Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 29, 2007

Mimpi dah jadi kenyataan

Alhamdulillah... semalam petang aku ke pejabat pemaju untuk berjumpa dengan Miss C untuk menandatangani Letter of Offer dan juga S&P. Leganya rasa hati... terkabul juga doaku selama ini dan paling tidak kuduga, ianya berlaku dalam masa yang begitu pantas sekali. Aku tidak menyangka yang impianku ini tercapai dalam jangka masa yang terdekat ini, mengikut perancangan... dalam 4-5 tahun lagi. tapi kalau dah rezeki, terima sajalah kan? Rezeki yang datang dari NYA... dan tiada siapa yang dapat menduga, kan? Kun fa ya kun...


Saturday, August 25, 2007

Gembira tidak terkata... Syukur kepadaNYA

Walaupun setelah sekian lama aku menyimpan impian untuk memiliki 'istana' untuk aku dan Ayee berteduh, namun hanya beberapa minggu yang lalu aku telah berjumpa 'istana' yang berkenan di hati dan sesuai dengan kemampuanku pada ketika ini. Apa yang menjadi masalah sekarang ini ialah permasalahan dalam permohonan bantuan kewangan... ini semua gara-gara kisah lalu. Tak perlulah aku ceritakan di sini kerana ianya lebih banyak yang tak baik dari baiknya dan aku pun tidak mahu memburukkan nama sesiapa. Itu antara aku dan mereka. Tapi aku sentiasa berdoa agar permohonan aku berjalan dengan lancar....

Semalam... aku sudah hampir berputus asa bila Mr. X dari bank ABC memanggil aku pada pukul 5.00 ptg, beritahu aku yang dia perlukan dokumen xyz untuk support proses permohonan aku dan juga tanpa dokumen tersebut, permohonan aku mungkin tidak akan berjaya. Mana aku nak cari? Pada siapa aku nak minta tolong...? Aku dah habis ikhtiar sebenarnya. Sekali gus perasaan benci dan marah aku pada orang itu meluap-luap, kerana dia aku jadi susah begini. Aku memang dah putus harap pada masa itu... memang dah tak ada rezeki aku, nak buat macam mana. Aku redha, paling tidak aku dah usaha sebaik mungkin. Dalam masa yang sama aku memujuk diriku bahawa di sebalik kesedihan itu sebenarnya ada kegembiraan yang menanti kita nanti...

Tup, tup... pada pukul 7.10 malam aku terima panggilan dari Miss C dari bank DEF dan memberitahu aku bahawa permohonan aku telah pun diluluskan oleh pihak pengurusan petang tadi. Aku terdiam seketika... aku bertanya sekali lagi kepada Miss C, apakah benar apa yang dia katakan itu? Miss C dengan confident beritahu bahawa hari Selasa depan aku boleh tandatangan Letter of Offer. Barulah aku sedar bahawa aku bukannya bermimpi... Alhamdulillah... DIA telah memperkenankan permohonanku selama ini. Bak kata orang, doa orang-orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan ALLAH... mungkin aku salah seorang darinya. Tak semena-mena tanpaku sedar, air mataku bergenang...

Maka, sebaik saja aku habis bercakap dengan Miss C, aku terus telefon mak untuk berkongsi berita baik ini... Mak pun dengan selambanya berkata, "Tu la... dari dulu lagi aku dah kata, kalau ada apa-apa masalah... mengadu terus dengan DIA kerana DIA pasti mendengar dan DIA lebih berhak untuk menentukan apa yang berlaku... Lepas ni jangan lupa buat sujud syukur dan ucap terima kasih padaNYA. Jangan lalai dengan segala suruhan dan laranganNYA..." Betul cakap mak tu dan tanpa membuang banyak masa... aku dah buat pun apa yang mak suruh tu malam tadi...

Sesungguhnya... aku telah lama tahu akan kebesaranmu ya ALLAH, cuma selama ini aku lalai...! Maafkan aku... InsyaALLAH aku akan buat yang terbaik selepas ini. KAUlah penentu segala-galanya. Amin...

