Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran

Hari ni, hari terakhir bekerja tapi tak tahu bila nak balik CB. Ikutkan mak, dia suruh aku dan Cimot balik malam ni. Katanya sok dia nak ajak kuar gi beli barang... Adoii! Entahlah... buat masa ni minda aku belum set lagi pukul berapa nak bergerak pulang. Tengok cuaca dan juga keadaan trafik. Barang-barang pun belum kemas lagi. Banyak tu. Biasalah... semuanya akak yang nak kena buat/sediakan, poning jugo dibueknyo! Adatlah tu bila dah jadi kak long ni...

Pe2 pun, di sini aku dan Ayee ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga semuanya berbahagia di hari yang mulia ini. Tak lupa juga, kami mendoakan agar semuanya selamat pulang dan kembali semula walau ke mana jua destinasi yang dituju.


~dee~ Pertama kali aku bercuti panjang di Hari Raya... lain macam je rasanya sebab selalunya, sehari sebelum raya baru aku bergerak pulang ke CB. Lepas tu hati aku ni asyik berdebar je, naper ek?

Monday, September 22, 2008

Selamat Hari Tua!



Tua dah aku ni rupanya. Mana taknya, kalau dijulatkan... 40 dah tau? Apa-apa pun, itulah lumrah alam. Umur makin meningkat tapi amal ibadat macam mana pula? *Soalan ini ditujukan khas untuk diri sendiri* Tiada mood nak berceloteh kali ini. Terlalu banyak yang nak diselesaikan sejak kebelakangan ini. Aku perlu sentiasa mengejar masa... InsyaAllah di lain masa jika ada kelapangan aku akan menjengah lagi.

~dee~ Thanx kepada semua yang mengingati... moga kita sama-sama dikurniakan keberkatan dariNya... Aminnn!

Wednesday, September 17, 2008

Patutkah?



Mula-mula memang gembira
Kemudian jadi bahagia
Lama-kelamaan bertukar marah
Dah akhirnya jadi benci

Kenapa aku berperasaan begitu?
Patutkah aku merasa begitu?
Salahkah aku berasa begitu?
Aku tiada jawapannya...

Sebenarnya aku letih...
Letih untuk kesekian kalinya...
Kalau boleh...
Aku tidak mahu memikirkannya lagi!

~dee~ Hati ini berdebar-debar dalam semenjak dua menjak ini... kenapa ek?

Sunday, September 14, 2008

Apa aku buat?

Pagi-pagi Sabtu aku gi jemput Cimot then terus singgah kat pasar beli apa yang patut *masih tak decide lagi sebenarnya nak masak apa* sebab petang nanti nak berbuka puasa beramai-ramai kat umah Jimy. Julie kata, dia nak masak mee goreng. Jimy beli air & buah. Dalam pada tu sempat lagi aku beli bunga kekwa kaler putih dan merah, kononnya nak bagi bilik aku tu nampak berseri sikit... kui kui kui!


Sudahnya aku masah seafood spaghetti... banyak gak aku masak, sempat lagi hantar sebekas ke umah Kak Leha. Ntah apa rasanya aku pun tak tahu, maklum la... puasa le katakan. Seronok melayan karenah dua orang anak ponakan yang nakal tu. Depa berdua tu, kalau dah berjumpa, main sampai lupa dunia. Tadi Julie sms, beritahu yang Haziq demam dan muntah-muntah...


Newborn nephew aku, si Iean Dani Harahap tu... tidur je memanjang. Tak banyak hal budak tu... senang adik ipar aku menjaganya. Tambahan bila berpantang di rumah sendiri. Tak ada siapa yang membantu pada masa Jimy kerja... Boleh la rehat masa si kecik tu tidur. Hampir kul 12 baru aku dan Cimot sampai kat umah. Penat... lepas layan Cerekarama, kita terus terlelap.

Hari ni tak ada la apa-apa yang best pun. Pagi aku & Cimot ikut housemate gi JJ. Hajat di hati nak cari baju raya *kalau ada yang berkenan la* sebab aku ni susah nak dapat beli baju ready made ni... selalunya, kalau yang berkenan tu... tak ada saiz yang sesuai untuk aku pulak. Tapi kali ini rezeki aku ada, dapatlah sepasang baju kurung warna 'furfle'... hehehe! Memandangkan aku tak ada beri apa-apa lagi pada Iean, maka aku sambar sepasang baju baby untuk dia bersama matching socks dan yang pasti, Ayee pun dapat 2 helai baju... Ketika matahari tegak di atas kepala, kita orang sampai kat umah.... relaks sat dan petang kuar gi beli makanan untuk iftar nanti. Malas lak nak masak hari ni...

~dee~ Lama B menyepi... rindu la pulak!

