Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 27, 2009

Aku berjaya!

Malam ni aku dapat menahan kemengantukkan mata ni supaya tidak tido sehingga melebihi kul 11, aku tak mahu lagi ianya terjadi seperti hari-hari sebelum ni. Almost 12 am now, boleh ke aku bertahan nih? Rasa dah ngantuk sangat... aku rasa ok kot kalo aku masuk tido sebaik saja jarum jam melepasi kul 12 dan harap-harap dapat la tido sampai ke pagi macam selalunya. Biar alarm yang akan mengejutkan aku nanti. InsyaAllah... amin! Chow dulu... meet again tomorrow or after tomorrow or at any day when have time to blogging... hehehe!

Monday, October 26, 2009

Awal lagi hari ni!


Cam dah jadi rutin lak... kul 11 je dah mula mata ni ngantuk sampai tak leh nak tahan-tahan lagi. Kalo tongkat kat kelopak mata tu ngan bilah mancis pun bleh patah... punyer la tak leh nak buka lagi mata tu. Tapi bila sampai je kul 2.30pg, automatik lak mata tu celik dan lansung la tak leh tido sampai ke siang dan seterusnya sampai kul 11 malam nanti... dan gitulah seterusnya berlaku sejak seminggu yang lalu. Camner nak ubah balik pada rutin asal ek? Poning gak kepalo akak ni momikirkannyer!

Friday, October 23, 2009

Tiga jam jer tido

Apa cer? Tadi kul 11, mata ngantuk sangat sampai tak leh nak tertahan-tahan lagi... jalan nak masuk bilik pun dah terhoyong-hayang... alih-alih, kul 2 dah tercelik mata, segar-bugar. Pusing kiri kanan but still tak mau nak lelap balik... Hmm... apa lagi, ni je la yang bleh dibuat sementara boleh. Mata ni masih lagi camtu, ni baru beberapa minit ngadap skrin, dah mula rasa uneasy... vision getting blurr. Oh no... one more day to go. Bertahanlah wahai mata... chow dulu!

Thursday, October 22, 2009

Makin kabur!

Nasib baik hari ni tak banyak sangat kerja yang perlukan penggunaan komputer. Penglihatan aku makin kabur, baik yang jauh mahu pun yang dekat... kepala jadi pening kalo dipaksa, my spec macam tak ada fungsi lagi seolah-olah power aku telah berubah... tapi bila gi jumpa optician last two weeks, dia kata tak de yang berubah. Camner tu? Tu yang dia suruh aku gi jumpa eyes specialist to find out what is the real problem with my eyes tapi masih tak berkesempatan lagi. Baru lagi amik cuti last two days... apa lak kata bos kalo amik cuti lagi dalam minggu ni? May be this Saturday baru bleh pergi kot? Stop for now... tak leh nak celoteh panjang-panjang lagi dah... huhuhu!

p/s Congrats Nor kerana melahirkan twins hari ni. Tentu kakaknya pun seronok... tahun depan leh sambut birthday sama-sama ngan adik2 kan?

Aduhai...

Bila dah cuti, macam ni la jadinya... payah nak lelapkan mata. Pada hal aku bukannya rehat sangat dalam 2 hari ni... istilah cuti tu cuma cuti dari membuat kerja-kerja di pejabat je. Kesibukannya dan kepenatannya tetap sama.


Wednesday, October 21, 2009

Orang CB turun KL...

