Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka!

52 tahun Malaysia Merdeka tapi apakah semua orang tahu apa itu erti kemerdekaan yang sebenar-benarnya? Terdetik di hati bertanya pada diri sendiri, apakah aku ini juga sudah merdeka? Ntah... aku sendiri tak tahu nak melahirkan apa yang sedang berlegar di minda dalam bentuk kata-kata. Hanya hati saja yang tahu... cukuplah, paling tidak aku masih punya jawapan pada persoalan yang aku cipta sendiri...

p/s Tepat pada pukul 12.01 minit tadi, genap 1 tahun umur Ian Dani... Selamat Hari Jadi, dah besar budak butak yang dah tak coklat tu... hehehe! Nanti kita celebrate sama-sama masa kita berkumpul di Eidul Fitri nanti ek!

Friday, August 28, 2009

Kata-kata Hikmat

Bila ALLAH menduga kita, maksudnya DIA sayangkan kita
Dia menguji keimanan kita padaNYA
Setiap ujianNYA, punya hikmah yang terhijab
Yang kita tak duga, yang kita tak sangka
DIA tak akan menduga hambaNYA
Melebihi daripada kemampuan hambaNYA
DIA sekadar menduga
Mengikut tahap kemampuan kita menerima dugaan itu
Jangan kita lemah kepada godaan syaitan
Kuatkan diri, banyakkan berusaha, berdoa
Dan bertawakal kepadaNYA atas segala ujian yang diberi

p/s Semalam, tanpa dijangka... seorang insan yang agak lama tidak aku temui dan aku juga tidak begitu rapat dengannya lalu menyatakan kata-kata ini. Katanya, kelainanan riak di wajahku dari kebiasaan itu cukup terang menyatakan yang jiwa aku sedang kacau dan menderita di dalam diam... Aku musykil, lately sudah 2 orang yang aku jumpa dan mereka boleh 'membaca' apa yang sedang aku lalui dengan hanya melihat air mukaku sahaja?

Thursday, August 27, 2009

Apa nak buat?

Waktu rehat setengah jam je di sepanjang bulan puasa ni... apa yang dapat dibuat dalam 30 minit tu kan? Kalo nak keluar, memang tak sempat. Macam aku ni, aku habiskan masa dengan blogging, tak pun gi lepak kat FB dan yang tak pernah aku tinggal ialah menyambung pembacaan novel. Itu pun bergantung kepada keadaan gak, kalo bos aku ada kat dalam bilik dia... sah-sah banyak keje yang perlu dibuat. Jadinya kalo aku betul-betul nak mengoptimakan penggunaan masa rehat 30 minit tu, aku kena 'menghilangkan' diri dari workstation aku tu... hehehe!.

p/s cuma hari ni aku tak perlu 'menyorok', bos aku tetiba amik half day (family matters)

Wednesday, August 26, 2009

Trouble is a Friend - Lenka

Trouble will find you no mater where you go, oh oh.
No matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the mourn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control.

Chorus 1:
He's there in the dark, he's there in my heart,
He waits in the winds, he's gotta play a part.
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

Chorus 1

Chorus 2:
So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm.
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

Chorus 1

Chorus 2

Oh, Oh!


p/s Don't know why, I really luv this song... so sudden!

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan, waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu, betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini, pelajaran yang berarti

Chorus:
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu, betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini, pelajaran yang berarti

(Ulang Chorus 3x)

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti



p/s Sesiapa yang mengikuti drama bersiri Wadi Unung kat Astro Prima, pasti pernah dengar lagu ni...

Monday, August 24, 2009

Back to work!

Kalau ikutkan kata doktor, memang aku akan diberi sambungan MC dan berehat saja di rumah kerana aku masih lagi on medication tapi aku bagi tau kat doktor tu yang aku nak gi keje. Aku rasa dah cukup bosan duduk kat rumah berseorangan. Ye la... lately ni sudah cukup banyak masa aku dihabiskan di rumah dan yang sebenar-benarnya, aku tak sampai hati nak membiarkan orang lain mengambil alih tugas aku terlalu lama kerana di penghujung cerita, aku juga yang susah... nak catch-up balik dengan apa jua yang berlaku di sepanjang ketiadaan aku. Ambil masa gak tau? Aku juga kena jaga reputasi kerja kerana aku tidak mahu ianya men'cacat'kan appraisal aku di penghujung tahun nanti. Inilah periuk nasi aku. Tanggungjawab aku pada Ayee amat besar. Bagaimana dapat aku melaksanakannya kalau tanggungjawab yang ada pada diri sendiri pun tidak dapat aku sempurnakan?

