Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 31, 2016

Lets welcome a new year... 2017!




Tik... tok... 
Tik... tok...
Tik... tok...
2017... please be good... 
To me and to the people I love!



- Posted using BlogPress from my iPhone



Wednesday, December 14, 2016

Dance-Love-Sing-Live



DANCE as though no one is on earth
LOVE as though you've never been hurt
SING as though no one can hear you
LIVE as though heaven is watching


- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, December 8, 2016

JazakAllah or JazakAllah Khair?




What is the meaning of JAZAKALLAH?
Thus jazaa' (جزاء) can either mean reward OR punishment. 
So :"JazakAllah" can may either mean "may Allah reward you" or "may Allah punish you", 
while. "JazakAllah Khair" means "may Allah reward you with the Best / Good", 
so the correct way is to say JazakAllah Khair; not just JazakAllah.


Sumber: Ideal Muslim Youth

- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, December 1, 2016

Cantik di mataNya!




Be somebody in the eyes of Allah
Even you are nobody in the eyes of people!


- Posted using BlogPress from my iPhone


Monday, November 7, 2016

SPM 2016



Selamat Maju Jaya!


SPM bukanlah segala-galanya
NAMUN
segala-galanya bermula dengan SPM
MAKA
buatlah yang terbaik!!



- Posted using BlogPress from my iPhone 


Monday, October 17, 2016

Suri Hati Mr Pilot






actually, aku tak follow pun drama ni... cuma suka lagunya je...
sebab aku pun suri hati Mr Pilot juga... hi hi hi



p/s:
Trend drama sekarang... Abang Bomba la... Kapten Mukriz la... Mr Pilot la...
Apa yang kita lihat tu semuanya best-best je kan?
Tapi semua tu poyo kerana hakikatnya... ianya adalah berbeza sekali...
Nama pun drama ye tak?
Ha ha ha...



- Posted using BlogPress from my iPhone




Thursday, September 22, 2016

Bertambah lagi setahun...




Mark Zuckerberg pun wish aku tau... ha ha ha!


Impian dipenuhi... terima kasih sayang... Like it very much!!


p/s:
kali ni tak leh nak rasa muda or tua...
pusing-pusing angka... tetap tang tu gak



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 17, 2016

jagalah... hargailah...



perempuan apabila dia nekad untuk melangkah keluar dari hati seseorang...
percayalah...
dia tidak akan menoleh lagi ke belakang walaupun sekali...
oleh itu jagalah... hargailah... selagi masih ada.




- Posted using BlogPress from my iPhone


Friday, August 12, 2016

Zaman sekarang...


Copy & Paste

Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya.
"Bermulanya kerosakkan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya..."

Kesian cikgu hari ni. Kena berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tak menjaga langsung adab dengan cikgu. Sampai guru rasa tertekan. Ada guru yang cerita dengan saya lepas ceramah menangis. Anak muridnya panggil dengan panggilan binatang. Anak murid buat muka dengan cikgu. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah. Mak ayah mula serang cikgu. Viralkan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak-anak. Terlalu percaya anak sehingga anak-anak berani menipu. Berani kurang ajar dengan cikgu. YaAllah ampunilah anak-anak pelajar saya...

Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap tidak selidik sebelum bertindak. Saya takut kita bukan sayangkan anak sebenarnya. Malah kita hancurkan masa depan anak-anak. Saya selalu beritahu pelajar-pelajar dalam ceramah. "Kalau kita mengumpat cikkgu... maki cikgu... kurang ajar dengan cikgu, jangan harap dapat keberkatan daripada guru. Padahal keberkatan guru adalah asbab kita berjaya di masa hadapan. Hidup tenang dan bahagia. Tapi malangnya anak-anak dapat "lesen besar" daripada mak ayah. Seolah-olah sikit pun tak boleh sentuh anaknya. Lama kelamaan tak ada lagi orang yang akan hormat pada guru. 

Saya kerap dipanggil oleh sekolah-sekolah terbaik di Malaysia. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab, "Sekolah ni Ustaz basuh bab hormat guru. Mereka anak orang kaya, orang elite. Tapi kesian ustaz, bila kami tegur, marah, denda mereka... mak ayah mereka selalu salahkan cikgu. Kami dah tak tahu nak buat apa." Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh. Mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia tak nak bangun subuh. Allahu... kalau saya, cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia tak solat.

Wahai ibu bapa... Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tampar? Sehingga hari ni kita berjaya... sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita. Ingat tak? 

Kesian... Betul la kata ustaz saya tadi. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu. Bermulanya kerosakkan adab.

Wahai guru-guru. Allah sayang cikgu semua mungkin asbab ujian begini Allah nak ampunkan dosa-dosa kita dulu. Tabahlah... Allah bagi ganjaran setiap kesabaran ini. Teruslah istiqomah. Selalu saya cakap dengan guru-guru masa program ladap. Guru bukan ibarat seperti lilin. Lilin walaupun dia bakar dirinya tapi lama kelamaan dia akan padam habis. Sebenarnya guru ibarat seperti matahari, sentiasa membakar diri untuk beri manfaat pada orang lain. Walaupun di maki. "Panasnyaaa hari ni... Aduiiii!!" Tapi matahari tetap menyinari dan beri manfaat sampai bila-bila. YaAllah sayangilah guru-guru yangg ikhlas mendidik.