Thursday, August 23, 2007

I Luv This Song

"Big Girls Don't Cry"

Da Da Da Da
The smell of your skin lingers on me now
You're probably on your flight back to your home town
I need some shelter of my own protection baby
To be with myself and center, clarity
Peace, Serenity

[CHORUS:]
I hope you know, I hope you know
That this has nothing to do with you
It's personal, myself and I
We've got some straightenin' out to do
And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But I've got to get a move on with my life
It's time to be a big girl now
And big girls don't cry
Don't cry
Don't cry
Don't cry

The path that I'm walking
I must go alone
I must take the baby steps 'til I'm full grown, full grown
Fairytales don't always have a happy ending, do they?
And I foresee the dark ahead if I stay

[CHORUS]
Like the little school mate in the school yard
We'll play jacks and uno cards
I'll be your best friend and you'll be my Valentine
Yes you can hold my hand if you want to'
Cause I want to hold yours too
We'll be playmates and lovers and share our secret worlds
But it's time for me to go home
It's getting late, dark outside
I need to be with myself and center, clarity
Peace, Serenity

[CHORUS]
La Da Da Da Da Da

Wednesday, August 22, 2007

Jumpa Bunga & rakan-rakan @ Rebung...

Inilah aktiviti aku pada hujung minggu lepas. Seronoknya dapat berjumpa dengan Bunga yang datang dari Indonesia. Aku cuma mencelah seketika di waktu makan tengahari saja. Maklum sajalah aku ni.... itu pun aku bernasib baik kerana dapat turut serta. Bukannya apa, dah dua kali aku tak dapat turut serta aktiviti yang dianjurkan oleh member-member UB dan kali ini aku dapat kenal rakan baru; Kak TulipK dan Lara. Harap dapat berjumpa lagi di lain kali.

Tuesday, August 21, 2007

Gambar Birthday Ayee...

Inilah kek kegemaran Ayee, kek oren. Hanya bakery kat Langkap tu je yang ada jual kek oren ni. Kek oren kat bakery lain tak sesedap kek oren ini. Ayee bernasib baik, hari itu cuma tinggal satu je kek oren ni. Aku berasa lega sungguh... kalau tak, mesti Ayee frust. Hari ni la pulak kamera handphone aku pulak buat hal, tu yang tak dapat nak amik gambar banyak-banyak. Kad memori tak boleh nak simpan gambar yang diambil walaupun masih ada banyak lagi kekosongan. Jenuh godek-godek tapi tak boleh buat apa-apa pun. Huhuhu... Deena ada balik sama pada masa tu. Macam tahun-tahun yang lalu, Deena pastinya nak sama-sama meniup lilin di kek. Kali ni lagi kelakar, belum lagi habis kami menyanyi... dia dah terlebih dahulu tiup kesemua lilin tu. Dia tak nak kasi abang Ayee dia tiup dulu. Apa lagi, kami semua kenalah menyanyi lagi sekali kerana nak beri peluang pada Ayee pula untuk meniup lilin-lilin tersebut. Nanti merajuk, susah pula. Macam tulah budak-budak... kalau hari-hari ada kek dan lilin, maka hari-harilah dia orang nak sambut hari jadi... bukan apa, sebab nak tiup lilin.

Ini pula, upacara potong kek untuk kali ke-2. Masa ni kat SEMESTI, kami beramai-ramai pergi menjengah Mak Teh di sana (yang duduk kat belakang Deena tu tapi nampak badan Mak Teh je... hehehe). Kami pun beramai-ramai berkelah di gazebo di situ sambil makan bekalan yang kami bawa dari rumah. Meriah juga... Tapi kali ni lupa pula nak bawa lilin... tu yang tiba-tiba si Deena bersuara, "Mama... camner nak nyanyi ni, lilinnya tak ada?". Macam sebelumnya, Deena pasti nak duduk di sebelah abang dia untuk nyanyi bersama-sama. Kek ini pula adalah kek kegemaran anak kecil ini - kek coklat.

Monday, August 20, 2007

Ayee 3 tahun...


