Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 30, 2006

Satu Kejutan....

Setibanya aku di pejabat pagi tadi, ***** memberitahu aku bahawa aku akan ditukarkan ke 'parent company' untuk menggantikan tempat PA kepada COO di sana dan berita tersebut telah pun diumumkan petang semalam. Cuma hingga ke saat ini, aku tidak menerima apa-apa dokumen untuk mengesahkan berita yang ku dengar ini.

Aku tak tahu nak kata apa sebenarnya perasaan aku bila mendengar perkhabaran itu. Gembira? Tak juga... Sedih? Tak juga... Tapi cuma berdebar-debar, rasa macam nak mula kerja di tempat baru. Ye lah.... segalanya baru - kawan-kawan, persekitaran dan lain-lain. Hanya bos saja yang tidak baru. Bukan apa, sebelum ini aku pernah menjadi PA dia selama 2 tahun, cuma bila dia dinaikkan pangkat dan berpindah ke 'parent company' maka aku tidak ikut pergi sama kerana aku memilih untuk bertukar ke jabatan lain di sini. Aku suka bekerja dengan dia... dia merupakan seorang bos yang paling senang untuk dikendalikan dan tak banyak kerenah... Apa yang best tentang dia ini, he is always cool dalam apa pun jua keadaan.

Alhamdulillah... ku panjatkan syukur kepadaMu ya Allah. Walaupun ada kebaikan dan keburukan dengan perkhabaran ini, insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Semoga masa depan kerjayaku akan bertambah baik di sana.

Tuesday, June 27, 2006

Kenapa orang baik selalu jadi mangsa?

Macam-macam peristiwa berlaku setelah hampir 34 tahun aku hidup di bumi Allah ini. Namun begitu, lebih banyak yang pahit berlaku dari yang manisnya. Rata-rata mengatakan yang aku ini terlalu baik dan berlembut dengan semua orang sehinggakan mereka senang saja untuk mempergunakan aku untuk kepentingan mereka.

Apa boleh aku katakan? Sudah semulajadi sikap aku sedemikian. Aku memang payah untuk marah... kalau marah sekali pun, aku akan simpan dan aku akan pujuk diriku sendiri kerana aku tidak mahu sesuatu yang menyedihkan itu berpanjangan. Pada aku... kalau aku tak suka orang buat sesuatu yang tidak aku suka pada diriku, maka aku juga akan sedaya upaya untuk tidak melakukan yang serupa pada sesiapa pun....

'Don't struggle so much, best things happen when not expected.'

Pasal apa aku melalut hari ni? Bukan apa... ada seorang hamba Allah ini telah membuat aku naik marah hari ini. Aku tak tahu kenapa dia suka sangat nak ganggu hidup aku? Aku tak pernah pun kacau hidup dia.... Apa yang aku ada sehinggakan dia berperasaan sedemikian terhadapku?

'No person desrves your tears and who deserves them won't make you cry.'

Friday, June 23, 2006

Lagu lama...


p/s Lagu ini sering aku dengar apabila aku pergi berkaraoke dengan kawan aku. Tak tahulah kenapa dia suka menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Eddy Silitonga ini. Pada aku liriknya agak menyentuh perasaan.

Monday, June 19, 2006

Buah Hati Pengarang Jantung


Inilah buah hatiku. Aku hanya mempunyai seorang hero yang agak bijak tetapi nakal. Biasalah... nama pun budak-budak dan aku mempunyai seorang anak buah yang sudah aku anggap macam anak aku sendiri... maklumlah, aku ni tiada anak perempuan. Kira sepasanglah.... Kedua-duanya amat comel dan keletah.... pantang berjumpa, sampai lupa makan dan tidur dibuatnya. Walaupun perbezaan umur mereka agak jauh.... tapi mereka boleh berkomunikasi di antara satu sama lain. Ada saja perbuatan dan percakapan mereka yang membuatkan aku dan keluarga tak kering gusi... Begitulah kanak-kanak, tiada apa yang perlu mereka fikirkan tentang hal orang lain melainkan diri mereka saja..... Alangkah bahagianya kalau diberikan peluang untuk pergi ke zaman kanak-kanak semula.... mana mungkin boleh ye tak?