Perkara yang tak dijangka... lewat malam Isnin mereka tiba... urusan keluarga. Ayee terpaksa ponteng sekolah sehari dan aku juga terpaksa ambil EL semalam dan hari ini. Nak wat camner... famili mesti diutamakan. Harap-harap boss tak cakap apa-apa bila aku masuk keje sok. Bukan selalu aku buat camni kan? Lagi pun cuti aku masih banyak lagi, even tahun ni punya pun masih tak berusik lagi... nak habis tahun dah haa. Sekerat hari masa aku dihabiskan kat IIUMMC, Cimot gi exam MUET... (Ada ke buat exam in between semester holiday? Nyusahkan orang tul laa...) Aku lepak/tido kat hostel dia sambil nunggu dia abis... suspen gak tadi duduk sorang-sorang kat bilik Cimot tu, time cuti ni mana ada student stay kat hostel. Tapi bila dah lena, aku dah tak sedar apa dah... bom meletup pun tak dengar. Petang tadi gi jumpa Dr Rassi untuk amik ubat... kete aku lak wat hal. Tak leh nak start... nak call saper lagi untuk minta bantuan kalo tak AAM? Ganti bateri... itu & ini, sudahnya lagi beberapa hengget tiga ratus pitih aku melayang tadi... aduss! Lambatnya lagi nak gaji... aku dah kering nih! Ni la penangan dapat gaji awal sebelum raya bulan lepas... Udahnya bulan ni aku over spent, masak aku dibuatnya nak cover balik nanti. Beginilah nasib kalo dah gaji seciput... lepas tu semua tanggungan kat aku sorang, mana nak cukup. Nak wat camner kan? Redha aje la...

Monday, October 19, 2009

Tak leh nak tido...

Kegusaran hati buat aku tak boleh tidur semalaman...
Mengelisah dibuatnya
Pasti ada sesuatu yang tak kena
Adakah sesuatu yang tidak baik akan berlaku?
Biasanya begitu bukan?
Jenuh juga mencari jawapan tapi masih tak ketemui
Harus bagaimana perlu aku buat lagi?
Hanya mampu berdoa... dan terus berdoa
Moga semuanya baik-baik belaka!

Sunday, October 18, 2009

Ahad yang bosan!

Hari ini sebenarnya ada undangan majlis rumah terbuka yang aku kena penuhi tapi memandangkan keadaan kaki aku yang kurang baik ni makanya aku terpaksa batalkan saja niat kerana tidak mahu kaki aku ni bertambah teruk. Ampun ye W**b**... bukan sengaja. Dah lama berangan nak jumpa awak dan juga kengkawan yang lain. Lama sangat dah tak jumpa... windunya! Ni semuanya gara-gara si kecik Ian utak yang telah terpijak kaki aku petang semalam. Kecik-kecik cili padi... penangannya sampai jadi camni sekali. So hari ni memerap je la kat umah sorang-sorang. Buat je kerja rumah apa yang patut.... Ni tengah dok layan citer Lord Of The Ring kat skrin 40" for the first time, terasa macam tengok wayang tu... so nak wat marathon la cadangnya, sempat habis ke tidak tak tau le. Cam biasa la, takut tv je yang tengok aku nanti... kui kui kui!

p/s Kenapa hati yang lara ni masih lagi tak hilang?

Saturday, October 17, 2009

Lepak ngan udak utak

Malam tadi aku 'pengsan' awal. Jadinya kul 3 dah bangun... lapar pulak. Sempat lg tu masak mee goreng tuk ngisi pewut yang kreuk kreuk sejak celik mata tadi. Lepas je subuh, aku dah jadi mata kutu... tak tau nak wat pe dah. Udahnya aku siap-siap nak gi umah Jimy... nak jumpa Deena ngan udak utak, Ian Danni. At least bleh la menghiburkan hati yang duka since yesterday. Sebenar-benarnya pun, aku nak larikan diri dari stay kat umah coz persatuan penduduk area umah aku buat open house petang ni. Bukan tak nak join tapi malas nak involve dengan orang yang... ishk susahlah nak citer. Ringkasnya... citer sembang owang bujang susah skit nak click ngan citer owang yang berkeluarga. Lagi pun aku malas nak beramah mesra dengan mereka-mereka tu... nanti lain citer lak timbul. Aku takut nanti makin bertambah ramai lak isteri-isteri yang akan masam muka & panjang muncungnya bila bersua muka kerana suami-suami mereka yang dah mula ramah tamah nak bertegur sapa dengan bila berselisih di tangga atau di parking lot... Bukan nak mengata orang Melayu tapi dah sememang orang Melayu tipikal macam tu... faham-faham je la ye apa yang aku maksudkan tu? Susah sebenarnya bila jadi pompuan yang berstatus tuuttt nih. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Moga diberikan kekuatan untuk terus kuat tabah hadapi permainan hidup yang semakin mencabar sekarang ni.

p/s Happy Diwali to all my Indian frenz.

