Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 31, 2008

Hari Terakhir 2008

Sedar tak sedar, dah sampai pun ke penghujung tahun 2008. Begitu pantas masa berlalu. Macam-macam telah berlaku di sepanjang tahun. Apa yang boleh dikatakan, mana yang baik dijadikan ikhtibar dan mana yang kurang baik itu dijadikan sempadan. Eh... betul ke apa yang aku cakap ni? Alaa... kau orang faham la kan maksud aku kan?

Tak kira awal tahun atau hujung tahun, perkataan sibuk tu macam dah sebati dengan aku. Kerja... itulah yang utama dalam hidup aku, selain keluarga di sisi. Nak dapat masa untuk diri sendiri cukup sukar sekarang ni. Terlalu banyak yang nak dibuat dan juga perlu menjaga hati-hati insan di sekeliling. Hujung tahun terutamanya masa cuti sekolah, memang banyak kenduri kahwin yang perlu dihadiri... tak pergi nanti orang kata kita tak ingat saudara. Nak tak nak kena gak le pergi... nasib baik di bulan Disember ni banyak cuti umum... jadinya tak perlulah susah-susah nak mohon cuti tahunan. Kalau tak susah gak aku. Pe-pe pun dah tercapai segala azam yang disenaraikan pada awal tahun ari tu? Azam aku? Hmm... sebenarnya aku tak ada berazam untuk apa-apa yang besar pun, cuma mahu hidup aman, damai, ceria dan bahagia selalu di samping orang-orang tersayang dalam menjalani kehidupan seharian dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik... sikit-sikit tak baik tu pun ada juga tapi biasalah dengan adat resam kehidupan kan?

~dee~ Sukar rupanya untuk kita melupakan orang yang pernah bertahta di hati?

Friday, December 19, 2008

Apakah petandanya?

Tak tahu mengapa, sejak kebelakangan ini aku selalu sangat terkenangkan perkara-perkara yang sudah berlalu. Tak kiralah sama ada yang pahit ataupun yang manis, terutamanya yang berkaitan dengan orang yang disayangi dan pernah disayangi. Kadang-kadang sampai terbawa-bawa ke dalam tidur. Sedar-sedar saja air mata membasahi pipi, andai kenangan yang dikenang itu menyedihkan dan juga di sebaliknya, andai kenangan yang dikenang itu menggembirakan hati ini akan berbunga ceria. Jenuh aku cuba hindari untuk mengingati semua itu tapi gagal, malah kenangan demi kenangan datang bertalu-talu. Oh Tuhan, apa petanda semua ini?

~dee~ hari ni nak balik CB untuk uruskan hal persekolahan Ayee...

Tuesday, December 16, 2008

Kesibukan di hujung tahun

Hari ni, walaupun aku keluar agak lewat dari rumah tapi dalam 15 minit aku dah sampai kat ofis. Cuti sekolah la katakan, jalan tak sesak. So masa yang terluang sekejap ni aku curi untuk update blog ni. Asyik post lirik lagu je... Aku naik kerja semula minggu lepas. Biasalah bila dah bercuti panjang, bertimbun kerja yang menunggu sebab tak semua kerja boleh dibuat oleh staf yang menggantikan aku tu. Mengikut kata budak tu, sepanjang ketiadaan aku... dua kali bos aku bertanya pada dia bila aku akan masuk bekerja semula. Dia lupa ke atau saja buat-buat lupa agar budak tu sampaikan 'hint' kat aku agaknya? Kesian juga aku kat bos aku tu... Pasal tu agaknya selama ni aku tak sampai hati nak amik cuti panjang-panjang. Bos baik, siapa tak sayang wei! Eh... nanti sambung lagi. Time to work now!

~dee~ aku masih seperti yang dulu... masih mengingati dan merindui
happy belated birthday buat ct... may our friendship last forever

Friday, December 12, 2008

Say (All I Need)

Do you know where your heart is?
Do you think you can find it?
Or did you trade it for something, somewhere, better just to have it?
Do you know where your love is?
Do you think that you lost it?
You felt it so strong but nothing's, turned out how you want it

Well bless my soul
You're a lonely soul
'Cause you won't let go, of anything you hold
"Well, all I need is the air I breathe and a place to rest my head"

Do you know what you're fate is?
And now you're trying to shake it?
You're doing youre best dance,youre best look
You're praying that you'll make it

Well bless my soul
You're a lonely soul
'Cause you won't let go, of anything you hold
"Well, all I need is the air I breathe and a place to rest my head
Say all I need is the air I breathe and a place to rest my head"

Do you think I can find it?
Do you think you can find it?
Do you think you can find it, better than you had it?


Do you think I can find it?
Do you think you can find it?
Do you think you can find it (yeah), better than you had it? (better than you had it?)

"Say all I need, is the air I breathe,and a place,to rest my head
Say all I need, is the air I breathe,and a place,to rest my head"

Do you know where the end is?
Do you think you can see it?
Well, until you get there, go on, go ahead and scream it
Just say...


~dee~ seksanya menunggu...

Thursday, December 11, 2008


mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang
satu jam untuk menyukai seseorang
satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang


~dee~ masih ingat lagi kah dia padaku?

Wednesday, December 10, 2008

Ayat-Ayat Cinta - Rossa

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinan ku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku biasa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

repeat reff:

ketika ku bersujud

~dee~ Sepi itu amat menyiksakan

Friday, December 5, 2008

Cuti lagi...

Huhuhu... lama sungguh aku tak update. Masih lagi dalam bercuti, lepas Eidul Haj nanti baru keje semula. Seronok tak cuti? Entah... tak tahu nak citer la. Macam-macam ada... Sebenarnya aku dah tak sabar nak gi ofis. Cuti panjang sangat ni sebenarnya bukanlah best sangat. Kata orang cuti panjang boleh berehat tapi aku tak rasa camtu. Yang betulnya... bukannya rehat pun, penat lagi adalah. Banyak benar perkara yang nak dibuat. Penat makan terutamanya. Tiap waktu makan, aku tak pernah missed. Mana taknya, mak masak sedap... kalo tak makan kang dia kecik hati lak dan once dah makan, tak leh control lak! Abih, nak buat apa lagi kan? Now berat aku dah naik 4kg... muka aku dah tembam. Pe-pe pun aku tak risau sangat sebab badan aku ni senang naik dan senang turun. Nanti bila dah start keje, kejap je badan aku akan balik ke keadaan asal. Harap-harap boleh la kan? Hehehe...

~dee~ Rindunya pada si'dia'...