Ya Allah ampunilah kami. Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan  seorang guru. Kita serah bulat-bulat pada guru untuk didik anak kita. Padahal tanggungjawab itu tanggungjawab kita sebenarnya. Ya Allah jadikanlah kami mak ayah yang sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru. Ya Allah ampunilah kami. Kami berdosa dengan guru-guru anak-anak kami. Amiin !!

Nota kaki :
Sebenarnya begitu juga ibu bapa dengan anak. Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya.

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak

Share pada suami isteri kita, guru-guru kita dan anak-anak kita. Semoga bermanfaat dan kita berubah.

#storyustaztido

Thursday, August 11, 2016

Officially 17






Selamat Hari Jadi!
Moga menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..
 InsyaAllah... Aamiin!!!
Luv you forever.



- Posted using BlogPress from my iPhone



Wednesday, August 10, 2016

hati dan jiwa


Because of you, I am a better person!

Menangis, datang bila hati terlalu terluka, terlaku kecewa, terlalu sedih, terlalu pilu dan ada ketika juga bila terlalu gembira, rasa bersyukur, terlalu sayang... Aku perasan, sejak umur menginjak ke 40an ni, jiwa ini semakin lembut dan sensitif. Begitu mudah air mata ini mengalir... kadang-kadang tu dengan hanya mendengar cerita kesusahan orang je pun, tanpa disedari air jernih mengalir di pipi.

Bila dalam situasi sedih, sayu dan pilu selalunya kita perlukan seseorang yang boleh comfort kita tapi tak semua orang di sekeliling kita memahami apa yang sedang kita rasa... jadi, itu kadang-kadang membuatkan hati ini makin luluh... terasa diri tak dipedulikan. Apakan daya... tak semua orang punya pemikiran  yang sama dengan kita... 


- Posted using BlogPress from my iPhone


Tuesday, August 9, 2016

what goes around, comes around....


Dalam hidup ini jiwa kena kental
Tak boleh sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak marah
Zaman sekarang, perkara yang paling tajam adalah lidah
Maka jadikanlah kesabaran itu sebagai kekuatan kita
Biarlah apa orang nak buat
Perlu sentiasa ingat, hidup ini berpusing seperti roda...




- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, August 8, 2016

Tanda Dia sayangkan kita...



Ada ketikanya mata kita perlu dicuci dengan air mata
Agar kita boleh nampak jelas semua dosa-dosa kita....

Ya Allah... Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku!
Aamiin!!




- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, August 1, 2016

Raya sebulan kan?



Sepantas masa berlalu, sepantas itu juga kerja-kerja perlu disiapkan.
Lansung tiada rasa kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini...
Memang terasa hambar sangat. Tiada baju baru, tiada membuat kuih raya...
Huru-hara rutin hidup aku.... Sedih kan??? Nasib baik semuanya memahami...
Hari ini, berakhir sudah kerja-kerja yang menghantui hidup aku beberapa bulan yang lalu
Syawal pun tinggal 2 hari saja lagi...
Masih tak terlambat lagi kan tuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir dan Batin



- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, July 1, 2016

2nd half of 2016



yeah... July already! Welcome July!!!
what is so special with July? Ermmm.... nothing much actually...but very important to me
13 years ago... today is my first day of work at OUM
the longest ever... so far, no plan to go anywhere... but plan to retire early
with current health condition... office workloads... family affairs... 
made me thinking of that... still 50-50... however, I have to seek an opinion from experts
anyhow, for the time being... I have to put it aside first... 
I have to concentrate on other matter which is more important...
please pray for me ya!

p/s:
today last day of work for this Ramadan
can't wait to go back CB... miss u mak & abah!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, June 30, 2016

akhir Jun



setengah tahun pertama hampir berlalu...
begitu pantas waktu berjalan...
apa yang telah kita capai sehingga hari ini
adakah kita menjadi lebih baik dari yang lalu?
atau masih lagi di takuk yang sama?
hanya diri kita yang mengetahui




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 22, 2016

Tua dah rupanya...



Salam Nuzul Quran...
hari ini, lahir seorang bayi lelaki...
anak kepada Latt Nuratirah dan Azizi (Tahniah Mak Teh ucapkan pada kalian)
maka dengan secara automatik aku telah menjadi nenek...
tapi cuma nenek saudara je la... cucu sendiri belum lagi... ha ha ha
apa ye panggilan yang aku nak suruh cucu aku tu panggil nanti ek? 

tua dah rupanya kan?
tu pun masih tak sedar lagi ye Dee?
sikit tahun lagi, ntah ntah menerima menantu pula...
lepas tu baru dapat cucu sendiri... berangan tak sudah... hi hi
harap-harap sempatlah aku melaluinya...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 21, 2016

Duit Raya



ada orang rasa takut dan malu kalau tak sediakan duit raya...

"takkan takde duit raya?"
"aik... seringgit je?"
"duduk KL takkan la RM5 je..."
"kerja pegawai tapi kasi RM10 je?"

fenomena di atas yang selalu berlaku bila tiba masa raya...
orang ingat, asal duduk di KL je, keje pegawai mesti ada banyak duit...
padahal lagi miskin dari kerani yang keje dan tinggal di luar bandar


p/s:
tahun ni boleh tak kasi 50 sen je?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 19, 2016

Menangis





Menangis ni sebenarnya menyihatkan!
Selain dari itu menangis juga boleh membuatkan anda lebih cantik...
Betul ke? He he he...
Teruskan membaca...

