Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 30, 2009

...just another manic Monday!


Rasa macam malas sangat
Biasalah... Monday Blues orang cakap...
Rasa ngantuk pun ada...
Biasalah... terlebih tido orang cakap...
Rasa rindukan seseorang
Biasalah... lama tak jumpa orang cakap...

Orang cakap... orang cakap...
Aku cakap?
Aku cakap...
Memang betul pun
Aku rasa malas, rasa ngantuk dan juga rindukan seseorang...


Sunday, November 29, 2009

Tadaa!!!

Tukar kulit lagi...
Dalam setahun, ntah brapa kali agaknya nak tukar?
Sebenarnya, tengah kebosanan... tak boleh nak tido...
Tak tahu nak buat apa... saja nak buang masa...
Apa lagi... tangan pun gatal la nak mengubah warna kulit blog ni...
Saja-saja... dah jemu dengan layout yang lama...
Yang sebenarnya, saja nak alihkan minda yang tengah...
Tengah apa ek? Tengah apa-apa lah...


Betul ke?


Kata orang, kalau kita asyik terkenang dan rindu sangat pada seseorang tu... bermakna orang yang kita ingat dan rindui itu pun berperasaan yang sama kat kita juga. Betul ke? Aku tanya mak tentang statement ni, meh kita lihat apa katanya...

Betul ke apa yang orang cakap tu mak?
Betul la agaknya. 
Mak pernah ke rasa camtu?
Pernah... selalu... 
Siapa yang mak rindu-rindu selalu tu?
Anak-anak mak la...!

Betul juga cakap mak tu... selalunya bila aku teringat dan rindu sangat kat mak, aku takkan berlengah masa untuk balik ke CB dan bila tiba di sana, saat aku salam dan peluk cium mak... dia akan berkata, 'rindunya ngan anak mak ni...' Padahal, bukannya lama sangat aku tak balik, ada ketika, tiap-tiap minggu aku balik. Tapi itu la kan... kalau rasa rindu tu nak datang, ia bukannya mengira baru atau lama  masa tak jumpa... jauh atau dekat orang yang kita rindu tu... terutamanya rindu pada yang tersayang.

p/s rasa rindu sangat pada orang tu...

Saturday, November 28, 2009

What am I doing?

Stay at home >>> Doing houseworks. Resting. Eating. Watching tv. Reading novel. Listening to mp3. Surfing online. Chatting... and bla bla bla!

One thing still cannot do till now...  S.L.E.E.P ! So... lets litsten to this song....



AKU CINTA PADAMU - Sheila Majid

Malam yang romantis ini
tuk kau dan aku
Tetapi di kau seakan air
Yang membeku
Ku masih melihat ragu
Di matamu
Haruskah lidahku berikrar lagi
Untuk yang keseribu kali

( korus )
Aku cinta padamu... sungguh
Aku cinta padamu... sungguh
Mestikah ku ucapi
Dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu
Kasih...

Sesungguhnya dikau tak sabar
Bila berkata
Begitu banyaknya cabaran
Yang telah mengoda
Tetapi hingga saat ini
Daku bertahan
Masihkah kau mengerti
Masihkah kau tak tahu

Ulang Korus


Aku cinta padamu... sungguh
Aku cinta padamu... sungguh
Mestikah ku ucapi
Dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu
Cinta padamu...

Oohh... Mmmmmm... 



Sambutan Eidul Adha

Tahun ni semua ahli keluarga berkumpul di rumah Julie untuk menyambut Aidil Adha. First time u know? Also first time buat aku... aku hanya menjadi tetamu saja, gi sana hanya di pagi raya, makan-makan  dan lepas waktu zohor balik umah... tido then lepas maghrib gi sana semula, sebaik selesai makan malam dan masing-masing sudah mula bergelempangan tido depan tv, aku pun balik umah. Terukkan aku ni? Alaa... sekali sekala. Nak gak merasa masakan adik-adik pula...


p/s "Di Hari Raya... Terkenang daku kepada si dia..." Naper DJ radio tak mainkan lagu raya ek?

Like usual...



