Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 31, 2009

Hooray!

Seronoknyer... esok start cuti hujung minggu 2 hari. Sementelahan bos aku bercuti 3 hari next week maka aku pun amik gak cuti lagi 3 hari, nilah pun peluang nak habis cuti 2008 yang tak habis-habis lagi tu. Hehehe... Cadangnya nak gi jenjalan tapi hari Ahad nanti ada hal keje pulak. So memerap je la kat rumah, bleh la merehatkan kaki aku ni. Tadi kat ofis tak renti-renti wat keje sampaikan tak sedar yang waktu habis keje dah pun berlalu. Dah la berpuasa lagi, memandangkan dah lewat dan malas nak menempuhi jalan yang sesak, hanya selepas berbuka & solat baru aku bergerak pulang. Sampai kat umah kul 9... then membersihkan diri dan settle apa yang patut ala kadar je, esok cuti kan? Now mata dah rasa ngantuk sesangat, penat benar rasanya badan aku ni. So chow dulu... gud nite! Daaaaa.....

Di mana keperihatinan kita?

Beberapa hari yang lepas, ada seorang ahli akademik meninggal dunia di dalam ofis beliau . Apa yang buat aku rasa terkilan bila pemergian arwah hanya disedari ketika staf membuat last checking before leave the office at the end of that day. Memang sudah sedia maklum yang kesihatan arwah tidak beberapa baik kebelakangan ini. Ketika arwah ditemui, keadaan menunjukkan yang beliau telah 'pergi' beberapa jam sebelumnya tapi mengapa tiada seorang staf pun boleh terperasan akan hal ini? Bukannya apa, setelah mendengar keterangan tentang hal ini *demi kebaikan, tak perlulah aku ceritakan di sini*... hati aku berasa sedih sangat dan timbul satu persoalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab. Apakah mereka tidak alert dengan keadaan persekitaran mereka, terutamanya kepada mereka yang berada di workstation yang berdekatan dengan bilik beliau? Memang bukan aku seorang saja yang musykil tentang persoalan ini, malah ada juga beberapa orang rakan kerja yang yang mempersoalkan soalan yang sama. Kata mereka, jika berlaku hal yang sedemikan di US... selepas mendapatkan pengesahan dari keputusan bedah siasat berkenaan jarak antara waktu kematian dengan waktu mangsa ditemui, waris boleh menyaman majikan mangsa tersebut atas sebab 'negligence'. Wallahuallam, tak tau la samada ianya pernah dipraktik di negara kita ni kerana sehingga ke hari ini tak pernah lagi aku dengar kes yang sedemikian. Walau bagaimanapun, cubalah kita bayangkan kalau ianya berlaku kepada salah seorang ahli keluarga kita? Apa perasaan kita?

* aku tidak bertujuan untuk menyalahkan sesiapa kerana tiada insan yang 'perfect' di dalam dunia ini tetapi aku berharap agar ianya akan menjadi pengajaran kepada kita semua... (sekali gus mengingatkan diri sendiri yang serba kekurangan)

Wednesday, July 29, 2009

Dah jadi kebiasaan...

Memang dah jadi kebiasaan aku bangun awal tanpa mengira hari kerja atau cuti. Cuma dalam dua hari ini aku perlu mengisi perut di awal pagi... Bukan apa, dari semalam lagi aku dah mula puasa. Selain mengerjakan yang sunat, sedikit sebanyak ianya membantu aku yang dalam proses untuk menurunkan berat badan. Alhamdulillah, sejak sebulan yang lepas aku telah berjaya mengurangkan sebanyak 5kg. Walaupun tak berapa obvious pada pandangan mata aku, namun sudah ada yang memberi teguran tentang perubahan fizikal aku. Banyak lagi tu untuk mengejar target yang telah ditetapkan dek tuan doktor tempohari, akan aku usahakan juga agar dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan kaki aku ni.

* InsyaAllah... dengan berkat dan doronganMu & juga rakan-rakan!

Tuesday, July 28, 2009

bz... bz... >> happy... happy...

