Sedar tak sedar, dah sampai pun ke penghujung tahun 2008. Begitu pantas masa berlalu. Macam-macam telah berlaku di sepanjang tahun. Apa yang boleh dikatakan, mana yang baik dijadikan ikhtibar dan mana yang kurang baik itu dijadikan sempadan. Eh... betul ke apa yang aku cakap ni? Alaa... kau orang faham la kan maksud aku kan?Tak kira awal tahun atau hujung tahun, perkataan sibuk tu macam dah sebati dengan aku. Kerja... itulah yang utama dalam hidup aku, selain keluarga di sisi. Nak dapat masa untuk diri sendiri cukup sukar sekarang ni. Terlalu banyak yang nak dibuat dan juga perlu menjaga hati-hati insan di sekeliling. Hujung tahun terutamanya masa cuti sekolah, memang banyak kenduri kahwin yang perlu dihadiri... tak pergi nanti orang kata kita tak ingat saudara. Nak tak nak kena gak le pergi... nasib baik di bulan Disember ni banyak cuti umum... jadinya tak perlulah susah-susah nak mohon cuti tahunan. Kalau tak susah gak aku. Pe-pe pun dah tercapai segala azam yang disenaraikan pada awal tahun ari tu? Azam aku? Hmm... sebenarnya aku tak ada berazam untuk apa-apa yang besar pun, cuma mahu hidup aman, damai, ceria dan bahagia selalu di samping orang-orang tersayang dalam menjalani kehidupan seharian dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik... sikit-sikit tak baik tu pun ada juga tapi biasalah dengan adat resam kehidupan kan?
~dee~ Sukar rupanya untuk kita melupakan orang yang pernah bertahta di hati?














Sesuatu yang tak disangka 
