Friday, October 16, 2009

Hati aku siapa nak jaga?

Am feeling so down dan boleh sampai nangis tersedu-sedu tu... ntahlah tak tau nak describe macam mana tapi yang pasti, kerananya... sejak kul 12 tadi aku lansung tak boleh nak buat apa-apa, sampailah ke saat ini. Nak share dengan seseorang tapi dengan siapa? Tak semua perkara boleh dikongsi rasa... dan tak semua orang akan faham apa yang aku rasa.

Tengahari tadi, untuk mengalihkan hati yang sedang sedih ni... aku ikut CT gi The Mall, dia nak belanja aku lunch sempena hari jadi aku yang lepas, berserta hadiah yang comel... walaupun katanya tak seberapa but for me, it looks elegant and I like it. Tqvm. Terhibur gak hati seketika... Now am counting minutes. Eventhough tak ada plan apa-apa pun atau tiada arah yang nak dituju tapi aku still nak kuar dari ofis ni secepat mungkin... terasa macam nak pergi 'somewhere' untuk membawa hati yang duka tapi ke mana ek? Alamak, bos dah masuk la... Ni kira dah mengular kan? Kang kantaoi laks! Adioss!

Back to normal busy days

Yesterday, my boss dah start keje semula jadinya, mestilah aku pun kena start keje gak kan? Maka akan bermula la semula waktu-waktu sibuk seperti biasa... yang mana aku 'bebas' seketika darinya sejak 2 minggu yang lalu... cukup-cukuplah rehat tu kan? Biasalah... kalo dah mula keje, tak sedar yang waktu berlalu dengan begitu cepat. Balik umah, kepenatan seharian buat aku cepat je 'pengsan'... tu yang sejak kul 3 tadi, terkebil-kebil mata ni dah tak mau nak lelap lagi kerana dah terlebih tido so here is the place tuk memenuhi masa-masa yang terluang tu kan? Nak baca novel, lately ni mata aku dah tak mampu nak membaca lebih dari 3 helai dalam sekali hadap. Bukan membaca je, menjahit pun macam tu... even mengadap pc/lappy. Dah gi check mata... nothing to do with the changes of power of my spec and that lady kat kedai optik tu cakap my eyes is sick, she advised me to see eyes specialist. Sib baik ada PMCare, she will prepare the referral letter for me. Satu lagi penyakit, aduhh... macam-macam la aku ni... Ishkk, tak baik mengeluh! Aku sepatutnya bersyukur yang aku ni masih lagi boleh melihat kan? Thanx GOD!

Tuesday, October 13, 2009

Ngantuk...

Cuti lagi hari ni... walaupun malam tadi, niat di hati nak gi keje hari ni tapi tetiba tahap kemalasan naik semula ke tahap dewa... especially bila terkenangkan yang hari ni kat opis ada majlis rumah terbuka hari raya... tak semena-mena migraine pun 'datang'... Bos cuti lagi... so aku pun bleh cuti lagi kan? Tak yah la pegi ek? Huhuhu! Lagi pun aku 'penat' la... Siapa sangka, sebaik je aku log off tengahari semalam... B call bagi tau dia baru je sampai KL for meetings (biasalah... kalo tak kerana keje tak maknanya dia turun sini kerana saja-saja). Like usual, malamnya adalah aktiviti biasa kita orang... 'lepak'ing. At least terisi gak waktu kebosanan aku semalam... tak payah nak sesakkan otak fikir dan list down apa nak buat kan? Ngantuk aaa... jom tido? Ciao!!!

Monday, October 12, 2009

Kebosanan melanda...

Wow... lama tak update kan? Balik CB la last weekend... tak ada kesempatan nak online, kalo sempat pun, internet line macam cipan kat sana... lembab gilosss!

