Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 24, 2015

randomly blabbering part 2


Rentetan dari n3 sebelum ini... boleh baca di SINI

Kisah Ms W dan Mr Z. Pendapat aku la kan? *wadduh... rasa macam retis la pula*

Kalau dilihat dari perspektif agama, terang-terangan dah perbuatan Mr Z itu salah dan berdosa. Kalau ikut common sense pun, tetap juga salah. Baik MrZ mahu pun Ms X, sudah tahu status dan tanggungjawab masing-masing. Betul kata Ms W, agak kurang manis dipandang. Isteri mana boleh tengok suaminya bergambar intim dengan perempuan lain walaupun perempuan itu dia kenal. Ye, mungkin si suami tak punya apa-apa perasaan tapi kita tidak tahu apa pula yang sebenarnya ada di dalam hati perempuan tersebut semasa itu. Kalau aku la di tempat Ms X, secara logiknya... sudah tahu diri tu sebagai isteri orang, makanya dia sepatutnya tidak akan bergambar dengan cara begitu dengan lelaki. Baik dengan yang bujang atau pun telah berkahwin. Melainkan dia ada perasaan sesuatu pada lelaki tersebut. Bukan apa, maruah kita tu. Sekali gus jaga maruah suami/isteri masing-masing. Terdetik plak hati aku, apa pula agaknya perasaan si suami Ms X ni gamaknya bila tahu isteri dia begitu? Hmmm... entahlah. Mungkin sama juga perasaannya dengan Mr Z kot... Tapi kan, lelaki ni selalunya... dia orang boleh buat tapi kalo perempuan hak milik dia, tak boleh pula... so mesti si suami Ms X pun akan rasa yang sama seperti Ms W rasa... wallahualam.

Sekian, itulah pandangan aku yang tak berapa pandai ni...


- Posted using BlogPress from my iPhone



Tuesday, June 23, 2015

reading habit




aku memang kaki buku
semenjak dua menjak ni sukar sangat nak dapat masa untuk itu
like the above phrase... itulah aku dulu
namun sekarang, bukan saja banyak tapi terlampau banyak
ada ketikanya sampai berhari-hari tak dapat menyambung pembacaan
bayangkan, dalam setahun aku boleh habiskan around 150 novels
but last year only 50 and this year getting worse...
now June already, but I managed to finish only 8 novels... hu hu hu
hopefully, it will be back to normal when everything gets better



- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, June 19, 2015

randomly blabbering


Bear with me my friends, aku rasa macam nak membebel plak... Petang-petang begini, kalau ikut masa rasminya... waktu kerja aku memang belum habis lagi namun kerana ketiadaan DMF kerja aku untuk hari ini sudah selesai.

Krik... krik...

Kalau di dalam hutan, pasti itulah yang kedengaran bila berseorangan. Namun di sini cuma kedengaran hembusan angin pendingin hawa yang agak kuat. Kedinginannya membuatkan mata mengantuk. Sudahlah berpuasa, lagi lah kan? Memang suhu yang sangat sesuai untuk lelap. Jadinya, untuk mengelakkan mata ini terkatup, jom la dengar aku blabbering...

Ok, aku ada satu isu di sini... saja je nak kongsikan ngan korang... *ehh ada ke yang nak baca?*

Setiap orang punya pandangan yang berbeza. Apa yang kita fikir kadang-kadang tidak sama dengan penerimaan seseorang. Semuanya bergantung kepada latar belakang individu itu. Adakala, kita rasa sesuatu perkara itu kurang elok dipandang tetapi bagi sesetengah individu ia adalah perkara biasa dan kerana perbedaan inilah yang boleh membuahkan satu perselisihan pendapat di antara dua individu.Walaupun ianya nampak macam perkara remeh tetapi pada individu yang berkenaan, ianya adalah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah.
Aduhh... ko merungut ke... apa ni, Dee? Tentu korang tak faham apa yang aku nak sampaikan, kan?

Cenggini... ohh... sebelum tu, ini bukan cerita aku k Cerita ni memang ada kena mengena dengan yang masih hidup... actually, aku mendengar cerita dari seseorang dan aku dah ubah sedikit sebanyak untuk menjadikan ianya lebih ringkas dan mudah difahami*

Sepasang suami isteri. Si suami, Mr. Z adalah seorang artis. Si isteri, Ms W cuma seorang pekerja di sektor swasta. Berkahwis atas dasar suka sama suka. Ms W ni memang sudah sedia maklum akan rencah dalam kerjaya suaminya itu. Pada dia, asalkan Mr Z tahu batasannya sebagai seorang suami.

