Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 25, 2010

SENGAJA @ KEBETULAN?

Ni kisah malam tadi...

Seorang kawan menelefon bercerita sambil tersedu-sedu, aku namakan dia E... si E ni tengah bersedih. Ceritanya bf dia tak wish pun pada hari birthday dia tiga hari lepas. Kebetulan kami berkongsi tarikh lahir yang sama - my twin friend. Aku tanya E lagi, dalam dua hari tu  takkan bf dia tak contact lansung? *bf si E ni keje jauh nun di bandar G* E kata bf ada sms on that 'big day', tu pun nak bagi tau yang dia bz for the next 3 dayas... so si E ni pun  terasa kecik hati dan hanya mendiamkan diri je la sebab mengagak yang mesti bf nyer tu tak ingat akan birthday dia.  Kalo tak sure dah wish dia walaupun bz kan? Nak dijadikan cerita... semalam si E tertinggal hp dia kat rumah. Bila E pulang ke rumah malam tadi... ada banyak sms dan missed call termasuk 3 missed called dari bf E... dan ada juga 1 voice mail dari bf E yang diterima pada waktu pagi seawal 6.37pg *masa tu E dah kuar umah untuk ke ofis* untuk wish E happy birthday... E kata, dari gaya ucapan tu seolah-olah birthday E semalam dan bukannya 2 hari sebelum tu... E rasa sedih dan terus menangis... Nasib baik la si E tertinggal hp di rumah. Andaikata dia menjawab call itu, sudah pasti E akan merasa lebih sedih lagi dan tak mahu lagi bercakap dengan bfnya itu... dan terus patah balik ke rumah sebab hilang terus mood untuk bekerja *mode merajuklah tu* Namun Tuhan maha adil, walaupun E tidak melakukannya tapi secara tidak lansung Dia telah melaksanakannya untuk E dengan tertinggalnya hp E di rumah, pastinya panggilan selanjutnya tidak dijawab oleh E dan bfnya mesti tertanya-tanya kan?

E tanya aku, adakah ini dikatakan kebetulan? Apa patut dia lakukan, patut tak dia call bf dia citer keadaan sebenar atau sms bagi tau yang dia sedang merajuk? Tanpa sempat aku menjawab, si E kata dia nak mendiamkan diri jer... itu lebih baik untuk masa ini, hatinya tengah bersedih!
 
 

~dee~ cam lebih kurang sama jer jalan ceritanya... kebetulan jugak ke?

Friday, September 24, 2010

TERGURIS SEDIH MERINTIH

Itulah perasaan aku sekarang ini
Kenapa?
Biarlah aku saja yang tahu...
Blog bisu ini hanya tempat untuk menyatakannya
Tapi tidak untuk aku bercerita selanjutnya...



~dee~ terlupa @ buat-buat lupa?

Thursday, September 23, 2010

TUNGGU DAN TUNGGU... DAN TUNGGU...

bila baca balik coretan ni, aku jadi sedih...

hundreds of friends + family + others wished me already... 
*thank you to all of you!*
and I am still waiting
but I only can wait and wait...
feel sad you know!


~dee~ aku makin sedar di mana aku berdiri...

Wednesday, September 22, 2010

ONE MORE STEP FORWARD

Aku hampir terlupa sebenarnya... biasalah aku tu. Only during dinner with fren last nite, it was been mentioned and had an advance celebrationed. After that, since B also in town... again we celebrate it together. Tqvm dear!

Gembira ada... sedih pun ada sebenarnya. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah... aku masih bersyukur dengan apa yang aku sedang nikmati sekarang ini walaupun jauh di sudut hati, masih sukar lagi untuk aku mengikis sepenuhnya segala 'kenangan' pahit yang telah menimpa. Aku juga berdoa agar aku diberikan kesihatan yang lebih baik lagi *memandangkan selalu sangat tak sihat lately* untuk memperbaiki dan menambah apa yang terkurang di dalam diri, tak kira dalam perspektif apa pun dan moga terus tabah untuk menghadapi segala yang mendatang... insyaAllah! Aminn...!



