Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 24, 2016

Syukur Alhamdulillah...




#pantasnyawaktuberlalu
#syukuralhamdulillah
#selamatulangtahun
#sayangkamuketatketat


- Posted using BlogPress from my iPhone


Menang







- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 11, 2016

ww




pix taken using iP4 - not filter



- Posted using BlogPress from my iPhone


Hancur Aku






p/s
entah kenapa lately ni suka lak layan lagu-lagu jiwang melayu...


- Posted using BlogPress from my iPhone




Tuesday, May 10, 2016

Wednesday, May 4, 2016

Wordless Wednesday la sangat kan??




Tak tahu nak cakap apa, tapi memang hati ini rasa macam-macam dengan hal yang satu ni. Aku bernasib baik kerana masih dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi aku. Selama aku hidup hampir 44 tahun ni, tak pernah lagi aku jumpa manusia yang seteruk macam ni. Agaknya dia ni kurang kasih sayang, tak pun kurang perhatian atau pun memang jenis yang tak boleh tengok orang senang. Sepanjang aku tahu dan kenal dia ni, tak pernah aku dengar yang baik tentang dia. She must had gone through an emotionally disturbing experienced in her life...

Bukan nak kata apa, dari apa yang aku tahu... mungkin semua tu adalah karma ke atas segala perbuatannya sebelum ini. Aku rasa sedih pula mengenangkannya. Umur bukan muda lagi tapi kenapa la tak pernah nak muhasabah diri dan sedar akan kesalahan diri... Dengar cerita, pergi belajar agama, tuntut ilmu Tuhan tapi tak pernahkah dia berdoa untuk diberi petunjuk dan hidayah dariNya? Selama ni dia berdoa untuk apa? 

For me, she is sick... mentally sick. Same goes to her partner. MSO cakap, jangan dilayan orang yang macam ni. They are not our level actually to deal with. Just let her live in her own world. Aku bukan tak nak setuju dengan pendapat tu. Masalahnya sekarang, dia telah mengganggu ketenteraman keluarga aku dan secara tak lansung dia telah mencalarkan nama baik aku sekali. Itu yang buat aku marah.

Siapat tak marah? Kalau kau ada masalah dengan sesiapa sekali pun, apa kena mengena dengan aku? Dan kenapa nama aku kau petik sekali dalam masalah kau? Lagi buat aku marah, sampai ke mak dan abah aku kau babitkan sekali... Kau boleh nak kata aku apa sekali pun... nak kutuk pakaian aku, nak kutuk perangai aku atau apa sekali pun walaupun ianya tak ada berkait pun dengan masalah kau tapi memang kepantangan aku bila sesuatu perkara yang tidak berkaitan, tiba-tiba mak abah aku terkait sama. Memang mencari nahas namanya... Jangan sekali-kali dikacau sarang tebuan tau!

I wonder if she had a mirror at home or should I buy a BIG one for her? So she can see herself clearly. Sedarlah wahai perempuan, apa yang kau kata tentang aku tu... sebenarnya secara tak lansung kau telah mendedahkan tentang diri kau sendiri. Hanya orang yang pernah berbuat kepada orang lain saja yang akan takut dengan bayangan diri sendiri. Is she a loser or she doesn't has life to live on?

Rasa macam nak cari je mana-mana ustaz yang boleh kasi air penawar kat dia, kasi bersih dan terang sikit hati tu. Ehh buat pe nak susah-susah pulak... partner dia sendiri kan seorang ustaz? Ke ustaz tu hanya pada nama saja? Sekarang ni kan ramai manusia yang bertopengkan agama demi kepentingan diri? Kesiaaannn.... Kesian pada emaknya. Tapi memang tak boleh nak kata apa la... mak dan anak pun sama je naiknya. Like mother like daugther la kan? Pasal tu tidak ada sesiapa yang boleh nak doakan yang baik-baik serta nasihatkan anaknya biar elok perangai. Poor mother and daughter.

Memang sakit hati sangat bila mengenangkan perangai dia ni. Tentang apa yang telah dia buat pada aku dan keluarga aku. Terima kasih mak dan abah kerana kalian adalah ibu bapa yang benar-benar kenal akan anak kalian sekali gus mempertahankan maruah anak kalian dari sesuka hati dikutuk dan dihina. Aku tahu kalian pasti rasa terguris bila anak kalian dituduh dicerca sedemikian. Maafkan aku, kerana aku kalian rasa sedih. Tapi aku tahu, kalian lebih mengenali aku dari dia kan?

Inilah masalah orang Melayu. Inilah juga salah satu contoh orang Melayu yang terkenal dengan perihal jaki, dengki dan irihati. Orang Melayu yang punya hati yang hitam dan busuk sebusuk-busuknya. Orang Melayu yang tidak boleh tengok orang senang. Kau sendiri yang pilih jalan kehidupan yang kau nak, kenapa mesti cemburu dengan kehidupan orang lain? Menyesalkah dengan jalan yang kau pilih? Tidak sedarkah engkau bahawa semua itu adalah balasan ke atas segala perbuatan buruk kau selama ini? Biasalah, akhir zaman ni... mana kau nak nampak semua tu? Tak tahukah kau, perbuatan kau ni sebenarnya merugikan diri kau sendiri?