Bukannya tak ada kerja yang nak buat, malah begitu banyak perkara yang tertangguh yang boleh aku buat sementelahan duduk di rumah hari ni tapi... entah, tak tahu kenapa aku jadi macam malas je... macam tak de mood je.... in my mind now>>>
  • ...malas nak fikir apa yang nak dibuat
  • ...rasa cam nak bersantai-santai gitu-gitu je sambil dengar lagu, tengok tv dan juga membaca novel ke... surfing on the net ke, layan perasaan ke or whatever...
  • ...rasa cam nak merayau-rayau je like window shopping ke, ajak kengkawan kuar lunch ke...
  • ...rasa cam nak berborak ngan seseorang tapi tak mau lah... nanti mengganggu mereka sebab sekarang ni kan masa kerja? Aku je yang sedang relaks-relaks, duk tengah sibuk perabih cuti tahun lepas kat umah...
  • ...rasa cam nak gi pet shop... nak beli pengganti 'princess', dah lama akuarium aku tu kosong...
  • ...teringatkan seseorang? may be... rindu seseorang? may be... nak jumpa seseorang? may be... Tapi siapa ek? Blank....
Rasanya lebih baik aku ikutkan je apa yang digerakkan oleh badan dan minda.... perut dah lapar lak, tak makan apa-apa lagi sejak celik mata subuh tadi... just a mug of coffee je. Ciao!

Tuesday, October 6, 2009

Cuti lagi....

Like usual, kalo dah balik... macam-macam la yang aku kena buat. Tugas rutin... bawa mak kuar gi beli groceries. Kebetulan lak, opah pun ada... dia cakap nak minta tolong aku bawa dia gi kedai optikal, nak buat cermin mata baru sebab yang ada tu dah outdated... not comfortable anymore especially when readings. Aku ni kan anak dan cucu solehah? Maka jadilah driver kepada dua mem besar hari ni... ikut je la arahan ke mana saja yang perlu aku bawa mereka pergi. Dekat kul 3 petang baru sampai kat rumah... kepenatan buat aku terlelap sampai maghrib. Malam kul 9 malam aku gerak balik KL... sok nak keje.

Monday, October 5, 2009

Hooray!

Sementelahan bos aku sedang bercuti panjang sehingga minggu hadapan, aku pun apa lagi... tak melepaskan peluang keemasan untuk bercuti juga. Tapi aku tak leh amik terus menerus... kena gak gi kerja di antaranya.

Hari ni aku ada medical check-up kat Pantai Hospital. Alhamdulillah... that was my last check-up, 95% recovered. Just continue taking what he asked to take at this moment in order to make sure 100% ok. Syukur!

Lepas je habis check-up semalam, gi lunch jap ngan HL then gi jemput Cimot. Balik umah jap, amik barang apa yang patut dan kul 5 terus shoot balik CB. Dekat nak maghrib kita orang sampai...

Saturday, October 3, 2009

Apa buat hari ni?

Pagi-pagi kena gi Pantai Hospital untuk buat blood test... where the result will be used for coming Monday's check-up. Hopefully that will be the last one... penat dah berulang alik. Cimot temankan aku. Lepas je selesai urusan di hospital... tak tahu nak gi mana. Memandangkan masih lagi di bulan raya, kami terus gi umah Jimy. Nak beraya kononnya... sebenarnya, perut pun dah 'bising' minta diisi. Kami langkah kanan... Sue masak mee kari... nyum nyum... sedap! Bleh buka kedai makan la... Siap dapat bekal untuk bawa balik lagi... hehehe! Balik umah aku terus flat... penat teramat. Tak pe, sok bleh rehat puas-puas...

Thursday, October 1, 2009

Masih lagi camtu...

Dah dua hari aku cuba untuk berpuasa. Tapi belum sampai waktu makan tengahari, badan aku dah shivering... sama seperti di bulan Ramadhan tempohari. Kononnya nak buat puasa 6 dan sekali gus nak mengganti puasa Ramadhan yang tertinggal sebanyak 26 hari tu. Nampaknya keadaan kesihatan aku masih tak mengizinkan. Aduhai... bila la agaknya boleh mula ni? Risau gak aku... Anyhow, coming Monday is my next check-up. Hopefully everything will be alright and it will the last one.

p/s Thanx B for the great moment... and also the nice gift!