Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 31, 2008

Dalam angan & sedar...

Dalam angan tu macam-macam nak dibuat pada tahun ni,
lip lap lip lap... hari ni adalah hari terakhir di bulan Mac.
Sekejap je suku tahun sudah pun berlalu.
Cepatnya...

Mata aku ni dah tak boleh nak lelap.
Sudah melepasi tahap mengantuk.
Sebabnya tadi aku dah terlena sekejap di dalam kereta.
Maklum sajalah, bila dah jadi passenger...
Entah mengapa highway jam lak...
jalan dah 3 lane pun masih sangkut juga.
Terasa macam di musim perayaan pulak.
Kesian Jimy... penat dia.
Sekali sekala...

Sesampai je di rumah dah dekat kul 1 pagi,
kemas-kemas apa yang patut,
namun mata ni masih lagi terkebil-kebil
aduhhhh...
nanti sure ngantuk kat ofis esok
4 hari cuti pula buat aku rasa malas lak nak gi kerja...
huhuhu...

p/s: Dah jumpa pun masih terasa rindu lagi? Naper ek?

Thursday, March 27, 2008

:)

Semalam petang bos aku sms beritahu dia dah selamat sampai ke destinasi percutiannya dan sepatutnya mulai semalam juga, aku akan bercuti selama 3 hari tapi apakan daya, pepagi lagi masa aku tengah berlengkar di atas katil, bos aku call... apa lagi, memang adalah kerja yang nak disuruhnya. Maka aku pun kenalah pergi ke ofis pagi tu. Ingatkan selesai saja kerja dengan senang hatinya boleh pulang ke rumah tengahari tu... tak juga, ada pula kerja lain yang perlu diselesaikan dengan segera. Hishh... memang tak leh lansung jejakkan kaki kat ofis tu, pasti akan melekat sampai ke sudah. Kenalah aku batalkan cuti semalam.

Hari ni dan esok aku tak peduli... aku nak cuti juga. Kalau kena kerja pun, dari rumah je. Lepas ni memang payah nak dapat cuti panjang begini. Hajat di hati nak balik CB je tapi kereta aku lak ada masalah sikit, jadi aku tak confident nak drive long distance. Nanti tak pasal-pasal pula berlaku perkara yang tak diingini... Nasib baik Julie dan Jimy nak balik pada weekend ni, boleh lah aku tumpang either one of them.

pada pandangan u ols la kan, bila tengok gambar ikan ni apa yang u ols rasa?


p/s: Happy meeting you B!

Tuesday, March 25, 2008

BOY

When a BOY is quiet,
He has nothing to say...

When a BOY is not arguing,
He is not in the mood of arguing...

When a BOY looks at you with eyes full of questions,
He is really confused...

When a BOY answers 'I'm fine' after a few seconds,
He is either amazed or angry...

When a BOY lays in your lap,
He is wishing for you to be his forever...

When a BOY calls you everyday,
He is spending a lot of talking time to get your attention...

When a BOY sms's you everyday,
He is forwarding them...

When a BOY says I love you,
It's not the first time...

When a BOY says that he can't live without you,
He has made up his mind that you are his for at least a week.

p/s: Another relaxing day for me... now 6.15 but I am still here waiting for my boss to finish his mgmt meeting yang selalunya habis lewat tu. Hari ni kan last day dia bekerja sebelum mula bercuti esok? Nak tak nak aku kena la tunggu, manalah tahu kot-kot ada mandat penting yang nak di'perturun'kan pada aku di sepanjang ketiadaannya nanti... he he he!

Monday, March 24, 2008

GIRL


When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind.

When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply.

When a GIRL answers 'I'm fine' after a few seconds,
She is not at all fine.

When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying.

When a GIRL lays on you chest,
She is wishing for you to be hers forever.

When a GIRL calls you yesterday,
She is seeking for your attention.

When a GIRL sms's you yesterday,
She wants you to reply at least once.

When a GIRL say I love you,
She means it.

When a GIRL says that she can't live without you,
She has made up her mind that you are her future.

When a GIRL says 'I miss you',
No one in this world can miss you more than her...


p/s: Hari ini adalah hari yang cukup relaks bagi aku... betul ke ni? Mana pergi semua kerja-kerja aku yang melambak tu? Macam tak percaya je... he he he!

Sunday, March 23, 2008

Apa aku buat?


Semalam dan hari ini... apa yang telah aku buat?