OMG!!!
Hardly get sleep.
Why?
Overslept? Thinking?
I don't know... really don't know!


p/s Really need someone to talk with...

Thursday, November 26, 2009

Sesi dengar lagu...

Hari ini, di samping aktiviti rutin seharian di ofis dan rumah... dari pagi sampai la sekarang asyik dok layan lagu. Lagu ni selalu aku dengar kat radio tapi tak sempat nak cari kat web, jap tadi baru sempat nak download... jom layannn!


I WILL BE – Leona Lewis
There's nothing I could say to you
Nothing I could ever do to make you see
What you mean to me
All the pain, the tears I cried
Still you never said goodbye and now I know
How far you'd go

I know I let you down but it's not like that now
This time I'll never let you go

Chorus:

I will be all that you want and get myself together
'Cause you keep me from falling apart
All my life, I'll be with you forever
To get you through the day and make everything okay

I thought that I had everything
I didn't know what life could bring
But now I see, honestly
You're the one thing I got right
The only one I let inside
Now I can breathe 'cause you're here with me

And if I let you down, I'll turn it all around
'Cause I would never let you go

Repeat Chorus


Without you I can't breathe
I'm not gonna ever, ever let you leave
You're all I got, you're all I want, oh
'Cause without you I don't know what I'd do
I can never, ever live a day without you
Here with me, do you see you're all I need?

And I will be, all that you want and get myself together
'Cause you keep me from falling apart
And all my life, I'll be with you forever
To get you through the day and make everything okay

Repeat Chorus




p/s Cinta, kasih dan sayang ini tetap unggul dan akan kekal bersemadi di hati ini hingga ke akhir hayat...
 

Issues



Issues by The Saturdays
Ohh... yeah
Sometimes…
I Feel like I’m going out of my mind,
Boy the way you do me is a damn crime,
But then you smile at me and its all right,
With you there aint nothin' in between,

Every time that I walk out the door,
Tell myself I can't take it no more,
There’s a part of me won't let you go
Keep saying yes when my minds saying no,

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Its so wrong, boy you leave me hangin' for so long,
You empty out my love until its all gone,
You change the words but still it's the same song,
I’m tired of the melody.

Change my number and throw out your clothes,
But my feelings for you, it still shows,
I keep building the walls round my heart,
But then I see you, and it all falls apart...

Repeat Chorus

Why fight it, cant hide it
Truth is I think I like it,
Confusion, illusions
Still I don’t know which way to go…

Repeat Chorus 2x


Me and my heart we got issues, issues, issues
We got issues, issues, issues,

We got issues, issues, issues

We got issues, issues, issues


Me and my heart we got issues
Don’t know whether I should hate you or miss you.


p/s MUSM actually...

Wednesday, November 25, 2009

Stress la pulak...

Tadi cerita kat dalam ofis... lain ceritanya. Kat luar ofis pulak lain ceritanya. Adoii... lepas satu, satu... problem yang datang. Walaupun yang ini tak la sebesar mana dan tak la melibatkan aku directly tapi kerana tempiasnya sampai kat aku dan juga orang-orang di keliling aku, sedikit sebanyak buat aku stress la juga... Boleh tak kalau aku buat bodoh je? Malas tul nak memikirkannya...

p/s Andai aku boleh jadi 'Witch' cam dalam serial drama Charm tu, mungkin mudah je aku nak selesaikan semua ni.

Tensed!

Ni semua gara-gara insan yang aku tak tau nak letak dalam kategori apa. Sabar tu, sabar juga... Risau je gunung berapi aku akan meletup! Tapi sebelum meletup tu... memang dah ada sungai yang dah bah dulu tadi. Tak tahu nak buat camner... aku bukannya Superwoman yang boleh nak buat semuanya berseorangan. Alangkan robot pun ada masa untuk rehat dan diservis... kalo tak sure kaput punyer...

p/s Thanx a lot to a fren who was really care about what had happened today... really appreciate it!

Tuesday, November 24, 2009

Serba tak kena...