~dee~ bila mengenangkan kisah-kisah lalu, aku rasa amat bersyukur kerana masih punya insan-insan yang menyayangi dan mengambil berat tentang diri ini... memang tak terbalas rasanya budi kalian dan hanya ucapan terima kasih saja yang dapat aku berikan, selebihnya hanya Dia saja yang maha mengetahui.

Tuesday, September 21, 2010

C.I.N.T.A

Aku jumpa citer ni masa aku blog hopping malam tadi. Menarik... tersentuh rasa hati tapi ada ke orang yang sebegini? Kalau kecewa dan lepas tu menyimpan perasaan dendam tu ada la... malah sanggup berbuat apa saja sehingga ke tahap membunuh. Asalkan hati puas... padanya kalau dia dah tak dapat, biar semua orang pun tak dapat... Anyway, cerita ni telah mengajar aku tentang beberapa perkara tentang kehidupan... mari kita renung-renungkan...

Dua orang pemuda bersahabat baik. Dari kecil hingga dewasa hubungan mereka begitu akrab sekali. Tiada apa yg membezakan mereka dalam persahabatan walaupun mereka berbeza darjat. 

Pemuda A berasal dari keluarga yang berada, punya jawatan bagus dan berperwatakan menarik. Pemuda B pula seorg yang biasa-biasa saja. Cuma bekerja kampung utk menjaga ibunya yang telah tua.

Kedua-dua pemuda menaruh hati pada seorang gadis sama sekampung. Masing-masing tidak mahu mengalah dan berundur diri sehinggalah pada suatu hari mereka meminta gadis itu memilih salah seorang daripada mereka berdua. 

Ternyata, pemuda A menjadi pilihan hati. Pemuda B berasa sungguh kecewa. Pemuda A bersimpati dengannya. Namun, pemuda B hanya tersenyum dan menyatakan: "Janganlah kau risau. Tiada sesiapa yangg tewas dalam kisah cinta ini. Cuma aku minta persahabatan kita dihentikan seketika. Aku ingin merantau. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bertemu kembali dan persahabatan kita akan menjadi lebih kukuh." Pemuda A terkejut dgn permintaan sahabatnya, namun dia tidak dapat menahan kehendak sahabat baiknya itu.

Selang beberapa tahun lamanya, pemuda A sedang bersiar-siar di sebuah kompleks membeli-belah sewaktu rehat kerjanya. Dia memasuki sebuah kedai barangan elektrik berjenama yang agak besar dan nampak mewah. Sedang dia melihat barang-barang di situ, dia ternampak seseorang yang seakan dikenalinya. Seseorang yang telah lama dia tidak berjumpa dan amat dirinduinya.

Dia cuba merapati lelaki itu sehinggalah akhirnya dia pasti bahawa lelaki itu adalah pemuda B, sahabat baiknya. Alangkah terkejutnya mereka berdua, tanpa diduga mereka bertemu. Saling bersalaman, berpelukan melepas rindu. Mereka bertanya khabar dan berbual mesra sambil menceritakan perihal masing-masing. 

Sedang mereka berbual rancak, terpacul pertanyaan dari pemuda A: "Bagaimana kau boleh mengecapi kehidupan yang begini hebat sekarang?" Pemuda B hanya tersenyum sambil mempelawa sahabatnya masuk ke dalam pejabatnya. 

Pemuda B menjelaskan. " Semua ini adalah kerana CINTA." "CINTA?" Tanya Pemuda A kehairanan. "CINTA pada siapa?" soalnya lagi. "CINTA pada gadis yang telah menjadi milikmu sekarang," jawab pemuda B tenang. 

"Tapi, bukankah kau telah kecewa kerana aku yang berjaya memilikinya?" tegas pemuda A pula. Pemuda B membuka cerita. "Ya betul. Kau telah berjaya memilikinya. Tapi CINTAku padanya adalah sebuah CINTA sejati."