Sumer orang bz. Aku juga tak terkecuali. Dalam bz tu terasa juga kesunyian dan kebosanan yang teramat. Masing-masing punya komitmen tersendiri, tak punya banyak waktu untuk bersantai bersama. Ntah kenapa, Beberapa hari ni aku terasa rindu sesangat pada seseorang... lama juga dia menyepi. Bukan aku tidak mahu menghubunginya tapi banyak sebab yang menghalang... Dok tengah ralit buat kerja tadi, aku terima panggilan dari dia (cam tau-tau je yang aku ni dok tengah teringat kat dia). Hmm... dapatlah borak sekejap, sempatlah juga mengadu itu dan ini. Dia juga bz, bz ke utara... bz ke selatan bersama urusan kerja. Bila nak singgah KL ni?

* Hoping to meet u soon, B!


Owh Oooo....

My mind in a messed! Can't think much... as so many things came up lately. Don't know what to write in here. Ehhh... no! Actually, don't know how to convert it into words and also don't know which one can I share with you all. Anyhow, I will do it when the times come. May be later... tomorrow, after tomorrow, next week or next month?

Will be back soon...

Friday, July 24, 2009

Tak nak percaya pun...

"Justice represents the balance in life between right and wrong. It is a reminder that you are accountable for your actions and you must be prepared to accept the consequences of any misdeeds. You have been given the strength to fight injustice in everyday life, so bring balance back into the world around you."

Mata tak bleh nak lelap. Terkebil-kebil aku memandang siling, memujuk mata untuk pejam dan lena. Kata orang count the sheeps... tapi tak juga berjaya. Dahnya, aku layan surfing on the net. Saja-saja nak hilangkan rasa sunyi, bosan dan manalah tahu kot-kot rasa ngantuk tu datang nanti... Dalam dok surfing, aku terjumpa la bahagian cam telek-telek nasib ni. Aku tengok la tentang diri aku kat bahagian Daily Tarot Card. Kad Justice yang naik untuk aku hari ni. Baca je isinya, terasa cam kena je ngan apa yang berlaku kat diri aku lately ni... Bukanlah nak percaya pun... syirik tu! Ianya hanya kebetulan je and its just for fun dalam melayan mata yang masih lagi segar bugar ni.

~dee~ At least, bleh la juga pujuk hati yang terkilan ni...

Wednesday, July 22, 2009

Terkilannya rasa hati

Mood aku serta merta hilang tengahari tadi sebaik saja menerima panggilan dari seseorang yang tidak ku kenali suaranya di awal perbualan tetapi setelah dia memperkenalkan dirinya, barulah aku tahu siapa dia dan mengapa dia menghubungi aku. Malah selepas mendengar keterangan lanjut dari dia, hati aku terus menjadi sebal serta geram dengan apa yang telah terjadi. Tiada apa yang dapat aku buat... aku tiada kuasa untuk memutarkan semula waktu yang telah berlalu untuk memperbetulkan keadaan, melainkan menunggu dan melihat apa yang bakal mendatang... hidup mesti diteruskan. Walaupun memang aku yang meminta sedemikian tetapi aku tidaklah menyangka bahawa ianya akan menjadi serumit ini. Lebih-lebih lagi setelah menerima 2 lagi panggilan dari insan-insan yang tak diduga... dan yang lebih menyesakkan fikiran apabila mendengar biji butir perbualan mereka. Mengapa mesti aku dihukum dengan sesuka hati tanpa mendengar terlebih dahulu hujah pembelaan dari pihak yang dituduh? Di mana keadilannya? Di manaaaa? Oh Tuhan... tolonglah hambaMu yang lemah ini! Berikanlah dia kesabaran... kekuatan... serta ketabahan... untuk berenang di lautan yang penuh onak dan duri ini. Sesungguh padaMu ku memohon pertolongan dan perlindungan. Aminnn....

~dee~ Saat ini aku memang memerlukan seseorang di samping...

Monday, July 20, 2009

Nak buat camner kan?

6 Julai aku mula bekerja setelah hampir sebulan ter'kurung' di rumah. Dalam tak sedar sudah nak masuk minggu ke-3 pun. Tu lah, kalo dah sibuk... masa yang berjalan itu dirasakan terlalu pantas berlalu. Mana taknya, banyak perkara yang perlu aku catch-up. Bukan apa, tentu macam-macam telah berlaku di sepanjang ketiadaan aku dulu dan nak tak nak aku kena juga ambil tahu supaya bila bos bertanyakan sesuatu, aku tidaklah lagi menunjukkan mula blank pada dia dan terkial-kial untuk mencari info. Fenomena biasalah tu kan bila sudah agak lama tidak masuk ofis?

