Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 27, 2006

Mengejar masa

Sejak aku bekerja di ofis baru ni, aku perlu keluar dari rumah seawal 6.30pg untuk mengelakkan diri dari menempuh jalan yang sesak. Aku malas nak berlama-lamaan di jalan raya. Jadi, sebelum pukul 7 aku sudah berada di ofis. Ingatkan bila awal sampai, boleh lah duduk bersenang lenang untuk buat hal diri sendiri dulu.... ehmm, payah juga. Itulah kalau dah dinamakan ofis.... biar seawal mana pun kita sampai.... kerja tetap dah menunggu.

Namun begitu, pagi ni aku agak kelapangan untuk mencoretkan sesuatu di umah aku yang telah lama sepi ini. Semalam, selepas waktu kerja aku pun berjalan-jalan di KLCC (ofis baru aku cuma berdepan ngan KLCC je...) kerana malas nak meredah jalan sesak untuk balik ke rumah. Lagipun aku ada urusan yang perlu diselesaikan di bank... (BCB kat KLCC ni tutup kul 6ptg). Lepas je selesai, seperti biasa aku tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke Kinokuniya. Sambil belek-membelek buku.... dalam tak sedar tu jam sudah menunjukkan pukul 8.30 mlm. Patutlah perut aku dah mula berkeroncong....

Itulah aku, bila dah berada di tempat yang sedemikian.... macam tak reti nak balik... kalau boleh nak bawak bantal dan tilam, tidur kat sana... hehehe... Lagi satu hal tentang perangai aku yang tak dapat nak aku buang... bila saja aku berkunjung ke mana-mana kedai buku/majalah, tak sahlah kalau aku tak membeli barang sebuah buku/majalah untuk dibawa pulang. Biarpun pada masa itu poket tengah kering.... Pada hal, di rumah masih bersusun buku-buku yang masih lagi belum dibaca. Antaranya:
  • My Best Friend's Girl - Dorothy Koomson
  • Hatiku di Harujuku - Ramlee Awang Murshid
  • If Could See Me Now - Cecilia Ahern
  • The Secret Dreamworld of a Shopaholic - Sophie Kinsella
  • A Woman of Substance - Barbara Taylor Bradford
  • Metro Girl - Janet Evanovich
  • Lightning - Danielle Steel
  • Lelaki Terakhir - Sabariah Arauh
  • To Love Again - Danielle Steel (tengah baca)

Itulah aku...

Wednesday, July 26, 2006

Uhukkk...

Pada pertengahan Julai yang lalau aku ke JB dan selepas 2 malam di sana, aku pulang semula KL. Dalam perjalanan pulang, semasa di Lebuhraya PLUS antara Seremban dan KL aku telah meredah satu'objek' yang tidak aku ketahui apa dia dan ianya telah menyebabkan bahagian bawah kereta aku 'luka' parah dan perlu 'dirawat' di bengkel selama beberapa hari.

Sebelum itu, aku telah pun nampak 'objek' berkenaan di lorong tengah lebuhraya itu dari jauh lagi dan aku tidak dapat mengelaknya kerana terdapat lori/treler di lorong sebelah kiri dan juga kereta yang agak laju dari arah belakang di lorong sebelah kanan. (Pada telahan aku, 'objek' itu adalah merupakan cebisan tayar lori yang pecah yang biasa kita lihat bertaburan di atas jalan/lebuhraya). Nak tak nak, aku perlu redah juga dengan menganggarkan yang 'objek' tersebut akan melepasi bahagian bawah kereta aku. Namun begitu, jangkaan aku meleset sekali dan ianya telah menyagat dan sekali gus merosakkan beberapa komponen di bahagian bawah kereta aku.


Memandangkan kerja aku yang perlu 'mobile', maka agak payah juga bila tiada kenderaan sendiri untuk bergerak ke sana ke mari. Hari Jumaat lalu baru kereta aku 'pulih'. Namun apa yang menyedihka, insiden itu telah men'cacat'kan kereta aku serta meninggalkan 'parut' yang begitu ketara tapi nasib baik ianya tidak dapat dilihat kerana kecacatannya itu di bahagian bawah kereta. Ralat sungguh rasa hati ini... nak buat macam mana, perkara dah nak jadi. Redha aje la....

Monday, July 10, 2006

Keje... Oh, keje....

Sedar tak sedar, sudah lebih seminggu aku menyepi. Bukannya apa, semenjak bekerja di tempat baru ini.... masa aku amatlah terhad. Nak buat macam mana... adat orang makan gaji, begitulah. Nanti bila ada kelapangan aku sambung okey....

Comel tak kucing ni?