Tak ada apa aktiviti yang lain dari biasa... aku memerap je kat rumah.
Tak ke mana-mana pun melainkan dari gi kuar makan.
Apa lagi yang best selain dari tido bila cuaca sejuk begini?

Selain tido... aku banyak buang masa 'merawat' laptop aku
Semalam petang ia di'serang' virus.
Hanya tengah hari tadi aku dapat 'membunuh'nya.
Lega rasa hati...

Sok dah nak kerja, boring nyer...
Apa taknya, dah empat hari cuti.
Mula la rasa malas datang menggoda minda ha ha ha!
Tapi tak pe Dee, dua hari je kena kerja... lepas tu cuti lagi.
Rabu ni bos aku mula bercuti so aku pun amik cuti juga la... 5 hari tu.
Rasa-rasa cam nak balik CB je untuk mengubati kerinduan...

p/s: Tonite MU vs Liverpool and Arsenal vs Chelsea... who will win?

Saturday, March 22, 2008

Sepi Tanpa Cinta


Aku bahagia melihat dia juga hidup bahagia disamping insan yang dia sayang... Malah ia buatkan aku terasa ingin terus lari jauh dan terus lenyap dari kamus hidup dia agar kebahagiaan yang sedang dikecapinya itu berkekalan berpanjangan.

Sayangnya, amat sukar buatku melepaskan dia pergi walaupun kata perpisahan telah dilafazkan. Baik aku mahu pun dia, sukar untuk terima perpisahan ini...

Maka sekarang ini aku hidup tanpa cinta... sepi, hanya bertemankan kenangan-kenangan yang lalu.

Namun aku redha seandainya aku tidak dapat merasa bahagia dan seandainya aku tidak menemui sesiapa pun yang dapat memberiku kebahagiaan, aku tetap terima nasibku itu. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku....

p/s tetiba je perasaan melankolik menyelubungi diri... mengenangkan kisah percintaan berbelas tahun yang lalu.

Friday, March 21, 2008

Yehaa...

Semalam cuti sempena Maulidur Rasul, hari ini aku sambung cuti lagi sebab bos aku pun cuti juga. Esok dan lusa cuti lagi... relax sangkan aku kali ini. Ikutkan hati nak balik CB tapi biasalah... gaji belum lagi maka hajat tu terpaksalah dipendam je dulu. Apa nak buat kan? Tunggu hujung bulan je la...

p/s: esok nak buat apa ye?

Happy Birthday Mum!

Selamat Hari Jadi mak! Moga diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan murah rezeki. InsyaAllah...

p/s: Tak lupa juga buat Reen... Selamat Hari Jadi!

Tuesday, March 18, 2008

Saat Kau Pergi

Saat Kau Pergi
by Bunga Citra Lestari

Entah mengapa hatiku terus gelisah
Apa yang 'kan terjadi
Airmata pun jatuh tak tertahan
Melihatmu terdiam

Ternyata kau pergi 'tuk s'lamanya
Tinggalkan diriku dan cintaku

Chorus:
Apa kau melihat dan mendengar
Tangis kehilangan dari ku
Baru saja ku ingin kau tahu
Perasaanku pada mu

Mungkin Tuhan tak izinkan sekarang
Kau dan aku bahagia
Ternyata kau pergi 'tuk selamanya
Tinggalkan diriku dan cintaku

Repeat Chorus


p/s: Entah naper pagi ini aku jadi sentimental sikit... asyik layan lagu je!

With You



p/s: really love this song now...

Sunday, March 16, 2008

Khasiat bangun pagi...

Like usual, bila tiba waktu hujung minggu aku selalu berhajat untuk bermalasan di katil, bergolek-golek layan perasaan, bangun bila rasa nak bangun dan tak perlu terkocoh-kocoh bersiap macam lima hari bekerja tu. Tapi biasanya hajat tinggal hajat saja la. Ni semua kerana asuhan orang tua aku dulu malah ianya lagi strict dari orang lain kerana aku dilahirkan sebagai anak seorang tentera - terdidik dengan disiplin, segalanya ikut masa dan mungkin pasal itulah tabiat tu terbawa-bawa hingga ke hari ini, dah sebati. Payah untuk mengubahnya.

