today, almost a week aku dah jadi macam burung hantu...
kalau jarum jam tak mencecah ke angka 3 pagi...memang payah nak lelap mata aku ni
dan esok pagi, seawal 5.30 pagi aku dah terjaga...tak kiralah hari keje @ cuti
yang pelik lagi tu...aku tak rasa penat pun seperti hari-hari sebelumnya
yang mana setiba saja aku di rumah, memang aku terus flat
lansung tak larat nak buat apa-apa melainkan melepek atas katil dan membuta
jenuh memikirkan apa penyebabnya tapi masih tidak aku temui jawapan yang pasti
kenapa aku boleh jadi secergas itu...malahan tanpa rasa penat sama sekali
apakah kerana proses penurunan berat badan yang sedang aku amalkan?
tak mungkin juga...dulu-dulu diet juga tapi tak jadi macam tu pun...
mungkin kerana dulu-dulu tu tak berapa serius kot jika nak dibandingkan dengan la ni
mana taknya...aku memang benar-benar kontrol pemakanan seharian aku
mula-mula dulu aku tak makan nasi lansung dan berlarutan hingga ke 6 minggu
then aku hanya ambil nasi sekali saja dalam seminggu hinggalah sekarang ni
alhamdulillah...eventhough not so impressive dalam penurunan angka kilo tu
tapi dari segi fizikal nampak ketara sangat dan buat aku lebih bersemangat lagi
bak kata doktor aku tu, kalau badan dah ada banyak lemak tepu...
memang slow skit progress in terms of number but it can be seen at body figure
apa taknya...aku dah boleh pakai almost semua baju dalam wardrobe aku
cuma tinggal beberapa helai jer lagi...bukan tak boleh pakai cuma agak ketat skit
tu la kan? memang amat payah sebenarnya...menahan nafsu makan la katakan
tambahan pula doktor suruh berusaha ikhtiar secara natural
tidak boleh sama sekali menggunakan mana-mana diet product
tapi bak kata orang, kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih kan?
berbalik kepada masalan tido tadi...adakah ia termasuk dalam kategori insomnia?
memang aku pernah mengalaminya dulu tapi masa tu...
memang aku sedang berada dalam satu situasi yang kritikal dalam hidup aku
bukan nak kata aku tak ada masalah...dan mana hidup yang tak ada masalah kan?
and not denying aku memang sedang menghadapi masalah sekarang ni
cuma masalahnya tak la besar mana sampai boleh terganggunya daily routine
but that is me...kekadang benda kecik pun boleh buat aku worry tak tentu pasal
anyway...nasib baik banyak perkara boleh buat bila mata tak boleh tido
kejap aku menjahit, kejap aku membaca, kejap aku tengok you tube...
kejap aku main games, tak pun aku buat keje rumah...kalo rajin laa...
lebih seronok lagi kalau ada yang melayan...tak kira la siapa pun
haa...tu la nak cerita...pe2 pun tqvm B kerana melayan aku chatting sampai pagi
am released a bit at least...but can't wait to meet you after you are back from UK!
*wah...panjang aku membebel pagi ni kan? Mr.B tak de la katakan...hik hik!*
kekadang yang diharap ntah di mana
yang tak diundang pula kekadang sudah memadai