Orang menangis ada banyak sebab, antaranya kerana kegembiraan, keletihan, kesakitan dan sudah semestinya kerana kesedihan. Jadinya apabila kita menangis *dengan sepuas hati*, pasti lepas tu kita akan rasa lega dan lapang kan? Betul tak? Betul tak?

Air mata juga dapat membunuh bakteria. Ini kerana air mata mengandungi anti-bakteria yang akan memakan dinding sel kuman yang boleh buat mata kita dijangkiti. Air mata kita juga boleh buat membuatkan penglihatan kita lebih jelas dengan memberikan cecair pada kelopak dan bola mata serta mencegah selaput kelenjar air mata dehidrasi.

Menangis juga boleh buat tubuh badan kita lebih baik. Menangis dapat mengurangkan level mangan *mineral yang memberikan kesan mood* dalam tubuh badan kita. Terlalu banyak mangan boleh buat kita rasa gelisah, lelah dan gugup.

Jangan kita tahan air mata kita. Ianya boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, menyebabkan tekanan darah semakin tinggi dan pelbagai kompilasi jantung. Dari segi emosi pula, ianya boleh menyebabkan kemurungan.

Oleh itu, jangan risau untuk menangis. Ketika anda mengalami hari-hari yang teruk, stress dan penat... bila pulang ke rumah, menangislah... sedikit sebanyak ia akan menjadi ubat untuk anda.


Sumber: Elite Daily & The Independent


- Posted using BlogPress from my iPhone


Friday, June 17, 2016

Sedekah


sedekah bukan amalan yang bermusim... bila-bila masa je boleh buatkan?
semuanya bergantung kepada individu tersebut
memang bersedekah itu satu amalan yang mulia
kerana bersedekah pahala dan rezeki berganda...
tapi kalau nak bersedekah tu pun tengok-tengok juga la
carilah orang yang benar-benar memerlukan...
walaupun dia anak yatim tapi kalau kehidupannya ngalahkan anak che' ta
memang tak layak la kan?
seperkara lagi... kalau nak bersedekah pun, pastikan ianya datang dari sumber yang bersih
takkan nak bersedekah gunakan duit hasil beli nombor ekor kan?
sementelahan di dalam bulan Ramadan ni... jom kita bersedekah
kata orang, kita akan mendapat pahala yang berganda dari hari-hari lain...
wallahu'alam



- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, June 16, 2016

Fenomena masa kini...



 betul kan??? 
bak pepatah orang lama, 'biar papa asal bergaya'
orang-orang macam ni lebih sanggup harungi sangsara asalkan nampak berada
bila ada hal yang melibatkan hal kewangan, dah menggelabah... 
hinggakan sampai satu sen pun nak berkira...
bila dalam kecemasan pula, mula la nak pinjam sana sini...
tak ke hutang akan makin bertambah?
kenapa ek mesti macam tu? malu... atau takut orang mengata? 
tak fahamlah aku dengan orang macam ni...
pada aku, aku lagi respek pada orang yang nampak biasa je tapi duit simpanan berkepuk
bila ada hal yang melibatkan hal wang... tiada masalah dan tak banyak berkira
lagi pun, apa yang kita dapat kalau hanya setakat nak tayang kemewahan pada orang?
silap haribulan orang mengata lagi ada la...
kan lebih baik kemewahan yang ada tu kita kongsikan bersama dengan yang memerlukan?
paling tidak ada juga saham tuk kita di akhirat kelak...




 

Tuesday, June 14, 2016

Moga diberikan kekuatan...





p/s:
jangan pernah berhenti meminta dariNya
jangan pernah jemu merayu dariNya
kerana sampai satu ketika Dia pasti akan mendengar
dan akan memenuhi apa yang dipinta dan dirayu... 
insya-Allah



Friday, June 10, 2016

Betul ke?




p/s: nampak sangat dah tak de keje lain nak buat kan?


Monday, June 6, 2016

Hari Pertama...



Alhamdulillah...
setelah bertahun aku tidak dapat merasakan hari Ramadan pertama
kali ini aku berpeluang merasainya
dan aku bersyukur, bila ofis aku punya waktu kerja yang fleksibel
pukul 4 sudah boleh pulang ke rumah
berkesempatan tuk menyediakan juadah berbuka tuk famili
Selamat berbuka!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 5, 2016

Selamat Berpuasa!


Ramadan datang lagi...
marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini
bersama-sama mengejar segala peluang yang ada
kerana ia hanya datang sekali dalam setahun
dan belum tentu kita akan dipertemukan di Ramadan akan datang...




- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 24, 2016

Syukur Alhamdulillah...




#pantasnyawaktuberlalu
#syukuralhamdulillah
#selamatulangtahun
#sayangkamuketatketat


- Posted using BlogPress from my iPhone


Menang







- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 11, 2016

ww




pix taken using iP4 - not filter



- Posted using BlogPress from my iPhone


Hancur Aku






p/s
entah kenapa lately ni suka lak layan lagu-lagu jiwang melayu...