Friday, August 21, 2009

5 hari di sepital

Bukan tak pernah sakit, pernah... bukan tak pernah warded, pernah... tapi kali ni memang memeritkan, menanggung sakit yang teramat sangat. Ingatkan dah nak arwah aku ni... Nasib baik agak awal juga aku mendapatkan rawatan. Kalau lewat, mungkin selamanya aku akan hidup dengan hanya sebuah ginjal. Alhamdulillah, berkat doa dari semua... aku dah beransur pulih. Last blood test to be done on this Saturday. Hopefully, my blood and kidney will be 100% recovered.


ni ler no. katil aku... dan juga nama doktor yang merawat aku...



ni bunga & buah yang ofis kasi...

Thursday, August 20, 2009

Is that true?

Yesterday, after discharged... while waiting for the car, I saw an old lady wearing white walking slowly with stick from the Block B heading to my area and then sit next to me. I didn't know why suddenly I like to see her... her present made me feel so... ahh I don't know how to say it. She looked fair, nice skin, may be mix blood, age around 70+... also waiting for someone to pick her up. We were chatting for a while, about our sickness, the treatment we had gone through, and bla bla bla... 15 minutes later she had to say goodbye as her transport was out there. We shaked hand and before she leaved, she said, "don't feel so sad my queen of cups reversed... don't worry my dear... it won't be long. Take care, we will meet again". I was stunned for few seconds and when I am back again.. she was gone. I looked around... tried to see at the queuing cars outside waiting for their passengers, may be she was still there but no avail. I wonder... who is she? Anyhow, I don't want to think of it so much... I want to be at home as soon as possible, I wanna rest and sleep... Home sweet home! But this morning, when I woke up... suddenly that woman's words came to my mind, so without any delay I on my lappy, searched for the words 'queen of cups reversed' and I found below... I am confused!

Queen of Cups Reversed
A woman who has been hurt in love.
Fear of deep feelings of commitment and attachment.
An emotionally immature woman.
A woman who prefers to remain alone without encumbrances of a relationship.
Desire to set out on a different course without romantic attachment.
Deep feelings of love not possible at the present time.
Selfishness.
Abandonment.
A deep hurt from a past relationship.

p/s Waras ke aku ni? Siapa pompuan tu?

Tuesday, August 18, 2009

Masih lagi di tahan..

Jap tadi aku minta balik dari tuan doktor tapi dia kata sok baru bleh sebab dia nak pastikan kidney aku benar2 ok dari infection tu. Dah 4 hari aku terkurung kat sini... aku nak balik!!! Huuaaa..

p/s B naper senyap je? Sedih tau..

Saturday, August 8, 2009

Tambah lagi satu

Tetiba je idea ni datang... dalam nak dan tak nak tu, aku dah pun create satu lagi blog yang sememangnya spesifik untuk idea yang satu ini. Maka, bertambah lagi satu blog aku... tapi tak siap lagi. Banyak yang nak dibuat sebelum ianya direalisasikan di alam maya. Nanti-nantilah bila siap, pastinya akan aku war-warkan kepada semua. InsyaAllah...

Friday, August 7, 2009

Done!

Hari ni, aku publish kesemua post yang dah siap ditaip tu sekali gus. Why I didn't post on the day itself? Biasanya aku akan taip apa je yang terlintas kat otak pada hari tu, sementara ada mood dan idea pun ada... cuma, ada ketika tu aku sedang mengejar masa so tak de time nak review sebelum publish... tu je masalahnya. Memang selalu aku buat camtu. Tapi kekadang tu tak publish pun post tu, aku terus je delete... sebab tetiba je fikiran berubah, rasa tak nak pula share ngan orang tetang apa yang telah ditaip tu. Nak wat camner... blog aku, suka hati aku la nak buat apa kan? Ada sesapa yang tak puas hati ke? Hehehe...!

Berakhir sebuah episod!


Semalam aku menerima sepucuk surat. Surat apa? Surat pemberitahuan akan berakhirnya sebuah episod. Walaupun pada mulanya hati ini agak terkilan dan sedih tika membaca kenyataan yang terdapat di dalamnya tapi aku tidak mahu lagi memikirkannya. Apa yang perlu aku buat hanyalah mempersediakan diri ini agar diberikan ketabahan dan kekuatan untuk memperhujahkan pembelaan diri demi meraih semula nama baik yang sesuka hati dicemari oleh mereka-mereka yang hanya mementingkan diri semata-mata. Berkat izinNya aku bermohon agar semuanya akan selesai dengan sebaiknya.