Dari semalam aku rasa macam ni... kenapa ek? Aku rasa sunyi, rasa rindu, kekadang rasa happy, kejap lagi rasa sedih pulak dan macam-macam lagi la.... Kerja memang la berlambak, terutamanya setelah seminggu ianya diabaikan... gara-gara konvo last week la ni! Hari ni aku awal dari biasa, terlupa yang sekarang ni cuti sekolah... Harap-harap hari ini juga semuanya akan berjalan dengan baik... InsyaAllah! Nanti sambung lagi... terlalu banyak item dalam 'to do list' aku pagi ni. Huhuhu!

p/s Terasa kaki ni sakit semula, jalan pun dah tak macam biasa. Lupa diri aku ni... tak sedar yang kaki tu belum cukup baik lagi.... memang kena kurangkan kelasakkannya mulai hari ni.

Sunday, November 22, 2009

OMG!

Apa dah jadi dengan aku ni?
Bermimpikah aku?
Tidak... pipi aku pedih bila dicubit
Ohh... aku masih di alam nyata
Ini bermakna aku bukan bermimpi
Ini juga bermakna aku kalah...
Kalah dengan kata hati aku sendiri
Namun begitu aku puas... dan tak perlu gusar lagi
Aku telah temui jawapan yang aku cari selama ini
Sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran...
Terima kasih... ribuan terima kasih
Aku rasa terlalu gembira dan bahagia
Biarlah ianya menjadi rahsia hati
Rahsia hati ini akan kusimpan sebaiknya
Akan aku semat di penjuru hati sampai ke akhir hayat...

p/s Jenuh nak lelapkan mata tapi tak mahu gaks... sok nak keje nih! 'Over slept' agaknya. Dari petang semalam aku tido sampai meninggi hari, hari ini cam orang lalok dapat 'dadah' je... pecah rekod tuh. Jap tadi dengar lagu ni kat Lite FM, layan...


MEET ME HALF WAY - Kenny Loggins
In a lifetime
Made of memories
I believe
In destiny

Every moment returns again in time
When I've got the future on my mind
Know that you'll be the only one

Chorus:
Meet me halfway
Across the sky
Out where the world belongs
to only you and I

Meet me halfway
Across the sky
Make this a new beginning of another life.

In a lifetime
There is only love
Reaching for the lonely one

We are stronger when we are given love
When we put emotions on the line
Know that we are the timeless ones

Repeat Chorus 2x


Saturday, November 21, 2009

Siapa sangka?

Aku ni apa je sampai subuh buta gini masih tak bleh nak tido? Ye la, baru jap tadi sampai umah. Seronok sangat agaknya sebab dapat berjumpa dengan kawan lama... lepak sampai ke pagi borak-borak, macam-macam cerita nak catch up. Masih boleh kenal antara satu sama lain, walaupun dari segi fizikal agak banyak yang berubah... cuma character je yang tidak. Itu yang buat aku ingat sampai ke hari ini. One day & night was not enough... definitely, lagi pun bukan senang nak dapat peluang camni... cam tak percaya je boleh jumpa semula kan? Nak buat macam mana kan, itu je masa yang ada... sok dah nak balik...

Pagi ni tak de agenda apa2, just nak rehat-rehat melepek kat umah je... nak 'qhodo' tido kot! Hehehe

p/s Thanx a lot frenz... really appreciate with the great time spent... ntah bila la agaknya dapat jumpa lagi kan? Anyhow... one of the days we will meet again... have a gud trip back home!


Friday, November 20, 2009

Semalam & Hari Ini



Sempat gak aku amik gambar yang ntah apa-apa ni, nak hilangkan kemengantukkan mata ni sementelahan menunggu makanan dihidang sebaik saja Ucapan-Ucapan VVIP tu tamat nanti...