- Posted using BlogPress from my iPhone




Tuesday, May 10, 2016

Wednesday, May 4, 2016

Wordless Wednesday la sangat kan??




Tak tahu nak cakap apa, tapi memang hati ini rasa macam-macam dengan hal yang satu ni. Aku bernasib baik kerana masih dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi aku. Selama aku hidup hampir 44 tahun ni, tak pernah lagi aku jumpa manusia yang seteruk macam ni. Agaknya dia ni kurang kasih sayang, tak pun kurang perhatian atau pun memang jenis yang tak boleh tengok orang senang. Sepanjang aku tahu dan kenal dia ni, tak pernah aku dengar yang baik tentang dia. She must had gone through an emotionally disturbing experienced in her life...

Bukan nak kata apa, dari apa yang aku tahu... mungkin semua tu adalah karma ke atas segala perbuatannya sebelum ini. Aku rasa sedih pula mengenangkannya. Umur bukan muda lagi tapi kenapa la tak pernah nak muhasabah diri dan sedar akan kesalahan diri... Dengar cerita, pergi belajar agama, tuntut ilmu Tuhan tapi tak pernahkah dia berdoa untuk diberi petunjuk dan hidayah dariNya? Selama ni dia berdoa untuk apa? 

For me, she is sick... mentally sick. Same goes to her partner. MSO cakap, jangan dilayan orang yang macam ni. They are not our level actually to deal with. Just let her live in her own world. Aku bukan tak nak setuju dengan pendapat tu. Masalahnya sekarang, dia telah mengganggu ketenteraman keluarga aku dan secara tak lansung dia telah mencalarkan nama baik aku sekali. Itu yang buat aku marah.

Siapat tak marah? Kalau kau ada masalah dengan sesiapa sekali pun, apa kena mengena dengan aku? Dan kenapa nama aku kau petik sekali dalam masalah kau? Lagi buat aku marah, sampai ke mak dan abah aku kau babitkan sekali... Kau boleh nak kata aku apa sekali pun... nak kutuk pakaian aku, nak kutuk perangai aku atau apa sekali pun walaupun ianya tak ada berkait pun dengan masalah kau tapi memang kepantangan aku bila sesuatu perkara yang tidak berkaitan, tiba-tiba mak abah aku terkait sama. Memang mencari nahas namanya... Jangan sekali-kali dikacau sarang tebuan tau!

I wonder if she had a mirror at home or should I buy a BIG one for her? So she can see herself clearly. Sedarlah wahai perempuan, apa yang kau kata tentang aku tu... sebenarnya secara tak lansung kau telah mendedahkan tentang diri kau sendiri. Hanya orang yang pernah berbuat kepada orang lain saja yang akan takut dengan bayangan diri sendiri. Is she a loser or she doesn't has life to live on?

Rasa macam nak cari je mana-mana ustaz yang boleh kasi air penawar kat dia, kasi bersih dan terang sikit hati tu. Ehh buat pe nak susah-susah pulak... partner dia sendiri kan seorang ustaz? Ke ustaz tu hanya pada nama saja? Sekarang ni kan ramai manusia yang bertopengkan agama demi kepentingan diri? Kesiaaannn.... Kesian pada emaknya. Tapi memang tak boleh nak kata apa la... mak dan anak pun sama je naiknya. Like mother like daugther la kan? Pasal tu tidak ada sesiapa yang boleh nak doakan yang baik-baik serta nasihatkan anaknya biar elok perangai. Poor mother and daughter.

Memang sakit hati sangat bila mengenangkan perangai dia ni. Tentang apa yang telah dia buat pada aku dan keluarga aku. Terima kasih mak dan abah kerana kalian adalah ibu bapa yang benar-benar kenal akan anak kalian sekali gus mempertahankan maruah anak kalian dari sesuka hati dikutuk dan dihina. Aku tahu kalian pasti rasa terguris bila anak kalian dituduh dicerca sedemikian. Maafkan aku, kerana aku kalian rasa sedih. Tapi aku tahu, kalian lebih mengenali aku dari dia kan?

Inilah masalah orang Melayu. Inilah juga salah satu contoh orang Melayu yang terkenal dengan perihal jaki, dengki dan irihati. Orang Melayu yang punya hati yang hitam dan busuk sebusuk-busuknya. Orang Melayu yang tidak boleh tengok orang senang. Kau sendiri yang pilih jalan kehidupan yang kau nak, kenapa mesti cemburu dengan kehidupan orang lain? Menyesalkah dengan jalan yang kau pilih? Tidak sedarkah engkau bahawa semua itu adalah balasan ke atas segala perbuatan buruk kau selama ini? Biasalah, akhir zaman ni... mana kau nak nampak semua tu? Tak tahukah kau, perbuatan kau ni sebenarnya merugikan diri kau sendiri?

Seriously, perkara ini sedikit pun tidak menggugat kasih sayang abah, mak dan ahli keluarga pada aku. Malah mereka meyokong aku dari belakang dan sekali gus menjadi kekuatan untuk aku terus berhadapan dengan orang gila ni. Syukur... Syukur sesangat... I am grateful to have a wonderful parents who raised me well and also wonderful siblings and roomate, who gave a full support on what I am doing. I take this as a challenge and I know I become stronger with this challenge... Allah wants me to be tough. He wants me to be a good person. Selagi, aku di pihak yang benar, aku tidak akan merasa gentar dan aku percaya, Dia akan sentiasa ada bersama aku. Dia pasti akan bantu aku... InsyaAllah...

