lama giler tak berceloteh kat sini... kalau ada pun setakat n3 pendek saja kan?
hmmm... nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan... dalam kepala ni memang ada macam-macam story nak diluahkan tapi kekangan waktu, tekanan kerja serta bermacam-macam aktiviti & insiden yang berlaku buat semua tu jadi terbantut dan tepu begitu saja
skill untuk menaip dan bercerita pun dah ke laut... nak cari perkataan dan olah ayat pun dah buat aku rasa macam blank seketika... ha ha ha... rasa macam budak sekolah rendah yang disuruh cikgu buat karangan pulak, amik masa nak pilih dan susun ayat dengan betul... teruk betul aku ni, apa la nak jadi kan?
itu baru cerita pasal nak buat n3 blog, belum lagi nak cerita pasal daily life aku yang aku rasa cukup mencabar dan padat dengan pelbagai aktiviti... bila kenangkan semula, macam mana la aku boleh 'terlibat' sama dalam kancah begini? nak kata huru-hara tu, tak la sangat... cuma aku masih lagi dalam proses penyesuaian diri dengan situasi... ye lah kan, dulu-dulu aku punya banyak masa santai... boleh lepak dengan adik-beradik, layan anak buah serta pergi window shopping... sekarang ni? hmmm... nak pergi beli keperluan peribadi pun selalu tertangguh-tangguh... kena tunggu orang setuju tuk temankan, barulah boleh nak mengorak langkah... nasib baik waktu melawat ayee tak pernah terganggu lagi buat masa ni... terima kasih kepada si dia yang telah banyak membantu...
namun, aku dapat rasa yang tak semua orang happy dengan apa yang aku lalui sekarang ni... ntahlah... itu yang aku rasalah... maafkan aku, aku tak mampu nak jaga hati semua orang... kekadang aku rasa aku jadi tersepit di antara dua individu dan dua keadaan... walaupun begitu, aku dah cuba sebaik mungkin untuk bahagiakan hati setiap orang...
sebagai hambaNya, siapa la aku untuk merungut atas semua ni... bukan kehendak aku pun, semuanya telah disusun olehNya... aku terima dengan hati yang terbuka... malah aku rasa bersyukur sangat kerana dalam keperitan itu ada juga kemanisannya... bak kata orang, bukan senang nak senang dan bukan susah kalau nak jadi susah...
terima kasih tak terhingga kepada insan-insan istimewa... yang sentiasa berada di samping, tak kira waktu susah senang... tak terbalas rasanya jasa kalian... hanya Dia saja yang dapat membalasnya
- Posted using BlogPress from my iPhone