Sehabis saja bertugas di Majlis Penyampaian Sijil IPD semalam, bos no.2 minta aku pergi dinner di malam hari bagi pihak seseorang... aku baru je minta bos no. 1 perlepasan balik awal dan nak balik ke rumah untuk berehat... tup tup balik awal coz wanna get ready for the dinner. Dalam dok kemas-kemas my workstation dan clear apa yang patut, aku terima call dari seseorang yang telah lama tidak aku dengar suaranya... bertanyakan tentang agenda aku malam nanti. Alamak, baru aku teringat. Sebenarnya, dalam kesibukan dengan majlis konvo seminggu ni telah buat aku lupa akan hal yang satu ini kerana... argghh susah la nak cerita. Pendekkan cerita, aku tak nak lagi terlibat dalam hal-hal begini buat masa ini. Maka, dengan pantas aku menjawab yang aku perlu pergi dinner malam nanti supaya perbualan kami dapat ditamatkan dengan secepat mungkin kerana aku takut nanti aku akan 'cair' bila berlama-lamaan berbual di talian. Hmm... sampai bila aku boleh bertahan? Mulut mungkin boleh menipu tapi hati... bagaimana harus aku menidakkannya? Entahlah... aku sendiri pun tak tahu apa sebenarnya kemahuan hati aku ini.

Hari ni aku dan juga petugas lain bercuti... actually, ofis pun tutup operasi. Kelewatan pulang ke rumah malam tadi buat aku kepenatan dan mengantuk... dan mahu berehat sepuasnya hari ini. Ada orang ajak lunch sama... entah mengapa ek, keceriaan hari ini aku rasa lain dari yang biasa... Hmm... Dalam masa yang sama, aku tengah marahkan HL kerana tak call aku sebelum dia balik petang tadi... geram nyer! Cam tak faham jerr...

p/s Bangun pagi tadi, aku tampar-tampar pipi kerana nak pastikan yang aku tidak bermimpi...

Wednesday, November 18, 2009

Hari Terakhir...

Hari yang ditunggu-tunggu. Memang dah tak larat... tiap-tiap malam kaki ni 'merengek minta dibelai' dan rehat... tapi apa kan daya, dah namanya kerja nak ke tak nak kena la juga diteruskan. Harap-harap aku masih boleh bertahan...

p/s Kena ingat, ianya 100% tak habis lagi. Itu hanya untuk konvo jer... sok ada separuh hari lagi untuk bertugas di Majlis Penyampaian Sijil utk IPD laks...

Saturday, November 14, 2009

Baru je sehari...

Sehari dah selesai... penatnya tak terkata dan suara aku pun hampir serak kerana tak henti 'membebel' melayan insan-insan yang nama jer berlajar tinggi melangit tapi otak tak leh nak guna untuk fikir kepada perkara-perkara yang mudah hingga 'sakit telinga' serta l'etih mulut' ni nak melayan soalan-soalan bodoh yang ditanyakan pada kami-kami di info kaunter... tu baru hari pertama, ada 4 hari lagi untuk aku lalui keadaan macam ni dan ada agi 4 hari juga kederat ni nak digunakan sehingga ke hari terakhir, so bawa la banyak-banyak bersabar kan? Huhuhu!

p/s Happy birthday untuk adik aku, Julie...sian dia, di hari istimewa begini kena 'melalak' lak... nak wat camner kan? Ada 4 hari lagi weii suara tu nak dipakai... so pandai-pandai la ye 'membahagi' suara tu supaya ianya tetap ada sehingga ke hari terakhir.... hehehe! Sesedap rasa je aku menasihat orang... sebenarnya ianya ingatan untuk diri aku sendiri juga... hihihi!

Friday, November 13, 2009

Setiap Jumaat!

Aku suka bila tibanya hari Jumaat, bermakna esok dan lusa aku boleh bermalas-malasan di rumah. Pada hari Jumaat juga waktu kerja tamat lebih awal dari 4 hari yang sebelumnya, selalunya sebaik saja tamat waktu kerja aku akan terus memandu pulang ke CB, untuk apa lagi kalau bukan untuk berjumpa Ayee & mak abah dan kerana waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat juga, sekali-sekala aku boleh 'lunch date' dengan HL, tak pun kuar cuci mata kat The Mall ngan kengkawan seofis.

