia sepatutnya tidak akan bergambar dengan cara begitu dengan lelaki. Baik dengan yang bujang atau pun telah berkahwin. Melainkan dia ada perasaan sesuatu pada lelaki tersebut. Bukan apa, maruah kita tu. Sekali gus jaga maruah suami/isteri masing-masing. Terdetik plak hati aku, apa pula agaknya perasaan si suami Ms X ni gamaknya bila tahu isteri dia begitu? Hmmm... entahlah. Mungkin sama juga perasaannya dengan Mr Z kot... Tapi kan, lelaki ni selalunya... dia orang boleh buat tapi kalo perempuan hak milik dia, tak boleh pula... so mesti si suami Ms X pun akan rasa yang sama seperti Ms W rasa... wallahualam.

Sekian, itulah pandangan aku yang tak berapa pandai ni...


- Posted using BlogPress from my iPhone



Tuesday, June 23, 2015

reading habit




aku memang kaki buku
semenjak dua menjak ni sukar sangat nak dapat masa untuk itu
like the above phrase... itulah aku dulu
namun sekarang, bukan saja banyak tapi terlampau banyak
ada ketikanya sampai berhari-hari tak dapat menyambung pembacaan
bayangkan, dalam setahun aku boleh habiskan around 150 novels
but last year only 50 and this year getting worse...
now June already, but I managed to finish only 8 novels... hu hu hu
hopefully, it will be back to normal when everything gets better



- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, June 19, 2015

randomly blabbering


Bear with me my friends, aku rasa macam nak membebel plak... Petang-petang begini, kalau ikut masa rasminya... waktu kerja aku memang belum habis lagi namun kerana ketiadaan DMF kerja aku untuk hari ini sudah selesai.

Krik... krik...

Kalau di dalam hutan, pasti itulah yang kedengaran bila berseorangan. Namun di sini cuma kedengaran hembusan angin pendingin hawa yang agak kuat. Kedinginannya membuatkan mata mengantuk. Sudahlah berpuasa, lagi lah kan? Memang suhu yang sangat sesuai untuk lelap. Jadinya, untuk mengelakkan mata ini terkatup, jom la dengar aku blabbering...

Ok, aku ada satu isu di sini... saja je nak kongsikan ngan korang... *ehh ada ke yang nak baca?*

Setiap orang punya pandangan yang berbeza. Apa yang kita fikir kadang-kadang tidak sama dengan penerimaan seseorang. Semuanya bergantung kepada latar belakang individu itu. Adakala, kita rasa sesuatu perkara itu kurang elok dipandang tetapi bagi sesetengah individu ia adalah perkara biasa dan kerana perbedaan inilah yang boleh membuahkan satu perselisihan pendapat di antara dua individu.Walaupun ianya nampak macam perkara remeh tetapi pada individu yang berkenaan, ianya adalah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah.
Aduhh... ko merungut ke... apa ni, Dee? Tentu korang tak faham apa yang aku nak sampaikan, kan?

Cenggini... ohh... sebelum tu, ini bukan cerita aku k Cerita ni memang ada kena mengena dengan yang masih hidup... actually, aku mendengar cerita dari seseorang dan aku dah ubah sedikit sebanyak untuk menjadikan ianya lebih ringkas dan mudah difahami*

Sepasang suami isteri. Si suami, Mr. Z adalah seorang artis. Si isteri, Ms W cuma seorang pekerja di sektor swasta. Berkahwis atas dasar suka sama suka. Ms W ni memang sudah sedia maklum akan rencah dalam kerjaya suaminya itu. Pada dia, asalkan Mr Z tahu batasannya sebagai seorang suami.

Biasalah artis. Pasti ada rakan sekerja lain yang rapat dengan dia, tak kiralah lelaki atau perempuan. Bila ada majlis, mesti masing-masing teruja bila dapat berjumpa dan seperti zaman sekarang, pasti ada sesi red carpet or selfie or wefie kan?