#alangalangmenyelukpekasambiarsampaikepangkallengan!!
#cantwaitfortomorrowtomeetmylove


- Posted using BlogPress from my iPhone


Biarkanlah...









- Posted using BlogPress from my iPhone




Tuesday, May 3, 2016

Potret








- Posted using BlogPress from my iPhone




Sunday, May 1, 2016

Jangan nak cakap ikut sedap mulut je tau!


Ramai antara kita suka cakap yang bukan-bukan tentang bos/supervisor kita. Tak lupa juga dengan rakan-rakan sekerja yang lain, suka membanding-bandingkan kerja dan gaji orang. Perkara ni selalu terjadi kepada mereka-mereka yang telah lama berkhidmat. Yang mulut bising ni pula selalunya mereka yang baru masuk/join. Nak tunjuk ketidakpuasan hati la kekononnya. Pernah tak korang lihat dan kaji dulu sebelum bercakap? Sesiapa yang pernah terkena, sure rasa geram kan? Rasa nak cili-cilikan mulut depa tu... Ni contohnya kalau masih tak faham lagi apa yang aku maksudkan tu... ada rakan share dalam grup WA.

My ex-boss, gaji sebulan RM40,000. Time tu aku tengok dia, mai pagi tunjuk muka sat + cakap-cakap sat, lepas tu keluar. Belah petang, mai tunjuk muka + cakap-cakap sat + gelak-gelak, lepas tu sudah. Dalam hati aku, amboi mudahnya kerja depa. Itu saja kerja, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh!
...
Hari ni, baru aku faham.

Apa kita nampak? : Bos ni, kerja goyang kaki saja. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat. 

Apa yang kita tak nampak? : Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staff-staff tak nampak.

...
Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia. Walau abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi & jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.Abang dia pun mula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam tak silap aku.Dia cuma meniaga, bukan nak tanduk orang tak tentu hala ka buat jahat ka. Yang dok pi simbah sup panas tu buat apa? Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah. Kerusi gaji RM40,000 tu cuma boleh duduk bila betul-betul layak. Part dia mengesot berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

...
Antara part yang kita tak tengok lagi ialah.....

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang. Termasuk diri kita, 4 perut semuanya. Kita sebagai staff, dok fikir nak isi 4 perut ni saja paling tidak tiap-tiap bulan. Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, dibawah jagaan dia ada 40 orang staff. Katalah purata family member bagi setiap sorang bagi 40 orang staff ni ialah 4 orang.

4 orang = 4 perut.

4 perut X 40 orang staff = 160 perut !

Tolak diri bos ni dan family dia, dia nak kena fikir tiap-tiap bulan macamana supaya dia boleh terus bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi ! Kita fikir nak isi 4 perut VS bos fikir nak isi 160 perut. Kalau kita tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, macamana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40.

Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff. So, layak tak Tuhan bagi kat hang RM1,000 sebulan dan bagi RM40,000 ke bos hang?

...
Antara sifat Tuhan itu adil. Adil itu bukan sama-rata. Sama-rata bukan adil. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.Macamana nak faham statement ini? Gini :

Nisbah hang kat atas tadi 1 saja, tapi nisbah bos hang 40. Kalau Dia bagi hang RM40,000 sebulan, bos hang RM40,000 sebulan, apakah itu adil?

Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.

...
So, kalau selama ni ada dalam kalangan kita dok mengata kat bos tu, harap terbukak sikit ya fikiran dengan perkongsian ni. Kalau bos kot tergarang sikit pada satu masa, maafkan dia. Pastinya bersebab.
Ko nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia. Time mana dia bekerja, time mana dia menangis, time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya... kita tak tau.

Bulan depan ni dapat gaji lagi, pi kat bos ucaplah ucapan TERIMA KASIH dari sudut hati paling dalam dengan senyuman paling ikhlas. Duit gaji yang kita dapat tu, ya betoi dari hasil titik peluh kita usaha. Tapi bos tu lah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan seringkas tu, seronok hatinya. Hilang sat stress atau keletihan dia urus syarikat.

Tak faham takpa. Bulan depan berhenti kerja, pi bukak syarikat sendiri. Fahamlah macamana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambik pekerja. Dah ada pekerja macamana nak pastikan kita terus mampu gajikan pekerja-pekerja tu. Hu hu hu...

...
Terpanjang lah pulak mengarangnya. Dah lah sampai sini. Panjang-panjang sangat bukan hampa baca pun. Ho ho ho... Teringat kat bos lama, spontan ja jari pun kongsi sedikit cerita diselit dengan pemikiran/pendapat dan sebagainya.

K bye.


 p/s:
siapa yang makan cili... sila terasa ye kepedasannya

#taksemestinyajawatansamagajipunsamaye
#selamatharipekerjasedunia


- Posted using BlogPress from my iPhone




Friday, April 22, 2016

purify your air with house plants






Do you that several indoor plants can remove toxins and purify the air? Put 1 plant in every 100sq feet area. It can detoxify the air. Leaves not only filter and renew the air but also microorganisms living within the soil can actually clean the air as well. Lets green our world!!