Cuma perkara ni je yang buat aku tak suka bila tibanya hari Jumaat. Agak kerap juga berlaku di mana timbunan serta kesibukkan kerja pada hari ini agak lebih sikit dari hari-hari yang sebelumnya yang mana kadang-kadang memerlukan aku stay extra time untuk menyiapkan kerja-kerja yang penting dan bila dah lewat sikit, maka perjalanan pulang akan mengambil masa yang agak panjang kerana kesesakan yang ekstra sikit dari hari-hari biasa. Malam harinya aku dapat merasakan yang kaki kanan aku yang 'cacat' tu akan ekstra sakit serta bengkak. Mana taknya, aku kerap gunakan kaki tersebut untuk menekan minyak dan brek semasa tersangkut di dalam kesesakan tersebut, paling cepat pun untuk tiba di rumah adalah antara 45minit - 1jam, compare to less than half an hour on normal days.

Tapi Jumaat hari ini berbeza sikit, aku perlu siapkan kerja-kerja dengan sepantas yang mungkin sebelum tibanya waktu makan tengahari kerana aku perlu pulang awal hari ini untuk membuat rawatan ke atas kaki 'cacat' aku ni yang bertambah sakit dari hari ke hari sejak kebelakangan ni (takut nanti bertambah serius, tak leh lak nak datang kerja nanti) dan seminggu di minggu hadapan aku tidak akan masuk ke ofis kerana mulai esok hingga 19nov aku perlu berada di PWTC seawal 6.30pg hingga kul 6ptg untuk melaksanakan tugas di Majlis Konvo ke-7. Sure flat aku dibuatnya nanti... huhuhu!

Tak apalah... nak wat camner, nama pun kerja makan gaji... ikut ajelah perintah ye tak? Walau camner pun, bila mengenangkan tentang dua Jumaat akan datang... lupalah sekejap pasal keletihan yang bakal dirasai tu. Mana tak nyer, pada Jumaat 20nov nanti kami yang bertugas ni dibenarkan bercuti tanpa rekod dan pada Jumaat 27nov pula, orang CB akan datang meraikan Eidul Adha di KL... seronoknya terkata.

p/s Tajuk n3 kali ni sama cam tajuk novel NB kan? Harap Kak Yati tak kisah...tak tau kenapa tetiba laju je aku taip tajuk tu masa memulakan n3 ni tadi.


Wednesday, November 11, 2009

Better Man


Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain
Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time
As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man...
~Robbie William~

p/s Melankoliknya... & Happy Birthday untuk Sue, moga menjadi perempuan yang berterampilan, disenangi oleh semua orang, isteri yang solehah dan ibu yang penyayang. Amin!

Tuesday, November 10, 2009

Gi Kursus Grooming & Make-up

Perghh... tetiba je nama aku tersenarai untuk gi kursus ni dan wajib pulak tu untuk semua usherette yang terlibat dalam konvo pada 14-19 nov ni. Malas sebenarnya nak pegi tapi nak wat camner... gi je la. Kang tak pasal-pasal lak dapat surat tunjuk sebab. Sib baik bos nak gi meeting, senang la sikit nak dapat perlepasan. Actually, aku ni tak la pandai sangat tapi seingat aku masa aku kawin dulu, aku yang make-up muka sendiri. Lepas tu pada tahun 1999, dalam dok tengah sarat ngandungkan Ayee... aku jadi 'mak andam terjun' untuk cousin aku, Izah. Ada gak yang puji... biasalah, aku buat yang simple je, but nice. So kiranya boleh masuk kategori pro la tu kan? Hehehe... kalo tak diri sendiri yang puji, siapa lagi ye tak? Hahaha... perasan tak habis!


ni sebahagian jer, tak sempat nak amik gambar semasa dah siap sepenuhnya...

Monday, November 9, 2009

So quiet?

Why? Standard answer ---> Bz! Kui kui kui... But it is true! Actually, beside office works... few problems had raised that made me bz for the past 2 weeks... but it was quite personal and I preferred to keep it for myself. Due to that, not much time can spent online accept for office works and e-mails. Everything is manageable... don't worry, will be back soon... see ya!

p/s Missed Ayee so much!