Thursday, June 15, 2006

I Still Believe

You look in my eyes and I get emotional inside
I know it's crazy but u still can touch my heart
And after all this time you'd think that I wouldn't feel the same
But time melts into nothing and nothing's changed

I still believe, someday you and me
Will fine ourselves in love again
I had a dream, someday you and me
Will find ourselves in love again

Each day of my life I'm filled with all the joy I could find
You know that I, I'm not the desperate type
If there's one spark of hope left in my grasp
I'll hold it with both hands
It's worth the risk of burning to have a second chance

No, no, no, no, no, no..... I need you baby
I still believe that we cab be together.... no, no, no
If we believe that true love never has to end
Then we must know that we will love again

Oooh, I still believe, someday you and me
Will find ourselves in love again
Oh baby, I had a dream, you and me
Will find ourselves in love again

I still believe (oh baby, I do), someday you and me
Just give me one more try, in love again
I had a dream (I miss your love), someday you and me
Will find ourselves in love again

Wednesday, June 14, 2006

Demam, batuk & selsema


Perghh... tiga penyakit sekali harung membuatkan aku betul-betul flat dalam beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.... dengan ubat yang diberi oleh doktor untuk kali kedua pada Isnin lalu agak berkesan. Demam dah kebah, cuma batuk dan selsema yang ada lagi tapi taklah teruk sangat.... yang tak syoknya, suara aku serak-serak gitu. Ala-ala suara Ella... hehehe...
Kengkawan kat ofis aku asyik gelakkan aku apabila mereka mendengar aku bercakap... jadi hari ini aku agak kurang bercakap dengan harapan agar tekak aku cepat pulih. **yang sebenarnya, aku malu dengan ejekan kengkawan tadi**

Monday, June 12, 2006

Arghhh.....!

Demam, batuk dan selsema yang aku hidapi semenjak Jumaat lalu masih tidak kebah lagi walaupun ubat yang doktor beri minggu lepas sudah pun habis aku makan pagi tadi. Apakah ini satu petanda kepada sesuatu yang tidak baik? Aku akan ke klinik sekejap lagi.... nak minta ubat, biar cepat sihat. Tak larat badan ni asyik nak terperap je... baring tak kena, duduk tak kena.... memang semuanya serba tak kena dibuatnya....

Friday, June 9, 2006

Sok sek... sok sek....


Kejap je dah hari Jumaat. Cepatnya masa berlalu.... Hari ni aku demam dan selsema... Dekat nak habis tisu sekotak aku kerjakan... asyik sok sek, sok sek saja... Agaknya pasal aku meredah hujan lebat semalam... Alang-alang rasanya nak pergi jumpa doktor sebab esok dah cuti.

Bila cakap pasal hujan, terkenanglah pula ketika zaman kanak-kanak dulu. Aku cukup suka nak main dalam hujan. Macam-macam alasan aku kasi kat emak agar aku boleh berhujan... sampaikan mak aku dah tak dapat nak kata apa lagi. Tapi yang heran tu, aku tak pernah pun demam dan selsema bila bermain dalam hujan. Agaknya daya ketahanan badan pada masa tu masih kuat kalau nak dibandingkan dengan sekarang ini... pantang sikit terkena hujan, dah bersin dan ada kemungkinan dapat demam dan selsema... Itulah tandanya peningkatan usia...

Mata aku dah rasa berat... tak larat nak tengok skrin ni lagi walaupun banyak benda yang aku nak coretkan.... Sambung balik bila aku dah ok nanti. Selamat berhujung minggu kepada kengkawan semua....

blog Layouts


Thursday, June 8, 2006

Dulu dan Kini...



