Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 27, 2015

begitulah kehidupan


"tak semua yang kita suka itu baik untuk kita dan mungkin perkara yang kita benci itulah yang terbaik buat kita"
Keadaan telah banyak berubah sekarang ini... bukan sedikit tetapi berubah tiga ratus enam puluh darjah. Tiada lagi waktu senggang untuk bersantai dan buat apa yang disukai. Semuanya telah menjadi rutin dan sentiasa mengejar masa. Walaupun begitu, tiada terdetik pun rasa menyesal atau terkilan. Malah, aku rasa amat bersyukur. Ia memberi aku peluang untuk melihat ke dalam diri sendiri. Menilai kekurangan dan kelebihan yang selama ini aku tidak ketahui. Memang kekok pada awal permulaannya, namun perlahan-lahan aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Bukan mudah... ianya amat mencabar sebenarnya. Menduga mental dan fizikal. Alhamdulillah... berkat doa dan sokongan dari mereka yang tersayang, hampir semuanya dipermudahkan perjalanannya. Terima kasih tak terhingga diucapkan.



- Posted using BlogPress from my iPad

terus melangkah...




Seorang teman WA aku phrase ni suatu ketika dulu... mula-mula aku buat bodoh je tapi beberapa hari lepas aku jumpa semula semasa aku tengah clear all the content in my iP4 yang dah kaput tu... masa tu la baru terdetik di hati, apa yang diperkatakan memang betul... buat apa kita buang masa kepada sesuatu yang tiada berpenghujung... aku saja yang tak sedar pada waktu itu... terima kasih teman kerana sekarang baru aku tahu kenapa... maaf aku pohon, walaupun kita jarang sependapat tapi aku tahu niat dan tujuan kau baik... apa-apa pun terima kasih sekali lagi... aku redha dengan segalanya dan bahagia dengan kehidupan aku sekarang... Allah itu maha adil... kala hujan turun, pasti ada pelangi yang menanti di penghujungnya


- Posted using BlogPress from my iPad



Monday, January 19, 2015

Januari hampir berakhir...



Dah hampir nak habis Januari pun. Pantasnya waktu berlalu. Namun, masih tak terlewat untuk mengucapkan selamat datang 2015. Tiada azam baru. Azam yang lalu, masih lagi dibawa bersama. Doa ku pohon agar diberikan kesihatan yang baik serta kekuatan untuk meneruskan hari yang mendatang serta dipermudahkan segala urusan.

Amin!!




- Posted using BlogPress from my iPad