Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 24, 2015

#randomrambling



cilok dr cik google
hari tu citer pasal driving pegi ofis...
hari ni pun nak citer pasal driving juga la... tapi bukan pasal aku...
nak citer pasal driver lain yang di atas jalan nun ha...
hampir 3 minggu memandu sendiri... experienced macam-macam la
mana taknya...
journey aku la ni agak jauh juga la kan compare masa aku kat selayang dulu
then lalu tudm sg besi - seremban hiway plak tu... memang la mencabar
tak pernahnya tak jam... dan tak pernahnya jalan tu clear dan lancar
memanjang je sesak... maksud aku pada waktu puncak la
kalo hari cuti tu lain la kan?
and almost everyday ada kemalangan... tu yang buat jalan bertambah sesak
sampai pernah aku ambil masa hampir 3 jam tuk sampai ke rumah
drive balik CB pun amik masa 2 jam je (tanpa henti tau)
kesimpulan yang aku nampak la kan...
  • tak reti nak kasi signal bila nak ubah haluan... kena bayar lebih kot kalo tekan signal tu? tak pun takut habis bateri bila signal tu berkelip nanti... aiigoo
  • dah tahu ko tu bawa 40 km/j... but still nak duduk di lorong kanan... bila kita rapat belakang dia pun, masih buat bodoh je... stress aku bila follow orang camni
  • tak tetap pendirian... dia bleh drive in the middle of 2 lanes... agaknya tak reti nak stay dalam lane mana satu...memang kena horn dengan mat motor la kan?
  • susah sangat nak pasang lampu waktu hujan lebat... dia tak tahu, bukan semua orang matanya terang ketika memandu di dalam hujan... *aku le tu* 
  • ada juga yang terlebih berhati-hati... pasang hazard light pulak masa dalam hujan... tu pun boleh distract pemandang orang yang matanya kurang baik... alahaiii *aku juga la tu hik hik*
  • mat motor yang suka duk kat lorong kanan tu... lagak macam eddie lawson *kenal ke kome?*... kapcai je pun, tak la laju mana... kan dah susahkan aku nak over take?
  • yang suka potong que masa kat lorong smart tag... orang lain elok je ikut turn, tup tup dia datang terus cut the que... macam la dia sorang je nak cepat... selfish!!
  • dah tahu ko nak masuk simpang kiri, boleh je dia relaks duduk kat lorong kanan... tetiba je ko ubah haluan dan sekali gus kasi signal nak masuk kiri... memang la mengundang kemarahan aku... mana taknya, nyaris-nyaris muncung depan si perak cedera... 
  • itu yang nak masuk simpang kiri... ada juga yang tak reti nak kasi signal... tau-tau je dia stop kat tengah jalan... ingatkan kete dia rosak, bila dah berjanggut menunggu... rupanya nak masuk ke simpang kanan... adoii... tolong la rapat sikit ke kanan, at least kita yang kat belakang ni bleh la juga potong kiri tuk teruskan perjalanan...
  • yang suka buang sampah atau meludah masa di lorong kanan... tak ke kereta belakang yang jadi mangsa? especially bila saliva tu kena kat windscreen... eeeuuu... yarkkk!!!
itulah antara senario yang dapat aku ingat sepanjang pemanduan aku beberapa minggu ni... pasal tu la kadar kemalangan kat malaysia ni tinggi... adakalanya, walaupun kita ni amatlah berhati-hati ketika memandu tapi kerana sikap seperti pemandu-pemandu di atas, kita juga yang menjadi mangsa... aku berkata dari pengalaman aku sendiri... 7 times accidents dan semuanya kerana kecuaian orang lain lalu aku menjadi mangsa... yang lebih tragis was the last one, lama juga aku fobia nak drive kembali...

ingatlah orang yang tersayang bila memandu...




- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, November 19, 2015

#throwback



musim hujan... memang kena drive la pegi keje
setelah sekian lama tak drive sendiri, memang la hati ni rasa macam-macam
seperti orang baru pegang stereng masa nak ujian memandu
dup dap, dup dap... nerbes akak dibuatnya... 
dah la mata ni pun tak boleh melihat dengan baik dalam hujan lebat... sabar je la
ngadap pula dengan karenah pemandu Malaysia yang sangat 'berhemah'
lagi stress akak tau?
kalo dulu lain la... ofis umah dekat je... sekarang ni, memang masak la duduk atas jalan 
dalam duk layan jam kat hiway sg besi... sambil dengar lagu kat lite.fm
tetiba hati ni rasa berdebar-debar sangat...
tak tahu kenapa... rasa tak keruan dan ntah apa lagi rasa yang aku tak boleh describe
so aku pun cuba la calm down... cuba drive sambil relaks
ikut nyanyi lagu yang berkumandang... nak cool down hati yang dup dap ni
haisshhh... apasal ek? mula la aku fikir macam-macam
 aku pun pandang la depan kiri kanan... konon nak layan view kat luar la kan?
then suddenly, pandangan aku terus terhenti... 
oppps... macam aku kenal pulak driver dalam kete sebelah kanan aku ni
aku tepuk pipi aku few times... nak pastikan aku ni bermimpi ke apa?
no... no... I am not dreaming... ianya kenyataan
nasib baik dia tak perasankan aku yang asyik duk tertoleh ke arahnya... 
ye lah... mana nak perasan, aku memandu si emas hari ini... 
dengan muka yang dah cengkung lagi kurus kan? ...sighhh
untuk pastikan adakah benar itu orangnya? aku pun saja je pandu perlahan
biarkan kete tu laju ke depan... aku tengok no. kete dia...
sah!! aku tak pernah lupa akan no. 5848 itu...
oh Tuhan... kecil sungguh KL ni kan?
Allah... aku sungguh tak suka akan perasaan ini 
saat aku sudah hampir melupakannya... ia menjelma kembali
apa yang harus aku buat? sepanjang jalan fikiran aku melayang jauh...
aku dah tak hiraukan lagi dengan keadaan di sekeliling aku...
apa yang pasti... syukur, aku sampai SK dengan selamat... 
sepanjang malam hati aku tak keruan... serba tak kena semuanya
fikiran aku mula menjalar ke masa lalu... 
mengutip dan cantum kembali kenangan bersamanya
kenangan yang telah aku sisihkan dari memori ini
walaupun aku berusaha untuk tidak mahu memikirkannya 
satu persatu ianya bermain di fikiran...
ya Allah... aku perlukan bantuan... aku perlukan kekuatan dariMu
aku tak mahu lagi mengingatinya... aku tak mahu lagi mengenang masa lalu
aku hanya mahu tumpukan kepada kehidupan aku sekarang 
dan terus melangkah ke hadapan tanpa mengingati kisah silam
kerana kisah silam... hanya kisah silam yang tidak membawa aku ke mana-mana
cukuplah ianya sekadar warna-warna yang mewarnai kehidupan
juga sebagai panduan untuk menjadi lebih baik lagi selagi nyawa dikandung badan

p/s: 
aku memang tidak mahu berjumpa dia lagi
andai dikau membaca coretan ini... aku ingin mohon maaf atas segala kekhilafan
halalkan makan minum aku selama ini... aku juga telah memaafkan atas segalanya
marilah sama-sama mendoakan semoga semuanya baik-baik saja


- Posted using BlogPress from my iPad









Sunday, November 1, 2015

november rain...


homemade butter cake
sekejap je dah masuk bulan november kan?
cam kena je dengan tajuk tu?
musim 'sejuk' dan lencun buat rakyat malaysia
mana aku tak kata lencun?
selalu je lencun kena hujan di belah petang 
sekali gus kesejukkan...
lepas tu buat aku jadi tak sihat... demam & selsema...
nak buat macam mana? dah lumrah alam... 
masa sejuk-sejuk ni juga seronok golek-golek bermalasan di katil
layan novel, tak pun layan online movie
yang syok lagi dapat makan homemade kek panas-panas
wallah... indahnya hidup



#missinguverymuch
#bilarinduberajadihati



- Posted using BlogPress from my iPad