Dulu-dulu... selalunya bila aku ada sesuatu berita yang ingin dikongsi bersama, aku pasti menceritakannya kepada seseorang yang rapat dengan ku.... di sekolah lain, di kawasan rumah pula lain, dalam keluarga pun lain.... semuanya bergantung kepada cerita akan dikongsi itu. Selepas bercerita kepada mereka, hati aku puas dan lega. Tapi tak semua mereka ini boleh dipercayai... kadang tu, depan kita je dia baik tapi bila di belakang kita, dialah mulut tempayan. Itu sebabnya sekarang ini aku tak ada kawan rapat. Kalau ada sesuatu, aku akan berdiam diri dan kalau rajin aku akan catatkannya dalam diari...

Kini... dalam dunia milenia ini, aku rasa amat beruntung. Walaupun aku tiada teman rapat tetapi aku ada ramai teman 'maya' yang sudi untuk berkongsi segala cerita-ceritaku. Malah, aku rasa segala pandangan dan nasihat dari mereka-mereka ini adalah lebih tulus dan ikhlas... Aku boleh meluahkan apa saja yang aku rasa kepada mereka dan yang penting sekali, hidup aku telah kembali ceria dengan adanya 'MamaErra'. Terima kasih semua....





p/s - agaknya sebab itulah aku sentiasa berkepit dengan laptopku walau ke mana jua aku pergi.



Tuesday, June 6, 2006

Terkilan

Terkilan rasa hati bila masih ada lagi insan yang tidak memahami apa yang telah aku perkatakan. Walaupun telah berkali-kali aku terangkan tetapi mereka masih lagi ingin mengungkit perkara yang sama. Tak bolehkah mereka beri aku kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan arah tujuan hidup aku? Tak cukupkah selama ini aku hidup dalam bayangan telunjuk mereka?
Seperti mana insan lain yang punya cita-cita dalam hidup mereka, aku juga tak terkecuali. Walaupun cita-cita aku tak sehebat mana tapi aku tidak mahu ianya diwar-warkan. Bukan kerana takut ianya tak kesampaian tapi biarlah ianya tersimpan di hati ini.... Hanya aku saja yang tau. Andai ianya tercapai, pasti ada perubahan yang jelas terlihat pada diriku. InsyaAllah... aku juga inginkan perubahan dalam hidup ini tapi biarlah dengan cara aku sendiri... tanpa dipengaruhi oleh apa jua pun.


Cinta dan Cita-cita
Cinta boleh seiring dengan cita-cita
Tapi kadangkala tidak mungkin bersatu
Adakala...
Pengorbanan tersepit antara cinta dan cita-cita
Walaupun pedih
Demi yang tersayang...




Permandangan dilihat dari Fauna Beach Resort Pulau Perhentian

Monday, June 5, 2006

Kawan Baik

Semalam aku terbaca artikel ni kat buku 'adik'... dan ianya menarik untuk dikongsi bersama.

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita semua menjadi kawan baik yang baik...!!!!!


Sunday, June 4, 2006

Waktu berlalu begitu pantas....


Dalam tak sedar, sudah hampir setengah tahun 2006 aku lalui. Tapi apa yang aku lihat, tiada apa yang dapat aku banggakan dalam pencapaian hidup aku untuk tahun ini... Ini semua demi menjaga hati dan perasaan orang lain sehinggakan diri sendiri terabai. Aku perlu fikir dan lakukan sesuatu untuk diriku... tapi mampukah aku untuk melakukannya?

Namun tak semua orang tahu dan faham akan kemelut yang sedang aku lalui sekarang ini. Aku masih ragu-ragu, dengan siapa patut aku mengadu dan minta tolong? Aku masih tidak punya keyakinan untuk melakukannya sendirian... aku perlukan sokongan. Kawan ketawa memang ramai tapi kawan menangis... ada ke?