Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 29, 2008

Betulkah?

"Firasat orang tua ni kekadang selalunya betul. Mereka bukan saja melihat seseorang dengan mata kasar tetapi mereka melihat dengan mata hati. Pengalaman hidup membolehkan mereka menilai baik atau buruknya seseorang walaupun dengan hanya melihat gerak geri saja."

Bolehkah aku percaya dengan kata-kata di atas? Seseorang pernah menyatakannya pada aku beberapa hari lepas. Kalau aku percaya, bermakna aku menerima usulan mak dan abah... dan juga bermakna aku perlu membuat satu keputusan yang tak pernah lansung terlintas di dalam fikiran ini. Betulkah apa yang akan aku lakukan ini? Bersediakah aku?

~dee~ Aku perlu fikir, fikir dan fikir habis-habisan.

Friday, October 24, 2008

Entahlah...

Lately ni fikiran aku berserabut sikit. Pasal tu agaknya aku jadi malas nak blogging. Walhal, masalah tu bukannya besar sangat tapi ianya boleh buat aku rasa macam semuanya serba tak kena. Malam sukar nak melelapkan mata, pagi-pagi pulak malas nak bangun, buat kerja kat ofis pun macam terpaksa je... makan pun tak berselera *nasib baik aku berpuasa dalam beberapa hari ni* dan nak buat sesuatu untuk diri sendiri pun malas juga. Pernahlah dengar orang berkata, bila ada masalah atau kerunsingan kita perlu berkongsi cerita dengan seseorang. Walaupun belum tentu orang tersebut dapat menolong kita tetapi paling tidak, kita telah meluahkannya supaya diri kita tidak rasa tertekan. Betul ke? Aku dah buat pun... dan buat masa ini, teori tersebut tak applicable pada aku. Selepas habis bercerita pada orang tu memanglah rasa release tapi sekejap je... bila dengar pula dia punya pandangan dan nasihat, alamak... lagi fikiran aku bertambah kusut dan lebih tension dari yang sebelumnya... aduhaiii! Camner tu? Itu yang buat aku malas nak bercerita kepada orang-orang yang seterusnya. Sudahnya, aku pendamkan aje la... agak-agak boleh ke ianya pergi begitu saja? Huhuhu....!

~dee~ Aku masih tak decide lagi... nak balik CB atau tidak this weekend? Cuti 3 hari tu...

Wednesday, October 22, 2008

Suratan @ kebetulan?

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan...

~dee~ Aku pening memikirkannya... apakah yang harus aku lakukan?

Friday, October 17, 2008

Chikungunya dan Raya

Lama menyepi. Tak ke mana pun. Masih ada di sini. Cuma masa dan keadaan je yang buat aku tidak punya kesempatan untuk update cerita di sini. Lepas cuti raya dah sibuk ngan keje. Dalam sibuk tu, aku sebenarnya tak berapa sihat hinggakan ke satu tahap aku rasa macam dah nak habis nyawa ni menahan sakitnya segala sendi kat badan ni. Doktor Rassi kata aku dikhuatiri dijangkiti demam chikungunya... pertama kali aku mendengarnya. Its slightly like a viral/dengue fever. Alhamdulillah... aku dah beransur baik.

Tak ada apa cerita yang menarik... memandang aku tak bleh nak tido, tu yang dapat nak upload gambar-gambar raya baru-baru ni. Pertama kali beraya kat rumah baru abah... pe pe pun let the pictures do the talking!

mak ngan 3 orang anak dan 3 orang cucunya...

julie & family... so orangeee!

jimy & family... sedondon lak ngan kaler sofa tu... kui kui kui!

cimot & sadek - adik aku yang dua orang ni cam kembar masa kecik-kecik tapi sekarang ni adik lebih besar dari kakak... dia sorang je yang nampak ketara ikut baka belah abah, aku dan adik pompuan yang lain sumernya kecik molek ikut mak...

Iean ni cam tau-tau je orang nak amik gambar dia... nampak bijak...

ayee bersama anak-anak ponakan yang aku sayangi... keletah mereka yang buat aku bahagia

First day raya tu, cukup sebulan umur Iean... nampak dah berisi dan tegap, serta bijak...

ni ler buah hati pengarang jantung aku... dah dekat nak sama tinggi ngan mama dia

sekali pandang... sure orang sangka lain, inilah adik aku yang masih bujang trang tang tang tu... umur 33 tahun, ada sesiapa yang berkenan? bleh la isi borang... kalo dia kahwin, mak aku la antara orang yang paling gembira dalam dunia ni.

Kaler baju raya aku, dino dan emak sedondon... nasib baik sadek mencelah, kalo tak kita orang ni dah jadi cam boria la pulak... hehehe!

~dee~ Dalam banyak-banyak tu, gambar abah je tak ada... sejak-sejak dah jadi orang penting ni, abah agak sibuk dengan hal-hal di luar... nak buat camner, dah amanah dan tanggungjawab... perlulah dilaksanakan. Kami sekeluarga akan menyokong dari belakang.

Wednesday, October 8, 2008

Terjawab sudah...

Segalanya berlaku dengan terlalu pantas...
Mungkinkah ini titik permulaannya ke arah sesuatu yang lebih bermakna?
Tiada apa yang dapat aku lakukan, melainkan berserah kepadaNya...
Itu saja...

~dee~ Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan... tapi mampukah aku untuk menempuh jalan itu?