Seperkara lagi... dalam sebulan bercuti sakit tu, berat badan aku pun turut sama naik hingga ke tahap yang membimbangkan. Apa tidaknya, masa aku banyak dihabiskan dengan berbaring saja kerana tidak boleh membuat banyak pergerakkan. On my last visit, doctor asked me to reduce 12kg in order to get back my ideal weight... in the other words, it will reduce pressure on my foot, so it will also help my foot recover faster.

Sejak dah berkerja semula ni, aku selalu je kepenatan. Itu yang membuat aku tiada masa untuk membuat perkara lain. Maklum sajalah... kesemua pergerakan aku mengambil masa yang agak panjang dari kebiasaan. Kaki dah 'cacat'lah katakan. Mengambil masa yang panjang juga baru aku boleh aktif semula seperti biasa. Salah satu daripadanya, aku tidak lagi boleh beriadah seperti joging, berlari dan apa-apa juga aktiviti yang menggunakan kaki paling dalam tempoh paling minima setahun. Rasa sedih gak kerana aku ni dah terbiasa melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sedemikan. Sabar ajelah wahai hati... huhuhu!

Thursday, July 2, 2009

What a boring day?


I am alone here...
May be till Sunday
My housemate is on holiday to Tioman
Cannot go anywhere
My car is still in the 'hospital'.
My sister also cannot comes back,
she has a lot of assignments to complete...
What else to do...
other than eating, watching tv, reading & sleeping?
Feeling bored now...
Is there anybody who can accompany me?

Wednesday, July 1, 2009

Kejap nyer...

Tu la kan? Begitu pantas masa berlalu... separuh dari 2009 telah berlalu pergi dan begitu banyak peristiwa yang telah berlaku dalam tempoh 6 bulan tersebut yang kadang kala membuatkan aku jadi 'huru-hara' seketika. Itulah yang dinamakan rencah kehidupan kerana tak semua yang dirancang itu akan menjadi dan ada juga perkara yang tak dijangka telah terjadi. Sama ada ianya baik atau buruk, aku harus redha menerimanya. Setiap kejadian itu pasti ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak nampak.

Aku bernasib baik kerana ada yang sudi untuk membantu aku untuk menguruskan kedua-dua kes kemalangan tu. Keputusan kes telah pun keluar dan disahkan tidak bersalah di dalam kedua kes tersebut dan secara tak lansung, aku layak untuk membuat tuntutan insuran. Alhamdulillah, DIA telah mempermudahkan kerja aku. Kalau tidak, entah bila la agaknya aku boleh buat tu semua, ianya bergantung kepada keadaan kaki aku yang entah bila akan pulih. Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada N. Sekarang, 'baby' kesayangan aku tu sedang di 'rawat' di 'ward' dan tak tahu lagi bila ianya akan siap. Maklum sajalah, 'kecedaraan'nya agak parah juga.

3 minggu sudah aku memerap di rumah, pergerakkan terhad membuatkan aku jarang sangat keluar ke mana-mana, melainkan ada perkara penting saja. Ini baru betul-betul dikatakan 'patah kaki'. Aku yang dah biasa tak duduk diam ni, rasa memang sukar untuk mengharungi hari-hari sebegini. Nasib baik minggu depan, aku akan mula bekerja. Tapi tak tahulah, dapat ke kaki aku ni bertahan untuk duduk sahaja sepanjang hari? Nak tak nak, kena cuba dulu. Apa yang aku rasa, tahap pulihnya baru je 50%... aku masih lagi bertongkat dan perlu memakai brace sekurang-kurangnya untuk tempoh sebulan dua lagi. Apa nak buat, dah nasib badan... tangggung je la.

~dee~ Masa-masa beginilah baru kita tahu mana satu kawan yang akan bersama kita tak kira apa jua pun keadaan kita. Sebelum terlupa, Happy Birthday Zan! Moga tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. InsyaAllah...