Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 30, 2016

akhir Jun



setengah tahun pertama hampir berlalu...
begitu pantas waktu berjalan...
apa yang telah kita capai sehingga hari ini
adakah kita menjadi lebih baik dari yang lalu?
atau masih lagi di takuk yang sama?
hanya diri kita yang mengetahui




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 22, 2016

Tua dah rupanya...



Salam Nuzul Quran...
hari ini, lahir seorang bayi lelaki...
anak kepada Latt Nuratirah dan Azizi (Tahniah Mak Teh ucapkan pada kalian)
maka dengan secara automatik aku telah menjadi nenek...
tapi cuma nenek saudara je la... cucu sendiri belum lagi... ha ha ha
apa ye panggilan yang aku nak suruh cucu aku tu panggil nanti ek? 

tua dah rupanya kan?
tu pun masih tak sedar lagi ye Dee?
sikit tahun lagi, ntah ntah menerima menantu pula...
lepas tu baru dapat cucu sendiri... berangan tak sudah... hi hi
harap-harap sempatlah aku melaluinya...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 21, 2016

Duit Raya



ada orang rasa takut dan malu kalau tak sediakan duit raya...

"takkan takde duit raya?"
"aik... seringgit je?"
"duduk KL takkan la RM5 je..."
"kerja pegawai tapi kasi RM10 je?"

fenomena di atas yang selalu berlaku bila tiba masa raya...
orang ingat, asal duduk di KL je, keje pegawai mesti ada banyak duit...
padahal lagi miskin dari kerani yang keje dan tinggal di luar bandar


p/s:
tahun ni boleh tak kasi 50 sen je?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 19, 2016

Menangis





Menangis ni sebenarnya menyihatkan!
Selain dari itu menangis juga boleh membuatkan anda lebih cantik...
Betul ke? He he he...
Teruskan membaca...

Orang menangis ada banyak sebab, antaranya kerana kegembiraan, keletihan, kesakitan dan sudah semestinya kerana kesedihan. Jadinya apabila kita menangis *dengan sepuas hati*, pasti lepas tu kita akan rasa lega dan lapang kan? Betul tak? Betul tak?

Air mata juga dapat membunuh bakteria. Ini kerana air mata mengandungi anti-bakteria yang akan memakan dinding sel kuman yang boleh buat mata kita dijangkiti. Air mata kita juga boleh buat membuatkan penglihatan kita lebih jelas dengan memberikan cecair pada kelopak dan bola mata serta mencegah selaput kelenjar air mata dehidrasi.

Menangis juga boleh buat tubuh badan kita lebih baik. Menangis dapat mengurangkan level mangan *mineral yang memberikan kesan mood* dalam tubuh badan kita. Terlalu banyak mangan boleh buat kita rasa gelisah, lelah dan gugup.

Jangan kita tahan air mata kita. Ianya boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, menyebabkan tekanan darah semakin tinggi dan pelbagai kompilasi jantung. Dari segi emosi pula, ianya boleh menyebabkan kemurungan.

Oleh itu, jangan risau untuk menangis. Ketika anda mengalami hari-hari yang teruk, stress dan penat... bila pulang ke rumah, menangislah... sedikit sebanyak ia akan menjadi ubat untuk anda.


Sumber: Elite Daily & The Independent


- Posted using BlogPress from my iPhone


Friday, June 17, 2016

Sedekah


sedekah bukan amalan yang bermusim... bila-bila masa je boleh buatkan?
semuanya bergantung kepada individu tersebut
memang bersedekah itu satu amalan yang mulia
kerana bersedekah pahala dan rezeki berganda...
tapi kalau nak bersedekah tu pun tengok-tengok juga la
carilah orang yang benar-benar memerlukan...
walaupun dia anak yatim tapi kalau kehidupannya ngalahkan anak che' ta
memang tak layak la kan?
seperkara lagi... kalau nak bersedekah pun, pastikan ianya datang dari sumber yang bersih
takkan nak bersedekah gunakan duit hasil beli nombor ekor kan?
sementelahan di dalam bulan Ramadan ni... jom kita bersedekah
kata orang, kita akan mendapat pahala yang berganda dari hari-hari lain...
wallahu'alam



- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, June 16, 2016

Fenomena masa kini...



 betul kan??? 
bak pepatah orang lama, 'biar papa asal bergaya'
orang-orang macam ni lebih sanggup harungi sangsara asalkan nampak berada
bila ada hal yang melibatkan hal kewangan, dah menggelabah... 
hinggakan sampai satu sen pun nak berkira...
bila dalam kecemasan pula, mula la nak pinjam sana sini...
tak ke hutang akan makin bertambah?
kenapa ek mesti macam tu? malu... atau takut orang mengata? 
tak fahamlah aku dengan orang macam ni...
pada aku, aku lagi respek pada orang yang nampak biasa je tapi duit simpanan berkepuk
bila ada hal yang melibatkan hal wang... tiada masalah dan tak banyak berkira
lagi pun, apa yang kita dapat kalau hanya setakat nak tayang kemewahan pada orang?
silap haribulan orang mengata lagi ada la...
kan lebih baik kemewahan yang ada tu kita kongsikan bersama dengan yang memerlukan?
paling tidak ada juga saham tuk kita di akhirat kelak...




 

Tuesday, June 14, 2016

Moga diberikan kekuatan...





p/s:
jangan pernah berhenti meminta dariNya
jangan pernah jemu merayu dariNya
kerana sampai satu ketika Dia pasti akan mendengar
dan akan memenuhi apa yang dipinta dan dirayu... 
insya-Allah



Friday, June 10, 2016

Betul ke?




p/s: nampak sangat dah tak de keje lain nak buat kan?


Monday, June 6, 2016

Hari Pertama...



Alhamdulillah...
setelah bertahun aku tidak dapat merasakan hari Ramadan pertama
kali ini aku berpeluang merasainya
dan aku bersyukur, bila ofis aku punya waktu kerja yang fleksibel
pukul 4 sudah boleh pulang ke rumah
berkesempatan tuk menyediakan juadah berbuka tuk famili
Selamat berbuka!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 5, 2016

Selamat Berpuasa!


Ramadan datang lagi...
marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini
bersama-sama mengejar segala peluang yang ada
kerana ia hanya datang sekali dalam setahun
dan belum tentu kita akan dipertemukan di Ramadan akan datang...




- Posted using BlogPress from my iPhone