Nak jadi cerita, dalam satu majlis... Mr Z berjumpalah dengan rakan artis, Ms X yang dia selalu berganding sama dalam apa-apa event. Maka, mereka pun bergambar sama... Haaa... yang tak seronoknya, tang cara aksi Ms X bergambar dengan Mr Z tu la yang menjadi isu di sini. Kalo sekali pandang, cara dia orang berdua bergambar ni agak intim, senang cerita macam sepasang kekasih or suami isteri. Oh ye, Ms X ni muda lagi dan sudah berkahwin juga. Kebetulan pula Ms W terlihat gambar tersebut di dalam telefon bimbit Mr Z. Bukan satu gambar tau, ada beberapa gambar lain juga dengan posisi yang berbeza. Cuba letakkan diri korang di tempat Ms W. Apa agaknya perasaan Ms W?

Ms W kurang senang dengan situasi ini kerana ianya agak kurang elok dipandang dan menyuarakannya kepada Mr Z. Namun, bagi Mr Z... ianya fenomena biasa di kalangan artis dan mengatakan perempuan ni semua sama saja, cemburu bila tengok situasi begitu serta tak memahami kerjaya seorang artis. Akhirnya, suasana menjadi tegang kerana kedua-duanya cuba menegakkan pendirian masing-masing.

Kesiankan, bila terjadi begini? Apa pandangan korang? Ehhh tanya orang pula ek? Pandangan aku? Hmmm... nanti aku fikirkan dulu. Next n3 aku beritahu k. Masa untuk pulang...

Selamat berbuka puasa!


2 Ramadhan 1436



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 9, 2015

Turning Upside Down



Don't worry if your life is turning upside down.
May be this new side is better.
Sometimes things turn upside down to give you a new perspective.
Give it time.
You might like this new side.


p/s
Everyday I Love You!


- Posted using BlogPress from my iPhone




Monday, June 8, 2015

banyak kerja



Alhamdulillah masih punya kerja... Oleh itu, jangan merungut...
Nama pun makan gaji, jadinya buatlah apa yang diberi kan?
Yang pasti, cukup bulan akaun bank akan berisi untuk sara hidup
Begitulah kitaran hidup kita...



- Posted using BlogPress from my iPhone




Thursday, June 4, 2015

lama bertukar baru...



belasan tahun lamanya aku di situ... staf di sekeliling silih berganti, aku masih lagi menjadi penunggu setia... alangkan hidup pastikan mati, begitu juga dengan kerja kita... begitu juga dengan aku, perlu juga melangkah ke hadapan bukan? masih lagi di bawah bumbung yang sama... cuma bertukar tugas, tempat dan juga bos... sayu juga hati ini untuk melangkah pergi untuk meninggalkan rakan-rakan di situ... 
"Hidup adalah sebuah perjalan yang panjang. Moga perjalananku ini dipermudahkan dan akan dipenuhi dengan warna-warna warni keindahan. Insya-Allah."




p/s:
selamat tinggal Mr.B, moga berjaya dengan portfolio yang baru dan terima kasih atas segalanya
selamat ketemu DMF, moga kita dapat bekerjasama dengan baik di hari-hari akan datang


- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, June 1, 2015

hijrah...



hampir 2 bulan menyepi... kata orang, berhibernasi...
hari ini, aku naik kerja semula setelah bercuti panjang
bermulanya aku di tempat baru, bos baru dan suasana baru
Alhamdulillah...moga dengan penghijrahan ini...
aku akan lebih bersemangat dalam menimba pengalaman baru
serta kuat dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang
dan juga diberikan kesihatan yang baik hendaknya



p/s:
berhijrah itu tidak susah
susah itu hanya dalam fikiran kita...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 8, 2015

ww







- Posted using BlogPress from my iPhone



Tuesday, March 31, 2015

tanda DIA sayang




makin kamu nak jadi baik
makin ALLAH sayang...
tanda DIA sayang... DIA uji dirimu
oleh itu kamu harus redha 
dan jangan beralah untuk terus jadi baik
insya-Allah segala hasratmu akan tercapai




- Posted using BlogPress from my iPhone




Thursday, March 12, 2015

Keletihan dan kebosanan


Letih dah rasanya... juga bosan dengan rutin yang hampir sama setiap hari. Boleh tak kalau nak pergi ke satu tempat di mana aku boleh buat sesuatu yang aku suka tanpa mempedulikan apa yang ada di sekeliling... bebas bergerak ke sana ke mari dan yang penting tiada siapa yang mengenali aku...