Memang sedari kecil lagi kami adik-beradik akan dikerah untuk bangun seawal pukul 6 - abah selalu cakap waktu pagi la rezeki nak masuk, kalau asyik berlengkar je atas katil, rezeki pun cabut lari. Lepas tu kita orang adik-beradik disuruh mandi, mandi air sejuk tau? Fuhh... biru hujung jari menahan sejuknya. Dia kata mandi pagi tu salah satu 'antibiotik' untuk badan... ketahanan badan bertambah, malah kita akan berasa segar dan bila badan dah segar otak pun akan berfungsi dengan baik *agaknya pasal tu kami adik-beradik dulu jarang dapat sakit dan kami juga boleh dikatakan cemerlang dalam akademik semasa zaman persekolahan - puji lebih-lebih lak aku ni... hehehe!*. Then bila semuanya sudah sedia, kami akan breakfast bersama-sama. Abah aku kata lagi, makan pagi ni penting untuk mendapatkan tenaga untuk badan sebab sewaktu kita tidur di malam hari, tenaga dalam badan tetap digunakan dan perlu diganti semula. Di samping untuk mengganti tenaga yang hilang, breakfast juga perlu untuk memberi kita tenaga sebelum memulakan apa jua aktiviti seterusnya untuk hari itu kerana ada lebih kurang 5-6 jam lagi untuk tibanya waktu lunch.

Tapi masa kecil-kecil dulu, aku memang cukup tak suka dengan rutin yang satu ini kerana ianya bukan hanya untuk hari bersekolah saja tau tapi ianya apply untuk hujung minggu juga. Bukan aku seorang je yang tak suka, adik-adik aku juga begitu. Mana taknya, masa tu kita mana tahu akan kebaikan itu semua. Kita cuma tahu nak seronok je... Tapi bila umur sudah meningkat dan punya anak sendiri barulah kita nampak mengapa orang tua kita didik kita begitu dulu. Memang 'khasiat'nya tak nampak dalam sekejap mata dan sekarang ni aku pula jadi macam mereka, mula bising-bising dengan Ayee bila tengok dia malas bangun pagi... bak kata orang, aku dah 'mewarisinya' dari orang tua aku dan sekarang aku pula nak 'mewariskannya' pada Ayee pulak. Hmm... kalau perkara yang baik, apa salahnya kan?

p/s: seronok dapat berjumpa dengan semua geng UB semalam... lepas dah rindu pada kalian dan tak lupa juga ucapan Selamat Pengantin Baru buat Alin & suami, moga bahagia dan berkekalan sepanjang hayat.

Friday, March 14, 2008

Last working day of the week.


How nice... just left another 9 more hours to end my work for the week. What I am gonna do this weekend? Hmmm... on Saturday I have to go to Bangi, wanna meet my UB frenz at the lauching of two new novels by Jemari Seni and can meet John Norafizan & Lara too. Miz u ols. Then on Sunday, I will go to Alin's wedding at Sg. Penchala with Julie. Ye ye... can meet Haziq on that day.

p/s: tak sabar nak jumpa geng UB...

Thursday, March 13, 2008

Haiyaa...


Running nose & cough makes me feel uneasy to stay in the office. Like in the meeting yesterday, my sok sek sok sek & coughing interrupted all people around me. The aircond in the office also makes my condition getting worse... I thought I want to take a half day off today. Wondering if I can... anyway, let my boss comes to the office first.

p/s Happy Birthday Shima, your result yesterday was the best prize you had ever received sis...! Anyway, I still owe you hehehe!

Wednesday, March 12, 2008

Apalah...


Selalunya selepas cuti panjang, mesti orang akan expect yang kita akan datang bekerja dengan keadaan yang segar dan ceria. Bukan apa, mereka ingat yang kita ni dah dapat cukup rehat semasa bercuti tu. Hmmm... tapi kali ini ianya tak berlaku pada aku. Maklum je la... bantu family aku pindah rumah. Memang memenatkan. Tu yang buat aku jadi tak sihat.Sampai ke hari ini batuk dan selsema aku masih tidak berkurangan, demam datang sekali sekala dan bila makan ubat hilanglah dia. Walaupun tak sihat, nak tak nak aku kena gak gi kerja semalam... nanti apa lak boss aku kata. Huhuhu... susah tul. Pagi tadi, ingatkan nak masuk lewat sikit... tetiba baru aku teringat yang aku ada meeting pada kul 9. Gagahkan jugak le... sesampai kat ofis, baru aku perasan note book aku tertinggal dan semua note tentang meeting ada dalam tu. Aduh mak, apa aje la aku ni? Ishk... ishk...

p/s: thanx so much B & congrats to my sister, shima for getting 10As in her SPM... I owe u sis!

Tuesday, March 11, 2008

Ke mana aku pergi ye?

