Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 19, 2008

Bila dah cuti...

Bila tak dapat cuti, merungut. Bila dah cuti pun merungut. Aku yang dah biasa tak duduk diam, bila dah cuti... tak tau nak buat apa maka mulalah aku jadi tak tentu arah. Ayee masih bersekolah... minggu depan baru dia start bercuti. Sekolah dia lain sikit dari sekolah biasa. Cuti hujung tahun mereka hanya lima minggu saja, sekolah swasta macam tu la. Kalau nak ke mana-mana pun, kena tunggu minggu depan la... Tak pe, cuti aku masih panjang...

~dee~ tiba-tiba je semalam aku kena migraine teruk... sampai tak boleh nak bangun... bila la otak aku ni nak rasa lapang?

Monday, November 17, 2008

Masa untuk berhibenasi

Esok aku dah mula bercuti... dan akan mula bekerja semula selapas Eidul Haj. Pertama kali dalam sejarah sepanjang 6 tahun bekerja di sini, aku mengambil cuti panjang begini dan kali ini juga aku berjaya menghabiskan baki cuti tahun sebelumnya dengan jayanya. Selalunya tiap-tiap tahun ada la 2-5 hari kena burn begitu saja. Pastinya ramai rakan-rakan yang akan terkejut. Alangkan bila aku ambil cuti 3 hari pun dah ada yang tercari-cari, macamlah aku ni cuti berbulan-bulan pulak. Bos aku, nak tak nak kena gak kasi aku cuti. Bukan selalu pun... Lepas ni ntah bila lagi aku akan dapat peluang macam ni. Kali ini juga, aku akan pastikan yang aku hanya akan menjawab panggilan dari nombor-nombor yang dikenali saja terutamanya dari bos dan ofis... lain-lain tak layan. Jap lagi nak brief rakan sekerja yang akan mengambil alih kerja aku nanti.

Ayee suka sesangat bila tahu mama dia akan bercuti panjang. Selalunya, bila tiba cuti sekolah je dia pasti demand nak gi mana-mana dan bila aku kata yang aku tak boleh nak bercuti, dia frust sangat. Sudahnya cuti sekolah dihabiskan di rumah saja. Bukan tak kesian ngan dia tapi nak buat macam mana, dah tuntutan kerja.

~dee~ Aku perlu belajar terima kenyataan...

Saturday, November 15, 2008

Segalanya jadi huru-hara


makan minum jadi tak menentu
berat badan berubah secara mendadak
tidur pun sececah je
sekadar melepaskan rasa kantuk
fikiran, masih waras tapi ntahlah...
boleh lagi ke bertahan?
kerja, menimbun macam biasa
buat je setakat terdaya
kengkawan...
mereka dengan kehidupan mereka
si dia? senyap begitu saja...
apalah nak jadi dengan aku ni???
~dee~ makin hari makin serabut....

Friday, November 14, 2008

Terluka...

Hari ini aku rasa cukup terluka dengan kata-kata seseorang yang cukup 'rapat' dengan aku selama ini... sungguh aku tak sangka tapi apakan daya, terima sajalah. Sudahnya, seketika selepas itu aku terima sms dari dia...
  • ?: some of what i mentioned just now doesn't reflect my feeling, sorry about that.
  • d: felt so hurt with all those words
  • ?: don't forget, what had happened hurt me too
  • d: u also must remember, sdkt sebyk semua ni terjd adalah berpunca dr u
  • ?: yea blame everything on me if that will make u happy
  • d: hopefully it will
Rasa ingin lari jauh... sungguh jauh sehingga tiada siapa yang dapat menjejaki...

~dee~ Happy Birthday Julie!

Thursday, November 13, 2008

Memujuk hati...

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

~dee~ seorang kawan bagi aku lirik lagu ni... thanx, insyaAllah aku ok!

Wednesday, November 12, 2008

Tak semua orang faham...

Aku berasa cukup tertekan sejak kebelakangan ni. Macam-macam yang mendatang. Selalunya, aku akan meluahkan pada seseorang atau pun, di sinilah aku luahkan perasaan tapi tidak untuk kali ini kerana tidak semua orang faham apa yang sedang aku lalui dan tidak kepada semua orang boleh aku ceritakan apa yang sedang aku rasa. Semalam aku rasa lega sikit. B turun KL dan kami berjumpa. Tak sangka B perasaan akan perubahan aku... dan hanya pada dia aku dapat berkongsi rasa. Thanks so much B for being with me when needed, you know how to make me happy and relief... luv you!

~dee~ Feelin' so lonely right now... i need an accompany

"Every Day I Love You"

I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you

Everyday I love you more
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you

~dee~ Thanx B for cheering up my day!
HL, am still waiting for an answer...

Tuesday, November 11, 2008

Masa lalu...

Terlalu banyak cerita yang nak aku coretkan di sini tapi aku tak punya masa yang panjang untuk itu hari ini. Apa yang boleh aku katakan, aku amat merindui masa-masa lalu 'bersamamu'. Terlalu rindu... andai ianya bisa diputar kembali, akulah antara orang yang paling gembira di dalam di dunia ini.

~dee~ Good luck and all the best sadek... you can do it!
Happy 27th Birthday Sue! Iean kata dia nak adik lagi...

Friday, November 7, 2008

Mantera Beradu

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur di sisimu

Puisi hatimu... hatimu puisi
Palu hatiku... palu hatiku

~dee~ Aku tahu mereka sayang aku tapi bukan itu caranya...

Thursday, November 6, 2008

Kenapa?

Aku seboleh-bolehnya mahu menggembirakan semua orang yang ada di sekeliling aku terutamanya orang-orang yang kita sayang hinggakan kadangkala, kita terpaksa mengorbankan hati dan perasaan sendiri. Tetapi mengapa mereka tidak boleh berbuat demikian untuk aku? Mengapa mereka tak pernah nak tahu isi hati aku dan apa yang boleh buat aku gembira?

~dee~ Susah sangat ke nak penuhi permintaan aku yang satu ini?