Ahad lepas... aku mengubah kedudukan perabot dalam bilikku. Saja nak berubah angin. Selepas itu, aku pun mengemaslah barang-barang yang ada... maka, terjumpalah sekeping gambar Ayee yang dah hampir rosak. Aku scan gambar tersebut untuk tujuan simpanan e-albumku. Kalau tak silap, umur Ayee masa ini 3 tahun. Badan dia nampak besar dan tinggi... ikut baka kedua-dua atuk dia. Sekarang ni pun dia dah hampir sama tinggi dengan mama dia... beberapa tahun lagi mama dia dah dikalahkannya... hehehe

Thursday, August 16, 2007

A Journey into the Wild

Saja nak kongsi cerita... dalam sibuk-sibuk tu sempat juga aku pergi ke Charity Gala Dinner with Dato' Siti Nurhaliza di Sunway Lagoon. Ofis aku ni bagi sumbangan kepada Malaysian JUSCO Foundation, maka dapatlah tiket untuk pergi ke konsert tersebut. Itu pun kebetulan bila ramai 'orang-orang besar' kat ofis aku tidak boleh pergi... kira boleh dikatakan aku ni sebagai 'bidan terjun'lah gitu. Saja dijemput untuk memenuhkan meja... yelah, satu tiket harga RM1K. Apa nak buat kan? Kalau tidak dengan cara macam ni, bila lagi nak merasa... harap nak keluar duit sendiri, bukan tidak mampu tapi masih ada lagi perkara yang lain lebih penting untuk membelanjakan duit sebanyak itu. Memandangkan dress code yang dinyatakan adalah formal, maka tidak perlulah aku susah-susah fikir nak pakai baju apa untuk ke sana. Aku cuma pakai baju apa yang aku pakai semalam... tiada masa nak balik rumah tukar baju.

Ni gambar aku dengan Z***. Memang puas hati dengan persembahan Siti. Begitu juga dengan persembahan Phua Chu Kang... tak ketinggalan juga dengan acara pembukaan oleh juruacara majlis itu sendiri... Aku rasa. semua yang hadir pasti terhibur terutamanya pada peminat Siti.

Tuesday, August 14, 2007

11.08.07 - Happy 8th Birthday Ayee!

Awal-awal lagi Ayee dah pesan agar aku pulang pada Sabtu lepas. Aku pun dengan selamba menjawab yang aku memang akan balik kerana dah beberapa minggu tidak berjumpa. Nada girang aku dengar dari Ayee buatkan aku tertanya-tanya... dan barulah aku teringat bahawa pada hari itu adalah Hari Ulangtahun Kelahirannya yang ke-8. Pada hal seminggu sebelum itu aku sudah pun membelikan dia hadiah untuk hari tersebut. Apalah aku ni... cepat benar lupa. Penat sangatlah tu.... nak buat macam mana kan?

Friday, August 10, 2007

Penat tahap gaban....

Aku masih boleh bertahan walaupun darjah kepenatan aku sudah hampir ke tahap maksima. Aku tak punya banyak masa untuk bersantai... waktu terluang aku penuhi dengan tidur. Apa taknya, pukul 7 pagi dah terpacak kat ofis dan paling awal aku keluar dari pejabat pada pukul 7.30 malam, pukul 8.30 malam paling lewat. Mata aku ini hanya boleh bertahan sehingga pukul 10 malam dan pukul 4.00 pagi, secara automatik aku dah bangun semula... masa inilah aku nak gosok baju untuk hari tersebut dan juga buat kerja-kerja ringan yang mana patut. Itulah life cycle aku dari Isnin hingga Jumaat. Hanya di hujung minggu saja aku punya masa yang lebih sedikit untuk membuat kerja-kerja rumah yang telah kuketepikan di sepanjang lima hari bekerja.... aku kagum dengan cara wanita-wanita yang telah berkeluarga dan berkerjaya membahagikan masa mereka.

*sebenarnya, aku pun pernah melaluinya suatu ketika dulu, cuma masa itu aku meletakkan kerjaya di tempat kedua... lainlah sekarang ini, kerjaya macam sudah jadi di tempat teratas pula. Betul cakap kawan-kawan... bukan ada siapa pun di rumah yang menunggu kepulanganku. Hehehe!*.

Wednesday, August 8, 2007

hu... hu...

Ada tiga minggu lagi untuk aku mengharungi hari-hari yang penuh dengan kesibukan. Tiap pagi, ketika aku membuka mata... terasa malasnya diri ini untuk bangun.

Badan berkata, 'penatnya, kalau boleh, nak tidur dan rehat hari ini'... otak pula berkata, 'tak boleh, banyak perkara yang belum selesai'... dan hati cuba memujuk, 'tak lama lagi, lepas ni boleh rehat puas-puas!'

Sabarlah wahai diri...