Biasalah artis. Pasti ada rakan sekerja lain yang rapat dengan dia, tak kiralah lelaki atau perempuan. Bila ada majlis, mesti masing-masing teruja bila dapat berjumpa dan seperti zaman sekarang, pasti ada sesi red carpet or selfie or wefie kan?

Nak jadi cerita, dalam satu majlis... Mr Z berjumpalah dengan rakan artis, Ms X yang dia selalu berganding sama dalam apa-apa event. Maka, mereka pun bergambar sama... Haaa... yang tak seronoknya, tang cara aksi Ms X bergambar dengan Mr Z tu la yang menjadi isu di sini. Kalo sekali pandang, cara dia orang berdua bergambar ni agak intim, senang cerita macam sepasang kekasih or suami isteri. Oh ye, Ms X ni muda lagi dan sudah berkahwin juga. Kebetulan pula Ms W terlihat gambar tersebut di dalam telefon bimbit Mr Z. Bukan satu gambar tau, ada beberapa gambar lain juga dengan posisi yang berbeza. Cuba letakkan diri korang di tempat Ms W. Apa agaknya perasaan Ms W?

Ms W kurang senang dengan situasi ini kerana ianya agak kurang elok dipandang dan menyuarakannya kepada Mr Z. Namun, bagi Mr Z... ianya fenomena biasa di kalangan artis dan mengatakan perempuan ni semua sama saja, cemburu bila tengok situasi begitu serta tak memahami kerjaya seorang artis. Akhirnya, suasana menjadi tegang kerana kedua-duanya cuba menegakkan pendirian masing-masing.

Kesiankan, bila terjadi begini? Apa pandangan korang? Ehhh tanya orang pula ek? Pandangan aku? Hmmm... nanti aku fikirkan dulu. Next n3 aku beritahu k. Masa untuk pulang...

Selamat berbuka puasa!


2 Ramadhan 1436



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 9, 2015

Turning Upside Down



Don't worry if your life is turning upside down.
May be this new side is better.
Sometimes things turn upside down to give you a new perspective.
Give it time.
You might like this new side.


p/s
Everyday I Love You!


- Posted using BlogPress from my iPhone




Monday, June 8, 2015

banyak kerja



Alhamdulillah masih punya kerja... Oleh itu, jangan merungut...
Nama pun makan gaji, jadinya buatlah apa yang diberi kan?
Yang pasti, cukup bulan akaun bank akan berisi untuk sara hidup
Begitulah kitaran hidup kita...



- Posted using BlogPress from my iPhone




Thursday, June 4, 2015

lama bertukar baru...



belasan tahun lamanya aku di situ... staf di sekeliling silih berganti, aku masih lagi menjadi penunggu setia... alangkan hidup pastikan mati, begitu juga dengan kerja kita... begitu juga dengan aku, perlu juga melangkah ke hadapan bukan? masih lagi di bawah bumbung yang sama... cuma bertukar tugas, tempat dan juga bos... sayu juga hati ini untuk melangkah pergi untuk meninggalkan rakan-rakan di situ... 
"Hidup adalah sebuah perjalan yang panjang. Moga perjalananku ini dipermudahkan dan akan dipenuhi dengan warna-warna warni keindahan. Insya-Allah."




p/s:
selamat tinggal Mr.B, moga berjaya dengan portfolio yang baru dan terima kasih atas segalanya
selamat ketemu DMF, moga kita dapat bekerjasama dengan baik di hari-hari akan datang


- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, June 1, 2015

hijrah...



hampir 2 bulan menyepi... kata orang, berhibernasi...
hari ini, aku naik kerja semula setelah bercuti panjang
bermulanya aku di tempat baru, bos baru dan suasana baru
Alhamdulillah...moga dengan penghijrahan ini...
aku akan lebih bersemangat dalam menimba pengalaman baru
serta kuat dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang
dan juga diberikan kesihatan yang baik hendaknya



p/s:
berhijrah itu tidak susah
susah itu hanya dalam fikiran kita...



- Posted using BlogPress from my iPhone