Aku dah malas nak pening-peningkan kepala untuk memikirkan perkara-perkara yang menyesakkan kepala aku itu. Biarlah... aku terima saja apa yang akan terjadi. Pada aku, beralah tak bermakna kalah tapi kadang kala demi kebaikan kita terpaksa berbuat begitu.Apa yang aku mahu sekarang ini, terus menikmati hidup seperti biasa dan kalau boleh, lebih baik dan bahagia... tak kiralah sama ada berseorangan atau pun bersama insan-insan yang tersayang. Pada aku, apa yang aku ada sekarang ini sudah cukup memadai... aku tidak seharusnya tamak untuk mendapatkan semua yang aku ingini... dan harus belajar untuk bersyukur. Lagi pun kalau ada bahagian untukku... ianya tidak akan ke mana, ianya akan tetap aku perolehi walaupun ianya lewat aku kecapi... InsyaAllah, Tuhan itu maha mengetahui.