Source: Google

- Posted using BlogPress from my iPhone



Dahsyat







- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, April 18, 2016

bila diduga...




Sabarlah wahai hati.
Kalau hati tak mampu menahan beratnya ujian, menangislah.
Isi rasa sebak hati dengan istighfar dan selawat.
InsyaAllah hati akan tenang...


- Posted using BlogPress from my iPhone


Friday, April 15, 2016

siapa pernah mengalaminya?






p/s:
setakat ni... masih ada seorang lagi dalam senarai penghutang aku...
dah lebih 18 tahun... orangnya pun dah hidup senang sekarang
dan boleh buat lupa atau bodoh je dia akan hutangnya dengan aku
nilainya memang tak nampak banyak pada masa sekarang ni
tapi kalau 18 tahun dulu... besar woii nilainya tu
dan kalau aku simpan dalam ASB pun, banyak dah dividen aku dapat...
buat masa ini, hati ini masih tidak dapat nak menghalalkan lagi hutang tersebut...
maaflah ye...



- Posted using BlogPress from my iPhone



Wednesday, April 13, 2016

Monday, April 11, 2016

Rahmat di sebalik musibah...

Tulisan Ebit Liew

Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Semua datang dalam team. Pakai hensem dan dengan baju korporat dan atau kot. Saya salah seorang datang. Saya datang seorang jer..tak sempat ajak staf. Saya tempat ceramah saya pakai jubah jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..diaorang tengok saya atas ke bawah.

Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U punya quo paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah. Saya suka bila dapat program di syarikat orang pakai tudung boleh kira dengan jari.. saya yakin dengan Islam kita jadi amanah, hati yang mulia, cekap dan bahagia di hati.

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui. 

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia.. bercinta sampai syurga. Diberi anak lewat tapi anak daie yang gegarkan dunia dengan kebaikan.

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Orang baik-baik tidak dikedepankan supaya mereka diselamatkan dari cinta dan fitnah dunia. Ada orang tidak dikenali di dunia tapi di kenali di sisi penghuni langit.

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah.

Hakikatnya tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yang berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya, sangka baik pada Allah.


- Posted using BlogPress from my iPhone.

 

Friday, April 8, 2016

it's been a week already...




seminggu sudah berlalu... laju saja masa berlalu kan?
rasa macam baru semalam je mengemas meja baru... cantik bersih je
lepas seminggu, meja pun dah penuh dengan macam-macam
kerja pun sudah mula banyak... *tu baru sebahagian je yang dipelajari*
kalau dah sebulan nanti, ntah macam mana la gamaknya... 
apa-apa pun aku bersyukur kerana masih ada lagi punya kerja
demi untuk kesinambungan hidup anak dan keluarga
dalam seminggu ni pun aku rasa seronok sangat...
rakan sekerja yang memahami akan keadaan kekurangan diri
juga banyak membantu dalam bidang kerja yang lain
dan tiada lagi stress menghadap kesesakkan jalan raya
tiada lagi perlu bangun awal untuk keluar awal dari rumah
agar tidak tersangkut di dalam kesesakkan jalan raya
hanya antara 15-20 minit perjalanan, aku sudah sampai ke ofis
dengan waktu kerja anjal yang baru ni, seawal 7.30 sudah mula kerja  
maka Isnin - Khamis balik pukul 4.30, manakala Jumaat balik pukul 4.15
bahagianya!!

p/s
syukur ya Allah... moga segalanya berjalan dengan baik
terima kasih Allah...
terima kasih untuk si dia... u know who u are
terima kasih juga buat semua


- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, April 1, 2016

this is not an April Fool






this is REAL!!
after 13 years of service, the new chapter has begun
new title, new JD, new workplace, new colleague, new environment... 
easy to say, everything is new... accept my PC, printer and name of company... ha ha ha!!

p/s
#bangilearningcentre
#oumbs
#dekatdenganrumah
#selepas13tahunservis



- Posted using BlogPress from my iPhone


Thursday, March 24, 2016

berita baik dan berita tak baik...



berita tak baiknya, hari ni aku kena pergi ke ofis... walaupun masih dalam cuti sakit
aku perlu juga pergi kerana banyak perkara yang perlu diuruskan
berita baiknya... aku akan berpindah... bukan saja department, malah lokasi juga
pasal tu kena berkemas apa yang patut 
memudahkan relocation barang-barang aku ke tempat baru...
ke mana??  tungguuu!!!


p/s
kau ingat dengan cara kau buat aku begitu akan buat aku merana?
ohhh tidak... kau silap sama sekali...
dengan adanya DIA, aku tahu aku akan bahagia di sana...
kerana aku percaya, Allah itu adil dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya
kau pula, jangan sangka selamanya akan berada di atas
roda itu sentiada berputar, ada ketikanya akan ke bawah juga
aku bukan mahu menggertak atau menakutkan kau... tapi beringat-ingatlah!