Saturday, September 13, 2008

Tak tau nak letak tajuk apa

Ingatkan dalam bulan puasa ni bila tak sibuk sangat ngan kerja di ofis, boleh la selalu menceceh di sini tapi sangkaan aku meleset sekali. Malah lagi sukar, hanya sesekali je dapat menjengah. Banyak sangat aktiviti luaran yang perlu diselesaikan. Contohnya dalam 3 hari yang lepas, sebaik je lepas berbuka aku perlu menjemput dan menghantar mak bidan untuk mengurut adik ipar aku yang dalam pantang tu. Hampir tengah malam baru sampai di rumah. Penat wooo... jahitan manik masih ada lagi yang tak disentuh, itu tak termasuk baju mak, adik-adik dan juga diri sendiri. Tidur tak pernah cukup. Nanti, sebaik je naik matahari... dah nak gi jemput Cimot pulak. Sok ada gathering berbuka puasa kat umah adik aku lak. Otak ni tengah berkira-kira nak masak baked macaroni sebab Julie kata dia nak masak mee goreng, so esok kena gi kedai beli apa-apa yang patut. Tak pun beli je makanan kat Bazar Ramadhan... mudah dan pantas. Tengoklah macamana dengan tahap kerajinan aku esok!

~dee~ Masih tak terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun untuk FA, kasih sayang & kenangan lalu tak pernah pudar sampai bila-bila.

After a while I learn the difference between holding hands and falling in love... I begin to learn that kisses don't always mean something, promises can be broken just as quickly as they are made and goodbyes really forever!

Tuesday, September 9, 2008

Merdeka Baby Celebration!

Meriah gaks sambutannya kat HKL tu...

Ni le Merdeka Baby yang lahir 12.01 am tu... Iean Danni bersama hadiah baby cot dari HKL. Siap kena balut ngan bendera lagi... hihihi!

Iean yang baru lahir beberapa jam, didukung oleh sape aku pun tak tahu... may be salah seorang orang besar kat HKL le gamaknyer!

Mak dia pun dapat hadiah gaks... hehehe!

~dee~ Happy Birthday to HL... may all your wishes come true and luv you so much! Nanti lepas raya kita celebrate sama-sama ek?

Monday, September 8, 2008

Ada lagi...


Beberapa hari menyepi... tak pergi ke mana pun. Masih sihat walafiat lagi. Hanya tiada mood untuk bersok-sek di sini. Entah kenapa... aku pun tak tahu. Tambahan semenjak berpuasa ni. Badan lesu... mungkin juga kerana kurang tidur. Masa yang terluang pun tak banyak sebenarnya, terisi dengan pelbagai agenda. Selebihnya, diisi dengan rehat dan tidur. Nanti-nanti bila rajin, aku akan balik semula ke sini.

~dee~ Resah, risau dan rimas...

Thursday, September 4, 2008

Masih tak bernama...

Gerammnya aku tengok pipi Baby Merdeka yang deboh ni, baru 3 hari...

Wednesday, September 3, 2008

Bolehlah relaks sikit...


Jumaat ni program untuk peserta dari Sri Lanka akan tamat. Makanya, besarlah harapan kalau aku dapat merehatkan diri di sepanjang bulan puasa ni... bolehlah buat kerja-kerja yang tertangguh *official & unofficial* dan selebihnya, apabila tiba di rumah aku tak nak lagi fikir pasal kerja... aku nak tidur puas-puas. Tahun ni aku tak amik banyak tempahan menjahit manik... kesihatan tak mengizinkan. Tak sanggup rasanya nak amik risiko. Ada pun... hanya untuk diri sendiri dan family members je.

~dee~ Sok nak jalan jauh pulak... rasa cam nak ngelat je, boleh ke?

Tuesday, September 2, 2008

Cepatnya masa berlalu...

Tak terlambat lagi kiranya aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka dan Selamat Berpuasa kepada semua... Hampir 2 minggu rumah ni terbiar sepi. Rasa macam baru je aku di sini, tup tup dah masuk bulan September pun. Tu lah... macam-macam yang dah berlaku di antara masa tersebut. Sementelahan aku tak kerja hari ni, tu yang buat aku cari gak masa tuk menceceh sekejap kat sini. Terlalu sibuk dengan macam-macam hal yang tak berkesudahan. Habis kisah Pak Arab, kisah Sri Lankan lak... then sibuk ngan konvo yang buat aku sampai demam, batuk dan selsema *flat terus aku dibuatnya*. Belum habis penat dengan konvo, sibuk lak dengan kisah pindah ofis dari Angkasa Raya ke Menara Dato' Onn PWTC... Yang leganya dekatlah sikit ngan HQ, tak lah penat nak berulang-alik nanti. Jumaat lepas, balik ke CB dengan Cimot. Kononnya nak bercuti panjang di sana, alih-alih tepat pukul 00:01 pada 31 Ogos tu aku mendapat anak buat baru. Baby Merdeka pertama lahir di HKL pada tahun ini. Apa lagi, next day tu aku sepatutnya pulang ke KL tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, hanya pagi semalam saja aku dapat menjengok baby baru tu. Memang awal-awal lagi aku dah amik cuti... banyak hal-hal personal yang perlu diselesaikan dalam 2 hari ini. Nak tunggu dapat cuti di lain hari, ntah bilalah lagi? Tahu-tahu je lah dengan aku ni... tak sudah-sudah dengan kerja... kerja... dan kerja... yang banyak dan tak pernah habis tu... hihihi!

Ni la dia Baby Merdeka... kata mamanya nak bagi nama Iean something... *tu pun tak confirm lagi*

~dee~
Lega rasa hati dapat jumpa B semalam, kalo tak hati ni dah mula fikir macam-macam...