Seriously, perkara ini sedikit pun tidak menggugat kasih sayang abah, mak dan ahli keluarga pada aku. Malah mereka meyokong aku dari belakang dan sekali gus menjadi kekuatan untuk aku terus berhadapan dengan orang gila ni. Syukur... Syukur sesangat... I am grateful to have a wonderful parents who raised me well and also wonderful siblings and roomate, who gave a full support on what I am doing. I take this as a challenge and I know I become stronger with this challenge... Allah wants me to be tough. He wants me to be a good person. Selagi, aku di pihak yang benar, aku tidak akan merasa gentar dan aku percaya, Dia akan sentiasa ada bersama aku. Dia pasti akan bantu aku... InsyaAllah...

#alangalangmenyelukpekasambiarsampaikepangkallengan!!
#cantwaitfortomorrowtomeetmylove


- Posted using BlogPress from my iPhone


Biarkanlah...









- Posted using BlogPress from my iPhone




Tuesday, May 3, 2016

Potret








- Posted using BlogPress from my iPhone




Sunday, May 1, 2016

Jangan nak cakap ikut sedap mulut je tau!


Ramai antara kita suka cakap yang bukan-bukan tentang bos/supervisor kita. Tak lupa juga dengan rakan-rakan sekerja yang lain, suka membanding-bandingkan kerja dan gaji orang. Perkara ni selalu terjadi kepada mereka-mereka yang telah lama berkhidmat. Yang mulut bising ni pula selalunya mereka yang baru masuk/join. Nak tunjuk ketidakpuasan hati la kekononnya. Pernah tak korang lihat dan kaji dulu sebelum bercakap? Sesiapa yang pernah terkena, sure rasa geram kan? Rasa nak cili-cilikan mulut depa tu... Ni contohnya kalau masih tak faham lagi apa yang aku maksudkan tu... ada rakan share dalam grup WA.

My ex-boss, gaji sebulan RM40,000. Time tu aku tengok dia, mai pagi tunjuk muka sat + cakap-cakap sat, lepas tu keluar. Belah petang, mai tunjuk muka + cakap-cakap sat + gelak-gelak, lepas tu sudah. Dalam hati aku, amboi mudahnya kerja depa. Itu saja kerja, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh!
...
Hari ni, baru aku faham.

Apa kita nampak? : Bos ni, kerja goyang kaki saja. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat. 

Apa yang kita tak nampak? : Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staff-staff tak nampak.

...
Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia. Walau abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi & jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.Abang dia pun mula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam tak silap aku.Dia cuma meniaga, bukan nak tanduk orang tak tentu hala ka buat jahat ka. Yang dok pi simbah sup panas tu buat apa? Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah. Kerusi gaji RM40,000 tu cuma boleh duduk bila betul-betul layak. Part dia mengesot berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

...
Antara part yang kita tak tengok lagi ialah.....

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang. Termasuk diri kita, 4 perut semuanya. Kita sebagai staff, dok fikir nak isi 4 perut ni saja paling tidak tiap-tiap bulan. Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, dibawah jagaan dia ada 40 orang staff. Katalah purata family member bagi setiap sorang bagi 40 orang staff ni ialah 4 orang.

4 orang = 4 perut.

4 perut X 40 orang staff = 160 perut !

Tolak diri bos ni dan family dia, dia nak kena fikir tiap-tiap bulan macamana supaya dia boleh terus bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi ! Kita fikir nak isi 4 perut VS bos fikir nak isi 160 perut. Kalau kita tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, macamana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40.

Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff. So, layak tak Tuhan bagi kat hang RM1,000 sebulan dan bagi RM40,000 ke bos hang?

...
Antara sifat Tuhan itu adil. Adil itu bukan sama-rata. Sama-rata bukan adil. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.Macamana nak faham statement ini? Gini :

Nisbah hang kat atas tadi 1 saja, tapi nisbah bos hang 40. Kalau Dia bagi hang RM40,000 sebulan, bos hang RM40,000 sebulan, apakah itu adil?

Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.

...
So, kalau selama ni ada dalam kalangan kita dok mengata kat bos tu, harap terbukak sikit ya fikiran dengan perkongsian ni. Kalau bos kot tergarang sikit pada satu masa, maafkan dia. Pastinya bersebab.
Ko nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia. Time mana dia bekerja, time mana dia menangis, time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya... kita tak tau.

Bulan depan ni dapat gaji lagi, pi kat bos ucaplah ucapan TERIMA KASIH dari sudut hati paling dalam dengan senyuman paling ikhlas. Duit gaji yang kita dapat tu, ya betoi dari hasil titik peluh kita usaha. Tapi bos tu lah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan seringkas tu, seronok hatinya. Hilang sat stress atau keletihan dia urus syarikat.

Tak faham takpa. Bulan depan berhenti kerja, pi bukak syarikat sendiri. Fahamlah macamana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambik pekerja. Dah ada pekerja macamana nak pastikan kita terus mampu gajikan pekerja-pekerja tu. Hu hu hu...

...
Terpanjang lah pulak mengarangnya. Dah lah sampai sini. Panjang-panjang sangat bukan hampa baca pun. Ho ho ho... Teringat kat bos lama, spontan ja jari pun kongsi sedikit cerita diselit dengan pemikiran/pendapat dan sebagainya.

K bye.


 p/s:
siapa yang makan cili... sila terasa ye kepedasannya

#taksemestinyajawatansamagajipunsamaye
#selamatharipekerjasedunia


- Posted using BlogPress from my iPhone