- Posted using BlogPress from my iPhone



Tuesday, March 22, 2016

Alhamdulillah...




my new look
aku sudah boleh menulis
aku sudah boleh memandu
aku sudah boleh uruskan diri sendiri
aku tidak boleh duduk lama
aku tidak boleh stress
aku tidak boleh travel jauh
aku tidak boleh buat aktiviti lasak
aku tidak boleh membuat kerja berat
aku juga tidak boleh mengangkat benda berat

p/s
walau apa jua yang di'beri'nya
aku reda dan pasrah
ada hikmah di sebaliknya... siapa tahu kan?


- Posted using BlogPress from my iPhone


Friday, March 18, 2016

I am a strong mother...




Strong mother knows how to keep her life in order. 
Even tears in her eyes, she still manages to say "I'm OK" with smile...


- Posted using BlogPress from my iPhone


Friday, March 4, 2016

Kehebatan bersedekah...

Kisah teladan tentang bersedekah, tak kira pd siapa manusia atau haiwan..

❤ This touched my heart
Kisah mennyentuh hati..💗

Never underestimate Allahs mercy and power:
# Jgn diperkecilkan kuasa Allah swt:

A young man's mother was hospitalized. 
#Ibu seorang pemuda dirawat di hospital.

She was put in intensive care.
#Ibunya dirawat di ICU.

A few days later, the doctors told him the truth.
#Bbrp hari kemudian doktor berterus terang.

Her condition was hopeless, she could expire at any moment. 
#Keadaan ibumu tiada harapan semboh  dan boleh meninggal dunia bila2 masa.

He left from the hospital distraught about his mother
#Pemuda itu meninggalkan hospital dgn hati yg sedih mengenang sakit ibunya.

On his way, returning to visit his mother
#Dlm perjalanan utk melawat ibunya sekali lg

He stopped at a gas station
#Pemuda itu berhenti di stesen minyak 

As he was waiting for the attendant to fill up his tank
#Sedang dia menunggu  atendan mengisi minyak
He noticed that a cat had a new litter under a cardboard box
#Pemuda itu terpandang seekor kucing bersama anaknya berteduh dibawah kotak

They could barely walk
#Kucing itu kelihatan tak boleh berjalan

He pondered!!!
#Dia termenung sejenak!!!

Who would feed them under these circumstances, and went in to the store
#Siapakah yg akan bg kucing itu makan dlm keadaan begitu, dan pemuda itu masuk semula ke kedai minyak

He bought tuna,
#Dibelikannya tuna dlm tin

Opened the can for them and continued on his way to the hospital. 
#dibukannya tin tuna itu utk diberi kpd kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital

When he entered the intensive care unit
#Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU

His mother wasn't there anymore, he dropped what was in his hands, 
#Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam

and rushed to ask the nurse
#dan bergegas lari utk bertanya kpd nurse bertugas

Where is she?
#Di mana ibuku?

She said: she got better, so we moved her to the next room
#Nurse itu berkata:  ibumu sudah  beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa

He went to his mother 
#Pemuda itu terus mendapatkan ibunya

Whom he found fully alert
#Yg ketika itu dlm keadaan ceria 

He greeted her and asked what happened 
#Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi

She said that she saw while she was unconscious
#Ibunya memberitahu ketika dlm keadaan tidak sedar dikatil

A cat and her kittens with their hands extended towards the heavens praying for her
#Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembohkan segera

The young man stood there in amazement 
#Pemuda itu terharu mendengar apa yg diceritakan ibunya

Praise to the one who's compassion is all encompassing 
#Puji bagi mereka yg sentiasa kasih mengasihi

Praise to Allah, alms giving repels calamities, by Allah's permission 
#Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita drp penderitaan, dengan izin Allah

(Heal your sick through alms giving)
#(Sembohkan penyakitmu dgn melakukan sedekah))

This is just a can of tuna.
# Itu hanya setin tuna.

The Prophet (PABUH) says: (protect yourselves from the hell fire even with a half a date).Rasulullah saw bersabda: (Lindungi diri kamu drp panas api neraka wp dgn separuh tamar)

Suhbana Allah... Make this your first act of generosity 
#Subhann Allah... Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah

Lailahaillaallah

Oh! Allah! Ease the burdens of whoever forward this message. 
#Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kpd sesiapa saja yg berkongsi kisah ini.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 29, 2016

sedih...



dapat berita kurang baik hari ini
sedih rasanya bila diperkotak-katikkan
sedih rasanya bila tidak diambil peduli
mereka hanya mahu bila kita sihat dan bertenaga
lansung terus diketepikan bila sakit dan tidak berkeupayaan
begitulah lumrah alam...
sabarlah wahai hati...


p/s masih menunggu ke mana pula aku nak pergi selepas ini




- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, February 26, 2016

begitulah kehendakNya



my new 'necklace'... hu hu hu







p/s
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan aku dan juga yang datang menziarah sepanjang aku berada di wad


- Posted using BlogPress from my iPhone



Wednesday, February 24, 2016

discharged already...




macam orang balik holiday plak kan?

I got new 'necklace'... ha ha ha



- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, February 18, 2016

rupa-rupanya...



