Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 10, 2019

Hati Seorang Ibu





Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang bercinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Tambahan dengan anak-anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.

Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkang nyamuk gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamuk, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia-sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.

Sepenuh jiwa raga ibu abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa-dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana merasa kecik hati. Kasihan anak. Ibu kena usaha ubat hati sendiri supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak-anak. Anak-anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh Allah agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu-ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga. Terus-terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau-gurau dengan anak. Ketepikan segala bisikan syaitan sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup menangis di dunia dari dia menangis di akhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih akan berdoa setiap malam, meredhakan anak-anak, mengampunkan dosa anak-anak, walau anak takde minta ampun kepadanya. Doakan yang baik-baik untuk anaknya supaya apabila mati, dosa anak-anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia-sia.

Jadi wahai suri-suri, jaga iman jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan-bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk. Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

#CATATANMENJELANGKEMATIAN
#tazkirahsentap

Kredit : Majlis Ilmu



- Posted using BlogPress from my iPhone