"Tidak kerana aku gagal memilikinya maka CINTAku terus padam. Malah aku telah menbawa semangat dan obor CINTAku itu dalam perjuangan hidupku. Aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupanku menjadi lebih berjaya. Dan setiap detik hidupku, CINTAku menjadi teman, dorongan dan semangat untukku. Di samping itu, CINTAku padamu sebagai sahabat dan CINTAku pada Tuhan, memberikan aku kekuatan dan ketabahan. 
"Padaku CINTA itu tidak semestinya bersatu tetapi sebagai tanda CINTA benar-benar sejati, maka aku harus lakukan yang terbaik dalam hidupku sebagai membuktikan aku benar-benar menyintainya. CINTA yang sejati tidak menuntut kita ke jalan yang salah dan membawa kemusnahan hidup. Aku juga sudah berkahwin dan punya anak yang amat ku sayangi. Namun aku tak pernah lupakan CINTAku yang sejati itu…


~dee~ cintaku yang satu itu takkan pudar sampai bebila pun...

Monday, September 20, 2010

BIG GIRL DON'T CRY!



Tak siapa di antara kita di dunia
Memilih jalan hidup yang derita
Aku sering dipersenda dan sering dikecewa
Oleh hati mereka yang tak punya rasa...


~dee~ luka dilukai... dinyanyikan oleh cimot... ooppsss! shima lerr!

Tuesday, September 14, 2010

SELALUNYA...

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkeliru.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
Dan selalunya orang yang kita sayang...
suka membuatkan ianya hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan...

Mengapa?

Monday, September 13, 2010

HARI KE-4 SYAWAL

Aku keje hari ni... tak ramai yang ada, ofis sunyi sepi. Cafe pun tak buka. Nak kuar malas pulak. Tak bleh nak puasa pulak, kalo tak kurang gak sehari puasa yang nak diganti. Anyway, syukur... dalam diam ada juga yang sudi belanja aku makan hari ni *walaupun lately ni dah mengurangkan makan fast food, aku makan juga la demi menjaga hati si pemberi*. Pe2 pun terima kasih daun keladi ye Datin T**!



~dee~ jenuh menunggu mood raya yang tak kunjung tiba...

Wednesday, September 8, 2010

MY FAV RAYA SONG


SEPASANG KURUNG BIRU

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

( ulang korus )



~dee~ tak pernah jemu dengar lagu nih

Tuesday, September 7, 2010

KEBENARAN TERSELAH JUA

Dalam sibuk dan tak ada kesempatan tuk mendengar/mengambil tahu dengan cerita alam sekeling, ada juga berita yang tak disangka sampai ke pendengaranku. Itulah berkat ramadhan... terutamanya ke atas perkara yang tak betul dan tak pernah lansung kita lakukan... dalam kata lain, aku telah difitnah! Namun, Tuhan maha mengetahui akan siapa di pihak yang benar, akhirnya tahu juga aku siapa-siapa mereka yang punya hati busuk, bertopengkan muka yang manis dan penampilan ala-ala alim gitu yang selama ini menjaja 'cerita-cerita sensasi' merata-rata *bukan cerita aku saja*. So... don't judge the book from its cover. Kadang-kadang orang begini... lagi berbisa dan licik dari ular, lagi tajam dari pedang! Alhamdulillah... Allah mengabulkan doa-doaku selama ini. Benar kata-kata yang pernah aku dengar, 'Sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya ini didengari dan akan dikabulkan... InsyaAllah!'

Aku menujukan lagu ini untuk diri sendiri untuk memujuk hati yang sedih...



♪♪♫ Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan..
Jangan engkau tangiskan ♪♪♫



~dee~ aku berdoa agar Allah memberi keinsafan kepada 'mereka-mereka' itu dan bertaubat... aminn!