Tapi apakan daya... itu semua hanya impian yang aku rasa payah tuk aku gapai. Namun, tak mustahil kan?  Harap impian ni akan tercapai satu hari nanti.

Friday, March 6, 2015

I'm Not The Only One



You and me, we made a vow
For better or for worse
I can't believe you let me down
But the proof's in the way it hurts

For months on end I've had my doubts
Denying every tear
I wish this would be over now
But I know that I still need you here

[Chorus:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one

You've been so unavailable
Now sadly I know why
Your heart is unobtainable
Even though Lord knows you kept mine

[Chorus:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one

I have loved you for many years
Maybe I am just not enough
You've made me realize my deepest fear
By lying and tearing us up

[Chorus 2x:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one

I know I'm not the only one
I know I'm not the only one
And I know...
I know I'm not the only one




- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 5, 2015

nak kongsi tips




Kata orang, mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati. Bagi yang pernah mengalaminya pasti akan setuju dengan kenyataan tersebut. Tapi perlu juga diingat... walau bagus mana pun kita menjaga kesihatan kita, kalau DIA dah nak kasi sakit... akan sakit jugalah kita. Ini beberapa tips yang doktor aku kasi dan aku ingin kongsikan ngan korang semua...

Banyak minum air
Bila badan kita menerima air yang banyak, ianya akan mencairkan kuantiti sodium di dalam badan kita sehingga memboleh kuantiti air yang keluar juga meningkat. Dalam masa yang sama ia juga akan menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif semasa proses perkumuhan. Jumlah air yang perlu kita minum dalam sehari, setiap 25kg berat badan kita memerlukan kita minum sekurangnya 1 liter dan jika lebih, lagilah bagus. Kalau begitu, aku perlu minum 2 liter atau lebih sehari.

Makan perlahan-lahan
Kalau kita makan dengan laju, maka udara akan terkepung dalam usus dan seterusnya akan membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak hadam juga tidak dapat dicerna dengan baik oleh perut kita. Pasal tu agaknya aku mudah dapat sembelit, aku memang makan cepat... hik hik

Kurangkan gula dan garam dalam makanan
Kebelakangan ini, banyak kita dengar orang mengidap diabetes dan darah tinggi pada usia muda. Ini kerana mereka tidak mengawal pengambilan gula dan garam dalam makanan seharian mereka. Aku berterima kasih pada mak kerana telah mengajar kami makan makanan yang kurang manis dan masin.

Ambil makan berserat
Serat adalah salah satu elemen dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam badan, pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan juga penting dalam membantu proses penjagaan kesihatan badan kita. Feberet aku nih...

Hindari sembelit
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Akibatnya, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan meransang isi perut mengumpul lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Aku memang punya masalah dalam bab ni dulu terutamanya bila selalu travel dan berubah tempat. Alhamdulillah sekarang semuanya dah ok. Semua tu kerana amalan pemakanan yang teratur dan air yang cukup.

Rajin bersenam/beriadah/bersukan
Bersenam/beriadah/bersukan sebanyak tiga kali seminggu paling minima adalah digalakkan agar dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Dalam pada itu membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dalam bentuk peluh. Tang ni aku memang kena mengalah. Kesihatan memang tidak mengizinkan. Ada pun hanya boleh berjalan perlahan di taman berhampiran rumah. Tak pun buat pilates je di rumah. Jadilah kan? Yang penting kemahuan diri.


p/s moga aku akan terus kuat dan tabah... amin!


- Posted using BlogPress from my iPad


Wednesday, March 4, 2015

Yes... I agreed!






p/s ...and I found it already!


- Posted using BlogPress from my iPad