Sehari sebelum semalam, aku memang tak sihat dan semalam, aku benar-benar tak sihat yang dah sampai tahap gaban. Badan dah tak larat tapi terpaksa digagahkan juga pergi ofis kerana ada kerja yang perlu diselesaikan denga bos kecik aku sebab bos besar outstation. Tup tap tup tap, kul 10 baru selesai. Aku rasa dah tak leh bertahan lagi... so aku minta permission bos kecik aku tu pergi klinik amik ubat dan terus balik umah rehat. Aku jumpa Dr Rassi, temperature aku 40 darjah selsius dan aku siap mintak kat dia ubat yang paling kuat agar semua sakit aku boleh baik dalam satu hari... sebab besok aku nak tak nak aku memang kena gi kerja. Doktor boleh gelakkan aku tau bila aku cakap camtu? Selepas makan ubat, aku pengsan sampai ke malam. Rupa-rupanya dia memang kesian kat aku dan kasi aku ubat yang power. Demam aku sudah kebah, cuma tinggal batuk dan selsema. Lepas makan ubat yang malam punya, aku knock-out sekali lagi. Pagi tadi bangun, aku dah segar. Demam dah tak ada. Batuk dan selsema je yang buat aku begitu tak selesa. Hari ni bos ada, memang tak leh nak 'ngular'... batuk aku makin teruk dan sekali dah start batuk memang susah nak berhenti sampaikan kengkawan yang mendengar, suruh aku balik je... tapi apa kan daya... aku hanya bleh senyum je la. Esok bos kecik aku cuti, awal-awal lagi dia dah pastikan yang aku akan kerja besok sebab sok ada majlis... jadi dia nak aku bantu mana-mana yang patut. Makanya, nanti bila sampai kat umah... aku kena rehat cukup-cukup. Chow dulu for now!
~dee~ Kawan aku ada berkata, "Kalau time banyak kerja tu, banyak sesangat sampai tak cukup tangan tapi bila tak de kerja tu... terpaksa la buat-buat ada kerja." Pernah ke aku rasa cam tu? Hihihi...























