Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 31, 2011

keluargaku diinjak-injak sesuka hati...


not denying...lately ni memang terlalu banyak air mata ini tumpah
pengalaman yang paling perit rasanya berlaku dalam keluargaku
biarpun aku pernah lalui peristiwa pahit dalam hidup sendiri
tapi memang tak tertanding dengan yang satu ini...
selalunya aku saksikan dalam drama/cerekarama di tv saja
tapi kali ini aku lalui dengan mata kepala aku sendiri...
bersaksikan cimot & sadek secara life.. macam tak percaya saja...
but its reality... ya its REALITY!
memang marah & benci sesangat dengan mereka-mereka itu
tapi aku pujuk diri ini untuk sabar...kalo boleh nak jadi sesabar mak...
status fb sadek ni secara tak lansung dapat la memujuk hati ini...
"sangat-sangat penat ngan permainan orang-orang yang tak berTUHAN
tak cukup ngan tu, tuduh lak org laen lupe TUHAN
sape kite nak pertikaikan kerja TUHAN
nescaya satu hari nanti pasti akan dibalas TUHAN
kerana orang yang teraniaya doanya didengar dan dikabul TUHAN... InsyaALLAH"



thanx very much B...
u know how to comfort me 
I feel so relief... 
hope to see u soon

Saturday, October 29, 2011

gila buku

citer dah basi... tapi apa kau peduli...
aku nak citer gak...ni blog aku kan? aku punyer suka laaa... hihihi!
kejadian berlaku di awal bulan ari tu... 
berjanji ngan reen tuk ke sana...tau2 je la aku ni
kalau dah jauh2 tu tak berapa confident nak gi sorang2
sampai kat sana...memang gila jadinya bila tengok buku yg banyak tu
rasa macam semuanya nak beli...tambahan harganya teramat murah...
novel2 kebanyakkannya hanya RM8 jer.. 
namun gitu aku terpaksa la juga mengawal nafsu membeli...
walaupun yang dikumpul berpuluh buah sebelum sampai kat cashier
dan selepas beberapa saringan...aku hanya beli 8 buah jer
bukan tak de budget tapi fikir2 balik, bila masa aku nak baca?



teringat zaman belajar dulu,
tak dapat beli makanan pun tak pe...
asalkan dapat beli buku...*guna duit elaun makan*

Friday, October 28, 2011

family vs strangers

 lately, sibuk sangat...ye la, Mr.B dah masuk keje...biasa la kan?
emosi pula kurang stabil ekoran dari peristiwa last sunday
kesihatan pun kurang baik...sib baik la tak melarat...
tu yang buat life jadi kelam kabut skit...but manageable
namun begitu, aku bersyukur kerana mental & fizikal masih boleh bertahan
alhamdulillah...dalam pada itu terhibur juga hati ini..
walau mereka ni bukanlah dari daging sendiri 
tapi mereka ini rapat dan agak penting juga di dalam hidup aku
dan tetap ingatkan aku walau di mana mereka berada
apa, tak percaya? tengok gambar-gambar bawah ni sebagai bukti...
pe2 pun terima kasih tak terhingga...appreciate it very much!
bookmark from portugal, coaster from spain
& fridge magnet from morocco

perfume from US



there are times family are like strangers, 
strangers are like family...

Wednesday, October 26, 2011

ww





~dee~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, October 19, 2011

Thursday, October 13, 2011

tak pernah henti...

dugaan tak pernah henti... satu demi satu kejadian berlaku
sedikit sebanyak memberi aku tekanan
juga buat aku rasa betapa sukarnya perjalan hidup ini
dan ada ketika, buat aku bertanya... kenapa aku? 



terlalu banyak budi yang telah kau tabur, B!
terima kasih tak terhingga... 
hanya DIA saja yang dapat membalasnya 

Tuesday, October 11, 2011

sesungguhnya...

"Memohonlah (berdoalah) kepadaKU,
AKU perkenankan  permohonan (doa) mu itu."
~ Al-Mukmin, ayat 60
sebagaimana yang telah tersurat di dalam ayat di atas
biar apa pun yang kita inginkan...
serahkanlah diri kita kepadaNYA dan berdoalah...
tapi bukan setakat doa saja
ianya perlulah diiringi dengan usaha
dan sesungguhnya DIA maha mendengar
semalam, aku telah merasa akan keajaiban doa itu
bersama dengan usaha yang tiada henti...
Alhamdulillah...DIA perkenankan permohonan aku itu
aku rasa seperti mati hidup semula...
aku bersyukur padaMU ya ALLAH!



"setiap hari ku mohon
agar KAU sentiasa 
memberiku ketenangan
dalam hati kekuatan
menempuhi segala
dugaan yang mencabar ini
pasti, punya ertinya"
~ sheila majid-ku mohon

Friday, October 7, 2011

R.I.P







I ate a green apple last nite & this morning...
truely an Apple fan!

Thursday, October 6, 2011

ntah kenapa ye?

lately... sungguh jarang menjenguk ke sini
bukan tak de citer... malah banyak sekali
tapi tahap kemalasan mengatasi segalanya
malas ke? ehh tak juga...
ada hobi baru? tak juga sebenarnya
hobi lama tapi semenjak dua menjak ni...
macam enjoy pulak buat benda2 tu...
bak kata orang... tukar angin... hu hu hu!



can't wait lorr...

Wednesday, October 5, 2011

terima kasih...

"Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu"



aku akui sesangat...kalau tidak...
aku tidak menjadi seperti aku sekarang ini
alhamdulillah...

Sunday, October 2, 2011

hari tuk bermalasan

segala-galanya malas hari ni
malas bangun awal
malas pegi jogging
malas masak
malas nak buat apa-apa pun...
kecuali satu... ~ tido...hi hi hi


sepi...
bosan...
rindu...
menjadi teman setia

Saturday, October 1, 2011

lama dah...


akhirnya...sampai juga hajat nak minum air ni...jus alpukat@avokado
nak dapat kat restoran pun payah...may be sebab harganya agak mahal
mana taknya...aku beli ari tu empat hengget lebih sebiji
kalo nak buat berniaga maunya dekat sepuluh hengget segelas kot
aku tak kisah sangat ngan harga...yang penting tekak bleh terima
di samping tu, apa yang aku tau...buah ni punya pelbagai khasiat...
berbaloi-baloi...


~dee~


- Posted using BlogPress from my iPhone