
Buah hati aku ada di sini bersama dengan emak dan adik-adik. Kasihan dengan mereka kerana asyik terperap saja di rumah... aku hanya boleh bercuti mulai esok. Aku bercadang untuk membawa mereka pergi ke Aquaria, KLCC sebab buah hati aku tu suka dengan ikan-ikan...
Sepanjang mereka di sini, aku didatangi dengan panggilan yang bertalu-talu dari ex aku. Namun satu pun tidak aku jawab. Aku rasa dia tahu yang Ayee berada di KL dan semestinya dia mahu bersama dengan anaknya semasa cuti sekolah ini. Memang dia ada memaklumkan padaku sebulan yang lalu tentang hal tersebut. Pada masa itu, aku masih boleh bertolak ansur dan bagi aku, dia sebagai ayah masih lagi berhak ke atas Ayee. Lalu aku pun bersetuju untuk membenarkan Ayee tinggal bersama dengannya untuk 2-3 hari. Namun begitu kerana perselisihan yang berlaku dengannya minggu lepas, aku telah mengubah keputusan yang telah aku buat. Biar dia tahu bagaimana rasanya bila hati disakiti.
Hanya kerana aku bertanya tentang persoalan nafkah anak, maka bermacam-macam kata kesat telah ditaburkannya padaku waktu itu... tidak cukup dengan itu, dia juga telah menuduh aku dengan tuduhan-tuduhan yang tidak lansung terlintas di fikiran aku untuk melakukannya... Apakah dia masih tidak kenal siapa aku sebenarnya? Apakah dia telah lupa dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan selama 7 tahun hidup bersama dulu? Aku rasa teramat sedih, kecewa, marah dan benci. Niat dihati untuk menjadikan dia sebagai kawan telah bertukar menjadi sebaliknya. Seronok hendak tapi.... tanggungjawab??? Mengapa ada manusia sebegini wujud di muka bumimu ya Allah?
"Sometimes when you cry... no one sees your tears, sometimes when you are sad... no one understands your pain dan sometimes when you are happy... no one sees your smile..."








