Lamanya rumah aku ini ditinggalkan. Nasib baik juga ada kawan-kawan datang menjenguk.... Banyaknya cerita yang nak aku kongsi tapi nak buat macam mana, masa betul-betul mencemburui aku... Tak apa, aku paparkan dulu apa yang sempat untuk hari ini. Seperti yang telah dirancang, pada minggu ke-3 aku ke utara tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinan di rumah saudara sebelah ayah. Aku mengambil cuti tambahan pada hari Isnin dan Selasa dengan hajat untuk membawa Ayee dan keluarga berjalan-jalan di Pulau Pinang atau singgah saja di Bukit Merah. Namun kita hanya boleh merancang.... nak dijadikan cerita, pada hari Isnin malam aku perlu pulang ke KL semula kerana ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan pada hari Selasa itu. Nak tak nak, aku terpaksa membatalkan cuti aku pada hari tersebut. Ayee macam merajuk aje masa itu.... maafkan mama sayang! Untuk memujuknya, aku berjanji untuk pulang pada cuti hujung minggu ke-4. Paling tidak, ceria juga la dia semasa aku meninggalkan dia malam tu dan aku telah pun melaksanakannya. Aku bawa dia berjalan-jalan di bandar Teluk Intan dan beli barang-barang keperluan untuknya. Aku cuba untuk menggembirakan hatinya.
****************************
Beginilah aku, hari-hari dipenuhi dengan kerja-kerja pejabat, pulang ke rumah sudah kepenatan. Ada ketikanya aku boleh tertidur hingga ke subuh tanpa mandi dan bersalin baju. Apalah nak jadi dengan aku ni? InsyaAllah pada bulan Ramadhan ini aku boleh berehat seketika. Kebanyakan kerja-kerja yang ada itu beransur kurang pada awal September ini.
*****************************
Aku merindui kawan-kawan maya aku.... Lama sungguh aku tidak berkomunikasi dengan mereka. Pada Ahad lepas, sepatutnya aku turut serta bersama mereka untuk berjumpa dengan K** S*. Nak buat macam mana, aku perlu menjaga peperiksaan di Teluk Intan pada hari tersebut. Walau macam mana sibuknya aku, satu perkara yang tak pernah terjejas dalam aktiviti seharian aku.... iaitu pembacaan novel. Macam dah menjadi satu kemestian untuk aku membaca barang satu atau dua muka surat sebelum tidur.... Dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga aku mencari lirik lagu di bawah di internet... bukannya apa, saja nak rehatkan otak seketika dengan melayan lagu yang tengah hangat di radio sekarang ini....
KENANGAN TERINDAH
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati..
Wooo( Begitu engkaulah; cinta sejati )
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Setakat ini dulu untuk hari ini. Akan aku ceriakan lagi rumah aku ini bila aku ada kelapangan nanti.