Sunday, September 5, 2010

BUSY... BUSY... BUSY...

busy sangat ker?    
>> memang busy pun...

apa yang busy sangat tu?    
>> macam-macam...

apa dia?  
>> keje hakiki & keje sambilan - manik, buku, dll 

siapa suruh?
 >> diri sendiri la

abih tu naper nak merungut?  
>> biasa la tu... hahaha!

apa punya conversation la kan? tapi itulah hakikatnya... kejap je lagi... lepas ni dapat la aku rehat sepuasnya, bukan kejap tau tapi seminggu lebih tu... namun begitu dalam sibuk2 tu, sempat lagi aku menambah aktiviti tambahan dalam 2 hari ni... Jumaat B ada kat KL so dapat la lepak2 together, Sabtu berbuka puasa dengan Reen dan hari ni berbuka sorang2 je kat umah... tak tau makan apa tapi tetiba teringat pulak pasal insiden beli roti telur sardin kat satu gerai tu tapi tak sedap lansung... nak lepaskan kempunan punya pasal maka tadi aku cuba la masak makanan ni... berlandaskan resepi yang aku jumpa melalui pak google dan setelah diubah suai sedikit sebanyak resepinya mengikut bahan2 yang ada jer so below is the result... sedap juga *puji diri sendiri nampak*... pe-pe pun puas hati aku dan berbaloi-baloi!

Thursday, September 2, 2010

MASA LALU

Jangan biar hidupmu diselubungi dengan kisah-kisah lalu.
Jangan biar hidupmu dihantui kenangan silam.
Lepaskanlah dirimu dari kemelut-kemelut tersebut.
Adakah anda mahu mengembalikan air sungai kepada sumber mata airnya?
Menolak matahari ke arah di mana ianya terbit?
Mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya?
Dan air mata kepada mata?
Sesungguhnya meratapi masa lalu itu serta meratapinya
Maka dengan perlahan ia akan membakar dirimu dengan apinya... 
Oleh itu buangkan ia jauh-jauh.
Atau lenyapkan terus dari hidupmu.
Barulah anda beroleh ketenangan dan kedamaian.
Untuk mengharungi apa yang ada di hadapanmu.
InsyaAllah... wallahualam!


~dee~ begitu banyak kenangan pahit dari yang manis...

Wednesday, September 1, 2010

PERSIAPAN AIDILFITRI

Tiada apa yang mengujakan bila kita dah mencapai ke tahap umur pertengahan... seperti aku ni. Tak ada baju raya, tak kisah sangat... tak ada kasut baru, pun tak kisah... tak dapat duit raya, lagi tak kisah *kalau dapat tu, kira dah superb la tu... tapi ada ke orang nak kasi?*. Lain la kalau masa zaman kanak-kanak dulu. Selagi tak dapat... selagi tu la tak henti tanya mak, bila la nak pegi beli semua barang tu? Tapi masa tu tak kisah pun mak nak beli apa, biar pun baju tu dari dibuat dari kain langsir... janji semuanya baru. Tapi budak-budak sekarang dah pandai nak pilih sendiri. Even dah pandai decide nak kaler apa, brand apa, design camner dan ntah apa-apa lagi la... Jadi tak terkecuali juga dengan Ayee sebab tu semua keperluan untuk dia dah aku siapkan sebelum puasa lagi. Nasib baik juga la... kalau sekarang baru nak buat, masak juga aku dibuatnya... dengah letih puasanya lagi, dengan keadaan yang sesak lagi, yang utamanya dalam bab kewangan. Ye laa... baru-baru ni aku banyak membelanjakan ringgit yang ada untuk buah hati no.3 aku tu. Even untuk diri sendiri pun hanya sekadar ada saja... beli yang ready made, murah-murah gitu... jauh berbeza kalo nak compare with last year, siap tempah 8 pasang baju lagi tu *yang betulnya, first time tempah banyak... break record lagi... sengaja sebenarnya dengan tujuan nak replace baju-baju lama, seawal dari zaman bujang lagi yang ada dalam wardrobe tu... ha ha ha!*

Tutup citer tu... now citer pasal cuti lak. Tahun ni tak perlu amik cuti raya... balik CB kejap jer sebab petang first raya dah nak balik KL semula sebab nak jumpa my grandma yang beraya kat umah my aunty dekat-dekat sini juga. Lagi pun cuti sekolah... may be my parents + Ayee + others might stay longer here... hopefully! May be next October amik cuti panjang... Mr Boss a.k.a MB pun cuti panjang masa tu... hu hu hu!
my grandma... age 70+



~dee~ When can we meet?