Extensive Cervical Spondylosis from C2 to C8

masa doktor beritahu aku semalam, aku macam dengar tak dengar je penjelasannya
masih dalam keadaan terkejut lagi kerana tak sangka ianya agak serius
hari ini baru la aku bertanya semula dan minta penjelasan lanjut
patutlah kebelakangan ni aku selalu merasa kebas-kebas tangan
pandangan seolah berada dalam keadaan terapung or vertigo
rupa-rupanya saraf-saraf yang berada di bahagian tersebut telah terganggu
tiada ubat atau cara untuk memulihkannya kepada seperti biasa
melainkan menjalani fisio dan juga makan ubat untuk mengurangkan rasa sakit
Allah... siapa yang boleh mendugakan?
semua itu sudah tertulis dan tersurat
sebagai hambaNya, aku hanya redha dengan segala ketentuannya
aku tidak lagi boleh membuat aktiviti lasak, tidak lagi boleh mengangkat benda berat,
tidak boleh travel jauh secara berterusan lebih dari 2 jam,
tidak boleh memandu untuk buat masa ini



- Posted using BlogPress from my iPhone



Wednesday, February 17, 2016

kita hanya mampu merancang...





tiada siapa yang dapat menjangka apa yang akan berlaku melainkan Dia
aku sepatutnya berada dalam kursus lima hari dalam minggu ni di De Palma
pagi tadi aku masih lagi bersama rakan-rakan peserta untuk meneruskan hari ke-3
di sebelah petang aku berada di atas katil di Wad Premier Hospital Ampang Puteri
lebih mengejutkan, doktor kata aku mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk
aku terpana seketika, speechless...
sehinggakan aku tidak mendengar lagi apa yang doktor cakap selepas itu
begitulah susunan perjalanan aku yang telah diaturNya untuk hari ini
sesungguhnya Dia lebih mengetahui
 




- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, February 5, 2016

Finally...


just got the news...
will be going to new workplace on 1st March
in the meantime has been assigned to do works for OUM International till end of the month



- Posted using BlogPress from my iPhone


Thursday, February 4, 2016

Jalan-jalan... office trip Part 1


@KLIA2 sebelum berlepas... ke Lombok kita
my roomate... my lovely sister
Rinjani Lodge before we proceed to Sendang Gile
Tempat yang paling cantik... Air Terjun Sendang Gile, Senaru
on the way down, we walked through a stream through a dark tunnel... the most adventurous experienced 
we made it!!
Snorkeling... Gili Kechil if I am not mistaken
round the island... Gili Trawangan

last destination... Kampung Tenun Sasak
Time to fly home... missed our loves in KL



- Posted using BlogPress from my iPhone








Tuesday, February 2, 2016

my precious




Material things mean nothing to me
All that matters is the well-being of the people I love in my life


- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, February 1, 2016

aku sudah lalai



lama sangat tinggalkan dunia bacaan... dah masuk bulan februari 
satu novel/buku pun tak sentuh lagi... aduhai... 
baca Quran lagi la... lama tak lama dah ditinggalkan
tahun ni baru beberapa muka surat je yang berjaya dilaksanakan...
betapa teruknya aku kan? 
namun Dia maha mengetahui, bukan kemahuanku semuanya ini berlaku


kalau kita baca Al-Quran, maknanya kita sedang baca surat cinta daripada Allah... 
kita dengar apa yang Allah nak cakap dengan kita.
- Busana Nana, Saidatul Saffaa, ms 213


p/s: Orang2 wilayah, cuti-cuti ni jom shopping!!

- Posted using BlogPress from my iPhone


Thursday, January 28, 2016

ketentuanNYA




REDHA itu bukan hanya bermaksud pasrah menerima 
tetapi ianya adalah tanda keikhlasan serta ketakwaan 
dan kekuatan jiwa dalam menerima segala ketentuan dariNYA...


p/s:
heard the news... dunia akhir zaman
orang yang kita nampak baik, alim dan berwibawa...
namun semua itu boleh dikaburi dengan nilai wang ringgit
dengan sekelip mata boleh mengubah sikap dan pendirian seseorang...
semuanya kerana wang...
dan aku juga redha dengan apa yang dah tertulis untuk aku...
malah aku bersyukur... kerana kita tidak tahu...
mungkin ada yang lebih baik menanti di hadapan... aamiin!!

- Posted using BlogPress from my iPhone



Wednesday, January 27, 2016

semalam, hari ini dan esok...



kita hidup untuk hari ini, bukan semalam atau hari esok yang belum pasti
jadi janganlah mengheret semalam ke dalam hari ini
juga hari ini ke dalam hari esok...

p/s:
hari ini cuti... nak uruskan kain baju kotor dan berehat
10.20pm touched down... tiring... but enjoyed!


- Posted using BlogPress from my iPhone





Saturday, January 23, 2016

dendam & amarah




selagi kita tidak dapat hapuskan dendam dan amarah dalam hati...
selagi itu hidup ini tidak akan tenang...


p/s:
doakan ye agar selamat pergi dan kembali untuk perantauan kali ini...


- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, January 22, 2016

kata orang...




benarlah kata orang, kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan kaca yang pecah berselerak... ada yang mampu mengutip dengan banyak, ada yang sedikit... tiada seorang pun yang mampu mengutip semuanya... manakala, semasa mengutip... pasti ada yang terluka...luka di tangan, akan jelas terlihat tapi luka di hati? tiada siapa yang tahu...


p/s:
yeaa... esok masa untuk berjimba... selamat tinggal mesia!


- Posted using BlogPress from my iPhone