Sudah 2 kali aku berjumpa dengan doktor... diberi ubat yang berlainan untuk penyakit yang sama. Sekejap jer baiknya. 3 hari di CB buat keadaan aku bertambah teruk... kerana cuaca panas mungkin? Batuk makin menjadi-jadi... selsema menyesak hidung. Rasanya dah melambak phlegm dibuang, tapi batuk & selsema tetap macam tu gaks. Suara pun dah berubah jadi sexy... tup tup pagi ni... terus hilang. Alahaii... susahnya nak berkomunikasi! Sudahnya hari ni... aku kenalah banyak berdiam... hehehe! Dah nasib badan...





