sempena hari jumaat, hari yang baik kan?
aku memuhasabahkan *ada ke perkataan ni?* diri,
konon-konon nyer nak mengenali diri sendiri...
*ni semua gara-gara otak blank semalam le...*
bila dikenangkan kembali ke atas apa yang telah berlaku
ke atas diri sendiri selama ni,
memang setiap yang terjadi itu
pasti ada hikmah di sebaliknya
yang mana ianya hanya disedari
selepas beberapa tahun peristiwa itu terjadi
betapa besarnya kejadian Tuhan
dan memang Dia telah merancang
setiap perkara itu dengan cukup baik sekali
memang pada semasa peristiwa itu terjadi,
macam-macam perasaan menghantui fikiran...
sampai pernah juga terlintas
untuk mengakhiri riwayat ini, *nauzubillah*
menunjukkan betapa tidak tertanggungnya aku
dengan apa yang telah terjadi
tahun ke tahun, setelah dilihat dan dikaji...
memang semuanya telah elok tersusun
dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini
adalah 'hasil' perit jerih serta pengalaman
dari apa yang aku tempuhi pada masa lalu
Alhamdulillah... semoga aku diberikan lebih kekuatan
untuk menjalani hari-hari yang seterusnya....
dan berharap agar yang baik-baik saja menanti di hari esok...
insyaAllah... aminn!
rindu pada waktu itu...