Wednesday, August 5, 2009

Hari ketiga cuti



Malam tadi aku melayan 'tetamu istimewa'. Tiba waktu pagi, barulah terasa akan kepenatannya. Nak buat macam mana kan? Bukannya selalu... Tiba-tiba teringat pula akan janji aku pada seseorang, apa lagi... kelam kabut juga aku dibuatnya pagi tadi. Maafkan aku... bukannya sengaja. Kan aku dah beritahu segalanya?

p/s Hati berbunga ceria, ye la... dapat berjumpa dengan orang 'jauh' la katakan. Nak wat camner, kita sama-sama sibuk...

Tuesday, August 4, 2009

Hari kedua cuti

Macem-macem... Bahasa apa tu? Betul ke apa yang aku sebut tu? Kalo tak silap aku... aku pernah mendengar bekas maid aku dulu menyebutnya, yang bermaksud macam-macam. Apa yang macam-macam tu? Banyak perkara yang telah berjaya aku selesaikan hari ini... termasuklah menolong seseorang yang sedang memerlukan bantuan. Alhamdulillah...


Dalam pada tu sempat gak bersembang dengan seorang kawan yang hanya aku kenal di talian sejak beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya, dah lama kami tak bersembang sebab masing-masing sibuk ngan urusan masing-masing. Walaupun hanya di talian tapi kami bersembang macam kami ni dah kenal bertahun-tahun. Kami boleh berkongsi cerita dari satu topik ke satu topik sehinggakan tidak sedar yang sudah berjam-jam kami berborak. Terasa juga hati ini ingin jumpa dan kenal dengannya... tapi entahlah, rasa macam lebih baik begini kot? Tapi kalo jumpa pun apa salahnya, may be kami bleh menjadi kawan karib... siapa tahu kan?

p/s B is in town... nak jumpa ke, tak nak?

Monday, August 3, 2009

Hari pertama cuti


Tak ada plan apa-apa pun. Nak keluar merayau-rayau kat shopping complex ke, mall ke... aku tak berani. Takut lak rasanya sejak-sejak H1N1 ni melanda negara kita. Penyakit yang sedia ada pun tak 100% baik lagi, dah nak cari penyakit lain? Huhuhu... tak rela aku! Memerap je la kat umah, tengok tv dan membaca novel. Lagi pun aku sedang berpuasa... tak kuasa juga nak berpanas-panas kat luar tu.

Sunday, August 2, 2009

Non-stop


Itulah yang berlaku semalam & hari ini. Semalam buat kerja mengemas, like vakum the whole house, clean bathroom, mop lantai, basuh baju, kemaskan dapur yang berselerak dan mengadap pokok-pokok bunga aku di beranda yang sudah macam hidup segan mati tak mahu (sebiji macam tuannya dua bulan lepas). Walaupun penat tapi hati ini gembira sesangat bila melihat keadaan rumah yang sudah bersih dan teratur. Cuma hari ini, di waktu pagi aku keluar sekejap kerana ada Urusan Seri Paduka Baginda yang perlu dilaksanakan. Hari ini kerja aku hanya menguruskan kain baju yang bertimbun yang tidak dilipat dan digosok lagi... Menjelang waktu maghrib, semuanya telah selesai. Sekali lagi aku tersenyum sampai ke telinga... Tu lah, kalau hendak... semuanya boleh buat dan selesai dalam tempoh yang pendek... hehehe!

Saturday, August 1, 2009

Apa aku buat?


Macam-macam... memandangkan hari ini aku hanya akan memerap saja di rumah, untuk mengelak kebosanan tinggal keseorangan maka aku cuba membuat kerja-kerja rumah yang telah lama aku abaikan semenjak 2 bulan yang lalu. Kaki cacat la katakan... tak boleh nak melasak, tu yang kena buat pelan-pelan... buat sikit, berhenti... sambung lagi sikit, berhenti lagi dan seterusnya sampai satu-satu kerja itu siap. Takut gak le kaki aku ni akan terkejut pulak bila dipaksa membuat keje-keje tu berterusan. Jadilah... paling tidak, aku tidak lagi perlu mengharapkan orang lain membuatkan untuk aku lagi 100%. Penatnya tak terkata... peluh merenih di seluruh badan, agaknya pecah segala lemak yang ada kat dalam badan aku ni. Huhuhu!