Lama gak aku senyapkan? Aku bercuti sebenarnya tapi aku ni kan cuti ke tak, sama je... sibuk memanjang. Selalunya sibuk dengan kerja tapi masa bercuti ni sibuk lak dengan hal-hal peribadi. Macam-macam yang nak dibuat. Tapi jangan pula fikir aku sibuk dalam kehangatan PRU12 yang lalu - tak ada kena mengena lansung kerana aku memang tak minat dengan politik. Sementelahan itu, aku ambil kesempatan untuk balik ke CB untuk jumpa Ayee. Cuti sekolah kali ini dia tak dapat datang ke KL, tu yang aku luangkan lebih masa sikit di sana. Dalam masa yang sama dapatlah juga aku sibuk-sibuk membantu orang tua aku berpindah ke rumah baru. Merasalah tidur di sana barang semalam. Jadilah... Deena bersama abah & mama dia pun ada balik. Sayang, Haziq tak dapat balik... kalau tak lagi meriahlah suasana. Aku hampir terlelap kerana kepenatan setibanya aku di KL malam tadi. Tup tup ada pula yang hantar sms nak jumpa... penat-penat pun pergi gak la. Kawan-kawan, nak buat camner.

Thursday, March 6, 2008

Aku happy... apasal?

Apa lagi... Inilah kesempatan yang perlu aku grap untuk mengurangkan baki cuti tahun 2007 aku yang ada lagi 23 hari tu... Bos aku pergi Bangkok hari ini untuk menghadiri conference dan hanya akan mula masuk kerja semula pada Selasa depan. Tak banyak pun cuti yang dapat aku ambil - 3 hari je... Apa-apa pun, aku happy sesangat - dapatlah aku berehat dan memanjakan diri serta membuat apa-apa yang patut i.e. gi repair kereta, gi KWSP, gi renew passport, gi saloon, jahit manik dan membaca novel *ingat Dee... book fair is coming, inilah masanya untuk engkau mengurangkan bilangan novel yang belum berbaca di rak buku engkau itu* Ha ha ha... Paling tidak dapatlah aku melupakan seketika rasa sakit di hati ini.

p/s: baru sekejap tadi aku bercakap dengannya on the phone... aku happy, lepaslah rindu seketika

Wednesday, March 5, 2008

Hati tak sihat


Tak ada doktor yang dapat mengubatinya. Hanya masa saja yang boleh membantu, itu pun hanya untuk meredakan saja... dan kalau dah begini, semua kerja serba tak jadi. Nak mere-pere kat sini pun malas. Mengapa? Entahlah... aku sendiri pun tak tahu.

p/s: rindunya pada Ayee...

Saturday, March 1, 2008

Boring nyer....


ni le anak ponakan kesayanganku - haziq & deena

Aku bangun seperti biasa. Macam nak pergi kerja la pulak... subuh-subuh dah bangun. Selepas melaksanakan tanggungjawab kononnya nak sambung balik tidur sebab malam tadi aku tidur lewat tapi tak mahu lak mata ni nak pejam. Dahnya aku layan la tv... tengok Pingu! Cam bebudak lak aku ni. Eeee... boring tu!Bukannya aku tak ada kerja nak buat. Banyak sebenarnya... tapi penyakit M aku tu cukup kuat hari ini. Hari ni aku habiskan masa aku kat atas katil. Bak kata Ayee... 'hari melepek'. Cuaca kat luar tu sejuk lak... bertambah-tambah parah la penyakit M aku nih. Nak keluar pun malas... aku makan maggi je tengahari tadi. Gas dah habis, tu yang tak leh nak masak... patutnya aku kuar gi kedai mamak untuk suruh dia hantar gas yang baru *silap aku ari tu sebab tak amik no. tipon kedai tu* penyakit M ni lagi jadi penyebab aku masih 'melekat' kat rumah ni. Apa nak jadi la dengan aku ni. Sat lagi nak siap-siap... dah janji ngan Julie nak lepak kat umah Jimy malam ni. Bleh la layan Haziq & Deena.... B turun KL ari ni... nanti lepak ngan dia lak. Tak tau la kul brapa dia nak sampai... tunggu je la!

p/s: Happy Birthday Jena! Moga kau tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dik!

Baby Love

p/s: i like this song so much... to all my frenz out there, enjoy your weekend!


p/s: what to do? what goes around comes around...

Dingin

p/s: tengah-tengah malam ni sedap lak dengar lagu anak Pak Zain ni... hujan pula turun renyai-renyai - sejuk, tangkap syahdu gitu.... huhuhu!